Friday, April 29, 2011

Aku masih tak reti mengorat rupanya. atau aku terlalu tua untuknya. Atau aku seperti kata mereka tidak cukup hendsom kerana ....... (AKU DAN SI DIA)

Hari Kelmarin dah aku angkat dan hantar sebahagian barang-barang si dia ke rumah sewa barunya, penat tah juga aku, muatan keretaku tidaklah sebanyak mana,jadi aku berjanji aku sudi menyelasaikanya biarpun untuk berulang-ulang kali datang angkat. Satu penggungan agak berat.

Hari ini pula, tamat masa bertugas, aku dah tak sabar-sabar lagi nak berkhidmat, sambung balik mengangkut barang-barang si dia. Memang tengah hari tadi kami dah sembang habis plan yang akan di buat petang ini,Cuma sebulum tamat masa bertugas, si dia menghantar laporan kerjanya ke pejabat dan aku kena menunggunya dahulu baru boleh bertolak, pasti si dia akan singgah di sekolah dulu tak kanlah si dia jalan dahulu..

Tunggu punya tunggu…… Dalam menanti kemunculan si dia aku dapat panggilan telipon, oh nombor Baru, mungkin dari si dia agaknya. Bila aku jawab panggilan, oooh memang benar panggilan dari si dia… macam luruh jantungku mendengarnya… dengan iringan ketawa, katanya dah di carinya orang lain untuk mengangkat barang-barangnya. Terkedu aku seketika, segala persediaan lerai begitu sahaja.. kenapa begitu mudah si dia melupakan plan yang telah dirancanga awal? meruap nafsu amarahku tahap gaban… chee…… nak ku hampas hp ini, fikirku aku dan si dia tidak mungkin makan bersama lagi, kita tak mungkin bersembang lagi..selamat tinggal segalanya, begitu cepat berlalu dan berlaku angan-angan ini.

Aku masih ego rupanya. Nasib ada tertinggal sedikit pertimbangan dan jambatan Labuan-menumbuk belum direalasasikan, maka aku kenalah mengalah jua dan aku perlu dapat menjawab se waras yang mungkin.. jawabku. “Ok lah”. Aku tak mampu menjawab lebih panjang dari itu, apalagi untuk mahu berlakon merayu-rayu ..

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa?.....Sememangnya dah aku rasakan dan aku memang takut akan demikin berlaku petang ini, dan zahir akan kebenaranya begitu. Masih adakah ganguan saka-baka?????? Astaga firullah al-azhim.

Siapakah? Yang segagah itu yang dapat mudah mempengaruhi dan memotong trif aku? Atau si dia mula menzahirkan ke tidak selesaannya berdamping dengan aku?

Aku mula berfikir kenapa aku tidak keluar beli Tiket Kapal Terbang ke Peneng untuk menuju ke Masyuarat Agung di Selama Sahaja ? Tinggalkan lah Majlis dan Persembahan Nasyid esok, agar si dia tahu kehilangan dan menyedari ,ini adalah kerana gara-gara hati ini sungguh-sungguh terguris…

Untuk menenangkan hati, aku pelawa kawan-kawan lepak di kedai Mamak dulu, malang sekali semuanya ada rancangan, jadi aku cuba singgah di rumah kawan, di rumah kawan hatiku tetap bergolara,rimas aku dibuatnya lalu aku mengambil keputusan untuk awal balik ke rumah, aku keluar dan memandu dengan setenang mungkin , aku pasanglah lagu hadrah versi naat Punjabi kuat-kuat. Pagi tadi sewaktu memandu ke tempat kerja, ada dua tiga kali aku drive aksi memotong dengan tahap merbahaya dan nasib aku masih diberi peluang untuk hidup , tapi aku berdosa,ingkar pesan Ibu dan lagi Satu, Orang dah marah-marah maki-maki dan yang kedua mengancam nyawa pemandu lain.

Semasa memandu terfikir pula untuk menyinggah untuk membeli makanan kuching.Sambil merayau-rayau tanpa melihat barang jualan, aku merasakan ada sedikit ketenangan. Nasib dalam saku aku hanya ada RM70.00, pastinya bershoping sakan tiba-tiba aku petang ini. Dengan RM70.00 tak Nampak apa benda di beli. Bakul plastic kecil sahaja dapat.

Tiba di rumah, aku lihat pintu rumah tak tertutup rapat, dan aku lihat dalam kegelapan anak-anak kucing berkeliaran di luar rumah, jiran sebelah bergelap sahaja, barang kali balik bercuti hujung minggu. Aku lupa ada cuti gentian pula hari Isnin. Tentu aku dah Balik kampong malam ni.

Lepas letakan makanan kucing, aku terus Onkan laptop,nasip aku tak sepak kucing ini bising sangatlah,nak aku melangkah pun kepayahan menghalang jalanlah kucing ini. biarpun dah masuk waktu solat isyak, aku tunda dululah, aku nak luahkan perasaan lara ku ni mana tahu ada yang simpati.. kan…. Kan .. kan pujuklah aku. Pujuklah aku…..

Barangkali ini juga Balasan,,,konon aku nak sakitkan hati sesorang, rupanya aku pula yang semakin sakit jiwa.. jiwa sakit….semakin sakit hati… nauzubillah… nasib esok hari cuti. Kalau tidak,,, aku hantar surat berhenti kerja.

ketika mula mencatat tadi terlintas dalam hatiku, kenapa Aku tidak Berdoa sahaja? Manlah tahu makbul doa ku hari Ini, di aminkan oleh para pembaca, Maka aku lafazkan doa ku Ya allah kurniakanlah aku kesabaran,kiranya kesabaran yang aku perlukan dan rahmatilah aku dan si dia kiranya itulah taqdir rezeki untukmu pada kami. Amin ya rabil Alamin.

Alhamdulillah… Aku mula ada sangkaan selama ini musuh utamaku adalah diriku sendiri. Halanganku adalah diri sendiri, sainganku adalah diri sendiri. Dan aku selalu alah oleh diri sendiri,Egoku juga kerana sememangnya aku hendsom,aku kacak ,aku bersopan,aku menghormati orang yang lebih tua. tiada kurangnya Aku sebenarnya? Tak ada cacat cela, lengkap sebagai calon dan Tentunya laris di pasaran…..

Allah maha kuasa. Allah maha Tahu, Allah lebih bijaksana.. Antara satu nikmat perhiasanya yang aku pinjam selama ini satu demi satu di tarik maka maka cacatlah aku di pandangan setangah makhluknya.

Aku masih tak reti mengorat rupanya. atau aku terlalu tua untuknya. Atau aku seperti kata mereka tidak cukup hendsom kerana tidak memakai gigi palsu?

Dan aku sehingga waktu solat subuh tak dapat juga melelapkan mata… jantungku masih berdegup kuat dan tidak normal dari biasa…

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback