Sunday, May 1, 2011

pasrah (Aku dan Si Dia )

Dengan berlangsung dan berlalunya Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Labuan, maka telah selasailah sudah latihan dan persembahan dua buah lagu Nasyid dari ( Kami kumpulan Az-Zawawi Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Dengarkanlah Cahayafm Hiburan Mendidik Jiwa) Radio Oneline. Lagu pertama BACALAH lagu asal Raihan dan Lagu kedua NUR TUHAN lagu Asal Intem.

Berlatih selama tiga minggu, kalau di hitung dengan hari , maka enam hari sahaja, dan kalau di hitung dengan jumlah jam maka hanya ada Sembilan jam sahaja. Berbaloilah dengan sakadar menyumbang tenaga, dan ada Kemungkinana lagu ini akan kami persembahkan juga pada sambutan hari Guru yang dijangkakan berlangsung pada bulan mei ini juga iaitu sebelum cuti semesta sekolah.

Semalaman aku tak boleh lenaaaaaa…., sakit hatiku mengingatkan peristiwa yang menimpa petang kelmarin, berdegup-degup jantungku, nak bernafas pun kepayahan. Peluh mencurah-curah membasahi tubuhku.

Lalu aku cuba berfikir… fikir….. fikir, dan apalah salahanya aku bangunakan malam, dan Akhirnya aku mengambil keputusan bangkit dari tempat tidur untuk mengambil air Wudhu dan menunaikan Solat Taubat, solat tahjud dan solat Hajat dua belas rakaat. Kemudiannya aku sambung lagi dengan bacaan Qatam Quran… Inilah kali manusia, bila ada masalah dan sesak-sesak hidup barulah terhege-hege menambah amalan sunat. Tapi perkara yang wajib masih malas-malas buat.

Pagi ini, aku berazam untuk memandu dengan penuh perlahan dan berhema, seperti mana aku mula-mula memandu, hanya pada kelajuan 50-60KM/J, tidak ada kenderaan yang aku potong melainkan Bas yang berhenti ambil dan turunkan penumpang. Aku tetap memandu mengikut barisan, sehinggalah sampai ke persimpangan menuju ke Masjid AN-nur.
Awalnya aku sampai,pejabat sekolah belum buka, aku pula mana ada simpan salinan kunci, sambil menunggu rakan-rakan yang lain, aku menuju ke ruang legar Masjid untuk beramah mesra, Salam bersalaman dan berbalas senyuman dengan hadirin yang dah tiba lebih awal. Aku memang mudah tersenyum.

lokasi dan astaka untuk majlis, serupa dan sama bentuk seperti tahun lepas juga. Cuma tahun lepas jemputan penayasid bukan kami, Dalam pelaksanaan majlis ini Aku dimasukan sebagai AJK persiapan. Angkat-angkat kerusi dan susun-menyusun itulah antara bidang tugasanya. Dan yang nyata dan terang menjadi keluhan setiap kali adanya program dan majlis, kalau bukan kerana kerahan tanaga Guru-Guru Agama Sekolah Rendah ini. Lumpuh sebarang majlis yang dibuat oleh ........... Tapi tidak pun pernah di ucapkan terima kasih kepada mereka. Yang buruk dan lemah kononya Guru, maka bila dapat dijayakan dengan gemilang maka adalah yang membanggkan dirinya. Selamat hari pekerja.

Allah Maha kaya. Kita bekerja dan majikan kita ialah Allah SWT, pendapatan kita di dunia ini adalah hadiah semata-mata, Gaji dan Ganjaran sebenarnya akan kita terima di hari pembalasan.

Sebelum berbaris untuk menyempaikan lagu Nasyid pertama tadi, aku melihat si dia sedang menagambil gambar rakan-rakanya mengunakan Hp. Bila merasa kehadiran ku, terus si dia tersenyaum, ini yang membuat beta lemah ni…., alahai nasib aku tak terduduk, katanya Ustaz Maaflah.. kerana tak balas SMS ustaz tadi.. Memang aku ada SMSnya, ayatnya Cuma “Selamat Pagi”. Bukan ayat- ayat CINTA, kerana aku tidak tahu adakah si dia ada merasai apa yang aku rasai? atau aku Cuma bertepuk sebalah tangan? Aku rasa masih terlalu awal untuk meminta kepastiannya.

Kalmarin bila si dia call aku untuk menolak pertolongan yang aku tawarkan, memang aku rasa kerugian besar, harga saham menjunam jatuh teruk,… nasib aku belum terduduk, rupanya aku masih ada keuntungan........ kan atomitik aku dah simpan No hp nyalah, jadi selain kerana aku rindu, aku juga sengaja nak test sama ada si dia sudah bangun atau tidak, aku risau si dia terlewat bangun kerana kepanatan mengangkat barang-barangnya.

Alhamdulillah . Ceria sahaja si dia aku Nampak,aku pun mula ceria, tapi bila melintas di fikiranku mungkin ada lelaki lain yang datang Angkat., tapi ….. Selain daripada aku, sapa lagi geranganya? Mulailah aku tak keruan.. aiiiiiiii yaaaaa… Tak apalah, itu hak si dia nak pilih siapaa mahunya, aku perlu bersabar, bersabar,bersabar, bersabar, bersabar, bersabar,ber sabar, insyahallah Persaingan yang adil? Begitu dalam bab jodoh ini ikhtiar usaha adalah dengan ketentuan Allah SWT. Di ujinya kita sama ada kita mampu melaluinya dengan suluh terang, Cuma Jangan sampai menggunakan artenatif lain untuk memenangai perebutan… kerana biarpun mendapat kemenangan, taruhanya adalah anak cuculah yang menjadi mangsanya.. Nauzubillah…

Aku cuba bermesra dengan si dia juga pagi ini, sengaja aku cuba minta si dia rakamkan persembahan kami, Cuma bila si dia menjawabnya tidak ada perakam. Ala la…. Ya tak ya juga ne… alangkah baiknya kalau aku dah memiliki sebuah kemera….. kan ku suruh si di mengambil aksiku di atas pentas. Atau akan ku bawa si dia raund-raund pulau Labuan untuk mengambil dan mengumpul gambarGambarnya kan? Kan? Kan? . jadi Aku pun Cuma dapat kata “tak apalah” dan aku terus bergesa bergabung dengan kumpulan Nasyid.

Ketika tengah sedang membuat persembahan, mata ku meliar mencari-cari manakah lokasi si dia, macam aku tak nampak pun , luntur semangat ku, ,, tak sudikah si dia menonton persembahan ku di pentas ? suara katak?

dan seselasai sahaja membuat persembahan pertama, aku pun cuba-cuba menjeling-jeling mencari-cari manakah si dia, kemanakah sudah dia?

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback