April yang sangat full, penulis dari seawal bulan amat risau, mungkin tak dapat buat catatan, blee….. tak ada idea untuk catatan, jadinya yang ada, jadi jadi catatan entah hapa-apa. melihat komen dari pelawat timbul perasaan megah di hati penulis walaupun tak faham bahasanya dorang, penulis Tanya dengan google transelet pun gagal mengertikan penulis, d orang bercat sendiri pun macam ada, but everting I’m very happy and I want to say thank abaut all support this blog..
Bulan april yang amat sibuk pada penulis, walaupun penulis ini buta seni tapi adalah juga mengikut kawan-kawan buat persembahan, minggu lepas kompang dan seterusnya Nasyid pula , bukan pemain simpanan, tapi penyukup korum, muka hendsom sabagai taruhan, kalau suara alahi sesuai untuk memanggil hujaaan aja…. Apa-apa pun, ini minggu kedua penulis malam-malam hadir berlatih nasyid bersama kumpulan AZ- Zawawi yang mana akan mempersembahkan dua buah nasyid akhir bulan ini sempena Peringkat Akhir Perujian Tilawah Al- Quran peringkat wilayah persekutuan Labuan. Artis Kan??? Glemer tau….
Kumpulan ini terdiri dari Rakan Sekerja, tertubuh beberapa tahun yang lalu, dan sering mendapat jemputan pada acara kebesaran anjuran Agensi Agama Islam. Cuma kadang-kadang merungut juga. Asal kumpulan ini di jemput pastinya suka dan rela, bajet tak ada. Tapi bila ada bajet sagu hati, pasti kumpulan lain pula di jemput. kali terakhir kumpulan ini di pentas perujian Tilawah Al-quran ini.ialah lebih kurang tiga tahun lalu.
Kumpulan ini pernah menyertai pertandingan Marhaban Anjuran Kemas Labuan, dan kalau menang akan bertanding peringkat Kabangsaan di Terangganu, Nasib tidak menyebelahi kami, pada hal Kami rasakan kejuaraan dalam gengaman , di nafikan oleh hakim pertandingan, sedangkan selapas sahaja membuat persembahan ketua kumpulan juara bertahan terus balik rumah tak ada harapan katanya, ini menambahkan lagi keyakinan kami sebagai juara baru, kerana kumpulan kami jugalah yang mula-mula menyampaikan persembahan.
Menang kalah adat bertanding, Cuma yang berat sedikit terima hakim pertandingan itu memang jahil betullah, (sorry …..hot bah )katanya bacaan rawi tidak mengikut tabakat lagu, oooooo mentang-mentanglah suara baik untuk tilawah al-quran hingga sukat tabakat lagu bayati ,nahwan, rast, soba dalam rawi berZanji??? Ini memang aku tabaik sunguh-sunguh, kali ini baru jumpa.
Seorang lagi hakim kata bacaan pembaca rawi kumpulan penulis banyak salah tanda baris, ini penulis akun betul kerana penulis telah melihat dan kemudian mengubah dari cetakan buku berzanji edesi terkini terbitan sebuah syarikat yang ada nama jugalah. Buku seperti mana yang digunakan oleh hakim untuk menyemak bacaan peserta mengandungi terlalu banyak kelemahan tanda baris jika berbanding dengan hafalan dan keupayaan penulis memperbetulkan dalam melatakan baris pada kalimah yang terdapat dalam buku tesebut.
Bulan ini juga penulis mula keluar makan tengahari dengan seseorang, hari pertama kami keluar makan si dia yang bayarkan,cepat-cepat ia bangun untuk membayar, hari kedua baharulah penulis pula yang cepat-cepat pergi membayarnya. Demikianlah hingga di saat ini,bertukar ganti kami membayar. Punya susah tahu penulis bawa orang ini makan sama-sama. Mungkin di sangkakan penulis ini membohong?
Bila bersungguh-sungguh ,dikata bergurau pula, bila bergurau dikata ini terlalu seriuslah pula, sukar….. sukar.. sukar, adakah Orang hendsom payah nak percaya kan? atau kalau yang pastinya ditakutkan nya mungkin penulis ada niat di sebaliknya? Ya niat yang tersangat murni dan Penulis sangat ikhlas dan penuh bertanggungjawab atasnya.
Satu hari penulis di Tanya, Ustaz!!! Betulkah batu cincin pink ini original? Penulis pun jawab.. cik saya tak tahulah… kerana cincin ini orang yang hadiakan. Kenapa? Jadi penulis Tanyalah balik, ada apalah kalau orginal? jawabnya orang cina kalau pakai cincin warna pink maknanya sedang cari jodoh….. kalau biru ……… kalau hitam ….. kalau merah ……. berlalu begitu sahaja, Penulis dah tak dapat menumpukan pendengaran, fikiran asyik tertumpu warna pink nak cari jodoh.. warna pink cari jodoh …? Warna pink cari jodoh …? Warna pink cari jodoh … ? ahhhhhhhhh …… ada kan hari itu penulis ada ceritakan pasal batu cincin warna pink telah lerai bila mana jatuh dari jari?
No comments:
Post a Comment