Sunday, May 29, 2011

Bertugas di ofis ibu pejabat

Hari ini, hari pertama penulis akan mula bertugas di ibu Pejabat, ketagak macam mana pun, penulis kena ikut arahan, BAHAWA SAYA YANG MENURUT PERINTAH . Pagi ini sebelum ke ibu pejabat penulis sempat lagi menyinggahkan bungkusan soalan yang siap di tanda dan yang belum bertanda ke dalam bilik pejabat, rakan-rakan menyangka penulis banyak dah yang siap, kah…. Kah … kah angkut dan angkat memindahkan sahaja.

Semasa menuju ke ibu pejabat, bernasib agak malang sikit, nasiblah penulis sempat menyedari tempurceh kereta dah full penuh menyala dan isyarat amaran merah udah berkelip-kelip, macam mana ni? Penulis cuba berhenti seketika, panasanya belum reda, waktu punc makin hampir,penulis mengambil keputusan untuk tinggalkan sahaja kereta ini dan bergerak berjalan kaki ke Ibu pejabat, tempat tu bukan jauh sangat dalam masa 10 minit mungkin sampai. Cuma tak biasa berjalan.

Sampai di pintu lif ada sudah penulis berjumpa dengan beberapa rakan, semua tertanya-tanya buat apakan penulis buat ke pejabat hari ini? tindakan dispilin kot? Penulis sendiri pun belum terbayang apa geranganya tugasan yang akan diberikan ini. secara berselorah penulis menjawab saya jadi penyelia baru di unit pelajaran yang. Mengayat la ni.

Selapas bagi salam dengan kakitangan yang dah awal sampai, penulis menyapa beberapa rakan yang sedikit rapat dengan penulis, bila rakan-rakan ini beredar ke tampat berasap penulis pun ikut serta juga. Inilah pula lagak mereka di awal pagi. Penulis lama dah berehat merokok, walaupun hendak sampai 20 tahun, rasa nikmat mencium haruman rokok masih kekal, dan ketagih rokok tu macam baru semalam tak menghisap rokok.

Penulis bila masuk from 4 berehat dari merokok, time ni rokok Dunhill baru RM2.30 sekotak, berlambak lagi jenama yang harganya RM1.20, ada Good Flake , white Horse, Virginia Gold , kira yang paling super Benson the headzos, 555 . genarasi penulis tertawan dengan iklan Kingway maka membeli dan hisaplah rokok Kingsway.

Tamat sahaja menduduki kertas akhir peperiksaan SPM penulis mula kembali merokok, orang muda tidak kukuh pendirian, kecewa cinta di tolak oleh seseorang maka kembeli menyiksa diri merokok, hendak menuntut simpati konon…. Tak ada akal, Sendiri merana. Lu tanggunlah sendiri.

Penulis masa muda-muda memang peminat setia gudang garam, rokok jenama lain ramai pakat minta, Gudang garam ini jaranglah jumpa orang minta, masa bersekolah kat pondok, menunggu time solat mayat kerana boleh dapat duit, kadang-kadang dapat lebih untuk sembahayang hadiah. Sekali solat mayat paling kurang RM3.00 lepaslah dua kotak Gudang Garam, ada rezeki lagi tambah dapat RM5.00 untuk solat hadiah, maka lepaslah belanja makan untuk tiga hari, beli nasi bungkus seringgit di warung Patimah simpang jalan.

Bagaimana penulis boleh berehat dari merokok ? panjang ceritanya… pendek kan??? Anugerah dan taqdir Allah swt.

Usaha berihat dari merokok adalah salah satu usaha berterusan, orang yang telah lama berihat merokok masih berpontsei untuk kembeli merokok dan gian dan ketagihan rokoknya lebih akan bertambah dasyat.

Biasanya bila berkunjung ke rumah Arwah Tok Ayah Tasik, penulis ada rasa segan untuk hisap rokok kerana beliau memang Anti dengan rokok, penulis pernah mendengar (ulasan) Fatwa dan keterangannya berkaitan Rokok, lebih-lebih lagi dengan benatang bunga api dan mercun.

Penulis pun berniat dan berhajat mudah-mudahhan dan sentiasa memohon redha Allah swt bahawa penulis akan mengikut dan mewarisi cara dan penampilan Tok Ayah Tasik yang tidak merokok, dan penulis akan berusaha menjaga menyimpan janggut seperti mengikut Tuan Guru Ustaz Mat Janggut.

Alhamdulillah penulis berkesampatan menikmati rehat dari merokok dan di masa keremajaan penulis dah ada lakaf sebagai Ustaz Janggut. Sehinggalah kedatangan propaganda Usama Laden. Hingga adalah pula melakap penulis sebagai Osama.
Di permasyarakatan penulis orang yang menyimpan janggut ini adalah kononya mereka- mereka yang dah mencapai tahap kebilangan (terbilang barang kali). Mereka-mereka yang penuh berisi di Dada. Sedangkan penulis hanyalah seorang yang hanya itulah yang dapat di pamerkan sebagai mengikut dan beramal sebagai Sunnah Nabi.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah yang menganugerahkan begitu banyak cabaran, begitu banyak tentangan, begitu banyak cubaan, begitu banyak serangan. Ujian demi ujian, pada hari ini penulis masih gagah berdiri. Tepukan gemuruh untuk diri sendiri.

Itu semua Nikmat yang Allah swt hanya berikan kepada mereka yang di pilihnya. Amat beruntung dan amat bertuahlah mereka-mereka yang menjadi pililihan Allah Swt. Mudah-mudahan penulis dan sekalian pembaca menikmati percikan keberuntungan dan kebertuah han mereka-mereka yang terpilih Oleh Allah Swt ini. Amin ya rabil Alamin.
Seminggu ini, Hanya dua hari sahaja penulis bertugas di pejabat . kerana pada hari rabu lalu, penulis hanya menulis nama kemudian menghadiri raptai persembahan sempana hari guru esoknya khamis, penulis dah lama tak berlatih bersama maka banyaklah gaya dan sari kata yang tak hafal, tapi dengan cogang kata, biar sumbang asal menyumbang. Pasti beres

Manakala pada Hari khamis pagi penulis terus ke lokasi sambutan hari guru tersebut, acara ini di mulakan dengan Ceramah khas Motivasi oleh Ustah Shahir dari IPG gaya, seterusnya ucapan alu-aluan oleh wakil guru, perasmi sambutan hari guru warga Pendidik Sekolah Rendah Agama dan Kelas Kafa ialah Tuan Haji KPPK .

Pada sebelah petangnya Seorang rakan sekerja yang rapat dengan Si Dia bisik kepada aku bahawa Si Dia kemalangan dan patah kaki, baru aku taliponnya katanya,dan sekarang ada di rumahnya di R……… ( kenapa pula di R……… ) bukan berkursus?? , bah bila ustaz balik boleh bawa saya melawatnya? hati penulis memang terganggu dan tersentuh , timbul rasa serbah salah dan penulis tambah risau, bimbang juga sebab penulis pernah terniat dan terlintas di hati, jika Si Dia naik kereta dengan lelaki lain maka biarkan berlaku kemalangan agar nyata perbuatannya. Kenapa aku sampai begitu jahat sekali.

Menjelang malam baru aku sempat menghantar SMS, Fikiran ku tidaklah tertumpu dengan petunjuk over hert tempercue yang sedang di baiki, Cuma hp aku kerap kehabisan cas, tiga empat kali cas sehari, aku menyinggah sebentar di rumah kawan semata-mata untuk cas hp. Malangnya Jawapan kiriman Sms memang tak menggalakan. Buat sakit hati aku aja. “one way” katanya, Rugi masa aku saja sibuk-sibuk ambil hal. Hati ini pun terus berkata Biar tah ko terus tak dapat jalan. Kompom tak datang-datang lagi ke labuan lagi Astagfirullah.. astagfirullah… macam mana nak kata islam ini baik, kalau pracontohnya semua gagal mempamerkan keindahan Islam.

Dan Aku rasa, dan aku angan-angan mungkin Si Dia kecil hati sebab aku lambat sangat beri respon, padahal aku antara yang awal mendengar berita yang berlaku kepadanya. awu pedi tinganan daa ah

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback