Cuti hari pekerja, paginya sebelum aku letakan kain basuhan ke dalam mesin basuh, aku hantarah Sms kepada si dia, ayatnya “kepisanagnan kesusuaben, tadau minggu em kerihatan de kukumaraja” ini bahasa asal penulis oleh kerana ayat ini tidak mungkin dapat di transelet di Google maka pada pembaca yang tidak mengerti perkataan ini, dengan ini dengan bangga sekali aku terjemah dalam bahasa Melayu. ‘Selamat (kegembiraan) pada Pagi, selamat berhujung minggu dan selamat berihat di hari Pekerja.
Selasai menjemur kain basuhan, aku cuba-cuba melihat hp mana tahu ada jawapan SMS dari si di. Alaaaa tak ada …. Kelmarin tak jawab, hari ini pun tak jawab.. tak palah mungkin si dia penat dan teramat sibuk dengan si dianya????????
Untuk cuba melalaikan dari gelodak jiwa ini. Aku mengambil keputusan untuk tak keluar rumah pada hari ini. Aku mahu mengemas rumah sewa yang dah bertahun-tahun tak berusik ini. Terutama haruman najis anak kucing wuuuuuuuuuuuu tuhhhhhh, entah tang mana-mana sudah di lepaskanya segala najis dan air kecilnya. Biarpun malas aku kena bergerak jugalah, Lalu aku mencipta cogang kata “Kalau tiba-tiba si dia datang melawat alangkah malunya aku”. Yes yes yes hari ini aku jadi rajin….rajin…… rajin…….. rajin…. Start buat kerja.
Mula-mula jirus semuanya dengan air campuran Clorox, idea ini aku ambil dari ceramah cara memandikan Mayat bagi mayat menghidap penyakit berjangkit dan pengidap AIDS. Selapas menjirus barulah aku mula menyapu segala najisnya. Kerja… kerja …. Kerja…. Laparlah pula. Nak makan apa ya… paling mudah ialah magi mee cepat di masak sedap di makan. Sebelum tu Periksa sms dulu, alamak tak ada respon. Makin aku lemah..
Lelah bertugas dan bius makan maggi , tibalah masanya untuk tidur….. tidur petang. Bila bangun aku cepat-cepat cek sms, tak ada jawapan juga. Akhirnya aku nekad cukuplah memang tidak akan menjawab ni..
Magribnya aku merantau ke rumah kawan, sambil boleh oneline dapat menonton langsung siar bola sepak, aku memang minat bola sepak juga. Dan aku antara yang terterer bermain seni bola sepak, dan pada aktiviti pada masa sekarang aku masih ligat main Fotsall dengan budak-budak muda, kadang-kadang terasa aku lebih kuasa dari orang muda ini, kerana orang muda berharap pada ketangkasan tenaga orang mudah dan merasa macam dia seorang ja yang main, terlalu lemah dalam pemikiran seni helah tipu bermain bola. Orang tua mana simpan bola di kaki lama-lama buat penat aja. Livepool mengalahkan New cassel 3-0.
Lewat juga aku kembali ke rumah, sampai di rumah, bila aku buka pintu merewang haruman najis kuching.. alangkah kecewanya aku… terus aku ambik air dan seterusnya aku siram lantai sekali-kali dengan anakan kucing itu, geram sungguh aku.. malam malam pun aku buat kerja balik adoiiiiiiiiii
Kejamkah aku???? Mulai saat ini aku letak kamu di luar, nak lari? Larilah ke mana kamu suka.. aku dah belikan tempat specel khas untuk buang najis, piliha kamu masih buang najis merata-rata, tak ada sivik langsung . Dan yang paling penting aku pun dah tak larat nak belikan kamu binatang makanan yang sekilo setangah harganya serupa dengan harga Beras Nasinol sepuluh kilo, aku makan lima kilo beras sebulan kamu pula kucing-kucing ini makan tiga hari sekilo..
No comments:
Post a Comment