Tuesday, March 8, 2011

tarikh lahirku datang lagi

Pada minggu kedua setiap bulan Mac setiap tahun, Penulis akan singgah dan seterusnya melintasi kembali tarikh dan bulan kelahiran,ulang tahun kelahiran ke dunia…. penanda umur dah semakin bertambah, dengan itu juga menunjukan masa untuk kehidupan semakin berkurangan….

penulis telah pun pernah menyambut ulangan tarikh kelahiran ini dalam beberapa kaedah dan suasana, sama ada dalam secara biasa - biasa, secara kebiasaan dan secara amat luar Biasa.

Memori terpahat sebagai catatan pengalaman hidup,” yang amat berharga” kata orang,Tapi tak boleh dijual la…. Jual murah pun, enda ada orang mahu membali bah… sendiri simpan saja.

Telah dikhabarkan kepada kita bahawa perlaku dan sifat dikala umur 40 an akan berkekalan hingga ke akhir usia,Penulis sentiasa berdoa, mudah-mudahan di usia yang telah melepasi 40an ini, mengharap zahir segala yang lebih istimewa berbanding pada tahun-tahun yang sudah ,,, insyahallah taalah Amin. .. amin .. amin.

Sangkaan penulis, catatan ini sedikit Cuma isinya, bertambah makin melebar pula ceritanya. Dan mulanya Sengaja penulis letak catatan ini sedikit pada ruangan blog kerana mengharap ihsan mudah dan senang bila ada sesiapa yang sudi tag kanya pada ruangan Facebook nya atau tagkan pada FC penulis pada hari tarikh kelahiran penulis. Nampak gayanya tulisan ini telah pun mencapai seribu patah perkataaan.

Penulis buat catatan lebih awal,Konon kerana pada hari tersebut, penulis kemungkin besar tidak berkesempatan berbuat demikian dan berkemungkin besar juga, seminggu kemudian baharulah penulis dapat membaca komen ucapan dalam ruangan itu.. kalau adalah… kan? yang sudi mengirimkan ucapan, kiranya tidak ada Tu? namanya memang biasa-biasa.

Dan pada Kebiasaannya adalah ucapan kan? Contohnya: Ingatan Tulus Ikhlas, selamat hari lahir,happy birthday , semoga bertambah berkat dan berhasil segala hajat dan bermacam-macam lagi lah bentuk lafaz ayat dari dari rakan-rakan, kalau kek tidak ada, tak kan lah pula semua rakan penulis dalam Facebook ada 481 orang dan pelawat Blog ini baru 17 orang. Tak ada pun beri ucapan?

Dengan itu pula, penulis dalam ucapan balas pun kononnya pula melafazkan wakil bagi diri sendiri, “saya dengan ini amat berbesar hati mengucapkan jutaan Terima Kasih, Syukran Akbar …. atas DOA RESTU dan Dokongan dari semua ( saya juga memohon Maaf juga kerana mula Utamakan Doa) Dari Al-Fadilah Tuan-Tuan Guru , Warga Abjad Malaysia, Warga Melayu Malaysia, Rakan-Rakan Adik Beradik, Ayah , Abang Long ,Sahabat ///, Anak-Anak Buah Seterusnya Pada Sekelian Kenalan Sama Ada Ustaz-Ustazah, Cikgu- Cikgu, Doctor- Doktor, Tan Sri – Tan Sri, Dato – Dato , Tuan/ Puan, Encik / Cik…. Yang Dihormati Sekalian. Yang disanjung tinggi…

Pada ketika tarikh dan hari singgah dan menghadapi pada ulang tahun kelahiran ini, pada jadualnya mungkin Penulis di dalam perjalanan pulang menuju ke kampong halaman, balik kampong… o oo balik kampong hati riang… terkenang pula lagu arwah Sudrman hj. Arshad dan insyahallah taala penulis akan selamat sampai,pada maksud hendak menziarahi IBU tercinta….

Penulis memang cuba mengelak ada berurusan pada tarikh tersebut, hanya mampu merancang. Memang dah beli tiket belayar hari esoknya,Akhirnya tekit belayar dipindahkan pada tarikh tersebut,Rupanya ketentuan taqdir. penulis membuat perjalanan pada hari tersebut.

Jelasnya ada maksud dalam diri ada ragu dan ada bimbang kan? Siapalah aku ani….. dengan demikian akan ku carik dan padamkan adatnya metos hitam kiranya terdapat dan adanya petua pantang larang menyelubungi pada tarikh kelahiran seseorang.
Selagi berpeluang,,,, pantang penulis tak balik… penulis sentiasa berusaha untuk pulang ke kampong melihat-lihat dan membantu apa-apa yang boleh untuk Emak di rumah, biarpun selalunya dan seringnya… ibu Tanya dan hendak yang lain, dan biasanya terasa di hati…, hah……ha.. ha… tau tak apa..

penulis masih gagal melafazkan kepada ibu . aduhai ibu…inilah yang ibu tunggu-tunggu selama ini….. .. kenalkan. Namanya……
ya allah berkatilah kami semua.

Tak serik juga ditanya ibu dan rakan,tu yang rajin juga pulang, dan sesekali pulang kampong tu… sambil menyelam boleh juga curi-curi lihat anak dara orang… eeehm… mana tahu Ada sudah yang besar…..

Tak pun, luas berjalan,, , luluwas mengurat anak dara di jalanan…..

atau pun test lawan lumba lari di jalan raya…..

Penulis selalu terlintas di hati ,berniat dan berfikir nak bacakan surah yassin di atas pusara Ayah secara live… dan atur sedikit kenduri, penulis tidak ada kekuatan untuk itu…. YA!!!! penulis memang bukan seorang anak yang tergolong sebagai anak yang SOLIH . jadik macam mana nak jadi suami yang solih??? Dengan demikian…. Penulis selalu berdoa agar mudah- mudahan Allah swt ditemukan jodoh dengan seorang Gadis yang soliha yang dapat membimbing sama dan memberi nasihati sama, dan berkesudian sama pula memberi dorongan bersama- sama bersusah payah dengan dalam hal seperti pertubuhan ini.

Dan Oleh kerana aku jauh dari bernama anak yang solih, dan tidak ada bakti agungku kepada kedua ibubapa,maka dengan itu, aku selalu mohon redha Allah swt, dengan redha Allah swt , mudah-mudahan Penghargaanku kepada Ayah dan ibu tercinta, maka keduanya meredha aku juga…amin. (usahakanlah untuk berbakti sedapatnya kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup. Peluang masih ada, jangan Sesal kemudian tidak berguna)

Pada 11hb Mach 2001, penulis tidak mampu menyediakan Kek Hari Jadi seperti syoran adik Bongsu penulis, semalaman sudah ia menangis, bukan pasal duit dalam pokit penulis tinggal tak sampai pun RM30.00,

Cuma pada pagi itu, Seawalnya paginya penulis dah bertengkar dengan salah seorang penerus Ajaran Mandur Sarip, pasal pilihan lokasi tapak mengorek lubang kubur, penulis tak tunggu atau minta kerjanya jampi-jampi dulu, penulis tak ikut petuanya dan penulis terus menebas dan membersihkan serta terus mula mengorek tanah. Alhamdulillah Tak ada batu pun, akar-akar kayu juga tidak ada, semua tersimpang pada hal batang pokoknya ada.

Selasai mengali kubur penulis kembali ke rumah untuk mengimamkan Solat Jenajah seterusnya. Membantu Mengangkat dan mengiring jenajah menuju ke kawasan perkuburan. Seterusanya penulis bersama dengan Abang sulung menyambut, menurunkan dan meletakan Jenajah Ayahanda tercinta ke liang lahad. Tadi pun penulis tidak bersama untuk mandikan jenazah hanya minta abang sulung ini ikut bantu bersama kawan yang biasa mandikan jenazah . hilang rasa penakutnya..

Penulis terlupa pula membacakan talkin mayat, kerana berucap wakilkan memohon maaf dan halal atas apa tanggungan aruah yang belum di jelaskannya, pada hal penulis juga mengetuai bacaan tahlil, cuma Doa Di bacakan oleh Abang Cikgu Kamil kasibun.
Selama Seminggu, pada setiap malam penulis mengetuai bacaan Yassin dan Tahlil, penulis tercari –cari mana sudah rakan – rakan? Penulis amat mengharap adanya sedikit sumbangan tulus Ikhlas pada ketika ini. Penulis mendengar adanya keluhan hidangan yang keluarga penulis sediakan saban malam…. Maafkan kami , hanya itulah mampu kami… tak apalah kalau tak datang pun… mungkin dermanya mencapai RM500.00 jadi tak padanlah hidangannya….

Dendam ini rupanya dibungkus kasih, aku masih sang Ular rupanya, peristiwa ini penulis mula jadikan sebagai pembena diri, mesti berubah…mesti berubah… mesti berubah, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. (“ dan ingatlah panjatkanlah pohon pertolongan kepada Allah swt jangan mengharap pertolongan dari manusia”)

Dengan Ini salam penuh takzim ingatan tulus ikhlas dari Penulis Mohon Sudilah Kiranya Hadiahkan Lah Sekalung Bacaan Surah Al-Fatihah Untuk Roh Arwah Ayah kami Bernama Bosirin Bin Basat, Yang telah selamat disemadikan Pada hari Ahad 11hb Mach 2001. Mudah-Mudahan Roh Beliau meredai kami dan mudah –mudahan juga Roh beliau Bersama Sekelian Roh awalia Ahli Salsilah… Amin Ya Rabil Alamin

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback