Saturday, May 21, 2011

hanya mampu merancang....

Pagi ini terasa udara lebih sejuk dari hari-hari yang lalu, macam aku nak mandi pagi pun tak berani, rasa macam ais pula air paip pagi ini, masa ambil air sembahayang waktu subuh tadi tak berapa terasa sejuknya, barangkali pergerakan aku terlalu cepat mengambil air sembahayang sehingga tak terasa oleh ku akan sejuknya.

Bangganya aku dalam seminggu dua ini aku dapat tunai solat subuh pada awal waktunya, dapat pula aku buat fatihah 40 x sebelum solat fardu. Dulu masa baru tiba di sekolah pondok dan time tu aku belum terima talkin syahadatain, aku istiqamah buat wirid ini, Cuma la ini aku dah tak ingat apa fadilatnya yang ingin sangat aku perolehi melalui amalan ini.

Pagi ini di perjalanan menuju ke tempat kerja amat sesak pada pagi ini kebanyakan pengguna menggunakan kereta menuju ke tempat kerja. Sepanjang perjalanan kelihatan di tepi-tepian bas stop adanya deretan motosikal,seolah-olah macam banyak pula kedai menjual motosikal pagi-pagi hari ini.

Menghampir Sampai di kawasan Bandar keadaan masih sesak, kawasan Bandar tidak ada hujan, Labuan ini sangat istemewa dalam taburan hujan harian, hujan di setempat dan panas di setempat dan hujan lagi setempat dan panas lagi ditempat lain.

Kalau hari jumaat jadual halaqah pagi kami adalah baca yassin,dan pada hari jumaat yang mana si dia mula berubah, akulah yang memimpin bacaan yassin tersebut, dan aku memang ada memasang sesuatu niat dan hajat, lain yang aku niatkan lain pula yang jadinya, sasau terus aku dikerjakanya, kalau sasau ku aku tanggung seorang kira boleh lah tahan, ini sasau ku mengganggu orang lain, patutnya aku di hukum pasung ni, kini sasau aku ini sudah berlarutan jumaat ke empat,aku target juga sasau aku mereda sebelum 40 hari.. kalau tak, akan lebih menyusahkan, berpontesi sasau tu jadi perangai nauzubillah.

Pada rakan yang simpati dan yang siap dengan curahan kata-kata dorongannya, dan rakan yang ketinggalan gossipnya, menabahkan hatiku, aku tahu dan aku akui ramai yang menyayangi dan memahami aku. pada dua battalion ini aku juga sangat-sangat merakamkan ribuan terima kasih dan syukur terutama ada suportnya. Insyahallah aku akan pahat dan rakam dalam sanubari ku.

Dan memang lumrah dunia barang kali, pada mereka yang talam serba guna, mengalahkan aku pada bab mengayat, mengayat, mengayat. Dan ayat mereka mungkin super power yang bersatu dengan bidang lagi yang aku memang ada keraguan tenteng adanya bisikan-bisikan simpulan….. (tag khas ku pada si Dia pada tajuk ini,mudah-mudahan Allah swt Gerakan hati mu untuk mencapai laman kami yang tak seberapa ini dan beri aku peluang bercerita mengenainya),

Ingin aku cuba mempastikanya, kiranya ada kebenaran bersama kita menghadapinya, kiranya tersasar maka perlunya aku terus belajar, belajar,belajar.belajar. belajar…. Belajar, moga dengan ini juga mudah-mudahan Allah swt zahirkannya dan permudahkan lah bagi kita menghadapinya. Dengannya juga pada halaqah bacaan yassin pagi ini, biarpun bukan aku lagi yang memimpin bacaan, aku memperbaharui maksud dan aku cuba memasang niat dan hajat yang lebih ampuh. .. amin ya rabil alamin moga berkat.

APA ISTIMEWA SANGAT SI DIA HINGGA ADA DALAM ARTIKEL PENULIS YANG TERBANYAK?
Utama untuk keselamatan, saya tidak ada berhak untuk mendedahkan kewujudan watak orang ini, melainkan watak ini sudi memperkenalkan dirinya sendiri, selain dari cerita ini saya bawakan kerana merasakan ada kesesuaian untuk kita kongsi bersama. Idea boleh jalan… sambil-sambil dapat mengayat.

Asas cerita Aku ingat pernah nyatakan perasaaan suka ku pada si dia pada sekitar awal aku di pindahkan ke tempat baru ini, kenapa aku tak berusaha mengurat? Oooooo iiiiiiiiii Si Dia selalu bersama sesorang. Siapa yang berani, dan tidakah mengurat rakan sekerja adalah gangguan?? Lagipun aku enda percaya la bah kalau si dia ada hati atau suka sama saya…

Aku terlapas pandang lah , kini Setelah lebih setahun berkerja bersama, Sudah terhantuk baru tergagah, baru aku sedari rupanya aku melihat ada tanggungan kerja berat, namun telah terlambat, peluang yang hadir tak akan datang kembali, yang pergi tak kan kembali, yang lepas, lepaskan lah, usah dikenang cerita lalu. Aku abadikan nasihat Si Dia pada ku “ Itu hanya perasaan yang menguasai dri kita,saya harap x berpanjangan makin us fikir saya fikir yang bukan-bukan tetapi Sebelum terlambat saya mahu ustaz tahu dari syg dn sya kurang selesa dengan apa yang berlaku.”

Taqdir yang maha kuasa,aku hanya mampu terus berdoa… berdoa.. berdoa,berdoa,berdoa berdoa berdoa,kerana doa senjata orang Mukmin, berkat kesabaran insyahallah mudah-mudahan makbul,dan Kiranya pada si dia sebenarnya tersimpan,kunci nazarku maka ya alllah ya tuhan ku aku pohon menzahirkan. …

Belum selasai bersarapan loncing dah di bunyikan dua kali, pagi ini kami mula berlatih untuk persembahan sempana sambutan hari guru, sekolah kami di amanahkan untuk untuk mengetuai nanyian lagu wajib Kami Guru Malaysia dan lagu jabatan , kami juga akan mempersembahkan sebuah lagu nasyid bertajuk Lukisan Alam. Bila aku membaca lirik lagu nasyid lukisan Alam. aku naik sasau, aku menjerit dan berteriak, luka hatiku berdarah kembali… nampak dada ku berdarah.. Ayat power ku akhir-akhir ini.

Selasai berlatih aku menuju ke bilik pejabat, aku Nampak seseorang yang selalu aku ceritakan dan aku tegurlah oooohhhh ko main Hujan? maksud hati ku kenapa tak minta aku jemput? Ooooooo ya saya main hujan bah katanya. Keadaan di luar memang hujan lebat. Orang ini memang datang kerja dengan berjalan kaki. Belum pun lama aku duduk, orang itu tunjukan aku surat arahan dan jadual bertugas di pejabat mulai minggu hadapan dan semasa cuti sekolah. Melihat aja kertas itu Memang tersirap darah pahlawan aku. Perkataan yang mula keluar dari mulut aku” ini sabab kamu bah kan ini??? kamu marah dengan aku kan? Mereka yang mendengarnya tentu merasa betapa hebatnya ayatku ini.apa lagi kepada yang di tuju… saya betul-betul minta maaf, aku tidak berkesempat memohon maaf,awal Si dia berlalu hari ini,sebelum aku sempat melafazkannya.. aku sebenarnya bermaksud itu Cuma bergurau menghiburkan hati sendiri…

Kelemahan aku lah juga, mulut aku selalu menjawab mengikut hati, belum ada lintasan dalam fikiran, suara aku dah tersembur keluar menyampuk . Dan Aku berkeras juga tidak mahu berubah gaya kerana aku tahu apa yang tersirat didalamnya.

Bab cuti memang aku ada cerita ketegak, entalah.. aku hangat sangat kalu bab cuti ini, berganggu, apalah sifir apa yang di guna pakai oleh jabatan untuk menjawabnya, orang dah atur banyak plan,datang pula dengki begini, ini semua sebab dengki melihat orang lain senang menghadapi masalah. Kalau Cuti –cutilah ,ini betul-betul busuk hati punya pasal. Dulu masa kakitangan kurang tak ada pula bab-bab begini. Sekarang Makin banyak kakitangan, makin banyak kerenah, makin banyak bantuan diperlukan.

Aku Kira aku tercabar…. Aku dah tidak sabar-sabar menunggu penghujung kontrak aku , ada beberapa bulan lagi untuk tamat,jadi sebelum meminta diri, Aku masih ada masa menyahut bebarapa cabaran.dan mungkin aku sempat menambah beberapa jenis permainan yang mudah untuk di tamatkan.

Untung sabut timbul, untung batu tenggalam.

Beberapa minit kemudian aku menerima panggilan telepon melalui nombor telepon sekolah, alamak sapa pula pemangil ini?,sebut nama penuh aku pun tak lurus. hp aku tak berfungsi bebarapa hari ini.nak menyuruh beli baru kot? Kawan yang panggilan ini menyampaikan satu isi berita bahawa tuan rumah sewa kami didapati telah meninggal dunia ketika sedang tidur. Aku pun meminta kebenaran Guru Besar Untuk keluar melawat, aku redah aja hujan lebat, keta aku pula penghawa dingin tak berfungsi, meraba line putih aja. Aku Berjaya juga sampai. Tak ada pula hujan di kampong kami ini.

Sampai di distinasi aku dapati belum ramai orang, sekitar kami-kami penyewa dan bekas penyewa rumah, entah kenapa aku tidak tergerak hati untuk menatap wajah arwah untuk kesekian kali, cerita dari rakan , mayat kelihatan hitam,Menurut pemeriksan doctor beliau didapati meninggal dunia akibat kegagalan jantung berfungsi. Selama aku tujuh tahun menyewa tidak pernah aku tahu atau dengar Arwah ini menghadapi apa-apa penyakit , malam sebelum kematiannya pada waktu pagi, menurut cerita masih ligat bercerita dan bergurau dengan pengunjung kedai runcitnya.

Aku hanya duduk-duduk di perkarangan rumah Arwah sambil menunggu laungan Azan untuk beredar menunaikan solat Fardu jumaat. Aku cuba mengimbas kembali sekitar 40 hari sebelum kematian Arwah ini.hari terakhir aku bersembang dengannya berlangsung agak lama di perkarangan rumah sewa ku, oooooo ya tuan rumah bagi tahu frem besi penyidai kain di tempat aku telah diambilnya untuk menambah besi yang di gunakan pada penambahan rumah anaknya yang sedang di bina di sebalah aku juga.

Dan yang amat penting…….. amat aku akui aura yang biasa aku alamai sebelum ini sudah tidak kunjung, firasat dan rasa hati itu tidak aku nikmati lagi, adakah kerana aku ini sedang di landa sasau????

Aku teruja dengan tulisan Ibu Nora ini lalu aku copy tanpa kebenaran untuk kita kongsi kan

Paku Di Dinding Hati ....

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang di gunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Salam Sayang... Ibu Nora

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback