Sunday, March 20, 2011

Hari jumaat yang mulia…

Jatuhnya tarikh hari ulangan tarikh kelahiran penulis, pada hari jumaat yang mulia, penghulu segala hari dan juga hari raya mingguan umat islam padanya juga wajib mendirikan solat jumaat yang wajib ditunai secara berjamaah. Juga dicipta dan diwafatkan Nabi Adam as pada hari Jumaat, dan tidak akan berlaku Qiamat melainkan juga pada hari jumaat .

Penulis akan balik kampong pada hari ini. Jadi Sebelum memulakan perjalanan, penulis basuh dulu lah keta,kasi kilat sikit, risau juga memandu kereta kotor ini, akibatnya boleh di saman. Sia-sia buang duit bayar saman,tak rugi juga kalau kereta bersih, bole memukau mata yang terpandang. Wah… bersihnya keta walau musim hujan… biarpun luaran sahaja Nampak bersih, entah dalaman ada berapa kilo sudah bahan boleh buang..

Seingat penulis mungkin lebih seminggu kotoran di badan kereta penulis tak di usik,sesuai untuk budak-budak buat lakaran dan lukisan, “ Cahaya FM.” ‘ JOHON CAINA’ Seperti yang berlaku pada kenderaan DJ Wufi.. nasib bukan di calar.. time penulis muda-muda dulu ayat yang glemer seperti Rock ‘N’ Rool, HULK HUGEN atau ayat-ayat cinta. I ♥ U, jack & Ctc, jack ♥ Arrah . Biasanya batang pokok kayu jadi mangsanya. kah.... kah... kah.. malu juga teringat

Kereta penulis dah banyak lakaran, cakaran ayam, cakaran kucing, cakaran Beg murid, cakaran hendel Motorsikal dan ciuman kereta kancil. Yang istemewanya anak – anak buah penulis boleh-boleh buat picnic di bonet dan meluncur ombak dicermin sambil berkejaran.. heran juga budak-budak ni boleh trip seperti bermain di pantai….. cara mengusir mereka pun pelik, menteranya begini “ wahai bekteria jahat balik kamu ke rumah kalau tidak rasaksa akan muncul ” budak-budak ini pun berlari oohhhh tidak…. Tidak.. saya bukan bektria jahat. saya bekteria baik… nasib lah mereka tak loncat-lancat di atas kereta…

Penulis memang tertarik dengan bonet kereta BADAL SERAWAK, dan penulis rasa seorang anak buahnya penuh bonet enjinnya dengan lambang pertubuhan, cantik ooooooooo. Kami ada plan nak tiru..

Penulis bergerak dari rumah sekitar jam 9.00 pagi, ketika melintas di kedai runcit milik tuan rumah pemilik rumah sewa penulis. Nampak isyart tangannya melambai penulis. Alaaa apa lagi ni sewa dah bayar pun tak kan ada kenaikan sewa secara mendadak? Penulis menghentikan kereta. Rupanya esok ada kenduri Arwah, tuan rumah menjemput penulis datang, saya nak balik hari ini tak dapat lah saya datang .. macam ada sedikit kecewaan raut muka tuan rumah. Mudah-mudahan allah memberkatinya.. tuan rumah yang spoting dan pirhatin… sewa rumah murah penulis tak terbayar sewa tiga bulan pun tak bising-bising.

Penulis bergerak awal sebab cadang singgah di kadai tayar dulu, cadang nak tukar tayar gentian dulu nanti boleh letak di hadapan. Ada panggilan telipon pula ni.. helo… ustaz di mana ni? Dalam hati ni celaru uda, hari ini cuti ganti ada lagi tanganggungjawab yang digalas. Apa-apa pun thank kerana memahami aku nak cuti seminggu, inilah sebab aku bukan Kursus dalam cuti.

Awal masih, jadi penulis sempat singgah membeli sedikit coklat untuk anak buah, beli yang murah-murah dan simple sahaja. Lagipun penulis menaiki fery lama, fery lama ini tidak beratap, bertolak jam 10.00 pagi pula , silap haribulan kalau matahari terik sempat cairlah coklat-coklat tersebut.

Mendarat sahaja di jeti menumbuk menjunjukan waktu zohor hampir nak masuk, kebetulan penulis ada keperluan untuk ke tandas,walaupun dah berniat bermusafir, hari ini penulis niat jadi orang baik-baik. Awal iktikaf dalam masjid jamik menumbuk,sambil-sambil tu penulis dapat berfikir dan berkongsi pemandangan situasi jamaah Masjid jamik menumbuk.

Penulis pernah singgah solat jumaat di masjid baru di kimanis sabah, persamaan ketara jamaahnya dengan Jamaah Masjid Menumbuk ialah ramainya pemakaian set lengkap baju melayu bersamping. Macam pengantin..

Dan yang ketara persamaan dimana-mana jamaah Masjid jumaat seluruhnya pula,rata – rata gemar dan rajin menunaikan solat sunat tahiatulmasjid, ketika mula masuk ke masjid. dan Kemudian selapas berkumandang Azan pertama hari Jumaat (menunjukan telah masuk waktu solat Zohor), jamaahnya sekali lagi gemar akan bangkit semula menunaikan solat sunat dua rakaat, penulis tidak dapat pastikan apakah jenisnya solat sunat sebelum khatib naik ke atas mimbar ini.

Mengikut sejarah laungan Azan pertama ini hanya wujud ketika pemerintahan Khalifah rashidin yang ketiga Saidiana Osman Bin Affan ra. Kerana mashlaha penduduk yang makin ramai dan makin sibuk , diadakan laungan Azan ini agar para penduduk dapat bersiap dengan Segera ke Masjid menunaikan Solat Jumaat.

Ketika tuan khatib duduk di antara dua khutbah, bilal pula nyaringkan bacaan doa salawatnya, rata – rata jamaahnya akan menangkat tangan tanda berdoa, kadang-kadang kedangaran pula lafaz amin, amin, amin,dari jamaah.

Juga kelihatan ada jamaah mengerak jemaah sebelahnya dan menunjukan isyarat angkat tangan berdoa. Penulis pun berfikir adakah jamaah ini menggerkan rakanya kerana time ini antara makbul doa di hajat ? atau adakah jamaah ini berperasaan Angkat tangan berdoa antara dua khutubah ini adalah dari rangkaian yang perlu-perlu dalam solat Jumaat?.

Oleh kerana banyaknya dalam pemikiran, akhirnya penulis biasanya pada selawat doa bilal jumaat anatara dua khutbah ini dan pada lafaz doa rukun sah jumaat oleh khatib dalam khutbah kedua, penulis tidak menada tangan.

Tak menadah tangan bukan maknanya tak doa. Jauh sekali kita pertikai , Cuma kalau ada yang tergerak hati nak bertanya memang ada ceritanya. Terpulang untuk percaya atau tidak…

Ada dikalangan anak-anak buah penulis mintalah konon motivasi dengan mohon ceritakan cerita pasal kelebihan hikmah Jabat Bisa. Oleh kerana penulis dah ada ceritakan hal jabat-jabat ini malam sebelumnya, maka penulis wakilkanlah seorang anak buah yang terlebih muda dari sang pertanya untuk menjawabnya. Apa yang terjadai? Faham- faham ja laa..

Penulis pun tak mahir sangat asal muasal jabat-jabat selain JB 14 ini. Cuma penulis selalu menuturkan Asas sebenar ialah JB 14. Jadi jangan ada rasa di hati merasa jabat- jabat lain itu adalah tingkatan tahap pengamalan seseorang. Apa lagi beranggapan jabat bisa itu lebih tinggi dari jabat 14.

Pembentangan kurukulum Seni Mempertahankan diri Siku 12 Cawangan Abjad Sabah tersebut semata-mata untuk membina dispilin, jauh sekali untuk mengklaskan atau mengkastakan pengamalnya. hurain siku 12 berdasarkan dispilin system jabatnya hanyalah memudahkan pembelajaran dan mengurangkan kegolojohan peserta.
Insayahallah taalah.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback