Monday, February 28, 2011

jaga dan hati-hatilah.....

Entah apa rasanya malam ini payah sangat nak lelap.berjam-jam tak mahu lena, Sudah jam satu pagi mata tak juga nak lelap pusing kiri, pusing kanan, pasang lampu, tutup lampu serupa juga..hangat pula rasa badan, ada orang dok puja aku kot? Apalah susah-susah nak puja-puja sangat ni,hantar ja bah mesej ( I Love you + you love I ) tentu aku rela menerimanya…..

last sekali kena open laptop juga ni…. Buat sedikit catatan dulu.. kira mendirikan dan menghidupkan malam jugalah ni kan? Dulu rajinlah solat hajat dan baca selembar dua ayat suci al-quran tentu lena.. ni dah musim pemalas..

Nak tulis memang tak ada juga idea.. rimas dah nak layan mainan di fikiran. Time dulu-dulu mesti bab hantu jembelang yang mengusik fikiran…. sekarang ini hantu yang risau nak datang, datang dengan evolesi terkini barangkali… nak buka game, tak reti pula main.. ucap istigfar dan salawat salam yang sangat mudah dan mudah-mudahan berkat.

Dahlah esok pagi jam 8.00 ada bengkel terakhir pengajaran al-quran tahun 6, tentu rasa mengantuk lagi. lebih-lebih lagi tahap boring dah dengan bengkel ini masuk minggu ketiga… minggu depan ujian sudah.. lepas ujian tentu cuti…. Ini yang syok betul ni… kawan-kawan lain lara lah time cuti ,masuk maktab pula diorang…

lepas solat isyak tadi penulis ada menghantar kawan main lawan bola sepak persahabatan di padang bola berhadapan dengan balai bomba kg. layang – layangan. Bersebelahan dengan bangunan bomba ini ada sederet kedai runcit, sebelah melayu dan sebelah lagi cina, yang mana laku? Tentu runcit Cina…. Kan?

Ya inilah pekan awal Labuan, sebelah kedai runcit ini, ada bangunan panggung wayang lama yang saiznya lebih besar dari Mesjid Jamik layang-layangan di seberang jalan,dan di hadapan panggun wayang ini ada bangunan terbiar kosan enam tingkat. Cubalah Dato Haris Salleh waqafkan, tak pun suruh penulis tinggal sana,dapat juga tolong jagakan, daripada bekulat begitu saja..

Hotel Labuan di pusat pentadbiran pun terbiar… diorang ini ada harta.. biar-biarkan saja. penulis yang tidak ada apa-apa harta dok mengutuk sajalah.. ini bangunan Hotel kalau suruh penulis tinggal, minta maaflah tidak sanggup,,,,,, terbiar bertahun-tahun dan kotor terlampau dan mungkin yang paling specilnya,,, penghuninya tak di undangnya tentu dah mencapai tahap kau-kau punya, kurang - ,kurang Bregd Jenerel tak pun, mencapai tahap dewa. Kos untuk itu pun mencapai rm100.000.00. tak pun sejuta rm, itu bukan harga penulis laaa

Seberang jalan dari masjid jamik layang-layangan ini, letaknya momoriel menyerah kalah dan tapak penyerahan senjata oleh pihak Jepun, tak ada pun benda yang menarik disini, biasanya ada hantu jepun tak berkepala berkawat, sini penulis belum dengar cerita apa-apa..

cerita sensasi sekarang ini yang ada, pasal ada tidak berapa lama dulu dalam kem gantung diri dalam flet sebab tak tahan lagi dengan karenah bini acah-acah sahaja taqdirnya jadi sungguh,nauzubillah.... abislah semua dalam flat tu pindah risau dan takut kononya ada lembaganya berkeliaran.....

satu lagi, ada sebuah sekolah rendah baharu kematian salah seorang stafnya, dan memang minatnya suka conteng tangan staf lain... jadinya bila dah mati ni pun, boleh-boleh tangan staf yang ada masih ada lukisan grafik.... kegemaran si mati...
nasib tak tutup sekolah..

pasal taman damai ini, kalau tidak membaca plak catatan, maka tidak ada apa-apa pun kelihatan di sini. Cuma silalah menjamu selera digerai anjung Taman Damai ini, menu fubrite air kelapa dan saty…… tapi pandai-pandailah pili lah yang mana satu gerai yang best hidangannya..

penulis ada juga pasang impian mat genuine , kalaulah mampu dan diizinkan mendapat tapak dua lot bersambung dengan Mesjid lohan ulu ini, sebenarnya sudah terlalu lama penulis menyimpan impian ini, mula dari Bangunan surau Lama lagi. satu lot binalah rumah kediaman dan satu lot lagi jadikanlah ia ruang terbuka maksud saya jadi Gelangang silat pun jadi, majlis ilmu lain pun jadi.. tak lah mengotorkan kawasan Masjid kalau ada majlis makan kenduri ….

jadi sapa-sapa yang ada kemampuan dan minat boleh usahakan, penulis tak adalah dengki pun, datang meraihkan tentu ada dan malahan bolehlah penulis tumpang gembira … daripada penulis memang tak mampu dan akhirnya menipu berbohong pula, semata-mata hendakan nak tukar dua lot itu dengan dua bangunan dari Yakut dan marjan milik penulis di syurga ….. nauzubillah itu bukan kerja kita….

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback