Hari isnin lalu 20hb jun adalah hari kelahiran Si Dia. Saya dan rakan ustazah paling rapat dengan SI DIA telah merancang awal untuk menyediakan sedikit kejutan untuk SI DIA, pada sambutan hari lahir SI DIA ini saya sendiri telah menyediakan hadiah yang mungkin rakan ustazah SI DIA ini pun akan terkejut sama. Biarlah Rahsia... Cuma memang saya berharap si dia ada membaca blog ini sebelum saya serahkan hadiah tersebut. Tapi macam tak ada respon pun. tak minta apa-apa,
Maafkan saya, pada mulanya seperti yang saya dah tulis, niat saya memang saya hadiakan hp E3-00 ini sahaja,tapi melihat si dia dah pakai hp baru maka saya ubah hadiah tersebut. Kepada sesuatu yang lebih bermanafaat dan lebih mengancam.
Sedari awal lagi saya dan ustazah itu mahu kompomkan bahawa SI DIA ada pada tarikh hari ini,tidak mengambil cuti rehat dan akan hadir berkerja takut pada masa ini dan tarikh ini SI DIA telah memohon untuk bercuti, rugilah nanti rancangan kami ini.
Saya dan rakan ustazah ini dah pakat dan bersetujuh untuk mengadakan sambutan hari jadi Si DIA ustazah ini cadang nak siapkan dua biji kek untuk suprise hari kelahiran si dia, saya ikut saja, yang saya tahu hulur duit syer beli bahan, saya tak ingat dan tak tahu apa nama kek itu tapi semestinya salah satu adalah kek kegemaran SI DIA.
seawal pagi ini ketika saya menulis nama kehadiran, saya sendiri tidak menyedari bila masa kek itu dah ada kawasan meja lelaki. Bila Semua rakan dah mulai hebo-hebo untuk siapa kek yang berada di depan ini? Baru saya perasan ada kek.
Sesibuk pagi ini Saya sempat mendengar SI DIA di paksa oleh ustazah itu untuk membeli makanan sarapan pula, saya memang sedikit tersentak, dengan tidak semana-mana oleh kerana rencana saya ini, SI DIA terpaksa membelanjakan duit lebih pula pada hari ini. Bayangkanlah tapau nasi lemak sebijik berharga RM3.50 x 26 orang? Cukup belanja sebulan oooo... saya tidak terfikir langsung dengan sedikit jamuan seperti ini. Maafkan saya.
Pada kesempatan saya dapat bercerita dengan si dia ada hari ini, Saya mohon dan berpesan, nanti sebelum balik petang ini, tolong minta izin dulu ah dari saya, jawab SI DIA kenapa pula saya kena perlu minta izin dengan ustaz? Tidak bolehkah minta izin dengan diri sendiri? Saya pun menjawab oooooo tidak bolah, hari ini mesti minta kebenaran dari saya dahulu sebelum beredar balik.
Saya dari awal dah pesan dengan ustazah tu, kalau SI DIA nak balik awal juga. tolong serahkan hadiah yang berada di bawah meja saya itu, wah apa hadiahnya tu ustaz ? tanya ustazah itu, bila saya jawab memang ustazah ini pun terkejut besar juga. Dan memang katanya hadiah besar tu ustaz...
Sedari awal dan memang secara semulajadinya dari detik-detik peristiwa yang telah di lalui saya sendiri tidak berani untuk menyampaikannya bentuk hadiah saya ini. Dan saya sendiri Memang bersangka sangat kuat bahawa yang si dia tidak akan menerima hadiah ini, oleh kerana sebab itulah saya amat mengharap ustazah itu boleh tolong berikan.
Kan....... ustazah itu sendiri pun tak berani nak bagi. Ditunggunya saya habis tugasan juga, di suruhnya saya ambil hadiah tu, tak bagi lagi katanya. Saya pun pergi ambil dan meletakkan hadiah tersebut di kerata ustazah tersebut. Pada rasa saya si dia mesti dah perasan akan situasi ini.
Sebelum mereka beredar saya sempat memohon maaf dengan SI DIA. Cik maafkan saya ya... setalah mereka beredar, saya Sedikit lambat juga menghantar pesanan ringkas. No hp biasa saya tak ada laluan pula, terpaksalah saya gunakan No kedua saya Tune Talk. “Selamat petang selamat hari lahir sudilah terima hadiah saya itu”.
Menurut jawapan smsnya SI DIA berterima kasih dengan kek yang saya sumbangkan, Cuma hadiah itu terlalu besar baginya, tidak layak baginya untuk menerima hadiah sebesar begitu. Saya dah mula nampak memang si dia tidak akan menerima hadiah tersebut. Oleh kerana rasa gabra yang bersangatan maka saya tidak dapat mencapai ayat yang waras yang sesuai untuk di kirimkan.
Apa yang Saya jawab kiriman sms tersebut, dengan ayat ini “buangkan sahaja lah kalau begitu”. Sebenarnya saya tak ada masa untuk mencari ayat power untuk memujuk kerana aksi main fotsal sudah nak mula, masa untuk menghilangkan rasa gelora hati yang mula terbakar.
Semasa sedang berihat dari aksi futsal, saya pun memeriksa mesej di hp mana tahu ada yang terkini, dan memang ada dua yang terkini, dan ceritanya amat terkini,dan memang sangat-sangat mengoncang jiwa raga apa tidaknya akhir SI DIA baru mengaku memang dah ada BF dan mereka telah merancang untuk ......, dan SI DIA amat risau bilamana SI DIA terima hadiah tersebut, SI DIA takut bahawa saya akan menyimpan harapan terhadapnya, SI DIA tidak mahu mempermainkan perasaan yang telah terjalin dan amat berharap saya memahaminya, saya memang terduduk dan jawapan saya memang tentunya merapu-rapu dan akhir sekali saya nyatakan jika hadiah itu si dia kembalikan juga. Saya kata tetap akan buang di depan matanya.
Dengan bermodal begini baharulah SI DIA mengaku dah ada BF, mungkin saya pernah nampak mereka berdua? Patutlah kebal sungguh... Tapi saya minta maaf saya tidak peduli, sudah terlambat saya sudah melangkah... kini saya tetap dengan maksud saya.. allahu akbar.
Ketika beredar untuk balik rumah, kelajuan pemanduan saya tidaklah banyak berubah, kerana meter kelajuan menunjukan sukatan setakat 100km/j sahaja. Kalau ada kenderaan yang di pandu secara perlahan terpaksalah saya memotong kenderaan tersebut. Lebih-lebih lagi kalau kenderaan itu kancil yang meleret bunyinya tapi jalan macam labi-labi.
Malam ini saya kembali tidak boleh tidur, berbagai analisa dan kronogi yang hadir dan bermain-main dalam kepala hotak saya. Gempa bumi jadinya,dalam hati pun makin menyala-nyala bagaikan ada kebakaran , dalam fikiran bagikan ada turnement dunia futsal yang mana mengilhamkan Ada bayangan gambar kapak, ada bayangan gambaran seorang lelaki terjun dari jambatan labuan.
Astagfirullah,,, cuba bawa solat taahajud dulu, lama tak laksana. zikir lah lebih kurang.... allah allah. allah allah allah allah allah allah allah
kemana kan ku letak muka ini besok pagi? . Ala la la malunya saya. Tebelnya muka saya. Macam mana dan Apa perkara yang perlu saya nyatakan besok pagi ini. Hantar surat letak jawatan kot?
Paginya saya hadir bertugas, saya mesti mempamerkan kewarasan diri,ketabahan diri dan kebetulan pagi ini paking di kawasan hadapan pejabat penuh, saya melatakan kendaraan nun jauh dari biasa. Atomitik hadir dalam fikiran saya tentu SI DIA terkejuat ini, kenapa ust ini belum datang ? wah sempat berangan-angan oooo.
Dari pagi hingga masuk waktu zohor saya asyik menyibukan diri, kesana kemari, saya cuba terampilan diri seperti mana bahawa tidak ada komflik dalam jiwa ini. Ustazah ini sahaja yang sangat-sangat suka memerangkap saya. Mungkin ustazah pun ada rasa kebersalahhannya.
Jadi saya nyatakan pada mereka ,, yang sudah... tu sudalah, saya tidak ambil tahu apa-apa lagi dengan benda itu, nak bagi balik dengan saya , tentu saya hempas depan muka SI DIA, malangnya si dia hanya akun terima tapi nak bayar harganya, saya berkeras kata tak payalah. Tak payalah. Terimalah sebagai lambang perdamaian... jika di tolak maka lambang persengketaan berlarutan.
Pada kesempatan yang SI DIA memujuk saya untuk mengambalikan atau membayar harga hadiah tersebut. Allah swt telah kurniakan pada saya anugerah kelebihan, bahawa saya dapat menjawab dan mencuba melancarkan ayat power kepada SI DIA seperti adanya membaca sebuah manuskrip.
Dan saya telah bayangkan kepada SI DIA, biasanya hero jahat akan menghantar kuncu-kuncunya untuk menculik perempuan yang menolak lamarannya. dan akan di masukan ke dalam karung guni untuk di bawa ke satu tempat yang jauh.....
Bila saya kata ayat-ayat saya adalah dari kumpulan skrip maka saya mengesan bahawa SI DIA memang ketara sungguh terganggu, ( mafkan saya sayalah yang sering terdesak) )macam saya perasan SI DIA mahu menangis, sungguh zahir akan kemarahaannya, banyak juga topik perbualaan kami sehingga saya sendiri terasa pergolakan dan kebakaran dalam hati reda tidak terasa. Sungguh luar biasa.
Ada perbualan kami yang tidak sesuai dipertontonkan dan dibicarakan di khalayak umum. Maafkan saya kerana menyerang hendap. But I still LOVE YOU.
Biarpun saya tidak di beri harapan, tetapi saya merasa terlalu banya ruang kesempatan yang di lalui dan pada ruang peluang yang sememangnya saya menafaatkan sesungguhnya. Dan Pada kesempatan dari segala yang terhembur dari mulut saya. Menampakan kedaan SI DIA makin tidak stabil. Makin kurang sihat nampaknya. Mungkin situasi begini dan dari gaya saya berhadapan ini. makin menganggu SI DIA. Maafkan saya, saya semakin mendesak kerana terdesak.
Ketika waktu pulang saya bergesa untuk mencuba menjejaki si Dia di stesyen Bas, saya takut SI Dia pengsan di jalanan, , saya lambat si dia telah masuk dalam Bas, saya menghubungi SI DIA melalui panggilan talipon, Alhamdulillah SI DIA sudi menjawab panggilan dari saya, maka saya nyatakan sudilah untuk saya bawa hantar ke hospital atau klinik.
saya cuba untuk sedikit gentelmen, walaupun SI DIA sudah duduk dalam bas saya cuba terus memujuk, sudilah turun dari bas saya menunggu di luar ni, saya mahu hantar kamu ke klinik. Kamu tak sihat tu... Oleh kerana SI DIA membahaskan saya sebagai ustaz, maka ia melarang saya dari naik ke dalam bas untuk mempelawa SI DIA turun dari bas untuk saya hantarkan ke hospital.. saya nampak penumpang-penumpan menumpukan perhatian kepada kami. wah.... macam hero hindustan la pula
Petang itu Saya terpaksa mengalah dengan segala jawapan SI DIA, kerana saya mahu bergesa hadir pada petang ini, pada giliran saya bertugas mengawal di Asrama semantara SMA Maiwp labuan. Heboh satu labuan cerita-cerita hebet dari sana beberapa hari ini, termasuk dalam cerita harian metro hari ini bertarikh selasa 21 hb jun 2011, saya tidak sabar hadir untuk mengetahuinya kebenarannya cerita tersebut.
Sepatutnya saya membawa hadiah itu untuk di serahkan kepada Si Dia, tapi saya dilupakan, kalau saya ingat pun saya tidak tahu di mana lokasi mereka menyimpan hadiah tersebut.Selapas gagal memujuk SI DIA turun dari bas, agar penulis dapat hantar ke hospital atau klinik swasta, penulis pun mengalah, jadi penulis kata ok lah saya mengalah dan kalau malam tak sihat juga jangan segan call saya.
No comments:
Post a Comment