Saturday, April 9, 2011

hatiku tersentak lagi....

Sebelum berangkat ke Labuan pagi ini, penulis test anak dara jepun buat kerja, anak dara jepun ini dibeli masa cuti tahun baru cina 2011, harga Pakistan RM750.00 cash…. Utang CCM bole jadi RM2000.00, pandai Pakistan ini meniaga cekik darah….., anak dara jepun ini namanya shap muatanya tujuh kilo, timenya bunyi kalau hampir nak stop. Pada mulanya penulis sangka rosak mahu meletup anak dara ini Bila dengar bunyinya.. tidak reti guna kata ibu…. Kesian juga.

Pagi nya penulis masih ada masa untuk ke kadai runcit kampong menukar tong gas. ibu jarang menyuruh kalau penulis dah gerak-gerak nak standbay nak bertolak, kalau tekit Fery penulis 4.30 petang,biasanya penulis bergerak dari rumah Jam 8.00 pagi, masa itu masih terlalu awal, Cuma dahulu kalau ada kawan-kawan yang mahu menumpang terpaksalah penulis gerak awal untuk menyinggah mereka..

Sebenarnya Kalau ada sumandak sempat dah lagi pigi dating.. tidak reti mengurat tiadalah sumandak, cammana orang hendsom tiada sumandak? Bole juga singgah bersarapan kalau mahu dan terlebih-lebih lah kalau ada yang sudi belanja. .terutama singgah di kundasang, tapi sekarang kundasang sibuk dengan pembinaan jalan rayanya… lumpur mengotorkan kenderaan..

Sekian lama bahrulah penulis memperolehi kembali tekit jam 4.30 petang ,asyik-asyik penuh, tu yang jalan jam 12 malam lah, jam 3 pagilah, seorang-seorang pula tu,Sebenarnya bertolak jam 12.00 tengahari pun tak ada masalah, sempat juga tu sampai di menumbuk sekitar jam 4.00 petang , Cuma terburu-buru dan tidak sempat berihat. Di menumbuk kena turun mengurus bording pas dan cukai pendaratan, baharulah cari tempat untuk makan semantara menunggu semua muatan dalam fery landing dulu, bila selasai,barulah giliran kenderaan dari menumbuk pula landing ke badan Fery. bab lending ini pun memboringkan lambat nak selasai. Turun lambat, masuk pun lambat.. tak masuk masa menunggu kenderaan yang lambat tiba..

Patutlah pagi ni tak nampak Ibu minum minuman kegemeranya indocafee panas , rupanya kayu api habis, bila penulis pergi ditukarkannya RM30.50 wuuuuuuuu.. semakin mahal, ingatan penulis dahulu tong kuning tu baru RM23.50 aja. Kayu api warna kuning atau warna hijau sama aja mahalnya. Mahu tak mahu tukar jugalah mana ada lagi yang guna potongan kayu api untuk memasak sekarang?

Bila penulis kembali ke rumah, ibu ada di perjalanan uda, ada orang menunggu,penulis berhenti salam cium tangan minta doa restu dan seperti biasanya pesanan ibu berhati-hati di Jalanan, nasib ibu tak minta bawakan anak dara…. Ki.. ki.. kik, ibu sangat memahami kerena penulis. Cakap tak ada nokta punya. Ibu tak suka dengar suara penulis, meningkah katanya..

Oh ya ibu penulis dah tua, umurnya lebih 70an kot, kalau sempat sekolah mungkin ibu ini pencen menterilah,tak pun pencen Cikgu.. orang susah tak mampu nak pigi Schooooool katanya, Ibu selalu dah sangat sakit-sakit lenguh urat saraf tapi tak mahu duduk diam di rumah, asal boleh bangun geraklah la tu ke mana-mana, aktivitinya masa kini, menyertai seangkatanya makan gaji mengatam padi ,sehari Cuma RM7.00 atau per/ kutipan ketam padi kalau nakan padi, zaman sekarang mana ada orang muda mahu kalau begini, sudalah murah, makan bawa sendiri, gatal-gatal , panas matahari dan tak standard.

Berlainan dengan keadaan di semananjung sawah padi adalah Lubuk duit. teringat time sekolah dulu, pernah ikut rakan ke Tanjung Piandang Perak konon-konon nak cari upah menghampas padilah, penuh bersemangat… kita orang ada lapan orang, semua budak sabah.. time kerja sehari kami cuma dapat kumpul dua karung guni aja RM20, berbanding dengan saingan kami budak-budak kampong dua orang dapat kumpul lapan guni sehari RM80.

kami badan besar makan besar, teknik tak reti…… bila balik rumah tuan bendang badan penulis pula mula gatal-gatal, ada alasan nak letak Jawatan… biarlah tak ada belanja sekolah. Ala.. ala… penulis ada hutang pula dengan tok tuan rumah, belanja makan minum tak lepas. .. moga allah memberkatinya.

Remaja yang ambil upah di bendang ini penulis lihat agak mewah juga. Memiliki motsikal dan ada pula yang mampu ambil kereta terpakai dan yang menariknya penulis di bendang boleh-bolah bermain lumpur menghambat kesana kemari ikan sepat dan haruan, lauk, lauk, lauk, bukannya menghampas padi, apa tidak terkejut itu orang kampong melihat aksi stund di bendang.. seronok mandi lumpur

dan petangnya penulis melihat aksi Relly kejer mengejar motosikal 70cc muatan satu guni padi menentang motor scremller muatan dua guni padi. Semua motor tidak memiliki set tempat duduk, berkejar-kejaran menuju dan kembali dari gudang kilang padi kalau tak silap RM 1 untuk seguni.. penulis mula memasang Impin Honda EX5 sebiji…..

Tadi sebelum ke kedai penulis ada masukan dalam tinggaton ibu (bekas untuk melatak makan sireh) RM250.00. memang tak cukup pun. Cuma bila Campur-campur itu dan ini dengan anak-anak buah semua, penulis perlu sediakan sekurang-kurangnya RM1000.00 setiap kali balik ke Kampong.

Penulis bertolak dari rumah sekitar jam 9.00 pagi, bila menghampiri Kawasan Pusat Tarbiah, penulis sempat melihat kelibat kenderaan Peronda itu baru keluar dari arah Gerej di Pusat Tarbiah, berdetik hati penulis. Apa lagi ini tak habis-habis? Penulis cuba menenangkah hati sendiri, barangkali pemandunya mencari Tandas.

Penulis tergerak hati untuk menyinggah, oleh kerana dalam kendaraan, penulis bukan dalam keseorangan maka tidak jadilah penulis berhenti. Dalam perjalanan bermacam-macam anganan yang merewang dalam Fikiran Penulis. Apa perlu ada tindakan yang sesuai untuk bersedia , akan kemungkinan berbagai perkara peristiwa yang mungkin akan berlaku lagi.

Selama ini kami menerang dan kami memaparkan perbandingan., adakah keterangan dan perbandingan itu menyinggung hati??? Selama ini kami sering di serang dari segenap sudut dan arah. kami tetap istiqamah dan tidak pernah pun kami bangun membela diri, adakah mereka sangka kami ini penakut??? kerana kami yakin,berani kerana kebenaran, maka jadilah kami bersopan santun, berbudi bahasa, terbuka menerima teguran dan sudi berkawan dengan siapa sahaja, kami di tarbiah dan terdidik dan kami faham, musuh utama adalah kejahil,syirik,maksiat dan penyakit hati, yang hanya mengikut hawa nafsu.

Sesiapa pun boleh datang dengan penuh terhormat,.. kerana kami diajar menghormati setiap tetamu, silakan... sesungguhnya pada Muhammad itu ikutan yang sempurna,.. datang dan hadirlah dengan segala kekuatan dan alahkan oleh kamu akan daku dengan segala hujah sama ada yang zohir dan batin, seramai mana dan sebanyak mana pun, layanan kami tetap mesra..... Cuma jangan kamu bawa datang kepada kami penghujjah yang tak reti ilmu alat memahami Al Quran dan tak bawa sebarang kitab ulama muktabar sebagai rujukan,.. Buah Durian sebesar mana pun ia, secantik mana pun ia, dari jenama terpilih dan mahal sekalipun, akan jatuh Gredbya dengan sedikit sengatan serangga, memang Islam tapi tidak layak mewakili orang islam..

Maaflah yang suka pakai seluar kakinya saja panjang… biar kopiah tak tanggal dari kepala,,malam malam ke masjid, hafal bacaan solat dari buku panduan, walaupun dah berkarung-karung buku ilmiah agama di baca tak akan alim, kalau memang tak berkat dan tidak ada hidayah Allah swt memang begitulah, membersihkan hati kerja susah…teringin nak jadi baik tapi.... hari-hari hasad dengki nauzubillah…

Maksud hadis: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis di akhirat adalah berasal daripada mereka yang memiliki pahala, seperti pahala solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Bagaimanapun, semua pahala ibadah mereka itu habis kerana digunakan sebagai membayar ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikianati atau dizalimi. Di samping mereka dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi.
Alangkah ruginya golongan muflis ini, kerana walaupun mempunyai pahala kerana mengerjakan ibadah dan bermacam kebaikan, akhirnya menjadi kosong kerana di ambil oleh orang lain sebagai ganti rugi dengan sebab kesalahan terhadap orang lain atau kezaliman yang telah dilakukan.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback