Wednesday, April 27, 2011

Mata keranjang (AKU DAN SI DIA)

Penulis amat menyedari bila mana Semua pandangan mata menumpu pada penulis dan si dia bila kami bersama berjalan beriringan menuju ke kantin untuk makan, sebagai bangsa lelaki tentunya ada rasa bermegah di hati,… semua bisikan hati indah belaka, bagaikan seorang pahlawan yang baru balik dari medan peperangan…… langkahan pun semacam.

Maaf lagi dipinta kerana catatan-catatan ini semakin kurang nilaian kebajikan, penulis amat terpengaruh oleh suasana kehidupan kemanusiaan semasa yang sering mengoda dan mengusik jiwa berkemungkinan emosi akan menggelincirkan jauh dari maksud maudhu penulisan sebenar. Al- maklum naluri jiwa dan wajah tetap lelaki.

Banyak kali sudah penulis keluar makan tengahari dengan si dia, dan bukan ada apa-apa pun antara Aku dan si dia, gosip dan surat khabar mula membelai… Aku dan si dia sangat senang dan seronok menghadapinya.bersamaan kami dalam satu matlamat, menyakitkan hati orang……

Adakah aku yang mengambil kesempatan? Atau si dia yang mengambil kesempatan?
pada kesempatan berpandangan mata, masing-masing sering mengalihkan renungan pandangan mata kearah lain, adakah itu bukti kepura-puraan?

Sentiasa kami memiilih menu makanan yang sama. Citarasa menu yang sama? Adakah ini lakonan semata-mata? kami bukan tahap suap menyuapkan nasi ke mulut….

Pada kesempatan menyusun bait-bait tutur kata,tak terkecuali adanya selitan usikan sebuah pengharapan agar wujud jalinan mesra yang nyata, sukar sangat kah untuk menungkap sari kata serasa hendak di hati.????? Tolonglah…… layakkah aku untuknya?

Satu ketika sedang penulis sibuk hendak menyiapkan RPH minggu ke 16, kebiasaan rakan kerja ini akan menyekat penulis, ya sengajanya dilanggarnya tempat duduk penulis, apa tidak terpusing kerusi penulis dengan penulis sekali, dan kebiasananya penulis akan menyebut namanya dengan penuh kemanjaan ………… ………………… …………….. beberapa kali agar ia berhenti membuat sekatan, malangnya hari itu penulis terkata “ha…… !!! hantu manakah yang melintas ini? tak bagi salam pun?” tak tahukah engkau ………… yang akan marah?

Selang beberapa waktu kemudian,di ulanginya lagi, datang lagi untuk menyekat, disondolnya kerusi penulis,berpusing kerusi penulis, aiiiiiiiiiiiiiii yaaaaaaaaaa dan penulis masih terkata “ha…… !!! hantu manakah yang melintas ini? tak bagi salam pun?” tak tahukah engkau ………… yang akan marah?

Lalu berhenti dan duduk ia di sebelah penulis, dan berkata ia sambil memandang kearah lantai, Mata keranjang betul!!!!!!!!!!! Mata keranjang… mata keranjang!!!!!!!!!!! . Penulis terpegun dan menyedari…. tidak ada lagi penulis menyembut namanya dengan penuh kemanjaan!!!..... dan sempat penulis menjeling kearah si dia, melihat apakah riaksinya ? Semacam berpura-pura pula tidak menyedari semua itu…

Esok, aku dah janji dengan si dia, untuk tolong angkat pindahkan barang-barangnya dari rumah sewanya.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback