Sunday, May 29, 2011

Bertugas di ofis ibu pejabat

Hari ini, hari pertama penulis akan mula bertugas di ibu Pejabat, ketagak macam mana pun, penulis kena ikut arahan, BAHAWA SAYA YANG MENURUT PERINTAH . Pagi ini sebelum ke ibu pejabat penulis sempat lagi menyinggahkan bungkusan soalan yang siap di tanda dan yang belum bertanda ke dalam bilik pejabat, rakan-rakan menyangka penulis banyak dah yang siap, kah…. Kah … kah angkut dan angkat memindahkan sahaja.

Semasa menuju ke ibu pejabat, bernasib agak malang sikit, nasiblah penulis sempat menyedari tempurceh kereta dah full penuh menyala dan isyarat amaran merah udah berkelip-kelip, macam mana ni? Penulis cuba berhenti seketika, panasanya belum reda, waktu punc makin hampir,penulis mengambil keputusan untuk tinggalkan sahaja kereta ini dan bergerak berjalan kaki ke Ibu pejabat, tempat tu bukan jauh sangat dalam masa 10 minit mungkin sampai. Cuma tak biasa berjalan.

Sampai di pintu lif ada sudah penulis berjumpa dengan beberapa rakan, semua tertanya-tanya buat apakan penulis buat ke pejabat hari ini? tindakan dispilin kot? Penulis sendiri pun belum terbayang apa geranganya tugasan yang akan diberikan ini. secara berselorah penulis menjawab saya jadi penyelia baru di unit pelajaran yang. Mengayat la ni.

Selapas bagi salam dengan kakitangan yang dah awal sampai, penulis menyapa beberapa rakan yang sedikit rapat dengan penulis, bila rakan-rakan ini beredar ke tampat berasap penulis pun ikut serta juga. Inilah pula lagak mereka di awal pagi. Penulis lama dah berehat merokok, walaupun hendak sampai 20 tahun, rasa nikmat mencium haruman rokok masih kekal, dan ketagih rokok tu macam baru semalam tak menghisap rokok.

Penulis bila masuk from 4 berehat dari merokok, time ni rokok Dunhill baru RM2.30 sekotak, berlambak lagi jenama yang harganya RM1.20, ada Good Flake , white Horse, Virginia Gold , kira yang paling super Benson the headzos, 555 . genarasi penulis tertawan dengan iklan Kingway maka membeli dan hisaplah rokok Kingsway.

Tamat sahaja menduduki kertas akhir peperiksaan SPM penulis mula kembali merokok, orang muda tidak kukuh pendirian, kecewa cinta di tolak oleh seseorang maka kembeli menyiksa diri merokok, hendak menuntut simpati konon…. Tak ada akal, Sendiri merana. Lu tanggunlah sendiri.

Penulis masa muda-muda memang peminat setia gudang garam, rokok jenama lain ramai pakat minta, Gudang garam ini jaranglah jumpa orang minta, masa bersekolah kat pondok, menunggu time solat mayat kerana boleh dapat duit, kadang-kadang dapat lebih untuk sembahayang hadiah. Sekali solat mayat paling kurang RM3.00 lepaslah dua kotak Gudang Garam, ada rezeki lagi tambah dapat RM5.00 untuk solat hadiah, maka lepaslah belanja makan untuk tiga hari, beli nasi bungkus seringgit di warung Patimah simpang jalan.

Bagaimana penulis boleh berehat dari merokok ? panjang ceritanya… pendek kan??? Anugerah dan taqdir Allah swt.

Usaha berihat dari merokok adalah salah satu usaha berterusan, orang yang telah lama berihat merokok masih berpontsei untuk kembeli merokok dan gian dan ketagihan rokoknya lebih akan bertambah dasyat.

Biasanya bila berkunjung ke rumah Arwah Tok Ayah Tasik, penulis ada rasa segan untuk hisap rokok kerana beliau memang Anti dengan rokok, penulis pernah mendengar (ulasan) Fatwa dan keterangannya berkaitan Rokok, lebih-lebih lagi dengan benatang bunga api dan mercun.

Penulis pun berniat dan berhajat mudah-mudahhan dan sentiasa memohon redha Allah swt bahawa penulis akan mengikut dan mewarisi cara dan penampilan Tok Ayah Tasik yang tidak merokok, dan penulis akan berusaha menjaga menyimpan janggut seperti mengikut Tuan Guru Ustaz Mat Janggut.

Alhamdulillah penulis berkesampatan menikmati rehat dari merokok dan di masa keremajaan penulis dah ada lakaf sebagai Ustaz Janggut. Sehinggalah kedatangan propaganda Usama Laden. Hingga adalah pula melakap penulis sebagai Osama.
Di permasyarakatan penulis orang yang menyimpan janggut ini adalah kononya mereka- mereka yang dah mencapai tahap kebilangan (terbilang barang kali). Mereka-mereka yang penuh berisi di Dada. Sedangkan penulis hanyalah seorang yang hanya itulah yang dapat di pamerkan sebagai mengikut dan beramal sebagai Sunnah Nabi.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah yang menganugerahkan begitu banyak cabaran, begitu banyak tentangan, begitu banyak cubaan, begitu banyak serangan. Ujian demi ujian, pada hari ini penulis masih gagah berdiri. Tepukan gemuruh untuk diri sendiri.

Itu semua Nikmat yang Allah swt hanya berikan kepada mereka yang di pilihnya. Amat beruntung dan amat bertuahlah mereka-mereka yang menjadi pililihan Allah Swt. Mudah-mudahan penulis dan sekalian pembaca menikmati percikan keberuntungan dan kebertuah han mereka-mereka yang terpilih Oleh Allah Swt ini. Amin ya rabil Alamin.
Seminggu ini, Hanya dua hari sahaja penulis bertugas di pejabat . kerana pada hari rabu lalu, penulis hanya menulis nama kemudian menghadiri raptai persembahan sempana hari guru esoknya khamis, penulis dah lama tak berlatih bersama maka banyaklah gaya dan sari kata yang tak hafal, tapi dengan cogang kata, biar sumbang asal menyumbang. Pasti beres

Manakala pada Hari khamis pagi penulis terus ke lokasi sambutan hari guru tersebut, acara ini di mulakan dengan Ceramah khas Motivasi oleh Ustah Shahir dari IPG gaya, seterusnya ucapan alu-aluan oleh wakil guru, perasmi sambutan hari guru warga Pendidik Sekolah Rendah Agama dan Kelas Kafa ialah Tuan Haji KPPK .

Pada sebelah petangnya Seorang rakan sekerja yang rapat dengan Si Dia bisik kepada aku bahawa Si Dia kemalangan dan patah kaki, baru aku taliponnya katanya,dan sekarang ada di rumahnya di R……… ( kenapa pula di R……… ) bukan berkursus?? , bah bila ustaz balik boleh bawa saya melawatnya? hati penulis memang terganggu dan tersentuh , timbul rasa serbah salah dan penulis tambah risau, bimbang juga sebab penulis pernah terniat dan terlintas di hati, jika Si Dia naik kereta dengan lelaki lain maka biarkan berlaku kemalangan agar nyata perbuatannya. Kenapa aku sampai begitu jahat sekali.

Menjelang malam baru aku sempat menghantar SMS, Fikiran ku tidaklah tertumpu dengan petunjuk over hert tempercue yang sedang di baiki, Cuma hp aku kerap kehabisan cas, tiga empat kali cas sehari, aku menyinggah sebentar di rumah kawan semata-mata untuk cas hp. Malangnya Jawapan kiriman Sms memang tak menggalakan. Buat sakit hati aku aja. “one way” katanya, Rugi masa aku saja sibuk-sibuk ambil hal. Hati ini pun terus berkata Biar tah ko terus tak dapat jalan. Kompom tak datang-datang lagi ke labuan lagi Astagfirullah.. astagfirullah… macam mana nak kata islam ini baik, kalau pracontohnya semua gagal mempamerkan keindahan Islam.

Dan Aku rasa, dan aku angan-angan mungkin Si Dia kecil hati sebab aku lambat sangat beri respon, padahal aku antara yang awal mendengar berita yang berlaku kepadanya. awu pedi tinganan daa ah

Wednesday, May 25, 2011

Wahai cincin bermata batu warna pingk….

Satu pagi seminggu yang lalu, bertempat di kantin sekolah, penulis dan seorang rakan dari MAIWP hendak bersarapan, kebetulan telah duduk di situ iaitu Tuan Ketua Penolong Mufti Labuan, ketika bersalaman dengan tidak semana-mana beliau mengambil kesempatan mengusap dengan tangan akan buah batu cincin yang penulis pakai. Sambil beliau juga ada berkata cantiknya cincin,….. beli kat mana ustaz? Penulis masih Sedikit kaget dan seperti selalu penulis akan menjawab hanya batu biasa-biasa aja ni ustaz… orang bagi saya pakailah.

Penulis sempat mencuri pandang dan lihat akan di jari Ketua Penolong Mufti itu memang ada tersarung indah cincin berbuah berbatu kecil berwarna hijau Kebiru-biruan, Nampak tak berapa menonjol sangat buahnya, sambil bersarapan dan bercerita Ketua Penolong Mufti pun sempat dan meperlawa penulis untuk mengajar di mana-mana, katanya sibuk macam mana pun dengan kerja, cuba sediakan masa, sebulan sekali sudah memandai untuk mengajar, nanti ana carikan tempatnya, sayang ilmu tak berkembang tambahnya. Cari sahaja bahan bacaan yang ringan-ringan, kalau kitab payah orang nak faham.

Masa itulah Ketua Penolong Mufti ini cerita yang sudah dua tahun mencari kitab ZUINUL THALIB karangan bekas mufti Berunai (6 jilin) bahasa melayu jawi tulisan tangan. Menurut beliau ada seorang di Labuan yang memiliki kitab itu, penulis tak Tanya pula adakah pemilik kitab itu ada mengadakan kelas untuk membaca kitab tersebut.

Ketika sedang makan tengahari penulis baru terasa ada pedih, bertempat di jari yang menyarung cincin, penulis cuba mengingat- ingati selama ini, yang mana selama penulis buat kerja berat sekalipun, cincin ini tidak pernah melukakan jari penulis… lalu kenapa pada hari ini cincin ini melukakan jari ini? penulis ada bersangka mungkin Tuan Penolong Ketua Mufti ada seni sendiri dengan batuan cincin ini.

Esoknya di tampat yang sama penulis mencuri pandang akan jari Tuan ketua Penolong Mufti, wah… lebih mengujakan penulis.. cincin yang penulis lihat di jarinya kemarin tidak ada, yang ada ini di jarinya adalah cincin lain yang mana bermata dan berwarna lain, dan yang hebatnya di jari kanan dan di jari kiri megah tersarung cincin yang indah mata batunya… fuuuuuuuu yuuuu.

Penulis selama ini tidak memandang apa-apa pada cincin yang di pakai, makin ramai yang memberi perhatian, sedang penulis sendiri terlapas pandang mengenai cincin ini, yang penulis terpandang hanyalah warnanya kerana amat jarang menemui mereka yang minat menggunakan seperti warnanya. Hati penulis Jauh sekali ada menyangka akan ada apa-apaan dan maksud dan sangka cincin ini kosong belaka.
Tengah menulis artikel “hanya merancang”, tiba-tiba terlintas di hati berdetik untuk kenapa tidak di try test ini cincin, Hari ini baru terlaksana hajat penulis untuk test ko wahai cincin,bersedialah engkau. baru terlintas di hati betapa seharusnya penulis harus menyimpaan rasa kecurigaan terhadap sejarah mu, ko menutup hati penulis , ko mungkin bukan sembarangan cincin, mana tahu cincin Ajaib Aladin atau saudar maranya, usap-usap keluar jin. Dan jin itu pula berkata Wahai manusia apa ko mahu? Aku boleh tunaikan 3 permintaan sahaja.

Maka bermulalah sebuah cerita Bismillaa hir rahmaa nir rahiim penulis mula dengan menggantungkan cincin ini dengan menggunakan benang sepatutnya benang berwarna putih, yang ada benang warna pic, pakai saja yang ada bah tiba-tiba meromang bulu roma penulis, Maasyahallah Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. ingkar sungguh engkau , langsung tidak mahu tunduk, makin kembang seluruh badan aku, seram berdiri bulu roma , usssssss ko bersama ku udah lama,,,, kenapa tak bagi aku faham ,,,,,, ada ko ganggu orang lain? Aku akan bagi ko tugasan, tapi tanpa syarat apa-apa ok? Setujuh? Angkat tangan kalau setujuh.

Apa penulis mahu buat dengan kamu sekarang? Apa sepatutnya perlu penulis buat ini?
Sambil penulis menambah buang dan olah akan artikel “kita hanya merancang” penulis mencuba-cuba pula draf cerita ini, Artikel “hanya merancang” cerita itu penulis mula edit dari pagi sampai menjelang waktu Asar, tak mahu siap , macam tak mahu di terbitkan, asal penulis baca, ada saja yang tak kena maka di delet, dan penulis terpaksa mencari lagi lah ayat lain untuk menggantikan.

oleh kerana penulis memang cadang dan berhajat mahu postkan artikel itu hari ini juga, maka pemurnian artikel terpaksa mahu tidak mahu kena di tamatkan juga. Kalau tidak artikel ini akan mendahaluinya. Dan berkemungkinan artikel itu pula mungkin akan ter reject ..

Ada juga rasa hati penulis untuk terus memurnikan dahulu artikel “hanya merancang “ dan mendahulukan pula post tulisan ini, tapi oleh kerana penulis juga memandang akan adanya keperluan penulis yang lebih penting dan hajat yang lebih besar dalam post itu maka menanglah post itu untuk di dahulukan… semoga mencapai maksudnya.
Penulis berhenti mencatat di sini dulu, penulis mahu mencuba menanda kertas jawapan murid pula, penulis belum bergerak lagi untuk mula, sedangkan penulis dah angkat semua kertas jawapan murid untuk bawa balik rumah, malulah dengan kawan-kawan kalau tak ada satu pun yang siap, penulis memilih menanda kertas jawapan pilihan lah dahulu, penulis pun mula menanda, menjelang waktu magrib penulis baru dapat menyiapkan dan menanda kertas jawapan bagi dua buah kelas. Ada sepuluh lagi menunggu …… Mengantuk pula. Layan dulu, ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tak baik tidur senja..

Selasai solat magrib penulis bergesa ke rumah kawan untuk post juga tulisan yang siap “hanya Merancang:, artikel tersebut sebenarnya penulis terlupa bagi tajuk, nak cepat punya pasal, penulis tak ada talian internit, Cuma menumpang dengankawan- kawan yang ada talian, kalau time kerja, di pejabat memang ada line. Penulis menumpang yang itu sajalah, penulis terburu-buru dan tidak menunggu lama , sempat jugalah penulis like-like beberapa komen rakan FC dan penulis mohon copy tulisan dari Ibu Nora. Penulis nak cepat kerana berhajat tunjuk muka dan tunjuk baik dengan sempat mengikuti bacaan tahlil di rumah arwah tuan rumah sewa kami.

Kalau di temapat Asal Penulis, bila mana ada kematian maka adalah mentudau (berjaga malam ke pagi) selama tujuh hari. Dan ada kenduri hari ketujuh, hari ke empat puluh dan ke seratus hari, penulis tidak mengatahui sejarahnya. Penulis tidak berkesempatan meninjau cerita asal usul budaya mentudau ini dalam masyarakat kami. mungkinkah pembawaan ajaran Mandur sharip?.

Selain mentudau pada malamnya , sebenarnya ada satu lagi perbuatan dan kepercayaan masyarakat kami, yang mana setiap hari selama tujuh hari itu satu hidangan istemewa di siapkan dalam talam yang mana benda ini biasanya di letakan di bilik si mati,dan ada bau Asap kemayan, APAKAH INI?

Dalam masyarakat kami Mentudau masih berlaku dan telah ada beberapa pengisian yang Nampak sangat bermanafaat iaitu dengan bacaan yassin dan tahlil, dan yang terkini hadir pula generasi yang cuba mengqatamkan bacaan al- quaran. Alhamdulillah itu niat dan amalan yang baik.

Manakala untuk dalam berbentuk makanan hidangan istemewa itu penulis tidak dapat pastikan sama ada ia masih berlaku, jika didapati masih berlaku maka adalah menjadi tanggung jawab untuk memberi kefahaman apakah maksud kebenarnya.. jika Nampak jelas nyata ada kebaiknya teruskanlah, apa kata penulis??????? penulis tetap dengan jawaban hantu tau tu…

Dalam kehadiran penulis menghadiri malam rumah kematian di Labuan ini adalah lebih simple. Orang dari masjid datang baca tahlil (unik juga kiranya dalam buku tahlil maka di baca dari kulit ke kulit dan biasanya ketua pembaca hafal akan skrip bacaan) lapas baca tahlil dan doa, lepas makan bersurai. Dan yang lebih utamanya, pemimpin bacaan satu sampul, yang baca doa pun ada sampul. Kalau dua-duanya dia yang buat maka dapatlah ia dua buah sampul surrrrrrrrrrrrrrat. Aku terima. Sapa tak mahu??? Berapa tah isinya??? RM1.00, RM5.00 , RM10.00, RM15.00,RM20.00,RM30.00, RM50.00.

Pengalaman penulis dalam masyarakat sendiri purata orang sanggup bagi hanya RM5.00 biarpun hidup lebih sedikit berkemampuan dan hajat itu adalah terlalu besar, mungkin penulis berkongsi rasa sebenarnya siapa-siapa pun tak kaisalah kalau yang paling besar orang bagi tu tahap RM0.000.00 kerana itulah kerana tidak kemampuannya. Kita pun bukan nak jual pun ilmu dan amal, Cuma tenaga dan masa yang digunakan silalah hormati….. Gaji ribu-ribu ikhlas nak hadiah dengan orang Cuma rm10.00.

orang islam di wajibkan bayar zakat fitrah atau zakat harta kerana zakat membersihkan diri dan harta, orang yang berharta dan punyai pendapatan lumayan tapi tidak sihat tubuh badan dan pendapatan itu entah hilang kemana? Maka ini di Kerana bersebabkan diri dan harta itu belum di bersihkan dengan zakat.

Penulis antara yang terakhir balik dari rumah Arwah tuan Rumah. Malam ini penulis lewat juga melabuhkan mata,, biasalah kerana esok cuti, Malam ini pula hujan turun sangat lebat di iringi oleh sambaran kilat dan bunyi guruh, dua tiga kali penulis menyentuh merasa lantai takut-takut air sudah melimpah ke dalam lantai rumah. Tempat tidur penulis pernah di tengalami air.

Dalam dentuman bunyi guruh yang kuat, bunyi hujan mencurah sangat deras menimpa atap rumah, kilat sambar menyambar tidur penulis masih dapat diulit dengan mimpi yang mengembirakan, sesakali dentuman bunyi guruh membangunkan lena penulis yang sedang bermimpi, aaaaaaaaaaaa penulis hilang kawalan badan, badan penulis mulai mengapung dan melayang ke arah belakang, eeeeeeeeee Allahu Akbar, ada sesorang yang aku kenali, saudar Asrul cuba memangku dan menahan supaya penulis tidak terus melayang, namun saudara Asrul tidak berdaya menahan , penulis terlepas, penulis semakin jauh.

Badan penulis terus melayang dan semakin laju menerbus ke satu arah, di sana ada seorang lelaki perkasa berbaju t shirt putih lagak sebagai Pembina badan, Nampak jelas otot badannya, lelaki ini cuba juga menangkap memeluk dan cuba menahan penulis dari terus mengapung dan melayang. Badan penulis tidak terkawal. Terlepas dari kawalan lelaki itu, badan penulis terus Mengapung dan melayang kearah belakang. dentuman guruh membangunkan aku, lalu ku jatuhkan jari untuk merasa dan aku meraba lantai, masih kering lantai ini..

Deruan hujan dan sambaran pancaran cahaya kilat menyilau mata yang bertutup, pandangan mata ku terganggu dan tertumpu melihat, terserlah manisnya seorang gadis bertudung labuh dan berjubah warna hitam di kalangan gadis-gadis berpakaian warna putih, jelas kelihatan oleh ku akan tahi lalatnya, cun gila.. aku curi pandang lagi, indah sungguh.. yes.. yes.. macam aku kenal sangat ini. alhamdulilah.. amin, amin. Amin, ya rabil alamin. Boleh kah aku percaya ?!!! jika memang benar engkaulah itu , maka aku perlukan bantuan, bantulah aku kerana alang kepalang kekuatan untuk mengambilnya, tidak perlu di culik, tidak perlu di rampas, jalan mengambilnya secara curi.

Dentuman guruh membangunkan penulis , lalu penulis jatuhkan jari-jemari untuk merasa dan meraba lantai, masih kering lantai ini. penulis bangun jua untuk melihat masa, baru jam 4.25 pagi , hujan lebat begini ,sapalah lagi yang berani turun ke Masjid, merasakan waktu solat subuh masih lama. Penulis mengambil keputusan untuk kembali melabuhkan mata. Dentuman guruh dan panahan petir dan deruan hujan hilang.

Dalam seakan dalam sebuah bilik darjah aku duduk di tengah-tengah aku Nampak dan aku mengenali hanya Tuan Setiusaha Abjad Sabah Cigku Mazlan duduk di kerusi di bahagian hadapan sebalah kanan sekali, macam ada guru kelas pula, lagak seperti guru sekolah, kopiah tak ada, jangut pun tak ada, aku ingat-ingat tak pernah jumpa dan tidak kenal orang ini, aku dengar ia bertanya Mana Badal sini? Atau mungkin tanyanya Siapa Badal Sabah? Bila berjalan ke arah aku, aku hanya mengeleng kepala ,lidah ku keluh mengaku sebagai seorang badal.. kemudian orang itu bertanya kepada cigku mazlan lalu cikgu mazlan perkenalkan orang itu kepada ku, Ini badal Sabah atau itu Badal Sabah, lalu orang itu menghampiri aku. OOOOOHHH awak Badal Sabah, semakin ia menghampiri, aku cuba-cuba mengingati dan mengamati, berkulit tak putih tak juga gelap, adakah aku pernah mengenali atau bertemu dengannya? … aku tidak temui jawapannya…

Allahu Akbar Astagfirullah aku lewat bangun solat subuh … hujan masih mencurah-curah. penulis tergesa-gesa menunaikan solat sunat, dan aku masih ingat fatihah 40x sebelum solat fardu Subuh. penulis juga pernah di syarankan oleh al- alamah tuan guru Ustaz Ahmad Che Din agar beramal dengan surah Duhaa 40x atau mungkin 70X sesudah solat subuh.. Penulis pula tak mampu buat,,,,, pemalas gila, tapi kalau pembaca rasa-rasa amalan ini mudah, maka penulis persilakan beramal dan kalau nak ijajah aku boleh berikan pada bila-bila masa.semestinya penulis ada salsilah amalan ini hingga kepada Rasul allah Insyahallah.

Saturday, May 21, 2011

hanya mampu merancang....

Pagi ini terasa udara lebih sejuk dari hari-hari yang lalu, macam aku nak mandi pagi pun tak berani, rasa macam ais pula air paip pagi ini, masa ambil air sembahayang waktu subuh tadi tak berapa terasa sejuknya, barangkali pergerakan aku terlalu cepat mengambil air sembahayang sehingga tak terasa oleh ku akan sejuknya.

Bangganya aku dalam seminggu dua ini aku dapat tunai solat subuh pada awal waktunya, dapat pula aku buat fatihah 40 x sebelum solat fardu. Dulu masa baru tiba di sekolah pondok dan time tu aku belum terima talkin syahadatain, aku istiqamah buat wirid ini, Cuma la ini aku dah tak ingat apa fadilatnya yang ingin sangat aku perolehi melalui amalan ini.

Pagi ini di perjalanan menuju ke tempat kerja amat sesak pada pagi ini kebanyakan pengguna menggunakan kereta menuju ke tempat kerja. Sepanjang perjalanan kelihatan di tepi-tepian bas stop adanya deretan motosikal,seolah-olah macam banyak pula kedai menjual motosikal pagi-pagi hari ini.

Menghampir Sampai di kawasan Bandar keadaan masih sesak, kawasan Bandar tidak ada hujan, Labuan ini sangat istemewa dalam taburan hujan harian, hujan di setempat dan panas di setempat dan hujan lagi setempat dan panas lagi ditempat lain.

Kalau hari jumaat jadual halaqah pagi kami adalah baca yassin,dan pada hari jumaat yang mana si dia mula berubah, akulah yang memimpin bacaan yassin tersebut, dan aku memang ada memasang sesuatu niat dan hajat, lain yang aku niatkan lain pula yang jadinya, sasau terus aku dikerjakanya, kalau sasau ku aku tanggung seorang kira boleh lah tahan, ini sasau ku mengganggu orang lain, patutnya aku di hukum pasung ni, kini sasau aku ini sudah berlarutan jumaat ke empat,aku target juga sasau aku mereda sebelum 40 hari.. kalau tak, akan lebih menyusahkan, berpontesi sasau tu jadi perangai nauzubillah.

Pada rakan yang simpati dan yang siap dengan curahan kata-kata dorongannya, dan rakan yang ketinggalan gossipnya, menabahkan hatiku, aku tahu dan aku akui ramai yang menyayangi dan memahami aku. pada dua battalion ini aku juga sangat-sangat merakamkan ribuan terima kasih dan syukur terutama ada suportnya. Insyahallah aku akan pahat dan rakam dalam sanubari ku.

Dan memang lumrah dunia barang kali, pada mereka yang talam serba guna, mengalahkan aku pada bab mengayat, mengayat, mengayat. Dan ayat mereka mungkin super power yang bersatu dengan bidang lagi yang aku memang ada keraguan tenteng adanya bisikan-bisikan simpulan….. (tag khas ku pada si Dia pada tajuk ini,mudah-mudahan Allah swt Gerakan hati mu untuk mencapai laman kami yang tak seberapa ini dan beri aku peluang bercerita mengenainya),

Ingin aku cuba mempastikanya, kiranya ada kebenaran bersama kita menghadapinya, kiranya tersasar maka perlunya aku terus belajar, belajar,belajar.belajar. belajar…. Belajar, moga dengan ini juga mudah-mudahan Allah swt zahirkannya dan permudahkan lah bagi kita menghadapinya. Dengannya juga pada halaqah bacaan yassin pagi ini, biarpun bukan aku lagi yang memimpin bacaan, aku memperbaharui maksud dan aku cuba memasang niat dan hajat yang lebih ampuh. .. amin ya rabil alamin moga berkat.

APA ISTIMEWA SANGAT SI DIA HINGGA ADA DALAM ARTIKEL PENULIS YANG TERBANYAK?
Utama untuk keselamatan, saya tidak ada berhak untuk mendedahkan kewujudan watak orang ini, melainkan watak ini sudi memperkenalkan dirinya sendiri, selain dari cerita ini saya bawakan kerana merasakan ada kesesuaian untuk kita kongsi bersama. Idea boleh jalan… sambil-sambil dapat mengayat.

Asas cerita Aku ingat pernah nyatakan perasaaan suka ku pada si dia pada sekitar awal aku di pindahkan ke tempat baru ini, kenapa aku tak berusaha mengurat? Oooooo iiiiiiiiii Si Dia selalu bersama sesorang. Siapa yang berani, dan tidakah mengurat rakan sekerja adalah gangguan?? Lagipun aku enda percaya la bah kalau si dia ada hati atau suka sama saya…

Aku terlapas pandang lah , kini Setelah lebih setahun berkerja bersama, Sudah terhantuk baru tergagah, baru aku sedari rupanya aku melihat ada tanggungan kerja berat, namun telah terlambat, peluang yang hadir tak akan datang kembali, yang pergi tak kan kembali, yang lepas, lepaskan lah, usah dikenang cerita lalu. Aku abadikan nasihat Si Dia pada ku “ Itu hanya perasaan yang menguasai dri kita,saya harap x berpanjangan makin us fikir saya fikir yang bukan-bukan tetapi Sebelum terlambat saya mahu ustaz tahu dari syg dn sya kurang selesa dengan apa yang berlaku.”

Taqdir yang maha kuasa,aku hanya mampu terus berdoa… berdoa.. berdoa,berdoa,berdoa berdoa berdoa,kerana doa senjata orang Mukmin, berkat kesabaran insyahallah mudah-mudahan makbul,dan Kiranya pada si dia sebenarnya tersimpan,kunci nazarku maka ya alllah ya tuhan ku aku pohon menzahirkan. …

Belum selasai bersarapan loncing dah di bunyikan dua kali, pagi ini kami mula berlatih untuk persembahan sempana sambutan hari guru, sekolah kami di amanahkan untuk untuk mengetuai nanyian lagu wajib Kami Guru Malaysia dan lagu jabatan , kami juga akan mempersembahkan sebuah lagu nasyid bertajuk Lukisan Alam. Bila aku membaca lirik lagu nasyid lukisan Alam. aku naik sasau, aku menjerit dan berteriak, luka hatiku berdarah kembali… nampak dada ku berdarah.. Ayat power ku akhir-akhir ini.

Selasai berlatih aku menuju ke bilik pejabat, aku Nampak seseorang yang selalu aku ceritakan dan aku tegurlah oooohhhh ko main Hujan? maksud hati ku kenapa tak minta aku jemput? Ooooooo ya saya main hujan bah katanya. Keadaan di luar memang hujan lebat. Orang ini memang datang kerja dengan berjalan kaki. Belum pun lama aku duduk, orang itu tunjukan aku surat arahan dan jadual bertugas di pejabat mulai minggu hadapan dan semasa cuti sekolah. Melihat aja kertas itu Memang tersirap darah pahlawan aku. Perkataan yang mula keluar dari mulut aku” ini sabab kamu bah kan ini??? kamu marah dengan aku kan? Mereka yang mendengarnya tentu merasa betapa hebatnya ayatku ini.apa lagi kepada yang di tuju… saya betul-betul minta maaf, aku tidak berkesempat memohon maaf,awal Si dia berlalu hari ini,sebelum aku sempat melafazkannya.. aku sebenarnya bermaksud itu Cuma bergurau menghiburkan hati sendiri…

Kelemahan aku lah juga, mulut aku selalu menjawab mengikut hati, belum ada lintasan dalam fikiran, suara aku dah tersembur keluar menyampuk . Dan Aku berkeras juga tidak mahu berubah gaya kerana aku tahu apa yang tersirat didalamnya.

Bab cuti memang aku ada cerita ketegak, entalah.. aku hangat sangat kalu bab cuti ini, berganggu, apalah sifir apa yang di guna pakai oleh jabatan untuk menjawabnya, orang dah atur banyak plan,datang pula dengki begini, ini semua sebab dengki melihat orang lain senang menghadapi masalah. Kalau Cuti –cutilah ,ini betul-betul busuk hati punya pasal. Dulu masa kakitangan kurang tak ada pula bab-bab begini. Sekarang Makin banyak kakitangan, makin banyak kerenah, makin banyak bantuan diperlukan.

Aku Kira aku tercabar…. Aku dah tidak sabar-sabar menunggu penghujung kontrak aku , ada beberapa bulan lagi untuk tamat,jadi sebelum meminta diri, Aku masih ada masa menyahut bebarapa cabaran.dan mungkin aku sempat menambah beberapa jenis permainan yang mudah untuk di tamatkan.

Untung sabut timbul, untung batu tenggalam.

Beberapa minit kemudian aku menerima panggilan telepon melalui nombor telepon sekolah, alamak sapa pula pemangil ini?,sebut nama penuh aku pun tak lurus. hp aku tak berfungsi bebarapa hari ini.nak menyuruh beli baru kot? Kawan yang panggilan ini menyampaikan satu isi berita bahawa tuan rumah sewa kami didapati telah meninggal dunia ketika sedang tidur. Aku pun meminta kebenaran Guru Besar Untuk keluar melawat, aku redah aja hujan lebat, keta aku pula penghawa dingin tak berfungsi, meraba line putih aja. Aku Berjaya juga sampai. Tak ada pula hujan di kampong kami ini.

Sampai di distinasi aku dapati belum ramai orang, sekitar kami-kami penyewa dan bekas penyewa rumah, entah kenapa aku tidak tergerak hati untuk menatap wajah arwah untuk kesekian kali, cerita dari rakan , mayat kelihatan hitam,Menurut pemeriksan doctor beliau didapati meninggal dunia akibat kegagalan jantung berfungsi. Selama aku tujuh tahun menyewa tidak pernah aku tahu atau dengar Arwah ini menghadapi apa-apa penyakit , malam sebelum kematiannya pada waktu pagi, menurut cerita masih ligat bercerita dan bergurau dengan pengunjung kedai runcitnya.

Aku hanya duduk-duduk di perkarangan rumah Arwah sambil menunggu laungan Azan untuk beredar menunaikan solat Fardu jumaat. Aku cuba mengimbas kembali sekitar 40 hari sebelum kematian Arwah ini.hari terakhir aku bersembang dengannya berlangsung agak lama di perkarangan rumah sewa ku, oooooo ya tuan rumah bagi tahu frem besi penyidai kain di tempat aku telah diambilnya untuk menambah besi yang di gunakan pada penambahan rumah anaknya yang sedang di bina di sebalah aku juga.

Dan yang amat penting…….. amat aku akui aura yang biasa aku alamai sebelum ini sudah tidak kunjung, firasat dan rasa hati itu tidak aku nikmati lagi, adakah kerana aku ini sedang di landa sasau????

Aku teruja dengan tulisan Ibu Nora ini lalu aku copy tanpa kebenaran untuk kita kongsi kan

Paku Di Dinding Hati ....

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang di gunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Salam Sayang... Ibu Nora

Tuesday, May 17, 2011

Pejabat baru ku

Hari ini cuti wesak, maknanya tak kerjalah…..kan? macam cuti hujung minggu pula aku rasa, aku tengah melepak di rumah, aku cuba-cuba mendraf penulisan, dengan menulis dapat aku meluahkan rasa hati, bila dah terluah tekanan perasaanku akan mulai melerai, jadi kalau aku kurang waraspun taklah aku sampai terjun dari jambatan Menumbuk - Labuan.

Ayat ini dah banyak kali aku ulang, ulang, ulang ulang……. Hujung minggu atau cuti-cuti Am, tahap kebosanan menjadikan aku ada juga perasaan untuk keluar berjalan-jalan, lagi pun orang memang kenal aku Ustaz, keluar seorang-seorang macam janggal pula, Cuma kalau nak bersiar-siar dengan kawan tak ada kawanlah pula, nak cari kawan keluar pun semua lelaki aja…. Tak romantiklah… nanti jadik LGS pula lak, dulu asal keluar aja jalan ramai-ramai, vrumeeee bermotor….

masa ditelan waktu, waktu di telan masa, sekarang , yang dah ada berkeluarga keluar dengan keluarga, yang bertunang berjalan-jalan dengan tunang, yang berkasih-kasihan keluar dengan kekasih… Aku juga yang single.. terlajak.. ngorat pun tak lekat. pernah juga aku ada perlawa seseorang ( ingatan tulus ikhlas) nak jalan-jalan dan makan tengahari di UMSKAL, wah.. apa katanya. Sorry ust. Hmm lagi pun tidak manis bah kan kalau orang pandang berjalan berdua-duan ini, tak semana-mana kena batang idung sendiri, dah lah status ustaz.

Tapi Setakat aku dah jadi ustaz ni, tak pernalah pula aku jalan berdua-duaan ni., kalau rasa-rasa ada pernah Nampak aku jalan berdua-duaan tu, itu bukan akau tau… tuduhan dan fitnah semata-mata,, sebab kalau kiranya masa aku perlawa seseorang tu, konon-konon itulah baru aku nak pecahkan rekod, namun tak Berjaya. Jadi rekod masih bertahan, Kepada yang belum Berjaya berusahalah lagi. Sehingga Berjaya. Majulah sukan untuk Negara.

Ajak pigi makan tak dapat,menonton wayang lagi-lagilah tak boleh, jadi macam mana nak ngorat???? Tak payah ngorat-ngorat kot? Terus ja gi rumah sampaikan hajat,….. tak payah cabar aku, ingat styele itu aku tak pernah buat? Simple punya hal. Biar Nampak tak ber adat, Aku dah tray test dah., tinggal nak ulang lagi!!!!! Piiiiiiiii wwwit tak salah,. Insyahallah, akan aku usahakan dan tunggulah sapa mangsanya….

Telah melintas dalam sanubariku, kenapa tidak sahaja aku terima hakikatnya kebenaran bahawa kehidupanku sebenarnya akan mekar di Labuan, bukan di kampong halaman. Buakankah aku telah banjirkan masa begitu lama untuk cuba menerapkan diri tentang kehidupan di kampong halaman,,, namun Gagal dan sehingga kehari ini masih kosong belaka.

Aku pernah merasa marah dengan mereka yang membina anganan kehidupan di wialayah ini, Kenapa aku tidak akui dan mengapa aku tidak membina anganan kehidupan berasaskan wilayah persekutuan Labuan. Seperti mereka, Ya… sehingga ke hari tua…,
kenapa aku tidak pernah merebuat peluang yang ada… peluang yang ada terus berlalu… sayang seribu kali sayang… tujuh tahun, tujuh tahun , bukan tak lama, apa yang aku ada? Apa yang aku ada? Tujuh tahun aku ada apa?

Selalunya aku bertanya diri, kenapa allah swt beri aku peluang terdampar di wilayah ini? aku di wilayah ini tetapi banyak anganan ku bina untuk kampong halaman… tak kah itu buangmasa?
dengan langkahan bismilah aku cuba melakar membina anganan di wilayah ini….


Alhamdulillah pagi ini cuaca sangat baik dan sesuai untuk sambung tidur,dengan iringan hujan renyai-renyai , tiupan angin sopoi-sopoi bahasa,udara nan nyaman serupa ada penghawa dingin,,,, rupanaya tidurku tak juga mahu lena, badan masih penat dan lenguh-lenguh akibat semalam bermain fotsal. Liat-liat nak bergerak, perut mula meragam, sayang bangun, kita sarapan dulu ? Untung kalau ada menjaga.
Perbandingan… Ala la ….. ini kena bangun sendiri nak menyediakan.

Ingatkan tidurku pagi ini akan lena selenanya dan mungkinlah dapat aku bermimpi bersua ketemu dengan bidadari impian,,, malangnya tidurku tidak juga nenyak, tidurku tidak lebih dengan tidur-tidurku yang sudah-sudah , tidur yang tak pandai lena, tidur yang tidak bermimpi, tidur yang bukan tidur.inikah penyakit susah nak tidur. .. Otak ku dok ligat juga berputar-putar hingga naik temperucer …. Menghangatkan seluruh badan.

Umur veteren begini kalau jumpa bola dan pantang dengar kalau ada boking padang, terasa diri baru berumur belasan tahun. Belasa saja, ligat seperti orang muda hingga orang tak percaya umurku dah memasuki separuh abad. Astaga umur ku dah separuh abad,,, tak herenlah aweks-aweks kata “saya anggap abang seperti abang kandung sendiri” cam mana lagi mengayat. Oright juga bah,,, Semalam aku penat sungguh bermain bola,tenaga rasa macam dah habis pakai, berpinar-pinar uda pandangan mata, kaisah-kaisah macam nak pingsan, Alhamdulillah kesihatan masih mengizinkan…

Habis bermain kami sepakat dan akan melepak di Utama Jaya. Distinasi utama sebenarnya Restoran Effa, dulu kedai ini kecil, tapi kerana kedai melayu yang lainnya macam tamat kontrak kedai maka retoran ini makin jadi tumpuan di waktu malam.bila mendengar menyebut dan membaca nama tulisan restoran ini selalunya macam ada sesuatu yang janggal di hatiku, terasa nama ini dah meresap dalam hati (ingatan tulus ikhlas dan maaf jika ingatan ini mengganggu).

Dalam kawasan ini ada dua deretan blok bangunan, dan terdapat banyak jenis kedai perniagaan, ada dua mini panggung wayang, dan tidak kurang dari enam buah pup karaoke yang salah sebuahnya secara live dan terbuka,di kawasan ini terletaknya Utama jaya supermarket maka secara atomitik lokasinya di namakan Utama Jaya juga . nama sebenar kawasan ini ialah Ujung pasir, kawasan laut yang mana telah di tambak dan dibangunkan semasa era pemerintahan Dato Haris Salleh, dan semacam perbananan Labuan tidak berkuasa di tapak ini, kawasan ini sebenarnya masih berlaku penambakan dan terus menerima pembangunan, dengan papan penyata menerangkan fasa pertama cadangan pembinaan terminal bas dan pasar namun nampaknya fasa pertama pun dah lama terbangkalai…

Oleh kerana beralasan esok tidak berkerja maka malam ini semua melepak sampai agak lewat sedikit, bermacam anika topic di bincangkan, dari bab rasmi hinggalah rakaman maharaja lawak semuanya sapuh habis, nasib aku sedikit hilang semangat, perbincangan aku tak masuk sangat, tibanya masa lalu aku panggil pelayan untuk mengira semua, hanya minum untuk 16 orang aja. Kalau makan meranalah juga aku, niatku bukan untuk berlagak, semata-mata kerana allah, dan agar mereka mendoakan kesejeterahaan ku jua.

Biarpun ahli melepak ini terdiri dari segenap lapisan, ada buruh, ada S17 dll namun, aku kata semua diri kita adalah guru oleh itu SELAMAT HARI GURU. Jadi aku minta diri untuk beredar, alamak seronoknya dengar kawan –kawan seling berganti mengucap terima kasih Jack , terima kasih jack, terima kasih jack . syukur Alhamdulillah. Lembut lidah mereka menyebut namaku….

Dalam syok sendiri menulis, hatiku terusik oleh pendengaranku,akan sesuatu semacam ada aku terdengar bunyi jerit-jeritan, seram bulu roma aku, bila ku mencuri-curi pandang, isssss apakan jerit-jerit tadi?, aku lihat sang om di sebelah sedang setdey berkerja meroboh salah satu dinding yang di tambah oleh tuan rumah aku, sangka ku kali telinga ku dah kurang pendengaran, hingga bunyi kuching pun, aku dengar macam bunyi suara orangan.

Lalu aku cuba teruskan tulisan ini, aku dengar lagi bunyi jeritan dan teriakan itu, udah tambah jeritan perempuan di tingkah oleh teriakan lelaki,, apa-apa an ini, aku tak dengar sang om itu buat kerja lagi… makin kuat suara jeritan….. adakah sura budak-budak berkelahi? Namun aku amat terganggu kerana suara perempuan dan suara lelaki ini aku macam kenal betul… .. kemudian suasana macam hening seketika…

Lama aku mencuba mendengar… mendengar…….mendengar …. sunyi sepi tak ada bunyi.. bila kedengaran bunyi ketukan om itu mula berkerja kedengaranlah laungan Azan dari masjid menandakan telah masuknya waktu solat Zohor bagi kawasan Genggarak Merinding,
Apalah sang om ini saat berkumandang laungan Azan masih lagi meneruskan kerja-kerjanya yang membising, meroboh mengetuk dinding bebatuan bata.. tak hormat langsung laungan Azan.

Saat hentinya laungan Azan,,, aku dengar lagi suara jeritan itu. Nasib tengahari siang sedang bermegah berlakunya, kiranya malam berlaku demikian alangkah alang kepalang aura melanda… sang ayam sedang galak berkokok di tengah hari…. Alamat apakah ini?

Akupun cadang stop lah dulu cerita ini, idea pun setakat ini-ini, biarpun bunyian itu menganggu ku namun aku pun malas nak ambil tahu apa lagi untuk cuba melayan bunyi-bunyi tu. Masing-masing hal lah di hari cuti… yang penting aku wajib tunaikan Solat Zohor.. jom kita dirikan solat.

Seminggu dua ini aku dah terlalu cemperah, aku lebih masa berada di kantin sekolah, biarpun aku Nampak mereka dikantin seakan sedang senyum memperli aku, namun apa aku kaisah. aku rasa lebih nyaman sediki dikantin berbanding di dalam pejabat, wahai hati tabah dan bersabarlah .. . pasti suatu masa

Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua...........

Selain dari menjadi dapur Rasmi. Dewan masyuarat dan yang terkini kantin inilah pejabat aku. Rehat tengah hari pasti aku menghilang…. hingga ada rakan bertanya kenapaan dengan ustaz semanjak dua menjak ini? aku menjawab biasalah ustazah, aku biasa-biasa saja ini.

Saturday, May 14, 2011

bergembiralah menjadi Guru.

kali pertama untuk aku cuba menulis secara live, hari ini hari guru rupanya. macam mana seorang guru pun boleh lupa. alahai.... masih amai dan angau dengan cerita aku dan dia... yang sah kompom menemui kegagalan...

aku cadang nak rehat menulis lah dulu, tapi bila aku ingat-ingat ini sifat orang yang merajuk,malulah aku kalu kedapatan merajuk. aku dah orang tua, ustaz lagi.. badal lagi.. uiiiiiiiiii naaaa beratnya tanggungan. apa pun aku ni lelaki dari manusia..

bukan menunjuk-nunjuk, bukan mengada-ngada, tapi aku nak tahu dan aku nak belajar membuatkan aku susah di fahami oleh mereka yang tidak mengerti. aku pun tahu tak mungkin mengawal diri ini kerana pemiliknya yang tuan punya maha kaya..

hari guru, untuk guru??? tak ada apa pun istemewanya... kalau aku lah. sebabnya aku tak pernah ingat ada yang boleh aku kenang-kenang dan boleh aku bangga-bangga..

Di facebook aku post ingatan ikhlas untuk sekalian guru-guruku,rakan guru dan bakal guru. dan yang tak berguru carilah guru, adat berguru ada akadnya.

berguru kena ada akadnya, rukun dan syarat, tak sah berguru tanpa akadnya.rukun dan syarat..

bila bernama guru ini, daulatnya memang kurnia allah, tak kiralah sang guru itu bukan dari kalangan muslim, kita sebagai penuntut dan orang yang beragama islam wajib hormat beradab denganya seperti kita beradab dengan tuan-tuan guru kita yang muslim juga.

guru ini berada pada berbagai gelaran dan martabat, dalam jadi guru masih memerlukan juga guru, dalam berguru kena ada guru, guru segala guru di panggil asaataza (cuba rujuk kamus) asal kata ustaz atau ustazah.

guru akedemik, guru silat, guru rohani, guru mursyid, mahaguru macam-macam guru, aku jadi guruletih ajalah...

jasa guru menjadikan aku guru,aku dah cuba lari jauh-jauh dari jadi guru.. taqdirnya Allah masih letakan saya jadi guru...

aku ke labuan bukan pasal aku merajuk,tapi bila aku nak kembali balik macam sebab aku merajuk pula,

Tuesday, May 10, 2011

Tetapi biasanya aku ini tidak tetap pendirian.

Jumaat berlalu maka genaplah seminggu aku dan si dia tidak makan bersama.Pun demikian aku dan si dia sentiasa bertegur sapa pada peluang yang datang,semacam Si Dia Spoting menunjukan yang tidak ada apa-apa berlaku, bila saya melihat si dia ,aku akui langsung tidak menzahirkan rasa apa-apa, si dia memang tidak menampakan apa-apa bebanan, berbanding dengan aku yang telah berlebih-lebihan. ………

Aku mula melakar penulisan ini pada hari pagi Ahad, penulisan yang ada dalam simpanan ku,yang belum aku Postkan, iaitu tulisan hari Khamis, tulisan hari jumaat dan tulisan hari Sabtu, untuk Isnin minggu kedua ini, biar pun ada plot-plot dan kelakuan saya yang lebih menarik dan lebih berani…. saya sudah tidak mencatatnya, dan saya pun tidak pasti sama ada tulisan hari khamis, jumaat dan sabtu,,, saya mampu postkan atau tidak,

saya sebenarnya lebih bermaksud akan menjadikan semua post Aku dan Si dia ini secara bersiri setiap minggu, malangnya saya tewas, oleh kerana si dia telah benar saya perkenalkan pada blog ini, menjadikan segala post saya di Aku dan Si Dia menjadi meden bicara saya dan luahan rasa saya kepada si dia. Jadi memang Masuk bab mengayat juga kan? Mengorat menggunakan blog. syok sendiri.....

Jadi mana yang baik jadikan panduan manakala kesilapan dan kelemahan jadikan lah sampadan. Kebaikan dalam timbunan kejahatan akan jelas Nampaknya, kejahatan dalam timbunan kebaikan, hanya yang pakar dapat menilainya.

Saya akan cuba membuat sedikit rumusan mengenai post saya dalam Aku dan Si dia, memang ada terlintas dihati,sedari awal kiranya Post saya di Aku dan Si Dia, menemui ke gagalan, maka saya berniat mendelet segala post pada tajuk Aku Dan Si dia ini. Tetapi biasanya aku ini tidak tetap pendirian.

Sesuatu fenomena rasa yang sangat berlainan yang aku alami, aku memang ada bersangka mungkin ada suatu unsur lain yang datang di hantar untuk melanda ke arkaban aku dan si dia,seandainya benar, maka pada hal itu, aku dapat bertahan sebagaimana ilmu pertahanan yang aku warisi, namun sekiranya itu hanya Fenomena Rasa maka sekali lagi pertahananku terbukti masih goyah, masih terlalu banyak kelemahannya…

Adanya rasa simpati dan sayang, menjadikan saya cuba mempertahankan si dia dari sejauh ini, untuk situasi ini saya telah melakukan kesilapan kerana cuba mempamerkan diri dan tidak pada kekal bertahan.. Insyahallah apa yang saya lakukan, semuanya kerana mengharap redha Allah Swt.

Diantara rasa yang sering kita hadapi atau saya sahaja berfikir mengenainya ialah, buat apakan menunggunya, cari aja yang lain, kan ramai lagi yang memuja-muji?? Atau apakan mahu susah-susahan ….. ketemu saja sang bomoh, …. seru namanya, pasti akan datang melutut… Astagfirullahal Azhim

Bagaimana pula dengan si dia menghadapinya? Saya makin risau, saya telah menakutkannya,,,,, skrip yang saya guna pakai nyata tidak berguna langsung… makan diri, maka saya mula mengalah, ikhtiar terakhir saya hanya mampu berdoa Ya Allah Bukakanlah Hatinya untuk menerima Nur mu, rahmatilah kami dan anugerahkan lah kami petunjuk dan redhakan lah kami . Amin.

Cuma saya amat tertanya-tanya adakah kearkaban saya dan si Dia ini sebenarnya melerai kerana akibat saya terlepas pandang akan tindakan, dan perangai tutur kata sendiri yang tidak teratur dan tidak sensitive ? saya teramat risau perbuatan itu telah menyinggung perasaan ramai orang dan juga menyebabkan saya dan si dia semakin jauh dan menjauh. ..

maka melerailah retakan pada batu mata cincin yang terlucut di jari…
Sememangnya apa pun badai ombak yang melanda dan yang menimpa ini, terdapat banyak hikmah yang tersembunyi, antaranya akhirnya disituasi ini mendesaku mengakui sesungguhnya dan sebenarnya saya sebenarnya menyimpan rasa hati . .
Dan Biarlah gelora badai melanda ini seawalnya sebagai meden ujian, sekiranya lulus maka ini membuktikan bahawa akan dapat bertahan dengan berbagai aneka godaan dan permasalahan yang mendatang nanti. Tapi sekiranya seawal ini sudah gagal menghadapinya secara waras maka alamatnya. .. seluruhnya di masa hadapan adalah kegelapan… kasihanlah zenarasi seterusnya. nauzubillah

Kini Si Dia bekehendak aku pergi sejauh-jauhnya, insyahallah akan ku turuti, aku akan pergi nun di sejauh mata terpandang. Kerana bertepatan memang pun aku tidak sabar-sabar lagi untuk bermain di laman sendiri,,,, mudah-mudahan Insyahallah taala Tugasan khusus dan Am aku di wilayah persekutuan Labuan ini telah sempurna.. Amin.
Saya perlu mencari diri, membina kekuatan diri, saya pamerkan lagi ke eggoan, saya bermula dengan mendelet Si Dia dalam Rakan FC ku, sebagai tindak balas ku kerana Si Dia Memblock aku dari suapan beritanya….

Biarkan lah post di aku dan Si Dia ini ditentukan oleh taqdir masa untuk menghuraikanya keberadaannya ……………………………………………………………………

Sunday, May 8, 2011

Wahai yang bergolodak di hatiku….. ( Aku dan Si Dia )

Giliran Guru bertugas jadual halaqah hari ini kedua-duanya perempuan, seorang baca ayat al-quran dan seorang lagi membaca terjemahanya.

Seterusnya , di sambung dengan sedikit taklimat dan akhirnya timbul pula perbahasan, makin hangat ceritanya, kerana aku dalam bingung- bingungan minggu ini, belum pun majlis di tutup aku dah melangkah keluar, jiwa ku amat bergelora…. Bergelojak.. hangat……….. dan dan dan payah nak cerita………

Aku menuju ke pejabat.
Bila aku buka pintu pejabat aku Nampak kasut Si Dia, tanda Si Dia sudah datang, Aku Dan Si Dia suka letak kasut dalam pejabat, aku kuatkan semangat, tak perlu pakai mentera atau jampian.. senyumku tetap manis tanpa perlu adanya jampi mentera …. . Kami bertegur sapa.dan Kemudian dengan keberanian buatan, aku menyatakan kepada Si Dia, bahawa aku ingin mengemukakan beberapa soalan.Dan Aku kata “tahu tak, aku sangat marah ini’, antara ayat yang Si Dia meluat sangat rasanya mendengar… ayat gurauan ,aku tahu ramai yang kata aku ini serius sangatlah,,,,,, sehingga orang tak perasan mana satu bab aku berseloroh dan dalam mana satu bab aku serius… silap aku juga..

Soalan yang hendak aku ajukan pada Si Dia ini dah aku karang dan dah fikir-fikirkan kan dari beberapa malam sudah, sehinggga mengakibatkan aku sampai ke pagi tak boleh tidur, dan aku perlu mempamerkan kewarasan dan hemah ketika bertanyakan.

Di kesempatan ini aku bertanya pada Si Dia dengan selembut mungkin, se se romantik mungkin,”Kenapa dan mengapa, dengan tiba-tiba di saat akhir kamu menolak pertolongan yang kita telah meteri bersama ? “

Si Dia menjawab, jadi kamu terasa hatilah!!!, minta maaflah kalau kamu terasa katanya (sambil tertawa,,,) aku banyak barang yang mahu di angkat dan aku mahu angkatnya satu kali. ( aku memang terasa di hati, dan apa lagi melihatkan si dia asyik tertawa menjawab… memang aku yakin Si Dia sengaja mahu menyakiti hatiku,,,, dan itu cara Si Dia agar aku main jauh sejauhnya dari sisinya…..)

Aku gagahi juga mengajukan Soalan kedua ku , “Adakah yang menolong kamu angkat barang-barang itu adalah boyfriend kamu?”

Si Dia menjawab, ustaz …. aku memang ada ramai kawan lelaki di Labuan. Nada suara Si Dia lain dari kebiasa nya, plup terganggu degupan jantungku seketika, untung nasibku jua ”dan nasiblah tidaklah jua Si Dia tempelek ku, dengan skripku, cuba di jawabnya kau tak tahukah yang aku ini ramai peminat” tentu aku makin bertambah malu, atau mungkin perlu di kejarkan ke wad kecemasan…….

Dan Aku sememangnya masih menyedari Siapalah Aku ini? dan perlu apakah aku ini bertanyakan banyak soalan, aku bukan sapa-sapa pun, lalu aku capat-cepat mengalah,,dan fasa kedua plan skripku , yang akan menjadi wakil ku meluahkan perasaan ini. Kerana padanya tempat aku lebih mudahnya meluahkan perasaan ku ini, aku pun kata sama Si Dia “saya pun minta maaf kerana menulis kaisah kita ini dalam blog tanpa meminta kebenaran” lalu aku pandunya mencapai alamat blog dan nyatakan tajuk-tajuk yang aku post dalam Facebook adalah tajuk artikel dalam blog. Bacalah kata ku… sama ada Si Dia sudi membacanya atau tidak…. Aku Serahkan dan aku pohon kepada yang maha kuasa untuk memberikan hidayah kepadanya, kerana Allah Tuan Punya milik semua. Maha kaya tiada terperi..

Di kesempatan ini juga, aku masih ingin mempelawa Si Dia untuk bersarapan pagi bersama,walaupun aku dah agak dan tahu akan jawab Si Dia, jangan putus asa biarpun Si Dia yang mula menjauhkan aku dari kearkabanya…dan seperti selalunya jawapannya adalah, aku dah bersarapan katanya, aku pun cuba melangkah dengan segagah mungkin keluar menuju ke kantin, dan bila aku melihat ustazah kawan rapatnya, aku mohon bantuan kepada ustazah yang arkab dengan Si Dia agar cuba memperlawa Si Dia bersarapan bersama.. ustazah ini tolong aku juga, namun dia pun tidak Berjaya.

Seharian ini, makin sesak dada ini, bagai satu penyeksaan…… semacam ada benda bergolodak di dalam dada ini. wahai benda yang bergolodak di hati……. Selalu Datang mu tak perlu undang!!!!!!! Siapakah engkau??? Kenapa bersungguh-sungguh melanda aku ? apa mahu mu?


Wahai benda yang bergelodak di hati, Adakah engkau melanda si dia juga? Ya Allah JANGAN Jadikan Golodak hati ini menguasai kewarasan dan pertimbangan kami, Anugerahkanlah kami kesabaran, kewarasan dan pertimbangan. moga dengan itu dapatlah kami mempamerkan kekuatan jati diri. Amin.

Aku ini kalau filem melayu, banyak meluat betul aku,,, sehingga ada beberapa pelakun yang aku betul-betul benci sampai sekarang, salah satunya Dato Yusuf Haslan,aku tak ingat dibabak mana dan filem mana aku mula membencinya, yang aku tahu aku memang benci dia, intro filem khurafat, menayangkan skop prodcotion sebagai penerbitnya. Ala.. laaa ini lagi…. Kalau berjual aku tak akan membeli, Aku pasang sambil Fast forward, … lima minit saja tamat, Seram juga bulu ruma aku, Aura rasa harmonis tiba-tiba zahir maka ku pergunakan terusku alirkan ke seluruh Angota badan, nyaman, indah memercik di sanubari…..

Kasihan Pak Aziz…
Aku tak mungkin akan jadi Encik Johan, kesian Cik Anna, Kesian Puan Aisyah….
Dan Aku betul-betul terkejut mendengar suara Imam Kahar..

Saya amat mengharapkan dan sentiasa berdoa agar penulisan (Aku Dan Si Dia ) ini tidak terhenti atau di akhiri oleh artikel ini, hampir aku boleh post tulisan setiap hari sepanjang minggu lalu, Artikel ini aku dah draf awal, dan telah melalui proses sedikit edit, ada dua tiga lagi tulisan yang sedia untuk aku postkan, Cuma penulisan tidak bermutu, hendaknya dalam kesukaran agar timbul mudah, jadilah penceritaan sebuah kenyataan.. amin seperti di permudahkan semudah firman Allah SWT . jadi maka jadilah Amin ya rabil alamin.

Thursday, May 5, 2011

Saya Tidak Akan Makan Kamu, Saya Boleh Dipercayai Tapi Jangan Letak Kepercayaan (Aku Dan Si Dia)

Sebelum bertolak ke tempet kerja, aku perlu bersedia dari segi rohani dan jasmani. Bagaimana sewaras mungkin aku akan barhadapan dengan si dia, agar tidak keterlaluan di kesan olah rakan-rakan sekerja lain. Kan Baru kami ini gossip-gosip dan belum ada apa-apa sudah demikian begini berlaku.

Memang aku Ada juga rasa malu dalam diri … aku sahaja yang ada hati melebih- lebih. Hidung mancung, pipi makin ke belakang …. Mencuba nasib.. belum mula, sudah tahu..
Kelmarin Isnin masih cuti gantaian kerana cuti pekerja hari jatuh pada hari Ahad, aku dah tak mahu hantar sms, sebab aku penuh yakin memang si dia tak berbalas punya,,,,,

Seharian aku tidur, ada rasa keboringan tapi aku tidak tahu menuju ke mana…. Kah… kah.. kah, tiba-tiba pula merindu, begini pula rasanya rindu pada yang tak sudi… hatiku semakin tergerak untuk cuba menghantar SMS.. hatiku juga kuat mengatakan jangan, nak hantar/tak payah . nak hantar/ tak payah……. Asiknya……. Sehingga malamnya aku semakin tak boleh tidur…..


???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
Aku belum tidur lagi… pagi dah menjelma dan kena pergi kerja juga.

Seperti Hari Sabtu Lalu, aku pada pagi ini akan pergi kerja dan berazam memandu seperlahan mungkin, pada tahap kelajuan 40-50KM/J sahaja. Atagfirullah… permulan yang kurang baik, Ketika baharu keluar dari simpang rumah,menuju ke simpang jalan besar, tersentak aku sebijik mecedes masuk simpang tanpa mengikut tanda penanda jalan, ini bukan lagi makan jalan, tapi pajak jalan ooooooo, kalau aku bukan ustaz aku dah aku maki-maki hamun engkau, dan beruntung juga aku kerana di beri gerak , maka Nasiblah aku terkesan dan sempat membrek dengan tepat. permulaan yang sukar agaknya….. . Darah dah mula membara ini. Tenang… setenang di awal pagi.. pasang lagu Hindustan.

Di tengah perjalanan, menuju ke jalan raya dua lorong,Labuan ini ada juga laluan dua lorong, aku memilih jalan kanan kerana kenderaan di hadapanku seakan memandu tidak stabil, waaaaahhh…… aku terlihat di cermin tengah adanya sebiji duble cab sedang mengasak –ngasak aku. Pantang aku ni….. , di sebalah kiri pula kelihatan sebijil wira mula dengan lagaknya memotong kiri dan ke kanan. Aikkkkkkk ini sama saiz, boleh bah kalau ko….. tray test bah….

Melihat kepada duble cab di belakang tak berapa merapat lagi, maka dapat mendorong aku agar bertenang dari cuba menyaingi wira tersebut… Nanti di suatu hari kita ketemu juga. Aku mengikut lorong kanan sehinggalah menghampiri ke simpang menuju ke sekolah, pasang lampu signel kiri time ini terpaksa menghimpit sikit menuju ke kiri, kalau tidak, akan terlepas simpang ke sekolah.

Hari ini aku dapat perking di hadapan pintu pejabat, entah kenapa ibubapa yang menghantar anak ke tadika tak mengambil tempat ini pada hari ini, sekolah tadika ini menumpang semantara kerana bangunan mereka sedang di siapkan. Selapas Aku sain kedatangan, aku terus duduk-dudukan, hari ini tak aku Nampak kawan-kawan dari baitulmal singgah bersarapan di kantin sekolah, kalau nda aku ada harapan boleh menumpang minum Freee.

Lonceng menandakan Masuk kelas untuk harian halaqah, aku masih tak Nampak si dia, ustazah bertugas hari ini, mengambil potongan hadis yang kira-kira bermaksud, “banyak bercakap banyak dosa, banyak dosa nerakalah yang sesuai baginya,” dan menambah lagi kuatkan kerja ,kurangkan kontrabasi aku pun kurang dapat tanggkap seterusnya sedikit masyuarat petugas Ihtifal peringkat sekolah-sekolah sabtu ini, dan sekolah kamilah jadi tuan rumahnya, aku ada beberapa tugasan am dan khas, aku juga kena melatih budak baca khutbah,seminggu tak mai jumpa aku. Cccceeeeeee macam mana nak menang.

Harian Halaqah di tutup,aku keluar dari kelas dan aku yang awal masuk ke pejabat, jantung ku berdebar-debar baru tah aku liat kasutnya.. isssss isssss. Berdegup-degup, jantungku,……..

Aku memberanikan diri, apakan ustaz ini tersibuk-sibuk? Seorang ustazah menegur aku, si dia tak mahu memandang aku juga,bila ustazah itu asyik liat aku,maka aku pun tunjuk –tunjuk jari ke arah si dia yang tak mahu juga memandang ke arahku. Alahai…. Hampir aku tak nak masuk pejabat.

Aku mengagahi untuk menghampiri si dia dan menyapanya, aku bertanyakan ada memandu kereta hari ini? Si dia menjawak Tak,ustaz tahu, hari ahad tengahari aku berani mati memandu ke One Mat, nasib tak mati injinya. Aku Nampak sesorang dating tapi tidak mengaku katanya… Nampak keramaha si dia sudah ada keterbatasan, aku pun sekontrol mana yang dapat untuk menghadapinya. Si dia mula menzahirkan rasa rimas bila berhadapan dengan aku. Aaaaaaaahhhhhh sabarlah.

Pagi itu bila aku cuba sungguh-sungguh memperlawanya untuk sarapan bersama, memang tidak ada respon lagi…………. Dengan longlainya aku menuju ke kantin berseorangan, perlu control macho lagi. Ramainya rakan-rakan melepak untuk sarapan. Lalu aku mengadu dengan seorang ustazah karibnya si dia, aku kata si dia tak mahu sarapan sama. Ooooo aku lupa pula bawanya bersarapan, dengan aku tentu ……… keluar sarapan katanya. Sedikit lega hatiku dapatlah backing cerita kami.

Menjelang waktu tengahari aku masih memperlawa si dia makan bersama, jawabnya, ustaz carilah orang lain kawan makan, aku ada janji dengan seseorang ini………. Tang **%$#@!*&^%$##@!-=,./ ……………….. nasib aku tak pengsaaaaaa nn……… Tuan/ puan boleh tolong fikirkan sendiri……….. sendiri macam mana keadaan aku menghadapi situasi ini..

Ustaz dah Nak pi makan ? tanyanya ..oooo ustaz nak solat dulu,
aku jawabnya Ya dan kemudian beredar dengan lemah gemalai Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah

Berbetulan suara bacaan ayat-ayat al-quran sedang berkumandang, menanandakan sebentar lagi azan zohor akan di kumandangkan, aku yang tidak pernah-pernah awal naik ke dalam masjid, hari ini sebelum azan berkumandang ,aku dah selasai menunaikan solat tahiatul masjid.

Apa jadi ini imam hari ini sampai solat zohor ini pun takbiratul ihram dua kali??? nasib bukan aku jadi imam, tentu bukan takbir aja yang lupa, surah dan bilangan rakaat pasti lalai,,,,,,,,

Nak jadikan cerita kebiasaannya aku akan angkat takbiratul bersama(berserta) imam, bukannya mengikut imam… tersentak juga hati bila dengar tuan imam takbir kali kedua,,,,, Jadi seingat aku dan aku yakin tak payalah aku batalkan takbir pertamaku untuk mengikut imam ini yang membatalkan takbiratul ihramnya yang pertama . Aku masih mengekalkan takbir yang pertama sekalipun aku mengikut imam.

Bergegas keluar selapas Selasai solat zohor, aku masih Nampak si dia dalam bilik pejabat, aku pula pula merewang dengan motor pinjam nak beli tekit fery sempena hari raya malangnya tarik yang aku pilih dah penuh sangat. Nanti sajalah membeli.
Ketika aku bergesa untuk bersiap menganti tugasan mengajar rakan yang sah jangkitan demam danggi, aku lihat si dia belum ada, mungkin di jemput oleh boyfrendnya makan tengah hari ,

selasai tugas mengganti aku terus melapak di kantin,Aku memang tak ada selera nak makan dua tiga hari ini, aku lepak di kantin, aku hanya perkena segelas, nescafee….
Baru ku buka pintu pejabat, si dia terus bersuara ustaz ada orang cari dan ini pesananya sambil menghulur sampul surat,kepada nama aku dan ter rakam kata terima kasih banyak-banyak ustaz..

aku sedikit penik…. Dan seorang ustaz menyampuk , Ustaz ini bingung biar uruskan satu- satu. Aikkkkkk adakah ustaz ini terperasan sesuatu???? Di kanan ku duit tugasan minggu ini dan sampul surat, lalu aku selasaikan dulu duit tugasan sekolah barulah aku membuka sampul surat. Isinya duit…,

lalu aku Tanya si dia, ini duit dari kamu? Duit minyak jawabnya,
lalu aku kata padanya ……… jangan berkira sangat dengan aku, jawabnya lagi ustaz, saya seganlah kalau ustaz tak ambil, aku kata lagi jangan berkira sangat dengan saya, aku mula jawab dengan kasar sedikit, saya tidak akan makan kamu, saya tidak akan makan kamu, saya boleh dipercayai tapi jangan letak kepercayaan .
tanyanya kenapa tak boleh letak kepercayaan? Aku jawab, kerana saya adalah lelaki.
Dan petang ini aku memang menyedari aku memasuki semua kelas dengan memperdengarkan nada suara yang luar dari bebiasaan..


Ketika waktu bertugas selasai, si dia belum berjalan untuk pulang. Aku sempat menyapa si dia kerana lambat pulang, ooooh .. pun lambat pulang kataku, Namun sudah tidak ber respon.

Tuesday, May 3, 2011

Merapu ku Di Hari Pekerja ( Aku Dan Si Dia)

Cuti hari pekerja, paginya sebelum aku letakan kain basuhan ke dalam mesin basuh, aku hantarah Sms kepada si dia, ayatnya “kepisanagnan kesusuaben, tadau minggu em kerihatan de kukumaraja” ini bahasa asal penulis oleh kerana ayat ini tidak mungkin dapat di transelet di Google maka pada pembaca yang tidak mengerti perkataan ini, dengan ini dengan bangga sekali aku terjemah dalam bahasa Melayu. ‘Selamat (kegembiraan) pada Pagi, selamat berhujung minggu dan selamat berihat di hari Pekerja.

Selasai menjemur kain basuhan, aku cuba-cuba melihat hp mana tahu ada jawapan SMS dari si di. Alaaaa tak ada …. Kelmarin tak jawab, hari ini pun tak jawab.. tak palah mungkin si dia penat dan teramat sibuk dengan si dianya????????

Untuk cuba melalaikan dari gelodak jiwa ini. Aku mengambil keputusan untuk tak keluar rumah pada hari ini. Aku mahu mengemas rumah sewa yang dah bertahun-tahun tak berusik ini. Terutama haruman najis anak kucing wuuuuuuuuuuuu tuhhhhhh, entah tang mana-mana sudah di lepaskanya segala najis dan air kecilnya. Biarpun malas aku kena bergerak jugalah, Lalu aku mencipta cogang kata “Kalau tiba-tiba si dia datang melawat alangkah malunya aku”. Yes yes yes hari ini aku jadi rajin….rajin…… rajin…….. rajin…. Start buat kerja.

Mula-mula jirus semuanya dengan air campuran Clorox, idea ini aku ambil dari ceramah cara memandikan Mayat bagi mayat menghidap penyakit berjangkit dan pengidap AIDS. Selapas menjirus barulah aku mula menyapu segala najisnya. Kerja… kerja …. Kerja…. Laparlah pula. Nak makan apa ya… paling mudah ialah magi mee cepat di masak sedap di makan. Sebelum tu Periksa sms dulu, alamak tak ada respon. Makin aku lemah..
Lelah bertugas dan bius makan maggi , tibalah masanya untuk tidur….. tidur petang. Bila bangun aku cepat-cepat cek sms, tak ada jawapan juga. Akhirnya aku nekad cukuplah memang tidak akan menjawab ni..

Magribnya aku merantau ke rumah kawan, sambil boleh oneline dapat menonton langsung siar bola sepak, aku memang minat bola sepak juga. Dan aku antara yang terterer bermain seni bola sepak, dan pada aktiviti pada masa sekarang aku masih ligat main Fotsall dengan budak-budak muda, kadang-kadang terasa aku lebih kuasa dari orang muda ini, kerana orang muda berharap pada ketangkasan tenaga orang mudah dan merasa macam dia seorang ja yang main, terlalu lemah dalam pemikiran seni helah tipu bermain bola. Orang tua mana simpan bola di kaki lama-lama buat penat aja. Livepool mengalahkan New cassel 3-0.

Lewat juga aku kembali ke rumah, sampai di rumah, bila aku buka pintu merewang haruman najis kuching.. alangkah kecewanya aku… terus aku ambik air dan seterusnya aku siram lantai sekali-kali dengan anakan kucing itu, geram sungguh aku.. malam malam pun aku buat kerja balik adoiiiiiiiiii

Kejamkah aku???? Mulai saat ini aku letak kamu di luar, nak lari? Larilah ke mana kamu suka.. aku dah belikan tempat specel khas untuk buang najis, piliha kamu masih buang najis merata-rata, tak ada sivik langsung . Dan yang paling penting aku pun dah tak larat nak belikan kamu binatang makanan yang sekilo setangah harganya serupa dengan harga Beras Nasinol sepuluh kilo, aku makan lima kilo beras sebulan kamu pula kucing-kucing ini makan tiga hari sekilo..

Sunday, May 1, 2011

pasrah (Aku dan Si Dia )

Dengan berlangsung dan berlalunya Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Labuan, maka telah selasailah sudah latihan dan persembahan dua buah lagu Nasyid dari ( Kami kumpulan Az-Zawawi Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan Dengarkanlah Cahayafm Hiburan Mendidik Jiwa) Radio Oneline. Lagu pertama BACALAH lagu asal Raihan dan Lagu kedua NUR TUHAN lagu Asal Intem.

Berlatih selama tiga minggu, kalau di hitung dengan hari , maka enam hari sahaja, dan kalau di hitung dengan jumlah jam maka hanya ada Sembilan jam sahaja. Berbaloilah dengan sakadar menyumbang tenaga, dan ada Kemungkinana lagu ini akan kami persembahkan juga pada sambutan hari Guru yang dijangkakan berlangsung pada bulan mei ini juga iaitu sebelum cuti semesta sekolah.

Semalaman aku tak boleh lenaaaaaa…., sakit hatiku mengingatkan peristiwa yang menimpa petang kelmarin, berdegup-degup jantungku, nak bernafas pun kepayahan. Peluh mencurah-curah membasahi tubuhku.

Lalu aku cuba berfikir… fikir….. fikir, dan apalah salahanya aku bangunakan malam, dan Akhirnya aku mengambil keputusan bangkit dari tempat tidur untuk mengambil air Wudhu dan menunaikan Solat Taubat, solat tahjud dan solat Hajat dua belas rakaat. Kemudiannya aku sambung lagi dengan bacaan Qatam Quran… Inilah kali manusia, bila ada masalah dan sesak-sesak hidup barulah terhege-hege menambah amalan sunat. Tapi perkara yang wajib masih malas-malas buat.

Pagi ini, aku berazam untuk memandu dengan penuh perlahan dan berhema, seperti mana aku mula-mula memandu, hanya pada kelajuan 50-60KM/J, tidak ada kenderaan yang aku potong melainkan Bas yang berhenti ambil dan turunkan penumpang. Aku tetap memandu mengikut barisan, sehinggalah sampai ke persimpangan menuju ke Masjid AN-nur.
Awalnya aku sampai,pejabat sekolah belum buka, aku pula mana ada simpan salinan kunci, sambil menunggu rakan-rakan yang lain, aku menuju ke ruang legar Masjid untuk beramah mesra, Salam bersalaman dan berbalas senyuman dengan hadirin yang dah tiba lebih awal. Aku memang mudah tersenyum.

lokasi dan astaka untuk majlis, serupa dan sama bentuk seperti tahun lepas juga. Cuma tahun lepas jemputan penayasid bukan kami, Dalam pelaksanaan majlis ini Aku dimasukan sebagai AJK persiapan. Angkat-angkat kerusi dan susun-menyusun itulah antara bidang tugasanya. Dan yang nyata dan terang menjadi keluhan setiap kali adanya program dan majlis, kalau bukan kerana kerahan tanaga Guru-Guru Agama Sekolah Rendah ini. Lumpuh sebarang majlis yang dibuat oleh ........... Tapi tidak pun pernah di ucapkan terima kasih kepada mereka. Yang buruk dan lemah kononya Guru, maka bila dapat dijayakan dengan gemilang maka adalah yang membanggkan dirinya. Selamat hari pekerja.

Allah Maha kaya. Kita bekerja dan majikan kita ialah Allah SWT, pendapatan kita di dunia ini adalah hadiah semata-mata, Gaji dan Ganjaran sebenarnya akan kita terima di hari pembalasan.

Sebelum berbaris untuk menyempaikan lagu Nasyid pertama tadi, aku melihat si dia sedang menagambil gambar rakan-rakanya mengunakan Hp. Bila merasa kehadiran ku, terus si dia tersenyaum, ini yang membuat beta lemah ni…., alahai nasib aku tak terduduk, katanya Ustaz Maaflah.. kerana tak balas SMS ustaz tadi.. Memang aku ada SMSnya, ayatnya Cuma “Selamat Pagi”. Bukan ayat- ayat CINTA, kerana aku tidak tahu adakah si dia ada merasai apa yang aku rasai? atau aku Cuma bertepuk sebalah tangan? Aku rasa masih terlalu awal untuk meminta kepastiannya.

Kalmarin bila si dia call aku untuk menolak pertolongan yang aku tawarkan, memang aku rasa kerugian besar, harga saham menjunam jatuh teruk,… nasib aku belum terduduk, rupanya aku masih ada keuntungan........ kan atomitik aku dah simpan No hp nyalah, jadi selain kerana aku rindu, aku juga sengaja nak test sama ada si dia sudah bangun atau tidak, aku risau si dia terlewat bangun kerana kepanatan mengangkat barang-barangnya.

Alhamdulillah . Ceria sahaja si dia aku Nampak,aku pun mula ceria, tapi bila melintas di fikiranku mungkin ada lelaki lain yang datang Angkat., tapi ….. Selain daripada aku, sapa lagi geranganya? Mulailah aku tak keruan.. aiiiiiiii yaaaaa… Tak apalah, itu hak si dia nak pilih siapaa mahunya, aku perlu bersabar, bersabar,bersabar, bersabar, bersabar, bersabar,ber sabar, insyahallah Persaingan yang adil? Begitu dalam bab jodoh ini ikhtiar usaha adalah dengan ketentuan Allah SWT. Di ujinya kita sama ada kita mampu melaluinya dengan suluh terang, Cuma Jangan sampai menggunakan artenatif lain untuk memenangai perebutan… kerana biarpun mendapat kemenangan, taruhanya adalah anak cuculah yang menjadi mangsanya.. Nauzubillah…

Aku cuba bermesra dengan si dia juga pagi ini, sengaja aku cuba minta si dia rakamkan persembahan kami, Cuma bila si dia menjawabnya tidak ada perakam. Ala la…. Ya tak ya juga ne… alangkah baiknya kalau aku dah memiliki sebuah kemera….. kan ku suruh si di mengambil aksiku di atas pentas. Atau akan ku bawa si dia raund-raund pulau Labuan untuk mengambil dan mengumpul gambarGambarnya kan? Kan? Kan? . jadi Aku pun Cuma dapat kata “tak apalah” dan aku terus bergesa bergabung dengan kumpulan Nasyid.

Ketika tengah sedang membuat persembahan, mata ku meliar mencari-cari manakah lokasi si dia, macam aku tak nampak pun , luntur semangat ku, ,, tak sudikah si dia menonton persembahan ku di pentas ? suara katak?

dan seselasai sahaja membuat persembahan pertama, aku pun cuba-cuba menjeling-jeling mencari-cari manakah si dia, kemanakah sudah dia?

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback