Artikel ini penulis mula draf pada Jumaat malam Sabtu, yang esoknya akan kehadiran dan kedatangan lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Wilayah Persekutuan Labuan, ada tiga Progrem Rasmi Perdana Menteri Malaysia di Wilayah Labuan ini.
Tentunya tulisan ini telah melalui beberapa kali sesi edit, untuk menyesuai dan menambah isianya oleh itu telah di dahului oleh satu artikel lain yang mulanya ingin penulis sambungkan juga dengan artikel ini.
Lega hati penulis, bila tiada arahan wajib keterlibatan dalam mana-mana program Perdana Menteri tersebut, jalan tentu sesak, orang ramai berabut-rebut nak jumpa dan salam dengan Perdana menteri Malaysia, sungguh amat bertuah dan berbangga penduduk wilayah Labuan dan bukan senang nak buat temujanji denganya…
Banyak kawasan berhampiran dataran Labuan awal-awal telah ditutup bermula dari program perarakan Maulidul Rasul lagi.
Cuma sebelah paginya penulis menghadiri secara wajib perhimpunan bulanan Anjuran jabatan yang di hadiri dan di rasmikan oleh yang berusaha Dato pengarah JAWI sendiri ,yang mana hadir untuk menjadi penyambut kehadiran Yang berhormat Dato Perdana Menteri Malaysia ke labuan.
Sambil menunggu ketibaan yang berusaha Dato Pengarah ini, para peserta telah di dengarkan dengan ceremah khas oleh KPPK unit Qariah Zon 8, oleh Ustaz kariah. Tajuknya…. penulis lupa catat, tapi rasanya masih mengenai tangungjawab sebagai penjawat perkhidmatan awam lah, masih dalam skop intergriti barangkali. Ceramah ini Di bentangkan dalam bentuk slaid power point dan bersumberkan pautan Internit terutama jurnel berkaitan Sains,
Asalnya Ustaz Kariah dibentang selama 2 jam masa sambutan maulidul Rasul di JKR Labuan. Oleh kerana masa yang terhad. Yang diberikan kepada ustaz kariah. Maka dijadikanya sependek 45 minit.
Ceramah berserta Slaid power point ini sangat popular digunakan dewasa ini,kerana dianggap satu teknik moden dan dijangka boleh menarik perhatian peserta. Cuma memerlukan tempat yang bersesuaian… tak ada letrik, tak ada layar dan system saund yang lengkap maka tak akan jadilah……
Penulis dan semua penduduk Labuan Amat berharap mendapat kejutan…… tentang sesuat yang akan mungkin diumukan oleh YB Dato Perdana Menteri.. mana tahu PERDANA MENTERI akan umumkan pada salah satu ucapan dalam Majlis tersebut, yang mana dalam rancangan Malaysia yang berikutnya dan seterusnya kerajaan bersetujuh dan akan membiayai pembinaan jambatan 1Malaysia yang mana Jambatan ini akan menyambungkan labuan dengan Tanah Besar Sabah. Harapan sajalah…..
Perdana Menteri tidak berani menjanjikan Jambatan, tapi bersedia untuk memindikan masa perjalanan. Jadi macam manalah tu ? Tanya kawan-kawan. Penulis pun hairan jugalah cam mana nak pindikan masa perjalanan. Sedangkan Memang cara laluan berjalan Fery itu tidak Lurus… memusing mengikut alur yang tidak berbatu. Laju macam mana pun fery Baru, pasti sangkut juga dengan cara menyusur jalannya..
Melainkan terminal baru Labuan dan Terminal Fery Baru Mempakul dibangunkan, jaraknya memang hampir, dan menjimatkan masa lebih setangah jam, biar dengan menggunakan fery lusu itu sekalipun. pun bangunan ini mengambil masa untuk di siapkan...
cerita menarik bab pembangunan yang biasa menjadi pertuturan awam masyarakat bahawa bila mana sesuatu bangunan baharu di bangunkan, maka akan mulalah penyeberan berita munculnya Legenda senggerib ( Pengait Kepala) yang di percayai telah dibayar untuk mencari korban mangsa untuk di letakan kepalanya dalam tapak pembinaan sesuatu Projek Besar, kalau tidak, alamat ada ganguan tergendalah atau mudah rosaknya pembinaan projek Tersebut. Tidak berkecuali juga metos dengan Jambatan Pulau Pinang Lama. Dan Macam mana dengan Jambatan Pulau Pinang Kedua. Dah adakah mangsanya?
Bagaimana dengan Jambatan Tempeluri Sabah. Kalau tak salah dalam ingatan penulis. Kononya Seorang Gadis cantik, mulanya seorang wanita tua yang menjadi mangsa, malangnya hantu jambatan tersebut tidak berapa tertarik, maka mudahlah jambatan itu di hanyutkan oleh hanya banjir kecil… maka berlaku pembinaan baru yang mangsanya seorang wanita muda, barangkali hantu tu tertarik maka tahanlah lokasi jambatan Tempeluri itu hingga ke hari ini.
Budaya jahiliah ini memang berlaku sepanjang zaman. Pernah diceritakan pada Zaman pemerintahan Amirul Mukminin Khalifah Rasyidin kedua Saidina Umar Al-Khatab. Di mana Gobner lantikanya di Mesir (Ammar Bin ‘Ass) menyampaikan berita tentang karenah Sungai Nil yang banjir pada Musimnya dan kering, sekering-keringnya pada masa yang lain. Sukarlah kehidupan penduduk Mesir ini dan mereka mengambil keputusan hendak berpindah, sebelum itu oleh kerana menjadi kebiasaan penduduk Mesir Melemperkan ke Arah Sungai Nil ini akan Gadis Yang amat Cantik di kalangan Penduduknya. Maka bila ditanya dan Ammar Bin ‘Ass ini di suruh memilih gadis tersebut. Maka sukar baginya membuat sebarang keputusan lalu beliau meminta nasihat Umar Al-khatab.
Mengatahui permasalahan ini Saidina Umar Al-Khatab mengirimkan kepada Ammar ini satu nota yang ditujukan Khas kepada sungai Nil Tersebut, yang mana nota itu kira-kira bermaksud, Dengan Nama Allah Yang Pemurah Dan Penyanyang. Dari Umar kepada sungai Nil. Wahai Sungai Nil kiranya kamu kering dengan kuasa mu maka keringlah, jika engkau mengalir dengan kekuasaan Allah maka mengalirlah.. bermula dari saat itu dan ketika itu Sungai Nil terus mengalir tanpa pernah kering dan banjir lagi….
bandingan Iman para sahabat ra dan iman kita akhir zaman...
Saidina Umar ra pernah juga diceritakan tidak memandang dan tidak kaisah dengan kehadiran Askar yang baru balik menang dari meden peperangan yang mana mereka sedang memakai pakaian yang mereka perolehi dari kemenangan dalam Peperangan tersebut. Dengan nada sedih mereka beransur pulang dari kediaman Umar ra dan singgah di masjid dan kebetulan pula dalam masjid itu ada anak Saidina Umar Ra. Lalu bertanyalah mereka itu kepada Abdullah bin umar ra ini. Apakah gerangan? Apa angin Khalifah? hingga mengakibtkan demikian rupa karenah dinginya sambutan Amirul Mukminin terhadap mereka? Lantas Jawab Abdullah Bin Umar ra. Cuba kamu tukar baju yang kamu pakai ini dengan baju lama kamu, kemudian baharu kamu datang menziarahinya……
Subahan allah………..Masyah allah…… allahu akbar, semua tetamu ini dipeluk dan ditanyakan khabar oleh Baginda Amirul Mukminin saidian umar al-khatab ra. Dikhabarkan juga Saidina Umar ra ini ketika menjawat jawatan khlifah rasyashidin yang kedua. Memakai Pakaian Rasmi Jubah Kasar, lusu dan ada 12 tampung. Bila rakan sahabat bermaufakat untuk mengsyorkan untuk khalifah menukarnya dengan yang lebih baik sedikit… dikata oleh Saidina Umar ra dengan tegas dan wajahnya telah berubah.. kamu mahu aku tukar haluan? Allahu akbar.. inilah Iman para sahabat ra azmain.
RASUL ALLAH MUHAMMMAD SAW berkemampuan dan boleh bermunajat dengan ALLAH SWT untuk memohon menukarkan seluruh bukit- bukau disekeliling KOTA MEKAH menjadi EMAS PERMATA. Untuk di tawarkan kepada KAUM JAHILIN MEKAH.
Yang mana skrip yang bersesuaian berbunyi begini,”Wahai…. Penduduk Mekah untuk kamu aku tawarkan…. Seorang sepuluh Jongkong Emas Permata sekiranya kamu beriman dan sudi memeluk agama Islam..nak atau tidak ?)
Dakwah Islamiah Rasul Allah Saw bukan semudah demikin rupa.
RASUL ALLAH MUHAMMMAD SAW pernah di tawarkan oleh perhimpunan kaum Quraish, kiranya bersetujuh dengan tawaran mereka, iaitu gumpalan longgokan harta benda, perempuan muda yang cantik-cantik dan menjadikanya Maharaja Semananjung Tanah Arab, tapi dengan Syaratnya asalkan sahaja RASUL ALLAH MUHAMMMAD SAW bersetujuh meninggalkan ajaran yang didakwahkannya itu……. Kata RASUL ALLAH MUHAMMMAD SAW demi ALLAH kira pun kamu letakan matahari di tangan kanan ku dan kamu letakan bulan ditangan kiri ku, tidak aku tinggalkan dakwah ku ini.
Dengan kekuatan Tarbiah Rasul Allah ini semua sekalaian sahabat ra azmain adalah teruji, Agung dan terukir dalam cacatan sejerah,Bahawa seperti yang dinukilkan yang mana pada satu kaisah yang berlaku kepada utusan islam yang dihantar kepada Maharaja Rom, telah di tangkap dan dipenjara semasa dalam penjara tidak diberikan makanan,
lalu di tawar kan agar tinggalkan oleh kamu akan agama kamu ini, nescaya kami akan berikan pada kamu akan separuh kerajaan rom ini dan akan kami carikan untuk kamu gadis-gadis yang cantik. SUBAHAN ALLAH para sahabat ra ini menjawab. Kira pun kamu sanggup berikan semua isi kerajaan rom ini dan semua harta kamu diberikan kepada ku, Agar aku keluar dari agama ku ini…. walau sekelip mata sekali pun? Nescaya sungguh mustahil akan aku lakukan…
Lalu sahabat ini di kurung di siksa lagi dalam penjara.. di hidangkan dengan daging salai khinzir beserta minuman dari jenis arak .namun para sahabat ini tidak melihat pun, apa lagi untuk terasa ingin menyentuhnya… tak puas hati lagi Maharaja Rum ini. maka di panggil dan diupah lagi artis yang cantik menawan yang tanpa memakai Seurat benang pun…. dengan segala bentuk gaya aksinya… tak makan saman juga Sahaba ini….. akhirnya perempuan ini memohon kepada Maharaja Rum. Dengan katanya tuanku menghantar aku kepada orang yang tidak salah seperti tunggul pokok kayu layaknya.
Lalu Maharaja Rum mengupah dan menghantar lagi wanita-wanita yang lebih cantik dan lebih berpengalaman untuk mengoda…. Sehingga para wanita ini berputus asa seraya berkata juga, Tuanku menghantar kami kepada layaknya seperti batu…..
demikianlah terujinya Iman Para Ra Azmain…. Setelah kewafatan baginda rasul allah saw para sahabat ini tidak berkurangan tahap iman mereka malahan mereka terus berdakwah dengan buktinya jasad mereka ada di kebumikan di serata muka bumi ini
Dengan demikian pengorbanan para sahabat ini, dapatlah kita warisi sedikit dan berkongsi nikmat perjuangan mereka yang sampai kepada kita di hari ini….
Pada hari ini dengan nikmat perjuangan para sahabat,kitalah yang amat beruntung,bertuah sehinggakan lahirnya dan dengan mudahnya para pendiri agama yang mengambil kesempatan menghimpun dan mencari kemewahan dibalik nama Agama.. Nauzubillah..
Bandingkanlah juga dengan mereka-mereka yang berpegang, beramal dan percaya boleh menukarkan pahala mereka kepada bentuk dan keperluan yang mereka lebih kehendaki konon. Penulis pernah ditanyakan hal seumpama ini, dengan Katanya aku ada pahala lebih sikit bolehkah? aku tukarkan pahala ini dengan bentuk dan keperluan yang lebih aku kehendaki? Dah lah yang bertanya ini jahil murakkab, fasik lagi… sembang hal agama… ustaz pun tak dipandangnya cuba dimakannya juga… sungguh-sungguh bertanya… bila di jawab dibantahnya pula…
Demikian jugalah mereka-mereka yang berzikir untuk mengambil duit dari langit atau dari mana-mana sahaja,semua itu adalah pembohongan dan tipu daya semata-mata, hanya yang terhindar dari hidayah allah swt yang terpengaruh dan mempercayainya, adalah sesuatu yang tidak diterima oleh akal akan terhasil wang ringgit dari aktiviti seumpama itu. Hanyalah umpan dan kebiasaan skripnya mula-mula berjatuhan rm10 pada minggu pertama dan pada minggu kemudiannya rm100 pula yang berguguran.. sebagai permosi dan demotarsi iklan agar boleh mengena ..
lalu bos operasi akan berkata kalau setiap seorang bayar rm1000.00 seorang dan bawa kan mana-mana benda pelik tentu kita dapat menarik duit ribu-ribu pula. Dan tentu sampai pada bab ini kerja ini tidak Berjaya.. konon duit tak cukup matang, kerana tuduhan ada ahli yang tamak dan tidak ikhlas semasa berzikir…. Wah du…. Mahu Ikhlas pula…. Bila niat zikir kerana hendakan duit sah memang tak ikhlas laa,,,,,, kompom tak jadi punya…
hukuman jin kalau didapati curi duit,maka wajib potong tanganya juga. bagaimana pula dengan orang yang bersubahat ini?
Bodoh punya pesertalah..... . Tak sedar.. Yang tak ikhlas dan tamak tu adalah Bos operasinya…. Rm1000.00 X 50 orang = rm50.000.00 tak kaya…… kalau dibahagi tiga pun, orang boleh dapat 15 ribu sekali operasi, Lumayan sungguh, sekiranya diulang lagi.. bertambah lagilah jumlahnya
No comments:
Post a Comment