Friday, February 11, 2011

DIBERI SEJUTA DI CARIK SERINGGIT.....

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA HAYU YA QAYUM YA RABIL ALAMIN, Aku Pohon Menerima Amalan Khalifah Wali Agama Islam Di Atas Makna Serta Juz-Juznya. Di Lidah Angota Dan Hati.

Dengan Makna Kullu (kesemuanya) digambarkan sesuatu yang dalam satu jumlah yang sangat besar,katakanlah bahawa dengan Seni Silatnya dan Seni Perubatannya hanya cebis Cuma. Juga Seperti wang nilai Seringgit Malaysia dari lambakan susunan wang sebilion ringgit jumlahnya. Tidakkah? Dan Betapa alang kepalang ruginya mereka-mereka yang diberikan wang sebilion ringgit Cuma tapi memilih untuk mencarik nilai seringgit Cuma dan membiarkan nilaian wang ringgit kertas yang lebihnya tak berusik
USTAZ Zainal (Ayah Non) DALAM FECEBOOK
Allah telah menyembunyikan permata2 yang berharga itu di dalam bumi yang berlapis.
Sesiapa yang rajin mengali dan mengorek nya pasti akan menemui permata2 yang amat berharga.
Dan,Allah jua menyembunyikan ilmu2 makrifah Nya dalam dada2 orang arif,...
sesiapa yang belajar dan menjadi pasti menjadi mulia di dunia dan di akhirat nanti...

Alhamdulillah sempena Himpunan Mesyuarat Agung kali kedua ini,dan padanya dapatlah juga Jawatankuasa Penganjur Mengadakan Dan Menganjurkan Aktiviti Mandi Minyak juga pada kali yang keduanya. Penulis pada kali terakhir menyertai mandi minyak ini sekitar tahun 1992-1993.naik basikal saja dari Pondok ke lokasi Rumah Pak Lang
(Bujang) Sg Bakap SG Jawi Peneng (Gambar yang di upload di Facebook).

Pada program mandi minyak kali pertama Abjad Cawangan Sabah setahun yang lalu, Penulis masih sempat mengupas 7 biji kelapa di mana jika ada berkesempatan penulis juga berniat untuk ikut serta mandi minyak berserta dengan peserta yang baharu pertama kali merasainya. Pun belum reziki rupanya.sibuk membantu Ustaz Zainuddin Osman.

Sempena mandi minyak kali kedua ini dengan tidak ada persediaan pun, Alhamdulillah ada reziki maka tidak semana-mana penulis di beri penghormatan oleh TUAN GURU TUAN SETIUSAHA AGUNG PUSAT PERTUBUHAN SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA 2090 PK USTAZ ZAINUDDIN BIN OSMAN. untuk menguji kepedasan mandian jampian minyak kelapa yang baharu selasai menggoreng rempah ratus (40 jenis rempah). Khabarnya rempah kegunaan dulu-dulu dari Sg. Bakap Peneng hanya 20 jenis sahaja.

Seperti pesenan Ustaz Zainol Abidin (Ayah Non Sintok) jangan ada tersalah niat dan qasad pada upacara mandi minyak ini. Anggaplah Tidak ada semuanya. Kerana boleh menyebabkan pesertanya menjadi syirik..( jaga2...jangan berubat atau mandi minyak sampai jadi syirik pula...
Tok guru cuma menyuruh kita berdoa dengan beserta usaha dan ikhtiar dalam rupa mandi minyak atau mandi wap atau mandi embun...
sedangkan segala nya itu tidak mendatangkan bek...as pada hak nya jua...
pada 01hb Ogos 2010 pukul 5.56 ptg)

Sememangnya Penulis dah tak ada keyakinan untuk melaksanakanya. Apatah lagi melihat kepada dan merasai kesukaran untuk mematangkan masakan minyak tersebut. Penulis menyangkakan ada kesilapan dari peserta.


(.gagah,kuat,kukuh,teguh,tegang segala kulit,segala urat,segala sendi, segala tulang,segala daging,segala roma,segala anggota rohani jasmani seperti guru aku...argh....aku bukan aku..........................)
pada 29hb Julai 2010 pukul 11.43 p

Selesai penulis menguji kepedasanya, Ustaz Din bertanya kan sama ada Boleh teruskan ? penulis merasakan peserta lain mungkin tidak terangkat akan pedasnya seakan tangan penulis ini melecur barangkali kali ini?, maka dengan itu ustaz Din menjemput pula Tuan Setiusaha Cawangan Sabah Untuk menuji tahap kepedasanya pula. Tuan Setiusaha cawangan pun kata boleh bagi mereka yang boleh bertahan dengan pedasnya. Ustaz Din dan penulis tercari-cari orang lama untuk menguji tahap kepedasan minyak tersebut, ai… mana perginya mereka? lesap..

Maka Ustaz Din dengan Tuan Setiusaha Cawangan pakat untuk menjemput saudara JURULETIH Guru yang melatih lah… merangkap Ketua Gelenggang Encik Affendy Raimin beserta dengan dua rakan dari Sukad Ransum Saudara Encik Ridzwan dan Encik Asrul bagi meneruskan acara mandi minyak ini. Ustaz Din juga telah memberi restu dan kepercayaan penghormatan kepada Tuan Badal Negeri Sabah untuk membimbing dan memimpin peserta-peserta mandi minyak ini sehingga selasai semuanya mengikut giliran.
Juga ada pembaharuan dalam pembahagian minyak mandian ini, telah diurusakan oleh saudara Ketua sukad Ransum encik Ridzuan Abas dengan membahagikanya mengikut pada jumlah yang serata mungkin. dengan peserta hanya menghantar bekas bertulis nama sendiri supaya tidak ada perebutan dan tidak akan kecil hati kerana gagal berebut-rebut mengambil minyak mandian tersebut.

Insyahallah taalah Abjad Sabah berminat dan merancang untuk mengkomiselkan Minyak berempah ini untuk di pasarkan, boleh juga sebagai sumber pendapatan kepada Ahli pertubuhan agar ahli-ahli pertubuhan dapat menafaatnya dan boleh pula menyumbang dana untuk kegunaan aktiviti pertubuhan di masa-masa akan datang. Amin ya rabil alamin.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback