Tuesday, February 15, 2011

EEEEE…. KALAU BADAL PAKAI JABAT APA AAH?

Sebenarnya pertanyaan ini penulis Tak ambil tahu sangat. Cuma mula penulis ambil kira kaisah bila mana pertanyaan ini dilafazkan oleh rakan sebilik ketika kursus di Assalam Sg. Petani Kedah. Rakan ini dari Cawangan Pahang dan Mungkin Bersama dengan Badal Kemahang Ustaz Kadir Sulaiman.Penulis lupa mencatatkan nama rakan ini Jadi Tak ingatlah nama beliau.

Pada ingatan penulis Rakan sebilik ini Biasa bersama dengan Ustaz Kadir (Badal Kemahang) ini pada sesuat bidang yang telah di Amanahkan oleh Tuan Guru Tok Mat Janggut.Dan sebelum ke As- Salam Mereka berdua ini baru kembali dari tugasan di satu tempat di pantai Barat Negeri Sabah sama ada Semporna atau Mungkin Laha Datu dan akan kembeli ke sana semula seberapa segera untuk meneruskan urusan tersebut.

Ustaz Kadir ini pula memeng otai lama,hampir 20 tahun katanya tak jumpa dengan penulis. Bila Ayah Non seloroh Tanya Ustaz Kadir Kata kunci penganalan nama apa Sabah ini ? Ustaz Kadiak Jawab Kat Sungai Bakap orang biasa Panggil namanya JACK ….. Ayah Non pun kata hilanga Nama USTAZNYA… Nama ini memang serasi dengan penulis sehingga ke hari ini, di kalangan rakan sekerja sekarang payah nak cari kalau nama sebenar di tanyakan.

Dalam menjejak rakan-rakan lama Sg. Bakap ini penulis langsung tidak menyangka dan sangka Ustaz Kadir ini boleh sampai ke kemahang dan menjadi Badal pula di sana. Ustaz Kadir ini penulis dah ada cerita pasalanya pada artikel lama. Manakala ada yang penulis jumpa dah tak aktif, dan yang mana-mana yang merajuk itu tak payah ungkit-ungkit cerita .

Ustaz Kadir ada bercerita dan berpesan kepada penulis yang kononya ada seorang Bekas Pengarah Negeri satu Jabatan ketika dulu dan berpangkat dan ada gelaran juga, ingin menerima Bai’ah talkin kalimah syahdatain ini ,tapi oleh kerana tak sempat kerana bersegra untuk hadir ke kursus di As-Salam ini ,maka Ustaz Kadir syorkan orang ini cari penulis di Negri Sabah Penulis ternanti-nanti juga peluang ini tapi sehingga kini belum ada khabar berita. Mudah-mudahanlah orang tersebut dah menerima baiah dengan Ustaz Kadir.

Pada aktiviti di Negri Sabah ini, Tidaklah tersanggah dan tidaklah tersorok lagi rata-rata Ahli pertubuhan Abjad Cawangan Sabah ini berkehendakan dan lebih berminat pada bidang perubatan yang mereka lihat ada dalam Pertubuhan Abjad ini . Bolehkah begitu? Tak ada yang marah dan tak ada yang menghalang niat dan kehendak sedemikian itu. Cuma Seharus menjadi ingatan dan perlu di ingat untuk melengkapkan diri kearah itu dan berada di situasi ini bukan hal yang biasa - biasa kerana perlukan kepada keluarbiasaan. Kerana akan berada dan akan membuat perkara yang orang biasa tidak dapat buat.

Contohnya mengikut rakan sebilik dari kemahang itu ketika di Assalam, ceritanya beliau telah mengikuti dan lulus beberpa Uzlah seperti 40 hari Surah al- waqiah dan Uzlah 40 hari Surah Jin. Sedangkan penulis melihatnya keadaannya seadanya saja. Segala yang ada padanya tidak digunakanya untuk kepentingan diri sendiri jauh sekali di salah gunakan sehingga untuk menjadikanya sebagai sumber pendapatan pun tak berani.

Tuan Setiusaha Cawangan Sabah juga bertuah dapat beramah – mesra dengan rakan ini. Bila mana beliau melihat kulit saudara setiusaha sedikit alahan pada jenis Air. Memang Ustaz Din ada memberi laluan kepada kami berurusan dengan Tuan guru Ustaz Mat bertanyakan hal demikian, Tapi awal-awal lagi Ustaz Mat kata alahan bukan disebabkan jenis Hantu.

Badal Negeri sabah pula tidak menunjukan minat atau berkecenderungan menonjolkan diri pada bab yang demikian tersebut dengan alasan buang masa saja katanya.. atau memang tidak mahir …….. ? atau memang tak sanggup menghadapinya? Atau …. Atau …… atau …..

INGATLAH sejarah mengkaisahkan bahawa seorang Abid yang bernama Barsisah tumpas di goda dan akhirnya menyembah Iblis dikerana... apabila beliau mula di kunjungi manusia untuk berubat. merasa hebat la tu...

Berbanding dengan latihan gelanggang pula, agak merundum dan lebih hampir kepada mendukacitakan. Lengang, suram,sangat payah untuk menceriakannya, banyak kali tapak latihan gelangang ini menangisinya, Tiada yang berkehendak dan tidak di minati hanya di paksa-paksa, lagi pun memang langsung tak siapa perlukan, nak buat apa dengan silat- menyilat ini?

AH! AKU TOLAK KEJAHATAN.. Bagaimana mungkin hendak menolak kejahatan kalau tidak reti menyilatnya? ,AKU TERIMA KEBAJIKAN.. bagaimana mungkin menerima jenis kebajikan kalau tidak pandai bersilat? Bagaimana mungkin pula dapat membeza kejahatan atau kebajikan kiranya tak memahami silat - silatannya?

Bab ini sering dan mula terpinggir dari gaya hidup masyarakat. Orang dah tak minat, orang tak pakai dah,,, dan macam – macam lagi alasan yang orang bagi… untuk mengiyakan ketidak mengertianya dan ketidak kefahaman mereka dalam hal seseni yang sedemikian ini.

Penulis pula ingin bercadang dan menyarankan pihak –pihak yang berkaitan pembangunan mana-mana sukan supaya mewajibkan setiap Atlit sukan, sekurang-kurangnya lulus tahap kedua mana-mana seni mempertahankan diri.yang baiknya lulus penuhlah .. terutama sukan kegemaran penulis Sepak Bola,Sukan Sukad Bolasepak kita bina dari elit silat jadilah namanya Sukad SILAT SCOCER tentu boleh sehandal dan boleh Fight dengan Team Kuat seperti SHOELIN SCOCER. Masa tu tentu Pasukan MALAYSIA mudah melayakan diri ke Pertandingan Akhir Piala DUNIA 2020. Kalau tidak !!!!!! sampai bila-bila pun tak layak punya …..

Sejarah Melayu telah mengkaisahkan bukanlah jadi orang Melayu kalau tak handal dan jaguan dalam ilmu Persilatan. Hang Tuah pun tak akan kata TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA. Kalau bukan pada dirinya ada terpendam Hikmat Pendekar Terbilang , adakah seberani demikian nak kata begitu Kalau di dada tak berisi ILMU ???? Ibarat tin kosong????

Anak – anak muda Orang Melayu dulu-dulu, Juga amat Hebat Bermain Sepak Raga Bulatan, semua pukulan dan rembatan bagaikan muntahan peluru Meriam.... tapi semuanya disambut dan di angkat semudah makan kacang dengan irama longlai ... lengokan lemah gemalai, tawa ria sambil Keris di tangan,lilitan samping di pinggang dan Tengolog di kepala tak terusik pun kekemasanya.. seperti Hero Tamil angkat kain tak terlondeh dan kekemasan sisiran rambut tak terusik walau seharian menentang penjenayah durjana yang begitu ramai dan bengis... menang lagi tu... tak ada lebeb - lebam la.. hebat Hero tayangan Tamil

yang si kawan nak tikam orang yang menjatuhkan tenggoloknya itu memang tak reti main sepak ragalah….. sama separti sukad takraw kita sekarang ni lah , kalah dan kalah,main dengan Singapura pun susah nak menang dengan regu Tahiland lagilah sengsara… ubatnya bukan Formula Rojak, cuba - cubalah Ajar sukad Takraw ini dengan silat, kurang-kurang boleh pukul takraw tu dengan gaya lemparan Buaya, melompat dengan gaya harimau.. kalau payah sangat.. jampilah takraw tu jadi urat besi.. kompom tak terbalas punya …. ini sepakan kuda lah pula di tiru… kalau pil kuda pula memang serupa jampi oooo0.

Dan harus di ingat juga, Mereka-mereka yang menjurumuskan diri menjadi perawat jampian umpama sebagai Bomohkah, sebagai Pawangkah atau seumpamanya adalah dikalangan jaguan di Arena Aliran Seni Mempertahankan Diri,.semuanya bermula sedari Sukad Elit PENDEKER DAN HULUBALANG belaka. Setakat pencapaian biasa – biasa dan hanya rasa-rasa boleh tu minta maaf sajalah …., sedar- sedarlah diri tu macam mana….. buat kesian aja…. Enda mau faham-faham juga!!!!!!!!

Demikian jugalah pula dengan Bab yang dirasakan hikmah-hikmah, Asyik-asyiknya Tanya. boleh tak saya amal jabat ini? Boleh tak saya ambil jabat ini?. Jabat itu saya dah buat lama, Boleh tak saya amal jabat itu pula? Wirid ini saya dah buat boleh tak saya amal wirid itu dan wirid ini? Teringin juga nak jadi sakti rupanya .. Tak bagi boleh jadi sampai Sehingga merajuklah pula … merajuk dengan aku tak apalah.. kalau merajuk dengan syekh Muhiyyiddin????

Teringin juga nak jawab,yang dah jadi Badal pun, dulu-dulu rasanya tak pernah minta macam – macam tu,sedarlah… semua ini ilmu hak para PEJUANG PENDIRI AGAMA, tak reti baca tulisan Jawi, solat tak jaga tak kira lah lagi, kita dah lah meminjam hak orang, pemilik hak pula sudi berkongsi sebab Nak jadi Murid Syekh Muhiddyin bukannya mudah… bukan semudah terima talkin dan Baiah. Dan bukan setakat mudah semudah mengisi borang menjadi Ahli Pertubuhan. Dan Dah jadi ahli pertubuhan belum tentu dah diterima jadi Murid Syekah Muhiyiddin jadi kena berusaha lagi lah…. Kerana rahmat Allah swt sangat luas sehingga yang kecil - kecil tak teras oleh kita,sedangkan orang lain dah sesak nafas menghadap kita.

Firman Allah swt kira-kira maksudnya Jangan kamu mengaku beriman selagi kamu tak melepasi ujian

Jabat yang di tanyakan, penulis pun tak mahir, lagi pun penulis tak buat dan tak ada pun beramal dengan Jabat seumpama itu, Cuma ada asas dan pandai ketika membacanya dan meniru bila melihat kertasnya risalahnya… tak tahu lah penulis kalau ada lagi Jabat Badal khas untuk Seorang Badal.

Sebaiknya kuasai ilmu Fardu Ain sehingga terlepas yang Wajib barulah fikir-fikirkan perhiasan tambahan yang lainya pula. sedangkan BARSISAH yang Abid tertewas …. apalah lagi…. seorang insan tahap awami sahaja nauzubillah…. Jangan ada rasa megah serta ingin menunjuk-nunjuk… Kerana Api Neraka sesuai untuknya..

ADAKAH KALIMAH YANG MENGERAKAN TARI ?

ADAKAH JABAT YANG MENZAHIRKAN HIKMAH ?

ADAKAH WIRID YANG MENGANGKAT MENJADI WALI ?

JANGAN TEPUK DADA TANYA SELERA!!!!! buktikanlah dengan nas dan dalil yang kukuh...

pesanan pertama yang di sarankan untuk dilazimkan oleh setiap ahli yang menerima Bai’ah syahadatain.

1. Menjaga perhubungan silaturrahim sesama saudara wajib dijaga:
A) Dengan ibu bapa
B) Dengan ahli keluarga
C) Dengan guru
D) Dengan saudara seagama dan sealiran.

2. Utamakan solat fardu dan solat jumaat.

3. Puasa sunat dan solat sunat sebagai tetamu yang wajib.

4. Membaca al-quran dan lain-lain zikir sebagai tabarruk dan taqarrub kepada rasul dan kepada Allah.

5. Melaksanaka kafiat adab sebelum memulakan sesuat kerja.

6. Latihan semua Jabat sebagai doa jasmani bagi menolak semua jenis kejahatan kufur dan maksiat dan pohon allah menzahirkan semua jenis baik dan berkebajikan yang dibangsakan kepada iman dan taat disemua tempat waktu dan masa melalui lidah angota dan hati dalam hidup dan kehidupan sehingga bertemu dengan rasul dan allah dalam keadaan iman dan Taat yang sempurna.

7. Fatihah hadiah yang lima
Minat cari kelebihan atau nak menumpu pada satu-satu bidang atau jurusan silalah bertanya dengan Guru Ijajah Pusat atau wakil Pusat. Tanya dengan saya? Boleh!!!! tapi tukaranya adalah nilai perbelanjaan yang saya telah gunakan untuk memperolehi dan mendapatkanya….. kalau tak sanggup dan nak yang percuma sahaja ??? silakan ….. carilah ……

Ada seorang kawan offerkan penulis menyertai mereka dalam kelas anjuran Darul Sifa cawangan labuan.. kosnya dalam rm1200 katanya. penulis tak join bukan pasal kosnya, penulis jawab sedang belajar kelas lain

1 comment:

  1. As salamu alaikum...salam kenal dr sy ahli abjad perak yg tidak betdaftar....sy setuju dgn penulisan tuan...mgkn ada bbrp perkara yg bleh d kongsikan sepanjang perjalanan rohani kita d bawah payung allah & raaul & guru wali sultan aulia saidi syiekh muyiddin abd qadir jilani....huuu.....ah.....allah...allah...allah...

    ReplyDelete

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback