Satu pagi seminggu yang lalu, bertempat di kantin sekolah, penulis dan seorang rakan dari MAIWP hendak bersarapan, kebetulan telah duduk di situ iaitu Tuan Ketua Penolong Mufti Labuan, ketika bersalaman dengan tidak semana-mana beliau mengambil kesempatan mengusap dengan tangan akan buah batu cincin yang penulis pakai. Sambil beliau juga ada berkata cantiknya cincin,….. beli kat mana ustaz? Penulis masih Sedikit kaget dan seperti selalu penulis akan menjawab hanya batu biasa-biasa aja ni ustaz… orang bagi saya pakailah.
Penulis sempat mencuri pandang dan lihat akan di jari Ketua Penolong Mufti itu memang ada tersarung indah cincin berbuah berbatu kecil berwarna hijau Kebiru-biruan, Nampak tak berapa menonjol sangat buahnya, sambil bersarapan dan bercerita Ketua Penolong Mufti pun sempat dan meperlawa penulis untuk mengajar di mana-mana, katanya sibuk macam mana pun dengan kerja, cuba sediakan masa, sebulan sekali sudah memandai untuk mengajar, nanti ana carikan tempatnya, sayang ilmu tak berkembang tambahnya. Cari sahaja bahan bacaan yang ringan-ringan, kalau kitab payah orang nak faham.
Masa itulah Ketua Penolong Mufti ini cerita yang sudah dua tahun mencari kitab ZUINUL THALIB karangan bekas mufti Berunai (6 jilin) bahasa melayu jawi tulisan tangan. Menurut beliau ada seorang di Labuan yang memiliki kitab itu, penulis tak Tanya pula adakah pemilik kitab itu ada mengadakan kelas untuk membaca kitab tersebut.
Ketika sedang makan tengahari penulis baru terasa ada pedih, bertempat di jari yang menyarung cincin, penulis cuba mengingat- ingati selama ini, yang mana selama penulis buat kerja berat sekalipun, cincin ini tidak pernah melukakan jari penulis… lalu kenapa pada hari ini cincin ini melukakan jari ini? penulis ada bersangka mungkin Tuan Penolong Ketua Mufti ada seni sendiri dengan batuan cincin ini.
Esoknya di tampat yang sama penulis mencuri pandang akan jari Tuan ketua Penolong Mufti, wah… lebih mengujakan penulis.. cincin yang penulis lihat di jarinya kemarin tidak ada, yang ada ini di jarinya adalah cincin lain yang mana bermata dan berwarna lain, dan yang hebatnya di jari kanan dan di jari kiri megah tersarung cincin yang indah mata batunya… fuuuuuuuu yuuuu.
Penulis selama ini tidak memandang apa-apa pada cincin yang di pakai, makin ramai yang memberi perhatian, sedang penulis sendiri terlapas pandang mengenai cincin ini, yang penulis terpandang hanyalah warnanya kerana amat jarang menemui mereka yang minat menggunakan seperti warnanya. Hati penulis Jauh sekali ada menyangka akan ada apa-apaan dan maksud dan sangka cincin ini kosong belaka.
Tengah menulis artikel “hanya merancang”, tiba-tiba terlintas di hati berdetik untuk kenapa tidak di try test ini cincin, Hari ini baru terlaksana hajat penulis untuk test ko wahai cincin,bersedialah engkau. baru terlintas di hati betapa seharusnya penulis harus menyimpaan rasa kecurigaan terhadap sejarah mu, ko menutup hati penulis , ko mungkin bukan sembarangan cincin, mana tahu cincin Ajaib Aladin atau saudar maranya, usap-usap keluar jin. Dan jin itu pula berkata Wahai manusia apa ko mahu? Aku boleh tunaikan 3 permintaan sahaja.
Maka bermulalah sebuah cerita Bismillaa hir rahmaa nir rahiim penulis mula dengan menggantungkan cincin ini dengan menggunakan benang sepatutnya benang berwarna putih, yang ada benang warna pic, pakai saja yang ada bah tiba-tiba meromang bulu roma penulis, Maasyahallah Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. ingkar sungguh engkau , langsung tidak mahu tunduk, makin kembang seluruh badan aku, seram berdiri bulu roma , usssssss ko bersama ku udah lama,,,, kenapa tak bagi aku faham ,,,,,, ada ko ganggu orang lain? Aku akan bagi ko tugasan, tapi tanpa syarat apa-apa ok? Setujuh? Angkat tangan kalau setujuh.
Apa penulis mahu buat dengan kamu sekarang? Apa sepatutnya perlu penulis buat ini?
Sambil penulis menambah buang dan olah akan artikel “kita hanya merancang” penulis mencuba-cuba pula draf cerita ini, Artikel “hanya merancang” cerita itu penulis mula edit dari pagi sampai menjelang waktu Asar, tak mahu siap , macam tak mahu di terbitkan, asal penulis baca, ada saja yang tak kena maka di delet, dan penulis terpaksa mencari lagi lah ayat lain untuk menggantikan.
oleh kerana penulis memang cadang dan berhajat mahu postkan artikel itu hari ini juga, maka pemurnian artikel terpaksa mahu tidak mahu kena di tamatkan juga. Kalau tidak artikel ini akan mendahaluinya. Dan berkemungkinan artikel itu pula mungkin akan ter reject ..
Ada juga rasa hati penulis untuk terus memurnikan dahulu artikel “hanya merancang “ dan mendahulukan pula post tulisan ini, tapi oleh kerana penulis juga memandang akan adanya keperluan penulis yang lebih penting dan hajat yang lebih besar dalam post itu maka menanglah post itu untuk di dahulukan… semoga mencapai maksudnya.
Penulis berhenti mencatat di sini dulu, penulis mahu mencuba menanda kertas jawapan murid pula, penulis belum bergerak lagi untuk mula, sedangkan penulis dah angkat semua kertas jawapan murid untuk bawa balik rumah, malulah dengan kawan-kawan kalau tak ada satu pun yang siap, penulis memilih menanda kertas jawapan pilihan lah dahulu, penulis pun mula menanda, menjelang waktu magrib penulis baru dapat menyiapkan dan menanda kertas jawapan bagi dua buah kelas. Ada sepuluh lagi menunggu …… Mengantuk pula. Layan dulu, ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tak baik tidur senja..
Selasai solat magrib penulis bergesa ke rumah kawan untuk post juga tulisan yang siap “hanya Merancang:, artikel tersebut sebenarnya penulis terlupa bagi tajuk, nak cepat punya pasal, penulis tak ada talian internit, Cuma menumpang dengankawan- kawan yang ada talian, kalau time kerja, di pejabat memang ada line. Penulis menumpang yang itu sajalah, penulis terburu-buru dan tidak menunggu lama , sempat jugalah penulis like-like beberapa komen rakan FC dan penulis mohon copy tulisan dari Ibu Nora. Penulis nak cepat kerana berhajat tunjuk muka dan tunjuk baik dengan sempat mengikuti bacaan tahlil di rumah arwah tuan rumah sewa kami.
Kalau di temapat Asal Penulis, bila mana ada kematian maka adalah mentudau (berjaga malam ke pagi) selama tujuh hari. Dan ada kenduri hari ketujuh, hari ke empat puluh dan ke seratus hari, penulis tidak mengatahui sejarahnya. Penulis tidak berkesempatan meninjau cerita asal usul budaya mentudau ini dalam masyarakat kami. mungkinkah pembawaan ajaran Mandur sharip?.
Selain mentudau pada malamnya , sebenarnya ada satu lagi perbuatan dan kepercayaan masyarakat kami, yang mana setiap hari selama tujuh hari itu satu hidangan istemewa di siapkan dalam talam yang mana benda ini biasanya di letakan di bilik si mati,dan ada bau Asap kemayan, APAKAH INI?
Dalam masyarakat kami Mentudau masih berlaku dan telah ada beberapa pengisian yang Nampak sangat bermanafaat iaitu dengan bacaan yassin dan tahlil, dan yang terkini hadir pula generasi yang cuba mengqatamkan bacaan al- quaran. Alhamdulillah itu niat dan amalan yang baik.
Manakala untuk dalam berbentuk makanan hidangan istemewa itu penulis tidak dapat pastikan sama ada ia masih berlaku, jika didapati masih berlaku maka adalah menjadi tanggung jawab untuk memberi kefahaman apakah maksud kebenarnya.. jika Nampak jelas nyata ada kebaiknya teruskanlah, apa kata penulis??????? penulis tetap dengan jawaban hantu tau tu…
Dalam kehadiran penulis menghadiri malam rumah kematian di Labuan ini adalah lebih simple. Orang dari masjid datang baca tahlil (unik juga kiranya dalam buku tahlil maka di baca dari kulit ke kulit dan biasanya ketua pembaca hafal akan skrip bacaan) lapas baca tahlil dan doa, lepas makan bersurai. Dan yang lebih utamanya, pemimpin bacaan satu sampul, yang baca doa pun ada sampul. Kalau dua-duanya dia yang buat maka dapatlah ia dua buah sampul surrrrrrrrrrrrrrat. Aku terima. Sapa tak mahu??? Berapa tah isinya??? RM1.00, RM5.00 , RM10.00, RM15.00,RM20.00,RM30.00, RM50.00.
Pengalaman penulis dalam masyarakat sendiri purata orang sanggup bagi hanya RM5.00 biarpun hidup lebih sedikit berkemampuan dan hajat itu adalah terlalu besar, mungkin penulis berkongsi rasa sebenarnya siapa-siapa pun tak kaisalah kalau yang paling besar orang bagi tu tahap RM0.000.00 kerana itulah kerana tidak kemampuannya. Kita pun bukan nak jual pun ilmu dan amal, Cuma tenaga dan masa yang digunakan silalah hormati….. Gaji ribu-ribu ikhlas nak hadiah dengan orang Cuma rm10.00.
orang islam di wajibkan bayar zakat fitrah atau zakat harta kerana zakat membersihkan diri dan harta, orang yang berharta dan punyai pendapatan lumayan tapi tidak sihat tubuh badan dan pendapatan itu entah hilang kemana? Maka ini di Kerana bersebabkan diri dan harta itu belum di bersihkan dengan zakat.
Penulis antara yang terakhir balik dari rumah Arwah tuan Rumah. Malam ini penulis lewat juga melabuhkan mata,, biasalah kerana esok cuti, Malam ini pula hujan turun sangat lebat di iringi oleh sambaran kilat dan bunyi guruh, dua tiga kali penulis menyentuh merasa lantai takut-takut air sudah melimpah ke dalam lantai rumah. Tempat tidur penulis pernah di tengalami air.
Dalam dentuman bunyi guruh yang kuat, bunyi hujan mencurah sangat deras menimpa atap rumah, kilat sambar menyambar tidur penulis masih dapat diulit dengan mimpi yang mengembirakan, sesakali dentuman bunyi guruh membangunkan lena penulis yang sedang bermimpi, aaaaaaaaaaaa penulis hilang kawalan badan, badan penulis mulai mengapung dan melayang ke arah belakang, eeeeeeeeee Allahu Akbar, ada sesorang yang aku kenali, saudar Asrul cuba memangku dan menahan supaya penulis tidak terus melayang, namun saudara Asrul tidak berdaya menahan , penulis terlepas, penulis semakin jauh.
Badan penulis terus melayang dan semakin laju menerbus ke satu arah, di sana ada seorang lelaki perkasa berbaju t shirt putih lagak sebagai Pembina badan, Nampak jelas otot badannya, lelaki ini cuba juga menangkap memeluk dan cuba menahan penulis dari terus mengapung dan melayang. Badan penulis tidak terkawal. Terlepas dari kawalan lelaki itu, badan penulis terus Mengapung dan melayang kearah belakang. dentuman guruh membangunkan aku, lalu ku jatuhkan jari untuk merasa dan aku meraba lantai, masih kering lantai ini..
Deruan hujan dan sambaran pancaran cahaya kilat menyilau mata yang bertutup, pandangan mata ku terganggu dan tertumpu melihat, terserlah manisnya seorang gadis bertudung labuh dan berjubah warna hitam di kalangan gadis-gadis berpakaian warna putih, jelas kelihatan oleh ku akan tahi lalatnya, cun gila.. aku curi pandang lagi, indah sungguh.. yes.. yes.. macam aku kenal sangat ini. alhamdulilah.. amin, amin. Amin, ya rabil alamin. Boleh kah aku percaya ?!!! jika memang benar engkaulah itu , maka aku perlukan bantuan, bantulah aku kerana alang kepalang kekuatan untuk mengambilnya, tidak perlu di culik, tidak perlu di rampas, jalan mengambilnya secara curi.
Dentuman guruh membangunkan penulis , lalu penulis jatuhkan jari-jemari untuk merasa dan meraba lantai, masih kering lantai ini. penulis bangun jua untuk melihat masa, baru jam 4.25 pagi , hujan lebat begini ,sapalah lagi yang berani turun ke Masjid, merasakan waktu solat subuh masih lama. Penulis mengambil keputusan untuk kembali melabuhkan mata. Dentuman guruh dan panahan petir dan deruan hujan hilang.
Dalam seakan dalam sebuah bilik darjah aku duduk di tengah-tengah aku Nampak dan aku mengenali hanya Tuan Setiusaha Abjad Sabah Cigku Mazlan duduk di kerusi di bahagian hadapan sebalah kanan sekali, macam ada guru kelas pula, lagak seperti guru sekolah, kopiah tak ada, jangut pun tak ada, aku ingat-ingat tak pernah jumpa dan tidak kenal orang ini, aku dengar ia bertanya Mana Badal sini? Atau mungkin tanyanya Siapa Badal Sabah? Bila berjalan ke arah aku, aku hanya mengeleng kepala ,lidah ku keluh mengaku sebagai seorang badal.. kemudian orang itu bertanya kepada cigku mazlan lalu cikgu mazlan perkenalkan orang itu kepada ku, Ini badal Sabah atau itu Badal Sabah, lalu orang itu menghampiri aku. OOOOOHHH awak Badal Sabah, semakin ia menghampiri, aku cuba-cuba mengingati dan mengamati, berkulit tak putih tak juga gelap, adakah aku pernah mengenali atau bertemu dengannya? … aku tidak temui jawapannya…
Allahu Akbar Astagfirullah aku lewat bangun solat subuh … hujan masih mencurah-curah. penulis tergesa-gesa menunaikan solat sunat, dan aku masih ingat fatihah 40x sebelum solat fardu Subuh. penulis juga pernah di syarankan oleh al- alamah tuan guru Ustaz Ahmad Che Din agar beramal dengan surah Duhaa 40x atau mungkin 70X sesudah solat subuh.. Penulis pula tak mampu buat,,,,, pemalas gila, tapi kalau pembaca rasa-rasa amalan ini mudah, maka penulis persilakan beramal dan kalau nak ijajah aku boleh berikan pada bila-bila masa.semestinya penulis ada salsilah amalan ini hingga kepada Rasul allah Insyahallah.
No comments:
Post a Comment