Monday, February 21, 2011

Kecintaan kepada Rasul Allah SAW...

Hari selasa 15 hb febuari 2011 bersamaan 12 rabiul awal 1432. Lebih kurang jam 5.40 pagi penulis menghidupkan enjin kereta untuk dipanaskan, beginilah rutin pagi penulis memanaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan, Cuma penulis mula tak amalkan bila harga petrol makin naik. Akhir-akhir ni Kadang-kadang hidupkan enjin kemudian terus memulakan perjalanan… ada effik dengan enjin tak ?

Jam enam pagi masa kini masih lagi berkeadaan gelap , awal penulis bersiap….. rupanya awal lagi lagilah jiran sebelah depan rumah penulis mahu bertolak, beliau bertugas di jabatan Mufti, mungkin masuk empat tahun dah kami berjiran di rumah sewa kampong ini, walaupun sejiran jarang-jarang dapat bersua, apa lagi untuk bercerita. Biasanya hanya dapat bercerita dan bertanyakan khabar berita bila bertemu dalam program rasmi sahaja.Nampak gayanya beliau pun masih ada tugasan hari dan pagi ini.

Semalamnya, semasa program Forum Perdana di Masjid An –Nur, Jiran penulis ini bertugas sebagai Juru Acara Umum mempersilakan Modereter dan Ahli Penel mengambil tempat masing – masing. Penulis pada program ini hanya mampu menunggu untuk pusingan pertama forum perdana ini. Kerana dimulakan selapas selasai solat fardu Isyak.
Penulis bukan berkira sangat siapa ahli penelnya, Cuma menjadi keutamaan jugalah, Maklum sajalah selasai sahaja tugas mengajar petangnya penulis hanya sempat perkena roti kosong di kedai india, terus bergesa berpatah balik ke Masjid an-nur untuk standbay edar-edar aturcara malam itu iaitu bacaan yasin dan tahlil juga forum perdana selepas solat Isyak, berbaloilah dengan perut kosong..

Forum perdana adalah program sambutan sempena sambutan maulidul rasul 2011 esoknya. Dengan mandinya tidak ,agak-agaknya harum jugalah mungkin penulis dengan peluh petang tu. Inilah yang berlaku setiap kali di adanya program. Tak sempat balik dan utamanya minyak……….. ini Semuanya wajib untuk penilaian Prastasi Kononya. Tak hadir kena jawab tunjuk sebab…..

Pun sesibuk mana, serajin mana dan puratanya 5 memo sebulan. setahun rasanya boleh mencapai 100 keping memo. kerja 14 hari dalam dua minggu, masa kerja boleh menjangkau 12 jam sehari.. pun Penulis hanya mampu meraih markah nilaian prestasi sekitar 75% untuk nilaian tahun 2010. Untuk kelayakan sambung kontrak kerja yang dihendakan kena ada 80% konon. jauh sangatlah penulis. Kalau tak sambung kontrak pun Alhamdulillah dapatlah balik kampong untuk jadi balik orang kampong.

Pasal nilaian prestasi ini adalah juga kawan - kawan cerita yang Bos Besar mereka kata jangan haraflah kamu dapat 90%!!!, hanya malaikat saja yang sampai tahap tu!!!! Pul mak kata orang kampong, astaga kata yang tak lengkap, penulis kata subahanallah. Bos Besar tu pernah jumpa malaikat kot? Sampai bole nilai kerja malaikatlah pula… amat malang di awal ada nama Haji di atas kepala ada kopiah putih…. Puan – puan dan cik – cik Boleh hati-hati sikit berbicara? kami tahulah kamu tu Bos Besar.. sat aku doa kang sapa juga yang nyanya??? Doa orang di zalimi Mabrur makbul dan cepat zahir…

Orang beragama tak risaukan prestasi kerana amal ibadatnya memang lilahi taalah. NO ungkit- ungkit, NO tak puas hati, NO dengki- dengki, NO nak gangu hak orang lain… Tetap tenang happy Good Lucky…. Setiap dugaan disambut dengan senyuman, oleh itu senyumlah….. Apa yang di dapat zahir di dunia ini, adalah hadiah.

Forum perdana ini di hoskan oleh modereter Ustaz dari Kolej Matrikulasi Labuan Manakala Ahli penelnya yang pertama Ustaz dari UITM sabah berasal dari Mambakut, lockal sabahan kedayan mengikut lahzah bahasanya dan ahli penel kedua seorang Guru Pendidikan Islam dari SMK ST. ANN Labuan berasal dari tanah semananjung . hebat tak hebat? Memang hebatlah… tentu tak di jemput kalau tak hebat , dan Live pula di Labuan FM radio pesisiran pantai…

cumanya yang penulis dapat kongsikan dari ingatan kata-kata dari Ustaz UITM , “tuu baa….., tuu baa….., tuu baa….., tuu baa…..,tuu baa…., tuu baa…. , tuu baa…. Man ra aa ni….. ila akhiri aaya….”, pada detik pemikiran penulis apa pula tuba?? tuba ini???, adakah sembang menuba ikan pula? Hadis ini Kira-kira Maksudnya untung……, untung…..,untung…….,untung………,untung……, untung……,untung…….., mereka yang tidak melihatku…… sehingga akhir ayat. (Rasulallah menyebut untung sebanyak 7 X kepada umat terkemudian yang tidak melihat rasulallah tetapi masih kuat menghidupkan (sunnahnya) maaf kalau kurang ingatan)

Tahun ini penulis tidak ikut serta dengan sekolah pada perarak Sepanduk, kerana penulis bertugas di Bahagian Protokol Urusetia Sambutan (atas pentas) menyambutan VIP dan VVIP. Dan tugasan Penulis untuk menyambut tetamu khas Wakil dari ISRO Motor kemungkin Dato HJ. Isli yang akan datang. Aku tak kenal tahu…….

Semenjak berada di Labuan, dalam perarak sepanduk ini, penulis telah pernah mewakili tiga buah sekolah Agama ,Bermula dua kali di SRAI Bebuluh, empat kali di SRAI Lubuk Temiang dan Sepatutnya tahun ini kali Kedua di SRAI Pekan Labuan.dan Penulis pun Tidak pernah merasai perasaan bagaimana pengalaman bila mendapat kejuaraan. Tahun ini penulis menumpang Gembira juga dengan kontenjen sekolah yang mendapat tempat kedua dalam ketegori buatan sepanduk. Pada hal malam, time forum perdana kawan bisik-bisik tak ada orang cat lagi tu sepanduk. Si kawan dari semalam tak muncul-muncul dan yang ada sedang tengah rancak main Futsal…..

Lebih kurang jam enam pagi penulis udah sampai di dataran Labuan, semua tempat stratigek parking dah ada keta, pusing-pusing lagi ahhh.. jumpa di Meden Selera, masih lapang, Cuma agak jauh sikit berjalan kaki ke dataran Labuan, letak ajalah…. Lewat sudah ni..

Remang-remang kota raya lagi… nasib tak payah pakai touchlight.. seperti pemburuh pula nanti.

Sampai di lokasi, Tanya-tanya kawan mana pentas utama? Sana pentas Tiang Bendera terpacak semua bendera Negeri di Malaysia, oooooh ya…. pagi kelamarin time raptai kemah-kemah ini belum nyata.. jadik susunan aturnya, tengah2 hadapan VVIP, di belakang mereka para ister mereka jugalah, sebalah kiri ketua kampong dan belakang isteri mereka juga, sebelah kanan pula ketua-ketua jabatan, agensi dan swasta dan ada tiga orang penerima Anugerah Khas Maulidul Rasul.

Haaaaa tahun depan jangan lupa Calonkan penulis sebagai penerima ketogeri Anugerah Muallaf terbilang….. hadiah sebiji Banglo Lezenda Villa dan duit tunai RM10.000.00. Dan……. berpeluang pula untuk mengurat Anak perempuan Maharaja Berunai……, Allahu Akbar sampai tahap begini tersasul….. aku anak Miskin, tiada rumah dan tiada duit, ada pun kereta Bank punya…. nak mengurat…. tak alang-alang… Salah kah aku memasang impian demikian rupa?


Gelabah mencari dan menunggu VVIP yang hendak di sambut. Al-maklum sahaja ini kerja Fist time,nasib time jumpa ketua kampong pertama yang sampai disambut tadi, katanya para ketua kampong memakai jesi warna biru Muda jadi sapa pakai jesi biru itulah ketua-ketua kampong .

Sambil berkira-kira dan mundar-mandir menunggu tiba-tiba prak .. prak… prak pam pum pang Kompang dah bunyi oiiiiii Ahli parlimen dah datang, sedang di umumkan oleh juru Bicara. Terkejar-kejar beta, apa tidaknya muncul di luar pengawasan kami…. Rupanya dengan VVIP dan seluruh ketua kampong dan Isteri , serta VVIP lainnya menunggu di penjuru yang tidak ada dalam senarai kami..

Sambil mempersilakan para Jemputan, penulis sempat juga menjeling di sepanjang dataran Labuan.. ooooooooo iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Pemandangan dari atas pentas memang mengujakan….kembang juga lubang idong.. terbayang diri seperti artis pujaan ramai… disorak oleh beribu peminat.. terimakasih .. terimakasih…. Terimakasih…….. para peminat pula melambai-lambaikan tangan………

Sekiranya penulis memiliki kemera untuk merakam semua pemandangan ini, daptlah juga kongsikan snapshotnya di uploedkan. Insyahallah ada rezikinya… Lebih kurang 83 kontenjen yang mengambil bahagian yang terdiri dari berbagai sector dari sector Kerajaan, sector Swasta, Ngo, Kampong , Sekolah-sekolah , Mesjid Dan Surau. Kontenjen ini di lepaskan dan di dahului oleh kumpulan Yang berhormat Ahli Perlimen Labuan HJ. Yusuf Bin HJ. Mahal, berserta VVIP ,VIP dan isteri masing-masing.Mengambil masa satu jam setengah untuk dilepaskan dan sampai semula di dataran Labuan.

Bila kumpulan VVIP menyertai dan mendahului kontenjen perarakan ini, lapanglah atas pentas, sambil bergaya bagaikan yang berusaha…. merewanglah penglihatan kearah padang dataran Labuan ini. Mana tahu ada kelibat sang bidadari dari celah-celahan bidadara-bidadara.

Melihatkan satu demi satu kontenjen berlepas kearah jalan besar, Kalau bukan melihatkan sepanduknya dan mendengarkan salawatan. Penulis akan bersangkakan ini adalah satu acara pertandingan dalam memperagakan Fesyen terkini,dengan baju batik, samping batik, tudung batik, selendang batik, songkok batik, orangnya pun macam Nampak ada batik-batik sikit.

Atas pentas ini dapat melihat-lihat benda yang menarik di hati, Istemewanya tak kena pancaran Matahari….. kesihan para kontejen, adakanlah majlis di tempat yang sama-sama boleh berteduh, tiba-tiba pandangan penulis tertumpu bila melihat orang yang pakai kasut tumit tinggi ini, macam gayanya terbenam-benam ja tumitnya di tanah…. Kah..kah.. kah ini bukan bidadari atau bidadara. kain pula di selak… nak tayang kasut tinggi kot? macam mana gayanya bila berjalan berarak di jalan raya kelak dengan fesyen kasut tumit tinggi ini….. Gaya ooooo .. sapa ada snap pat kasut-kasut ni?

Belum Selasai benar acara penulis berjalan beredar ke parking kereta. Peluh mencurah-curah, Aiii yaaaaa Di sumbat pula la… kena tunggulah pula pemilik keta ini berambus baru dapat keluar ….. iiiissssss lambat lah pula, panas matahari ni…. Nak hon ????? sabar… sabar… sabar separuh dari iman….

Pulmak……. Awekessss…… la, tapi tak sopan … tak sedarkah penulis ada depan ni menunggu sedari tadik!!! control hendsom sharu kan kepanasan….. buat tak tahu je pi alihkan ketanya… kalau bisu pun senyumlah….. macam aku pula yang salah!!!!! Parking awam bah… !!! ni… sapa dulu! duluanlah.. Sayang seribu kali sayang, sekali senyumanku tak berbalas ………….

Jangan tah marahkan aku ni lai… Faham bah jua aku perbinian ani …..


Balik rumah, penat rasanya bah…. Lena dululah…. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Bangun petangnya macam berat betul badan, lemah, lomeh…….. tak larat nak buat apa-apa ….., sampai ke malam dan sampai kepaginya kepala ada rasa berat… lama tak sakit, tak sapa nak jaga, dah sakit paksa merawat diri sendiri, esok pagi kena memandu sendiri ke sekolah juga ni….

Artikel ini tak dapat penulis postkan pada harinya sambutan MAULIDUL RASUL kerana memang tak siap dan tidak ada dalam pembikinan asal nak terbantut pula ideanya, dan adanya dua lagi atikel yang hampr nak siap sedia untuk di postkan dan ada satu lagi atikel yang akhirnya mendahului artikel ini.

Adanya tambahan memo lagi, arahan menyediakan soalan selaras satu 2011 untuk pelajaran Akhlak tahun enam dengan semakan peringkat sekolah pada 16hb febuari 2011 dan ke Jabatan pada 18hb febuari. Wuuuuuuuu Penulis ada Lima hari yang dalamanya amat sibuk untuk cuba menyelasaikan tugasan ini, insyahallah boleh…

Khamis 16hb febuari dalam sakit penulis hadir juga ke sekolah, setakat masih mampu bangun ini, belum membimbangkan tak payah ambil MC… hari ini dapat lagi tiga memo. Pertama jemputan menghadirkan diri program bacaan yasin dan tahlil anjuran perbadanan Labuan dan JAWI Labuan sempena bulan sambutan hari wilayah persekutuan 17hb.feb Dan memo kedua jemputan menghadiri kelas Tafgguh din 18hb febuari jam 8.00 pagi, memo ketiga arahan menghadirkan diri Bengkel Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian yang akan berlangsung mulai 17hb feb selama 2 minggu tanpa rehat sabtu dan ahad.

Pada 17hb feb penulis menghadirkan diri dalam program bacaan yasin dan tahlil ,Rutinya memang tak berganti baju. Bila diadakan program pada malamnya. Mana-mana yang masih memakai pakaian batik ini pada malamnya adalah mereka-mereka yang tidak sempat balik rumah.

Selasai bacaan yasin dan tahlil, solat isyak di lambatkan untuk memberi laluan kepada jemputan pemuzakarah penulis dengar namanya lebih kurang Ustaz Syekh Fazli bin Syekh Ahmad Al- yamani berasal dari kedah kini menjadi mudir dan menetap di kampong Baru penulis tak dengar pula kampong baru ini di kuala lumpur? atau Selangor?.

Penulis melihat Ustaz ini memakai jubah putih dan di lapis dengan jubah serupa jeket warna kelabu , di bahu ada dua selendang hijau dan putih, manakala gaya lilitan serban besar seperti orang tablig biasa buat dengan gaya ekornya yang panjang lebih kurang dua kaki lebih dan ekor di libaskan disebelah kanan. Orang tariqat kot???? Habib… la no..

Ustaz Syekh Fazli mengolah cerita sirah nabawiah secara bersahaja kemudian akan mengulas point penting. Sejak dari mula penulis merasakan adan zuk aura yang berlainan dan biasanya akan cuba mencari sumbernya.. pada malam ini penulis menyandarkan itu pada Ustaz Fadli sendiri. Tak tahulah penulis mengapa demikian rasa..

Pada point-point yang di ulas oleh Ustaz Fazli penulis terpegun dengan ditil dan sumber ilmu yang di perolehi, contonhnya katanya biarpun ramai yang tidak suka dengan acar sambutan kelahiran Kecintaan Allah Swt Rasulallah Muhammad ini. Demikian juga dengan bacaan yasin setiap malam jumaat atau talqin masa pegebumian Jenajah. Lahir sahaja kita di muka bumi ini benda semua itu dah ada, dan kita tidak tahu sejak bila ia bermula, tapi memang dahulu dari kehidupan kita. Dan memang tidak ada salahnya untuk diamalkan berbanding dengan sambuatan tahun baru, sambutan Velentain Day, yang lebih terbukti menimbulkan banyak gejalah social masyarakat terutamanya anak-anak remaja kita.

Menurutnya lagi.. Kita adakan sambuatan Maulidul Rasul ini untuk mengenang jasa-jasa Rasulallah dan jasa para sahabat rasulallah kerana dengan pengorbanan mereka ini kita pada hari ini mawarasi islam dan iman mereka. Nikmat khususia yang Allah Swt berikan kepada mereka-mereka yang mendapat rahmat. Bayangkanla kiranya para sahabat ini tidak konsisten dalam perjuangan mereka tentu islam itu tidak akan sampai ke tempat kita.

Sengaja Allah Swt taqdirkan Rasulallah lahir pada rabiul awal yang sunyi pada kebiasanya. Bukan pada bulan yang sibuk seperti bulan ramdan, bulan sawal, atau bulan zul qedah kerana menyandarkan kelahiran rasulallah tidak memerlukan publisiti bulan yang sentiasa sibuk.

Biarpun kelender Islam tidak menggunakan tahun binatang seperti kelender cina. Kenapa adanya tahun Gajah padanya ada menjadi kelahiran Baginda Rasulallah?. Surah Al-fil yang menyorot sejarah tentera Abraha yang cuba hendak meruntukan Ka’bah dan pada latar belakang kelahiran Rasulallah ini, adalah menjadi peringatan dan gambaran tentang besarnya peristiwa kelahiran Rasulallah Saw tersebuat.

Sejarah gajah itu sendiri.. carilah di mana-mana di padang pasir yaman, madinah, Syria, Jordan lubnan mana ada hidupan gajah. Hidupan gajah hanya wujud di kawasan berpaya India, bangladis. Burma, Tahiland. Viatnam, sabah dan indonosia.
Abrahah telah melakukan proses penimpotan secara besar-besaran membawakan gajah ini dari Negara Afrika merentasia sungai Nil dan Laut Arab.

Majlis tidak disedari telah sampai ke penghujungnya. Ditutup dangan munajat yang panjang dari ustaz syekh Fazlie yang amat mengoda dan mengetarkan jiwa dan hati penulis membuat penulis tak sabar-sabar nak cium tangannya… tak sempat kena solat Isyak dulu.

Selasai solat isyak Penulis amat cemburu bila melihtakan seorang yang lebih dewasa rasanya dari penulis telah mencium tangan syekh … akhirnya penulis selain dari mencium tanganya penulis memeluknya juga..rahmat allah atas kamu dan keatas kami juga amin amin amin

Esoknya pada Kelas tafpaquh fidin rupanya Ustaz Syekh Fazli juga pemuzakarahnya.. sekali lagi penulis cium tangannya dan peluk cium pipi kanan kiri. Kerana kecintaan kepada rasulallah amin amin amin penulis memohon keberkatan…

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback