Wednesday, March 30, 2011

Catatan cuti sekolah bulan mac

Ingatan untuk ayah tercinta…

Ayah.. .
aku bukan anak yang boleh dibangakan…
aku gagal membalas jasamu..
aku juga tidak mampu merawatmu ketika sakit tenat
dan aku leka ketika engkau dalam skaratulmaut…
maafkan aku ayah
ampunkan aku ayah
redhalah padaku ayah….

Berpeluangkah aku menebus segalanya…….????????????????

Catatan Cuti sekolah Mac 2011.

Cuti persekolah Mac telah pun berlalu, kertas ujian murid masih dalam semakan, hendaknya Setiusaha Peperiksaan siapkan keputusan dalam minggu ini juga… wah kena berusaha keras ini. Saya yang dibawah perintah. Insyahallah siap esok… biasalah sapa tak kenal Ustaz Jack, ayat tak ada noktah punya… helah bantu diri perlu dipamerkan.


Ha!!! Ada lagi pula menunggu…. Bukan sembarangan aweks ….. tu buku SPBT datang waktu cuti.. belum di kira dan perlu di edarkan seberapa Maggi segera.. menangis-nangis uda Guru SPBT sekolah Tanya-bertanyakan, bila? Bila ? Bila? Bila? Es.. es.. es… nasiblah aku hendsom, marah tahap ultramen pun masih lagi kelihatan macho, releks dan yang amat penting sekali Fireeeee dengan SENYUMAN. Amat manis sekali …

cuti bulan mac ini,Penulis sempat menziarahi anak-anak buah melaksanakan istiqamah qatam quran di pusat tarbiah abjad sabah, yang dah dilaksanakan masuk hari ke 40 . Tahniah…. Teruskan usaha. Nanti kita usahakan kenduri Kambing.

Dalam usaha mendorong anak2 buah ini penulis rasanya telah mengecilkan hati ibu,hendaknya malam ini,minta bersamanya hadir ziarah sepupu perempuannya yang sedang tenat menurut panggilan talipon yang diterima oleh abang penulis. Kaget jua penulis mendengar pekikan anak abang ketika menyampaikan pesanan. Penulis amat kurang jelaslah. maksudnya.

Bila datang susah baru semua terhege-hege cari penulis, time penulis sengsara lara tak ada pula bertanya khabar, berasap tau hati ini, aku ada hal, kesibukan dan kometmen lain. Penulis sengaja keluar awal, ke Bandar dulu pam tayar dan singgah membeli sedikit bekalan dan yang pentingnya ke ATM dulu, keluarkan duit.
Bila sampai rumah, Ibu dah keluar. Rasanya Abanglah yang hantar, tak kanlah ibu pergi dengan berjalan kaki. Jarang ibu meminta buntuan menghantar kemana-mana dengan penulis.

Seusai solat Isyak ,Penulis kembali turun menuju ke Pusat Tarbiah. Tiba di sana Masih awal lagi, jadi sambil menunggu rakan yang lain, penulis ajaklah sapa yang ada untuk ke tempat lepak , kita minum-minum dulu kata penulis.
Kami berjalan kaki ramai-ramai, tak jauh pun distinasi. sebelah sahaja dengan Pusat Tarbiah , anggaran dalam 20 meter sahaja. Alangkah terkejutnya dan terkedunya penulis bila yang menyambut salam penulis adalah salakan se ekor Anjing…. Astagfirullah… astagfirullah… astagfirullah

Dua tiga kali penulis berundur mengelak tarjahan sang anjing tersebut. Cis Najis berat.ini betul, betul bukan mimpi, Dah lah penulis pakai pakaian mahal,Penulis kenal sang anjing ini kerana sering berkeliaran dan sentiasa di hambat di kawasan Pusat Tarbiah, tak sangka pula seganas ini wataknya malam ini. Pertama kalinya penulis dicergah Sang anjing yang berani. Biasanya simple saja menjawab cabaranya. … ini barangkali dosa mengecilkan hati ibu tadi.. syurga di bawah tapak kaki ibu.

Tengah malam ke pagi, bila penulis sampai ke rumah kereta buruk abang belum ada, masuk ke rumah bekas sirih ibu pun belum ada, kompom udah ni mentudau (Berjaga orang ada kematian). Memang ada niat penulis untuk menuruti ibu dari belakang tadi, Cuma segan berhadap dengan orang-orang yang dijangka hadir, jadi esok sajalah ziarah..
Esoknya , pagi-pagi dengar ibu sembang dengan cucunya umur 5 tahun, nenek pigi rumah sepupu nenek yang sakit? Ibu jawab dengan nada sayu, ya… nenek pigi lawat sepupu nenek yang sakit tapi sudah di mati. Cucu umur 5 tahun ini pun jawab. Ohhhhhh sepupu nenek sudah meninggal. Aiiiiik macam budak ni pun Faham…. Dan istimewanya Budak 5 tahun ini menangis-nangis bila ibu tidak izinkan ikut bersamanya ziarah terakhir. Mahu tidak mahu ibu kena membawanya juga.

Sekitar jam 9.00 pagi barulah penulis bergesa ke tanah perkuburan. Penulis berjalan kaki sahaja. Dari rumah boleh Nampak orang berada di tanah perkuburan. Penulis membawa bekal dua botol menerel kecil, satu untuk air minum dan satu lagi untuk air penyiram kubur.

Terhege-hege penulis kepanatan menaiki bukit, menyesal tak naik kereta tadi, adoi penatnya, lelah dan sesak-sesak nafas sudah ni, dah plan awal dah singgah kubur Arwah ayah dulu. Cari punya cari, astagafirullah…. Penulis dah tak dapat cam mana kubur Ayah? Tiga empat kali mundar-mandir masih tak dapat cam, suasanah dah banyak berubah rupanya.

Penulis mengambil keputusan duduk dan buat sahaja bacaan qatam quran di atas kubur Nenek, lepas doa dan siram kubur nenek, penulis pun bergesa ke perhimpunan orang menggali kubur, beri salam dan bersalaman tangan. Rupanya saudara mara lain dah bertanyakan kehadiran penulis sedari tadi, nampaknya abang penulis pun sedang berkerja mengorek tanah, sudah tiga orang berganti baharulah penulis pula turun untuk menyumbangkan khidmat. Terik benar pancaran matahari.

Hampir waktu zohor siaplah kerja-kerja mengorek lubang kubur ini, tinggal lagi menunggu Jenajah. Inilah kebiasaan masyarakat lambat dan menyusahkan orang banyak lambat menguruskannya. Seperti biasa penulis tidak akan menunggu lama, penulis cuba untuk fasa kedua mencari tapak kubur ayah. Apa Jadi? Masih gagal mengesannya. Nak bertanya kepada abang segan pula menganggu mereka. Penulis mengambil keputusan doa dan menyiram tapak kubur yang hampir pada hati penulis mudah-mudahan hajat yang di buat sampai dan diterima oleh allah swt.

Penulis berjalan pulang, sampai di rumah azan zohor mula berkumandang. Badan penulis panas dan sangat berpeluh, perut sudah meragam belum diisi apa-apa dari pagi. Sejukan badan dulu baharu mandi solat dan makan. Lepas makan tidur…….

Lepas solat magrib penulis turun ke Masjid untuk berjamaah solat Isyak. Kadang-kadang penulis akan jadi Imam solat jugalah kalau rajin, malam ini penulis jadi makmum sahaja. Bersurai solat isyak penulis menujulah ke rumah Arwah sepupu ibu, cadang nak ikut baca surah yassin dan tahlil.

Bila nak mula baca yassin muncul pula percanggahan rancangan, anak sulung cadang nak teruskan bacaan yassin yang telah dimulakan dua hari lepas. Ada pula cadangan nak bagi-bagi muka surat al-quran ini untuk di qatamkan. Ini yang buat lemah beta ini, menang pula yang nak baca al-quran dan masa nak bagi-bagi muka surat, penulis menolak sebab alasan tak sempat dan ada kometmen lain sesegera mungkin.

Selasai sahaja bacaan penulis surah Yassin, maka penulis pun beredar meninggalkan jamaah yang berlumba-lumba menghabiskan bacaan bahagian helaian muka surat yang di berikan. Penulis sempat mencium tangan tiga lagi sepupu perempuan ibu. Terkedu mereka Pakistan manakah yang mencium tangan mereka ini…

Mula kehadiran penulis tadi pun macam satu keganjilan, kesempatan dan ketika penulis bertegur sapa dengan EN. Suhaimi adik kepada wakil rakyat Adun Keranaaan bertahun-tahun tak jumpa katanya, dan saudara mara pula tercengang tak kenal menantu siapa Pakistan yang mahir berbahasa Dusun ini?

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback