Tuesday, April 19, 2011

Pada kesempatan penulis ke Asrama semantara SMA Maiwp Labuan di SMS Labuan

Malam jumaat baru-baru ini penulis berkesempatan berkunjung ke Asrama semantara SMA maiwp Labuan di sekolah menengah sains Labuan,bukan datang ke acara rasmi ataupun sebagai jemputan apa – apa program, Cuma penulis bersama dengan kumpulan pemalu kompang di kalangan rakan sejawat datang berlatih dan melatih Murid SMA Maip bermain kompang dan selawat, sebagai persediaan bagi menyambut ketibaan yang berbahagia yang juga yang berhormat senator Menteri di Jabatan perdana Menteri , yang esoknya akan datang untuk merasmikan bangunan sekolah sementara SMA MAIP LABUAN.

Tidak semana-mana ada arahan yang menyatakan adalah diperlukan kumpulan pemalu Kompang di kalangan Rakan – Rakan sekerja, untuk upacara menyambut ketibaan perasmi, jadi setakat paluan sambutan perasmi ini, kumpulan pemalu kompang ini tidak asing lah, banyak sudah majlis yang disertainya terutama saat bidan terjun dan kerana tak berbayar, memang kami ada juga merungut, apakan tidak? bila ada peruntukan, yang dicari kumpulan lain, bila tak ada bajet kumpulan inilah yang di suruh buat persembahan… tak lah juga protes hingga mengarak sepanduk.

Penulis dan rakan- rakan sekerja lain datang bergotong royong melengkapkan dan menyediakan lokasi tapak perasmian pada pagi khamis, kumpulan murid-murid kompang SMA maiwp ini pun ada sama, bila ditest oleh pagawai dari KL yang memantau persediaan Majlis sambutan ini, oleh kerana barangkali ada keperluan untuk dilatih, maka beliau mengarahkan kumpulan penulis melatih kumpulan budak-budak ini di Asrama Mereka Sekolah Menangah Sains Labuan (SMS)pada malamnya. Kerana tidak ada kenderaan mengangut budak-budak ini pergi dan balik jika berlatih di tapak sambutan ini. Tak apalah kan… kami yang menurut perintah.

Pada malamnya sewaktu dan Ketika penulis berada di ruang pintu masuk kawasan SMS penulis hayal seketika, dan merewang dalam Fikiran, kan ada surau di tepi padang? Mana pula surau itu? Penulis hentikan kenderaan dan meminta rakan yang menumpang untuk bertanyakan kepada kawan-kawan lain, mana arah jalan menuju ke Asrama Budak SMA Waip itu? Jalan terus, ada pusingan kalau tidak boleh tembus patah balik lah , demikian penulis dengar kata yang member yang menunjuk jalan ..

Penulis meneruskan perjalanan dan Alhamdulillah memang tak salah lagi, sampai di selekoh, penulis sudah yakin kerana ada mendengar bunyi paluan kompang.penulis meletak kereta tidak jauh ke lokasi, kawasan tempat meletak kenderaan Pihak SMS rasanya, ada dua tiga buah kenderaan yang tertulis nama sekolah di badanya.

penulis berjalan kearah ke pintu masuk lokasi bangunan Asrama Semantara SMA Maiwp ini, di pintu masuk pagar ini penulis merasa dan tergerak hati dengan itu lantas menepuk lantai simen tersebut sebanyak tiga kali, oleh kerana lokasi tersebut berbetulan dengan tempat budak-budak SMA Maiwp tu lepek mengusik-gusik badan kompang, apakah tidak budak-budak tu pun sangat teruja, kata mereka betapa waaaaaaa bersemangatnya Ustaz Ni main kompang lantai simen pula di palu… kah.. kah.. kah.. dalam hati penulis berkata kamu tak kenal sapa aku? Wah ada rasa ego!!!! Ooooooo.
Ramai juga bekas anak-anak murid yang kenal penulis di sini,terutama murid-murid perempuan manja sangat. Issss Risau pula penulis takut nanti ada curiga dari tenaga pengajar dan pentadbir SMA Maiwp ini.

Tadi tu Tepuk menepuk , bukan petua dan bukan Amalan… gerak salam kehadiran barangkali dari penulis? Selasai menepuk lantai, penulis pun cuba memasang radar dan berleger-leger di sekitar halaman Bangunan Asrama ini, penulis gagal mengesan seberang unsur pergerakan yang mengujakan atau mencurigakan.dan Penulis ada niat nak pula naik ke atas bangunan Asrama, bila penulis bertanyakan pelajar, tingkat atas di huni oleh pelajar para perempuan. Oooooooooooo tak berani naik la…
Inilah Kedatangan pertama penulis ke dalam kawasan Sekolah Menangah Sains Labuan. Oleh kerana waktu malam ,penulis tidak dapat melihat gambaran yang sesuai mengenai lokasi bangunan dan susun atur Blok-blok nbangunannya, tidak juga dapat melihat taman keceriaan kawasan bangunan sekolah.

Kumpulan Penulis tidak lama menyinggah, rasanya tak sampai sejam, dua kali selawat dan tiga kali memalu kompang sudah cukup, risau juga nanti terganggu masa minum malam dan pembelajaran Murid-murid terutama di bangunan Jiran sebelah..SMS . kami mulai beredar dan kami berpakat untuk singgah gerai mana yang terdekat.

Destinasi kami malam itu sebuah gerai (kaki lima Rumah) Sg. Lada, lupa pula namanya. Menu yang jarang-jarang di dengar. Nasi Goreng Topceilok, mee goring tahi weeeeek loya.. apalah gerai ini lucunya mee goring thai (siam) kebiasaanya guna mee goring patani, dan ada mee goring tomyam. Terliur juga baca menunya.Lapar memang lapar, Oleh kerena tak ada belanja lebih, maka penulis hanya perkena segelas Redguara panas… itupun orang lain tolong bayarkan.. syukran laka.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback