Thursday, May 5, 2011

Saya Tidak Akan Makan Kamu, Saya Boleh Dipercayai Tapi Jangan Letak Kepercayaan (Aku Dan Si Dia)

Sebelum bertolak ke tempet kerja, aku perlu bersedia dari segi rohani dan jasmani. Bagaimana sewaras mungkin aku akan barhadapan dengan si dia, agar tidak keterlaluan di kesan olah rakan-rakan sekerja lain. Kan Baru kami ini gossip-gosip dan belum ada apa-apa sudah demikian begini berlaku.

Memang aku Ada juga rasa malu dalam diri … aku sahaja yang ada hati melebih- lebih. Hidung mancung, pipi makin ke belakang …. Mencuba nasib.. belum mula, sudah tahu..
Kelmarin Isnin masih cuti gantaian kerana cuti pekerja hari jatuh pada hari Ahad, aku dah tak mahu hantar sms, sebab aku penuh yakin memang si dia tak berbalas punya,,,,,

Seharian aku tidur, ada rasa keboringan tapi aku tidak tahu menuju ke mana…. Kah… kah.. kah, tiba-tiba pula merindu, begini pula rasanya rindu pada yang tak sudi… hatiku semakin tergerak untuk cuba menghantar SMS.. hatiku juga kuat mengatakan jangan, nak hantar/tak payah . nak hantar/ tak payah……. Asiknya……. Sehingga malamnya aku semakin tak boleh tidur…..


???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
Aku belum tidur lagi… pagi dah menjelma dan kena pergi kerja juga.

Seperti Hari Sabtu Lalu, aku pada pagi ini akan pergi kerja dan berazam memandu seperlahan mungkin, pada tahap kelajuan 40-50KM/J sahaja. Atagfirullah… permulan yang kurang baik, Ketika baharu keluar dari simpang rumah,menuju ke simpang jalan besar, tersentak aku sebijik mecedes masuk simpang tanpa mengikut tanda penanda jalan, ini bukan lagi makan jalan, tapi pajak jalan ooooooo, kalau aku bukan ustaz aku dah aku maki-maki hamun engkau, dan beruntung juga aku kerana di beri gerak , maka Nasiblah aku terkesan dan sempat membrek dengan tepat. permulaan yang sukar agaknya….. . Darah dah mula membara ini. Tenang… setenang di awal pagi.. pasang lagu Hindustan.

Di tengah perjalanan, menuju ke jalan raya dua lorong,Labuan ini ada juga laluan dua lorong, aku memilih jalan kanan kerana kenderaan di hadapanku seakan memandu tidak stabil, waaaaahhh…… aku terlihat di cermin tengah adanya sebiji duble cab sedang mengasak –ngasak aku. Pantang aku ni….. , di sebalah kiri pula kelihatan sebijil wira mula dengan lagaknya memotong kiri dan ke kanan. Aikkkkkkk ini sama saiz, boleh bah kalau ko….. tray test bah….

Melihat kepada duble cab di belakang tak berapa merapat lagi, maka dapat mendorong aku agar bertenang dari cuba menyaingi wira tersebut… Nanti di suatu hari kita ketemu juga. Aku mengikut lorong kanan sehinggalah menghampiri ke simpang menuju ke sekolah, pasang lampu signel kiri time ini terpaksa menghimpit sikit menuju ke kiri, kalau tidak, akan terlepas simpang ke sekolah.

Hari ini aku dapat perking di hadapan pintu pejabat, entah kenapa ibubapa yang menghantar anak ke tadika tak mengambil tempat ini pada hari ini, sekolah tadika ini menumpang semantara kerana bangunan mereka sedang di siapkan. Selapas Aku sain kedatangan, aku terus duduk-dudukan, hari ini tak aku Nampak kawan-kawan dari baitulmal singgah bersarapan di kantin sekolah, kalau nda aku ada harapan boleh menumpang minum Freee.

Lonceng menandakan Masuk kelas untuk harian halaqah, aku masih tak Nampak si dia, ustazah bertugas hari ini, mengambil potongan hadis yang kira-kira bermaksud, “banyak bercakap banyak dosa, banyak dosa nerakalah yang sesuai baginya,” dan menambah lagi kuatkan kerja ,kurangkan kontrabasi aku pun kurang dapat tanggkap seterusnya sedikit masyuarat petugas Ihtifal peringkat sekolah-sekolah sabtu ini, dan sekolah kamilah jadi tuan rumahnya, aku ada beberapa tugasan am dan khas, aku juga kena melatih budak baca khutbah,seminggu tak mai jumpa aku. Cccceeeeeee macam mana nak menang.

Harian Halaqah di tutup,aku keluar dari kelas dan aku yang awal masuk ke pejabat, jantung ku berdebar-debar baru tah aku liat kasutnya.. isssss isssss. Berdegup-degup, jantungku,……..

Aku memberanikan diri, apakan ustaz ini tersibuk-sibuk? Seorang ustazah menegur aku, si dia tak mahu memandang aku juga,bila ustazah itu asyik liat aku,maka aku pun tunjuk –tunjuk jari ke arah si dia yang tak mahu juga memandang ke arahku. Alahai…. Hampir aku tak nak masuk pejabat.

Aku mengagahi untuk menghampiri si dia dan menyapanya, aku bertanyakan ada memandu kereta hari ini? Si dia menjawak Tak,ustaz tahu, hari ahad tengahari aku berani mati memandu ke One Mat, nasib tak mati injinya. Aku Nampak sesorang dating tapi tidak mengaku katanya… Nampak keramaha si dia sudah ada keterbatasan, aku pun sekontrol mana yang dapat untuk menghadapinya. Si dia mula menzahirkan rasa rimas bila berhadapan dengan aku. Aaaaaaaahhhhhh sabarlah.

Pagi itu bila aku cuba sungguh-sungguh memperlawanya untuk sarapan bersama, memang tidak ada respon lagi…………. Dengan longlainya aku menuju ke kantin berseorangan, perlu control macho lagi. Ramainya rakan-rakan melepak untuk sarapan. Lalu aku mengadu dengan seorang ustazah karibnya si dia, aku kata si dia tak mahu sarapan sama. Ooooo aku lupa pula bawanya bersarapan, dengan aku tentu ……… keluar sarapan katanya. Sedikit lega hatiku dapatlah backing cerita kami.

Menjelang waktu tengahari aku masih memperlawa si dia makan bersama, jawabnya, ustaz carilah orang lain kawan makan, aku ada janji dengan seseorang ini………. Tang **%$#@!*&^%$##@!-=,./ ……………….. nasib aku tak pengsaaaaaa nn……… Tuan/ puan boleh tolong fikirkan sendiri……….. sendiri macam mana keadaan aku menghadapi situasi ini..

Ustaz dah Nak pi makan ? tanyanya ..oooo ustaz nak solat dulu,
aku jawabnya Ya dan kemudian beredar dengan lemah gemalai Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah

Berbetulan suara bacaan ayat-ayat al-quran sedang berkumandang, menanandakan sebentar lagi azan zohor akan di kumandangkan, aku yang tidak pernah-pernah awal naik ke dalam masjid, hari ini sebelum azan berkumandang ,aku dah selasai menunaikan solat tahiatul masjid.

Apa jadi ini imam hari ini sampai solat zohor ini pun takbiratul ihram dua kali??? nasib bukan aku jadi imam, tentu bukan takbir aja yang lupa, surah dan bilangan rakaat pasti lalai,,,,,,,,

Nak jadikan cerita kebiasaannya aku akan angkat takbiratul bersama(berserta) imam, bukannya mengikut imam… tersentak juga hati bila dengar tuan imam takbir kali kedua,,,,, Jadi seingat aku dan aku yakin tak payalah aku batalkan takbir pertamaku untuk mengikut imam ini yang membatalkan takbiratul ihramnya yang pertama . Aku masih mengekalkan takbir yang pertama sekalipun aku mengikut imam.

Bergegas keluar selapas Selasai solat zohor, aku masih Nampak si dia dalam bilik pejabat, aku pula pula merewang dengan motor pinjam nak beli tekit fery sempena hari raya malangnya tarik yang aku pilih dah penuh sangat. Nanti sajalah membeli.
Ketika aku bergesa untuk bersiap menganti tugasan mengajar rakan yang sah jangkitan demam danggi, aku lihat si dia belum ada, mungkin di jemput oleh boyfrendnya makan tengah hari ,

selasai tugas mengganti aku terus melapak di kantin,Aku memang tak ada selera nak makan dua tiga hari ini, aku lepak di kantin, aku hanya perkena segelas, nescafee….
Baru ku buka pintu pejabat, si dia terus bersuara ustaz ada orang cari dan ini pesananya sambil menghulur sampul surat,kepada nama aku dan ter rakam kata terima kasih banyak-banyak ustaz..

aku sedikit penik…. Dan seorang ustaz menyampuk , Ustaz ini bingung biar uruskan satu- satu. Aikkkkkk adakah ustaz ini terperasan sesuatu???? Di kanan ku duit tugasan minggu ini dan sampul surat, lalu aku selasaikan dulu duit tugasan sekolah barulah aku membuka sampul surat. Isinya duit…,

lalu aku Tanya si dia, ini duit dari kamu? Duit minyak jawabnya,
lalu aku kata padanya ……… jangan berkira sangat dengan aku, jawabnya lagi ustaz, saya seganlah kalau ustaz tak ambil, aku kata lagi jangan berkira sangat dengan saya, aku mula jawab dengan kasar sedikit, saya tidak akan makan kamu, saya tidak akan makan kamu, saya boleh dipercayai tapi jangan letak kepercayaan .
tanyanya kenapa tak boleh letak kepercayaan? Aku jawab, kerana saya adalah lelaki.
Dan petang ini aku memang menyedari aku memasuki semua kelas dengan memperdengarkan nada suara yang luar dari bebiasaan..


Ketika waktu bertugas selasai, si dia belum berjalan untuk pulang. Aku sempat menyapa si dia kerana lambat pulang, ooooh .. pun lambat pulang kataku, Namun sudah tidak ber respon.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback