Hari ini cuti wesak, maknanya tak kerjalah…..kan? macam cuti hujung minggu pula aku rasa, aku tengah melepak di rumah, aku cuba-cuba mendraf penulisan, dengan menulis dapat aku meluahkan rasa hati, bila dah terluah tekanan perasaanku akan mulai melerai, jadi kalau aku kurang waraspun taklah aku sampai terjun dari jambatan Menumbuk - Labuan.
Ayat ini dah banyak kali aku ulang, ulang, ulang ulang……. Hujung minggu atau cuti-cuti Am, tahap kebosanan menjadikan aku ada juga perasaan untuk keluar berjalan-jalan, lagi pun orang memang kenal aku Ustaz, keluar seorang-seorang macam janggal pula, Cuma kalau nak bersiar-siar dengan kawan tak ada kawanlah pula, nak cari kawan keluar pun semua lelaki aja…. Tak romantiklah… nanti jadik LGS pula lak, dulu asal keluar aja jalan ramai-ramai, vrumeeee bermotor….
masa ditelan waktu, waktu di telan masa, sekarang , yang dah ada berkeluarga keluar dengan keluarga, yang bertunang berjalan-jalan dengan tunang, yang berkasih-kasihan keluar dengan kekasih… Aku juga yang single.. terlajak.. ngorat pun tak lekat. pernah juga aku ada perlawa seseorang ( ingatan tulus ikhlas) nak jalan-jalan dan makan tengahari di UMSKAL, wah.. apa katanya. Sorry ust. Hmm lagi pun tidak manis bah kan kalau orang pandang berjalan berdua-duan ini, tak semana-mana kena batang idung sendiri, dah lah status ustaz.
Tapi Setakat aku dah jadi ustaz ni, tak pernalah pula aku jalan berdua-duaan ni., kalau rasa-rasa ada pernah Nampak aku jalan berdua-duaan tu, itu bukan akau tau… tuduhan dan fitnah semata-mata,, sebab kalau kiranya masa aku perlawa seseorang tu, konon-konon itulah baru aku nak pecahkan rekod, namun tak Berjaya. Jadi rekod masih bertahan, Kepada yang belum Berjaya berusahalah lagi. Sehingga Berjaya. Majulah sukan untuk Negara.
Ajak pigi makan tak dapat,menonton wayang lagi-lagilah tak boleh, jadi macam mana nak ngorat???? Tak payah ngorat-ngorat kot? Terus ja gi rumah sampaikan hajat,….. tak payah cabar aku, ingat styele itu aku tak pernah buat? Simple punya hal. Biar Nampak tak ber adat, Aku dah tray test dah., tinggal nak ulang lagi!!!!! Piiiiiiiii wwwit tak salah,. Insyahallah, akan aku usahakan dan tunggulah sapa mangsanya….
Telah melintas dalam sanubariku, kenapa tidak sahaja aku terima hakikatnya kebenaran bahawa kehidupanku sebenarnya akan mekar di Labuan, bukan di kampong halaman. Buakankah aku telah banjirkan masa begitu lama untuk cuba menerapkan diri tentang kehidupan di kampong halaman,,, namun Gagal dan sehingga kehari ini masih kosong belaka.
Aku pernah merasa marah dengan mereka yang membina anganan kehidupan di wialayah ini, Kenapa aku tidak akui dan mengapa aku tidak membina anganan kehidupan berasaskan wilayah persekutuan Labuan. Seperti mereka, Ya… sehingga ke hari tua…,
kenapa aku tidak pernah merebuat peluang yang ada… peluang yang ada terus berlalu… sayang seribu kali sayang… tujuh tahun, tujuh tahun , bukan tak lama, apa yang aku ada? Apa yang aku ada? Tujuh tahun aku ada apa?
Selalunya aku bertanya diri, kenapa allah swt beri aku peluang terdampar di wilayah ini? aku di wilayah ini tetapi banyak anganan ku bina untuk kampong halaman… tak kah itu buangmasa?
dengan langkahan bismilah aku cuba melakar membina anganan di wilayah ini….
Alhamdulillah pagi ini cuaca sangat baik dan sesuai untuk sambung tidur,dengan iringan hujan renyai-renyai , tiupan angin sopoi-sopoi bahasa,udara nan nyaman serupa ada penghawa dingin,,,, rupanaya tidurku tak juga mahu lena, badan masih penat dan lenguh-lenguh akibat semalam bermain fotsal. Liat-liat nak bergerak, perut mula meragam, sayang bangun, kita sarapan dulu ? Untung kalau ada menjaga.
Perbandingan… Ala la ….. ini kena bangun sendiri nak menyediakan.
Ingatkan tidurku pagi ini akan lena selenanya dan mungkinlah dapat aku bermimpi bersua ketemu dengan bidadari impian,,, malangnya tidurku tidak juga nenyak, tidurku tidak lebih dengan tidur-tidurku yang sudah-sudah , tidur yang tak pandai lena, tidur yang tidak bermimpi, tidur yang bukan tidur.inikah penyakit susah nak tidur. .. Otak ku dok ligat juga berputar-putar hingga naik temperucer …. Menghangatkan seluruh badan.
Umur veteren begini kalau jumpa bola dan pantang dengar kalau ada boking padang, terasa diri baru berumur belasan tahun. Belasa saja, ligat seperti orang muda hingga orang tak percaya umurku dah memasuki separuh abad. Astaga umur ku dah separuh abad,,, tak herenlah aweks-aweks kata “saya anggap abang seperti abang kandung sendiri” cam mana lagi mengayat. Oright juga bah,,, Semalam aku penat sungguh bermain bola,tenaga rasa macam dah habis pakai, berpinar-pinar uda pandangan mata, kaisah-kaisah macam nak pingsan, Alhamdulillah kesihatan masih mengizinkan…
Habis bermain kami sepakat dan akan melepak di Utama Jaya. Distinasi utama sebenarnya Restoran Effa, dulu kedai ini kecil, tapi kerana kedai melayu yang lainnya macam tamat kontrak kedai maka retoran ini makin jadi tumpuan di waktu malam.bila mendengar menyebut dan membaca nama tulisan restoran ini selalunya macam ada sesuatu yang janggal di hatiku, terasa nama ini dah meresap dalam hati (ingatan tulus ikhlas dan maaf jika ingatan ini mengganggu).
Dalam kawasan ini ada dua deretan blok bangunan, dan terdapat banyak jenis kedai perniagaan, ada dua mini panggung wayang, dan tidak kurang dari enam buah pup karaoke yang salah sebuahnya secara live dan terbuka,di kawasan ini terletaknya Utama jaya supermarket maka secara atomitik lokasinya di namakan Utama Jaya juga . nama sebenar kawasan ini ialah Ujung pasir, kawasan laut yang mana telah di tambak dan dibangunkan semasa era pemerintahan Dato Haris Salleh, dan semacam perbananan Labuan tidak berkuasa di tapak ini, kawasan ini sebenarnya masih berlaku penambakan dan terus menerima pembangunan, dengan papan penyata menerangkan fasa pertama cadangan pembinaan terminal bas dan pasar namun nampaknya fasa pertama pun dah lama terbangkalai…
Oleh kerana beralasan esok tidak berkerja maka malam ini semua melepak sampai agak lewat sedikit, bermacam anika topic di bincangkan, dari bab rasmi hinggalah rakaman maharaja lawak semuanya sapuh habis, nasib aku sedikit hilang semangat, perbincangan aku tak masuk sangat, tibanya masa lalu aku panggil pelayan untuk mengira semua, hanya minum untuk 16 orang aja. Kalau makan meranalah juga aku, niatku bukan untuk berlagak, semata-mata kerana allah, dan agar mereka mendoakan kesejeterahaan ku jua.
Biarpun ahli melepak ini terdiri dari segenap lapisan, ada buruh, ada S17 dll namun, aku kata semua diri kita adalah guru oleh itu SELAMAT HARI GURU. Jadi aku minta diri untuk beredar, alamak seronoknya dengar kawan –kawan seling berganti mengucap terima kasih Jack , terima kasih jack, terima kasih jack . syukur Alhamdulillah. Lembut lidah mereka menyebut namaku….
Dalam syok sendiri menulis, hatiku terusik oleh pendengaranku,akan sesuatu semacam ada aku terdengar bunyi jerit-jeritan, seram bulu roma aku, bila ku mencuri-curi pandang, isssss apakan jerit-jerit tadi?, aku lihat sang om di sebelah sedang setdey berkerja meroboh salah satu dinding yang di tambah oleh tuan rumah aku, sangka ku kali telinga ku dah kurang pendengaran, hingga bunyi kuching pun, aku dengar macam bunyi suara orangan.
Lalu aku cuba teruskan tulisan ini, aku dengar lagi bunyi jeritan dan teriakan itu, udah tambah jeritan perempuan di tingkah oleh teriakan lelaki,, apa-apa an ini, aku tak dengar sang om itu buat kerja lagi… makin kuat suara jeritan….. adakah sura budak-budak berkelahi? Namun aku amat terganggu kerana suara perempuan dan suara lelaki ini aku macam kenal betul… .. kemudian suasana macam hening seketika…
Lama aku mencuba mendengar… mendengar…….mendengar …. sunyi sepi tak ada bunyi.. bila kedengaran bunyi ketukan om itu mula berkerja kedengaranlah laungan Azan dari masjid menandakan telah masuknya waktu solat Zohor bagi kawasan Genggarak Merinding,
Apalah sang om ini saat berkumandang laungan Azan masih lagi meneruskan kerja-kerjanya yang membising, meroboh mengetuk dinding bebatuan bata.. tak hormat langsung laungan Azan.
Saat hentinya laungan Azan,,, aku dengar lagi suara jeritan itu. Nasib tengahari siang sedang bermegah berlakunya, kiranya malam berlaku demikian alangkah alang kepalang aura melanda… sang ayam sedang galak berkokok di tengah hari…. Alamat apakah ini?
Akupun cadang stop lah dulu cerita ini, idea pun setakat ini-ini, biarpun bunyian itu menganggu ku namun aku pun malas nak ambil tahu apa lagi untuk cuba melayan bunyi-bunyi tu. Masing-masing hal lah di hari cuti… yang penting aku wajib tunaikan Solat Zohor.. jom kita dirikan solat.
Seminggu dua ini aku dah terlalu cemperah, aku lebih masa berada di kantin sekolah, biarpun aku Nampak mereka dikantin seakan sedang senyum memperli aku, namun apa aku kaisah. aku rasa lebih nyaman sediki dikantin berbanding di dalam pejabat, wahai hati tabah dan bersabarlah .. . pasti suatu masa
Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua...........
Selain dari menjadi dapur Rasmi. Dewan masyuarat dan yang terkini kantin inilah pejabat aku. Rehat tengah hari pasti aku menghilang…. hingga ada rakan bertanya kenapaan dengan ustaz semanjak dua menjak ini? aku menjawab biasalah ustazah, aku biasa-biasa saja ini.
No comments:
Post a Comment