Tuesday, February 8, 2011

JANGAN AKU ADA RASA MEGAH....

Pertama-tamanya Terima kasih dan syabas penulis ucapkan kepada Setiusaha Cawangan Abjad Sabah yang begitu bersungguh-sunguh dan dengan susah payahnya dapat mengatur seadanya aktiviti dan mengorbankan masa juga wang ringgit semata-mata kerana Rahmat Allah SWT demi untuk menjayakan Mesyuarat Agung Cawangan serta pengisian yang di rancangkan sempena kehadiran yang berbahagia Al Fadil Tuan Setiusaha Abjad Malaysia Ustaz Zainuddin Bin Osman.

Dan syukran laka dan barakallah hu li wa lana. pada Ustaz Zainuddin Bin Osman Yang Sudi Bersusah payah dan bersengkang mata menghidupkan malam bersama anak-anak buah di cawangan Abjad Sabah. segala restu dan tunjuk ajar seupayanya kami akan jayakan insyahallah..

Alhamdulillah. Penulis dapat juga menghadirkan diri lebih awal dikeranakan adanya cuti gantian dan cuti peristiwa bersambung dengan cuti perayaan tahun baru cina tersebut. Pada malam penulis bertolak menyeberang ke tanah besar sabah cuaca laut cina selatan sedikit bergolora maka fery pun ikut berdang-dut maklumlah fery Labuan tambahan jam 9.00 sabtu malam ini, (damit)kecil dan dah memang agak berusia (tua) serta uzur sesuai di buat pameran atau dah di jadikan besi buruk di Negara yang maju demi mementingkan kesalamatan para penggunanya.

Penulis pun tidak tahu pada siapa hendak di adukan hal ini. Fery using lah yang masih beroperasi, terminal Fery Labuan atau terminal fery Menumbuk pun tak ada wajah menarik. tak penulis rasakan apa-apa perbezaannya sedari tujuh tahun yang lalu, sedangkan semua pengguna dikenakan bayaran pendaratan dan perkapalan. Yang agak kesian mereka-mereka yang menambah aksisori pada kendaraan mereka, maka tentu dah merasakan bahana bentuk muka bumi Malaysia pada kedua-dua terminal fery tersebut.

Penulis pun tidaklah menuduh sepenuhnya lopak seleber jalanraya di depan pintu pemeriksaan kastam Menumbuk ini, yang menyababkan pecahnya tayar belakang kenderaan penulis ketika balik kampong bercuti baru-baru ini. Tapi adalah menyumbang juga faktornya juga kan? Kalau paras 5 inci kedalam mungkin baik dikitlah, inikan separuh tayar bah tenggelam.

Dan ketika kembali ke Labuan dua hari lepas lubang tu hanya di timbun pula dengan batu saiz besar bersegi-segi Nampak macam tajam betul tu batuan .

Rupanya susah mendapat pertolongan manusia-manusia ketika situasi malam gelap gelita. Tak ada sapa-sapa pedulikan,Tayar Kenderaan penulis pecah selapas melapasi sampadan daerah kuala penyu atau mungkin lebih awal lagi di terminal menumbuk barangkali sebenarnya Cuma tak sedar, oleh kerana penulis memandu berseorangan dan demi untuk keselamatan diri. penulis memaksa heret juga tayar pecah ini sehingga menjumpai cahaya lampu dari sebuah rumah terpencil.

Setakat menukar tayar ini tidaklah menjadi masalah bagi penulis untuk melaksanakanya. Tanggung beres.handpone murah tapi ada tuchlight mengambil peluang berkhidmat, tayar kecemasan yang telah berkuruan tak di usik dikeluarkan untuk ditagih khidmat. Subahanallah nasib tak lah juga bermasalah, angin 50% kurang, penulis paksa untuk sampai ke Derah Papar barulah genapkan ukuran angin. Tayar speyer ini jugalah penulis heret untuk mengharungi perjalanan sejauh 250 kilometer untuk sampai ke rumah dan sempat singgah solat Fardu Subuh di Mesjid KG. Lohan Ulu Ranau.

Oleh kerana penulis masih pasngkan lampu kereta untuk menyuluh ke arah tandas Masjid sedangkan enjin kereta telah dimatikan. penulis dalam suasana hujan renyai-renyai dan kabus tebal waktu pagi-pagi ini. terpaksalah badan kurus penulis ini menzahirkan kekuatan untuk menolak kenderaan ke arah jalan raya. Alhamdulillah dapat juga menghidupkan enjin kereta..

sampai depan rumah. jam enam lebih masih lagi gelap dan pintu rumah belum buka. emak belum bangun barangkali... cam mana nak bangunkan isi rumah ni?.. Tabiat saya dari kanak-kanak lagi memang minat dan suka memelihara Ayam Sabung. sedap tau sup ayam sabung ini.


seminggu bercuti di kampong ini lara juga penulis asyik hujan berpanjangan. segala plan awal masih tak jalan insyahallah tunda dulu. dan ketika penulis kembali balik bertugas ke Labuan. penulis gagal mengesan di manakah letaknya lokasi penulis berhenti menukar tayar kereta pada hari tersebut Ahad sekitar jam 12.15 tengah malam. macam tak ada pun rumah terpencil tersebut

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback