Tuesday, June 14, 2011

Teringin sangat nak balik kampong maka petang khamis tu aku memberanikan diri untuk berjumpa bos, aku kata esok pagi nak balik kampong, boleh kah? aku bagi alasan nak jumpa mak sekejap. Bos Tanya balik kampung mana ? aku jawab kampong saya di Ranau, Lohan Jalan Air Panas Poring, bos kata tak apa baliklah., bos ada cerita juga dia pun baru melawat di sana, oleh kerana tayar pancit jadi tak jadilah menambah-nambah lagi perjalanan.

Petang itu juga aku ajak driver kereta yang aku tumpang ke tempat kerja untuk meninjau-ninjau jualan kain oleh kedai india. Konon- konon untuk aku jadikan oleh-oleh untuk di faraidkan kepada adik beradik, kawan tu jugalah yang memilih corak dan warna kain, isssssss bodohnya aku, nak beli jenis kain, corak kain dan warana kain pun tak reti, jadi aku belasah ajalah pilihan kawan itu. Harganya pun aku tak kisah sangat manalah aku pernah membeli-beli kain . Yang aku tahu duit dalam poket dapat bayar tu harga aku ambilah. Mungkinlah harga kain di Labuan ini ada murah sikit berbanding di tempat lain di Sabah.

Esoknya jumaat waktu pagi aku menumpang dan minta kawan itu hantar aku ke terminal Fery besar, kekok tah juga aku menyusur seorang-seorang. Oleh kerana aku tahu aku ini hendsom maka tidak mejadi masalah untuk ku berleger-legar secara solo. Aku Kena Berbaris panjang pula membeli tekit penumpang, Aku menjelling-jeliging sekitar maka aku Nampak macam ada kovoi motor-motor besar , aku dengar percakapan orang sebelah aku konon antara motor ini ada berinjin 5000cc, wuuuuuu ……..

betulkah ada injin motor sebesar itu?? Setakat 500cc dan 1500cc macam biasa juga aku perhati adalah, kalau ada injin sekuat 5000cc setara injin lori tu,,, baik tah di jadikan enjin bot penumpang atau pun jadilah enjin bot untuk nelayan. Kerana aku pernah dengar cerita yang mengandaikan bahawa bot semagel menggunakan enjin lori untuk mengatasi pesaingnya.

Aku lihat dan aku perhatikan, aku mendengar maka aku dapati agak ramai Penumpang feri wawasan ini yang pertuturan mereka seperti aku juga, spiking saja diorang macam tak pedulikan aku,,, kah ,,, kah,,,, macamlah aku tak faham.. mereka langsung tak menjawab dan mengabaikan aku mencarut sama.

dan penulis terkesan yang mana orang-orang mudanya atau bapa budak berfesyen rambut terpacak seperti ultramen atau di rumah penulis di kampong digelar fesyen ala- ala trojen. Punk kot? Aku dapat lihat juga yang mana, mereka yang sepertuturan dengan aku ini di tangan mereka terdapat kesan-kesan corak-corak lukisan.
mereka juga memilih menu hidangan minuman yang penulis tidak boleh ikut serta. Walaupun dapat di pelawa secara percuma. Patutlah ceria sangat.. aura tadau kaamatan masih melanda.

Pagi itu juga aku dapat pangilan telipon dari bos, Tanya aku sama ada jadi balik atau tidak, kalau jadi bos minta tolong ambilkan hp nya yang tertinggal di pusat latihan dakwah mesilau, aku jawab insyahallah. Ingatkan arahan datang kerja juga.
Sekitar jam sepuluh pagi fery pun berlabuh di menumbuk , aku tidak tergesa-gesa dan aku tidak berebut-rebut untuk turun dari fery, aku menunggu sehingga barisan penumpang agak lengang barulah aku bergerak untuk turun.

Aku terus menuju ke kawasan aku meletakan kenderaan, rindunya aku dengan kereta. Aku di chage untuk paking tersebut sebanyak rm20.00 (5x5) aku dapat diskaun juga konon. Patutnya RM25.00. kalau berbumbung chagenya RM10 semalam.

Proton yang aku pakai ini aku sambong loan dari kawan, agak mudah juga ansurannya Cuma RM340.00 sebulan, Masa mula-mula aku memandu kenderan ini tiga tahun lalu aku memandu pada tahap kelajuan 70km/j.kini selapas tiga tahun memandu proton ini, berapakah kelayakan kelajuan yang aku disyorkan mengamalkanya?

Seperti biasa penulis singgah sebentar di Masjid Menumbuk, konvoi motosikal sedang berkumpul dan sedang di awasi oleh beberapa petugas yang mana aku agak sebagai trafik polis.

Ketika mula memecut bertolak konvoi motosikal tersebut masih belum bergerak, kenderaan penulis mulai memotong satu demi satu kenderaan, penulis juga pasti yang mana bila memotong sebuah Van penumpang beralamat kota Merudu, sekumpulan mereka yang penulis kenal pasti sepertuturan dengan penulis kerana tangan bercorak dan rambut fesyen terpacak semasa di atas fery.

Oleh kerana cuaca teramat baik, walaupun aku berhenti di beberapa tempat yang aku biasa berhenti, aku tiba di pekan kundasang sekitar jam satu Lebih petang. Berapakah lama masa yang aku ambil untuk memandu dari menumbuk ke pekan kundasang? Jawapan anda akan menyeselasaikan ,, berapakah jumlah kelajuan yang aku gunakan untuk sampai ke kundasang pada hari ini?

Petangnya di rumah, aku di kunjungi oleh pembeli Motosikal ku Yamaha 125Z, dicashnya hutang yang sudah agak lama belum di jelaskan, aku pula dengan ikhlasnya memberikan beliau diskaun.

Petangnya sebelum penulis hendek turun dari rumah, oleh kerana kesan ruam di tepi dahi penulis sudah membentuk seperti tompokan kudis kurap dan tersangat gatal dan amat selesa dan nyaman untuk di garu, maka bila sedang menggaru kepala penulis melihat gel minyak rambut yang sudah agak lama terbiar maka penulis cuba-cuba memakai dan cuba-cuba mengayakan fesyen rambut terpacak, wah….. agak mengancam!!!!!!! micing dengan potongan jangut penulis.

Maka penulis pun mengambil keputusan mulalah mengayakan berfesyen rambut terpacak, budak-budak kampong terkejut,, rakan-rakan sekerja lagi terkejut…. Laaaa Ustaz nak jadi apa ni? Dah tua-tua pakai fesyen rambut terpacak. Cubalah potong pendek atau potong bentuk petak. Ini tidak …. fesyen ini pula.

Si Dia pun agak terkejut melihat fesyen rambut aku pagi ini, wah……. Ustaz rambut terpacak!!!! hari pertama bertugas bersama-sama mengimbas kembali nastolgia kenangan lama. Nak di jadikan cerita maka secara mahu tidak mahu walaupun aku agak malu kerana aku telah removenya dari senarai rakan facebook, aku menghantar juga permintaan menjadi rakannya, dan apa kata SI DIA Sampai hati ustaz Remove saya… ya lah tu, susah juga aku mengawal rasa bersalah dan malu ini. nasib lah kulit aku gelap kalau tidak, merah padam muka aku. Alhamdulillah si dia masih sudi menerima saya sebagai rakan. Aku tak sampat minta maaf, dan aku amat mengharap sesuatu yang lebih dari itu.

Aku mengakui kenangan itu melakat dalam jiwa, masih tersimpan kuat harapan di hati ku. Kadang-kadang aku terleka. Sepertinya aku di layan seperti orang yang istemewa!!!!! Sepertinya kami ini adalah pasangan!!!!!!!! Ahhhhhhhh sepertinya aku ini berangan-angan dalam fantasi diri sendiri.mudah-mudahan masih tetap waras.

Pormosi dan cerita aku mengenai TUNE TALK menjadikan aku lebih masa untuk bermesra dengan SI DIA hari ini.. alang kepalang kesyukuran bila mana indahnya hari ini berterusan demikian jadinya pada hari-hari yang mendatang.

Sudah Agak lama antara kami tidak perpandang maka, hari ini aku berhabis merakam dalam jiwa, aku tatap wajahnya, aku akui Si Dia Semakin ciut dan mula mengenakan sedikit mek up. Cuma ala laaaa itu pun buat aku makin cemburu.

Nauzubilah jangan lagi hujan di tengah hari. Aku mudah terkesan, cemburu buta ? Aku melihat dengan mata . Aku tidak berani bertanya kepastian kerana aku takut ketabahan aku sendiri tidak mengizinkan ,karang hebo satu Malaysia.

Sepertinya si Dia cuba memerangkap aku mengenai cerita Laptop baru, kerana asik bertanyakan laptop aku mana? Berlenggang aja tidak seperti biasa mengendong laptop katanya. aku pula berkesempatan menyerangnya kerana saya melihat adanya jenama baru hp yang digunkanyanya. Aku cerkap sembarangan digi dan tepat, demi Allah aku tak sentuh pun hp mu tu.

Adakah ia adalah pemberian seseorang ? sepertinya SI DIA pun berdalih dan saya seperti memang amat cemburu kerana selalu akan menyangka tentunya hadiah pemberian dari seseorang juga . bingun uda aku Perlukah saya hadiahkan hp murah yang telah saya beli ini?

Ya allah makbulkan doa dan hajat kami, ya allah zahirkanlah cerita kami .ya allah permudahkanlah jalan cerita kami, buka kan lah hatinya untuk menerima ku dan bukakkanlah hatiku untuk menerimanya. Anugerahkanya kepada ku dan anugerkan aku kepadanya. Sinarilah jiwa kami dengan cahaya keimanan. Rezekikanlah kami dengan kekuatan beragama. Hidupkanlah kami dengan pancaran kegembiraan Amin ya rabil alamin.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback