Seminggu lalu penulis hadir dan menziarahi saudara Hafiz di UMSKAL, temujanji kali kedua untuk talkin Bai’ah kalimah syahadatain di sana, ada keahlian baru dan memang menarik ,maklumat awal adanya kaum hawa ikut serta. Macam mana ni ustaz boleh kah? Penulis memang bebelah bahagi, insyahallah kalau dia nak datang dialu-alukan gitulah kira-kira jawapan penulis kepada pertanyaan saudara Hafiz.
Saudara hafiz ingat juga dua minggu sudah ,yang mana penulis tidak menangkat panggilan dan tidak memberi respon atas penggilan itu, penulis memakai 2 no hp dan salah satunya akan of bila berada di kampong, alasannya penulis malas menerima banyak gangguan. Kalau cuti sungguh-sungguh bercuti lah, dan tak mahu ada jemputan ,kalau berhajat biarlah hadir ke rumah. Lihatlah rumah penulis…
Cuti-cuit penulis biasanya sentiasa melihat dan memikirkan keadan rumah peninggalan buatan ayah yang makin usang. Idea banyak tapi Penulis tak mampu untuk sepenuhnya menyelasaikanya, tak ada keluasan reziki buat masa kini.
Untuk berdikari pada masa kini,untuk memiliki sebuah rumah jika tidak mempunyai Lot Tapak rumah sendiri maka kena bersedia untuk mengeluarkan pada kadar RM23,000.00 untuk satu Lot untuk tapak yang jauh sikit dari jalan raya, kalau berhampiran dengan jalan besar kebiasaannya dua kali ganda harganya. Mankala untuk kos paling minima pembinaan sebuah rumah Saiz 20’ X 30’( saiz dan bentuk PPRT) maka biasanya kekal pada kadar RM30,000.00. Dan kos ini meningkat dari tahun ke tahun. Untuk seorang kakitangan kerajaan yang berjawatan tetap barangkali tidak mempunyai masalah malahan memiliki opseyen lain. Apa jadi kepada mereka yang kasi pagi makan petang? Macam tahap mustahil untuk memilikinya.
Penulis ada juga dengar khabar angin kaunter jualan rumah di ONE BORNOE seorang yang hanya berjawatan penolong pengarah boleh bayar deposit tunai RM2000.000.00 untuk sebuah rumah di jalan Sulaman. Wau…… berapalah harga sebenar istana-istana di jalan Sulaman ini?
Penulis sendiri jauh dari kemampuan demikian, belum sampai seru mungkin, jadi terus berdoa dan bersabar. Usaha yang terdaya yang mampu. Penulis pun jiwa manusia. Alhamdulillah setakat ini masih releven, tidak menjual Anugerah yang Allah swt pinjamkan.
Penulis awal sampai di Masjid UMSKAL , Alhamdulillah untuk ke Masjid tidak mendapat sekatan dari pengawal. Dari corong kedengaran adanya bunyi kuliah pada malam ini, kuliah dan siapakah Ustaz ini? Suaranya janggal pada pendangaran penulis, jadi penulis menunggu dalam kereta sehingga tamat kuliah tersebut. Tepat pada masanya berhenti dan laungan azan terus berkumandang. Penulis pun beredar untuk menuju ke bilik Air. Tak pula kelihatan ramai orang dan mana pula perginya Tuan Guru yang memberi kuliah tersebuat? Jangan-jangan penulis mengingau ini, Tak kanlah dari sini boleh kedengaran Kuliah dari Masjid Yang berhampiran? Dari Sekolah Sebalah kot, Sekolah Menengah Sains?
Bila naik kedalam Masjid untuk Solat Berjamaah Isyak, semacam penulis cam suara Imam ini, penulis terus angkat takbir untuk mengikut Imam (Bermula takbiratul ihram ini adalah RUKUN QAULI, iaitu perbuatan yang zohir dan dinyaringkan sebutannya suaranya,pada sekelian mazhab yang masyhur ,manakala menggerakan isyarat (angkat) tangan adalah sunat di sisi mazhab shafie)
Seusai bagi salam dan sedikit wirid, dalam doanya Tuan Imam ini selitkan lapaz doa bibarakati nabiyina Muhammad Rasul Allah saw. Tak salah ini memang Orang Abjad. Selasai berdoa sebelum beredar penulis menunggu untuk bergerak bersalam-salaman dengan pelajar yang rajin mengimarahkan Masjid Ini. Masyahallah Tuan Imam ini rupanya saudara Hafiz…
Setelah semua jamaah beransur beredar , saudara hafiz dan rakan-rakanya pun berhadap dengan penulis, sedikit perbincangan yang ada pada aneka martabat, Cuma penulis berpesan kena jumpa dengan tuan guru, penulis hanya dapat membuka ceritanya kalau minat minta dan ditilah dengan tuan guru, penulis tidak memilih dan tidak ditunjukan kepada apa-apa jurusan.
Pada penceritaan yang Tuan Guru Nasir Osmani Memilih tujuh orang yang menjurus kepada bidang masing-masing pada masa itu, memang membuat kita berpandangan adanya jurusan atau pengkhususan pada bidang masing-masing. Dan ada mungkin beranggapan yang si pulan yang lebih aula dan lebih afdal kerana begitu dan begini. Aula dan afdal ini milik Allah Swt untuk menentukannya.
Penulis pula lebih memilih untuk menyatakan hal demikian berlaku adalah pengsukturan dalam memudahkan pengurusan dan pentadbiran pada sesuatu organasasi, pendidikan dan ilmu pengatahuan lah yang maha penting, sakti penuh mentera Guna pun kalau tak Pas Fardu Ain masih banyak lemahnya.
kiranya masih ada persoalan rujuklah dengan wakil Guru atau sebaiknya sendirilah talaqi musafaha dengan Tuan Guru mana tahu ada tip istemiwa, sebenarnya tidak ada manafaatnya kita taksub sangat dan mempersoalkan itu dan ini, kita istiqamkan apa yang layak untuk kita dan yang lebih-lebihnya kita berserah kepada Allah Swt untuk menghidayahkan kita untuk memahaminya. Amin
Peserta Bai’ah ini dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan, lelaki ini dari Negeri Johor dan menurutnya Markas Cawangan Masai selalu di melaluinya tapi tak endah sangat. Yang perempuan pula penulis tak sempat nak berkenalan, ada kerja menunggu katanya, sempat jugalah perempuan ini ikut serta mendengar sedikit penerangan dari penulis berkaitan kaedah Talqin syahadatain ini.penulis kata,kita kata kalimah syahadatain ini, bukan kalimah karamat, kita kata Kalimah ini adalah kunci syurga, tidak akan masuk syurga orang yang tidak mengucapkan kalimah syahadatain ini, para sahabat nabi lafaz la ilaha illallah wa an na ka Muhammad Rasul Allah.kita pula lafaz macam mana?
Manakala sudara hafiz dan rakannya orang lama uda, Cuma Refres balik sahaja. Penulis guna pakai talqin baiah versi kebangsaaan ambil masa kursus di sg petani, dan Selasai sedikit tazkira Penulis dan saudara hafiz serta ahli baru ini,beredar meneruskan perbincangan di cafeteria UMSKAL tentunya Gerai Ustaz Tamrin Cendol. Dengar cerita dulu ustaz ini pengikut kuat Arwah Ustaz Azahari Muhammad (Al-Arqam). Penulis tak minatlah berkenalan,, kalau hari-hari dapat makan minum Free rasanya tu tak rugi jadi rakan… oooooohh adakah taukeh macam ni?
Sembang kami memang tahap antarabangsa punya. Raund topic, singgah juga pasal warta artikel Abjad Sesat. Masyahallah Allahu Akbar,penulis kata, ramai Alim ulama dan Tuan Guru Dalam Abjad ini,hormatlah Ilmu mereka, bab yang diulas biarlah sendiri pun Faham dan reti. Penulis ditahap koman ini pun insyahallah taalah boleh chelengger itu ulasan.Kata mereka begitu, penulis kata begini anda pembaca nak kata apa pula? Sekurang-kurang Sama tarap dan tahap lah kan?
persoalan dari ahli baru,wahabi pun banyak alim ulama dan tuan guru? Bab ulama wahabi ini pun sebanyak Alim ulama dan tuan Guru kita juga. tolak dan bantah kita bukan kita tak hormat ilmu Alim ulama dan tuan guru mereka, kita tolak dan bantah mereka, kerana fatwa ramai dari Alim ulama dan tuan guru kita yang menghukum mereka itu kompom akidah dan ilmu kita dengan mereka tidak ada titik pertemuan.
Pertemuan malam itu singkat benar, esok masing-masing ada kometmen insyahallah masa ada kita himpun lagi dan bercerita topic dunia seluruhnya. Bila dah terima talqin syahadatain maka bermulalah pegambaraan yang hanya diri merasa, Rahsia dirasa, rasa itu rahsia. Cakap banyak pun tak guna,…… terima Baiaah talqin kalimah shadatain dulu.
No comments:
Post a Comment