Wednesday, April 6, 2011

aiiiiiiiiiii..... resahnya

Sedang Penulis di bilik mandi, penulis rasakan dan penulis melihat buah batu cincin Pemberian Saudara Asrul relai dari jari, tertanggal dan terpelanting jauh dari jangkauan, ketika penulis bergerak meraba dan mengutip buah batu cincin tersebut, penulis dapati di tapak tangan penulis ada dua biji batu warna ungu yang kelihatan pada keduanya ada tanda retakan, ketika penulis cuba memasang dan memadankan kembali batu itu pada bingkai cincin, retakan makin rapuh dan ada pula bahagiannya yang relai, semakin tidak padan. Expired uda, buanglah ni. Cari yang lain….

Dan penulis mencuba memadankan batu yang satu lagi, aiiiiii….. tidak pula penulis dapati pada bingkai cincin itu akan gigi yang akan mengikat batu tersebut . Mana perginya gigi pengikat pada baingkai cincin yang dibuat dari campuran emas dan perak (suasa)? keadaan ini amat memilu dan menganggu perasaan penulis…

Ketika penulis membasuh muka di bilik mandi pada pagi itu, penulis amat terkesan bila melihat lantai bilik mandi ini,lalu penulis melerai cincin dari jari, kemudian menggolekannya, kemudian penulis meraba dan mengutip cincin tersebut seperti mana penulis mengutip buah batu cincin yang relai dari jari penulis dalam mimpi tersebuat, sambil membalik-belek cincin itu,lalu penulis berkata Alhamdulillah. tak ada cacatnya pula pada cincin ini..

Para tuan guru menerangkan bahawa bermula Mimpi yang jelas dan nyata, maka harus ada kebenaran isinya tadbir mimpi, mana kala mimpi yang meragukan dan samar-samar adalah gangguan semata-mata. Penulis pernah mengutip tip warna-warna mimpi dari Arwah Tok Ayah Tasik, di perkukuhkan pula dengan lontaran Ilmu dari Tuan Guru Ahmad Junaidin.

Penulis tidaklah kata boleh tadbir mimpi, Cuma untuk kegunaan kajian sendiri dan guna pembuka bicara kepada rakan bercerita. Jadi terjaulah dari mempetua sendiri tadbir mimpi-mimpi.

Dalam satu ceramah oneline dari Assalam Tuan Guru ada Menyatakan mengenai mimpi-mimpi, Katanya mimpi yang datang bagi memberikan sesuatu dengan amalan itu dan ini dengan disertakan pantang larang dalam bentuk Syariat adalah dusta kerana itu adalah Hantu, hantu yang menyerupai tokoh atau alim ulama yang Mashyur. Nauzubillah Guru dalam Mimpinya adalah tetap Hantu.. inilah mungkin yang antara akan Boleh Jadi Saka Baka ?

Sayang penulis tidak berkesempatan hadir pada program Abjad Nilai Negeri Sembilan 2hb April lalu, Khusus untuk membuang Saka baka ini. Bukan gimik April Pool. Bukan cuba…….an, bukan lakonan, real dan Dirakam oleh pihak RTM untuk segmen Panorama. Jangan tak tonton siarannya…

Mimpi yang amat jelas Kebenaranya, hanya bila yang hadir dalam mimpi itu datang untuk Mendoaakan Sang Pemimpi. No syarat-syarat Syariat ,apa lah lagi pantang larang yang karut lagi mengarut , doa kebaikan kebajikan dari sang yang hadir biasanya Makbul dan pemimpi akan turus terkesan oleh doa tersebut. Contohnya Dari kurang Solat sunat, menjadi seorang yang memperbanyakan amalan Sunat-sunat.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback