Wednesday, June 22, 2011

ABJAD SABAH, yang digelar BADAL SABAH, saya Ustaz &Lelaki

ABJAD SABAH adalah cawangan negeri yang terakhir sekali mendaftar. Jadi jika di nilai dari suktur sebuah catatan tentunya ABJAD SABAH juga berada di tulisan yang hujung sekali, dan jika di nilai dari suktur salasilah sebuah tali maka ABJAD SABAH memegang dan berpaut di tali yang hujung sekali.

Biar berpaut di hujungnya tali, kami redha dan lebih bersyukur, menyentuh tali pun sudah satu nikmat yang tak terkira besarnya yang ALLAH SWT kurniakan kepada kami, dan kami menyedari pautan kami tidaklah berapa kemas, tapi kami tidak lokek, kami masih sudi berkongsi dan ingin rakanan sama-sama berpaut di pautan kami. pegang sikit pun sikitlah.

Dan Jadi tak hiaranlah juga jika ABJAD SABAH ini sedikit memerlukan lebih perhatian dari pihak pentabir, jika tali itu tergoncang atau terpalu tentunya kami yang berpaut di hujung tali lebih merasa akan getarnya. Sungguh pun kuat berpegang kami pada pautan, tapi yang sebenarnya risiko kami terlepas memang adanya jua. Jika lepas terpalanting tentunnya jauh sangat sekali.

Cuma sesakali untuk mendamaikan, memujuk kasih, dan motivasinya, kami masih simpan sedikit penawar, jika di nilai pada sebuah pertandingan tarik tali. Sesuatu yang Penulis memang teruja. Sebuah pasukan tarik tali rupanya menggunakan teknik bagaikan melayarkan sebuah perahu. secara taknikal maka orang yang memegang hujung tali adalah factor kekuatan untuk bertahan, digelar atau di panggil sebagai SAUH maka secara adat pastinya orang yang menjadi sauh ini mempunyai saiz badan yang besar. Antara kepentingannya adalah untuk mengawal ombak goncangan ketika pendayung mendayung dan menyentak kaki.

Sauhnya sebuah kapal hanya nampak khidmatnya fungsinya bila berlabuh. Bila belayar akan hanya memberatkan.

orang yang menjadi sauh ini ada tugasnya, orang yang menjadi pendayung ada tugasnya, dan secara taknikal para pendayung ini pun mempunyai versi tugasan masing-masing, tetapi yang penting sekali adalah kemudi mengikut arahan nakoda.

Begitu BADAL SABAH. Adalah seorang lelaki, pun orang panggil USTAZ, jadi badal sabah pun seorang ustaz tapi tetap sebagai lELAKI, bila lelaki jumpa perempuan maka jadilah ia seperti lelaki juga. Begitulah juga bila jumpa lelaki maka tetap juga ia jadi lelaki.

BADAL SABAH asik cerita pasal ……. Di ABJAD SABAH? Dah lah hal dirinya!!! Merapu Merajuk, merajuk…. gagal mengurat…. ? ini apakah jadahnya? Cubalah sembang pasal rohanikah? Pasal Organasasi kah? Atau Bab agamakah? Atau yang lebih manafaat…

Maafkan saya… secara kasar saya akan menjawabnya begini . Bah ambilah kamu jadilah Badal Sabah. Ingat teringin sangat kah saya memagang Jawatan Badal Sabah ini. Menyusahkan lagi adalah.

Dan secara rendah hatinya Badal Sabah adalah Satu tugasan Amanah, jatuh bangun saya, Berjaya atau gagal tugasan saya, adalah atas nama kemampuan ikhtiar usaha yang dengan izin yang maha kuasa. Dan BADAL SABAH pun masih dalam perjalanan menuju distenasi sebenar. Segala nasihat dan peringatan dari semua adalah dengan segala hormatnya saya terima dan berterima kasih atasnya.

Dan diri saya yang bernama ……… memakai gelar Badal Sabah, dan saya tidak juga rahsiakan, coretan dan catatan yang saya hidangkan adalah situasi yang betul, jika cara yang saya gunakan adalah tepat, maka boleh dicontohi, maka jika apa yang saya lakukan dan pamerkan adalah hanya jenis remeh- remehan maka sila beri tunjuk ajar.
Apa yang mampu saya sumbangkan adalah atas makna kemampuan yang saya ada. Cerita yang saya ada adalah cerita diri sendiri. Buat apakan nak sentuh topic dan sudut lain. Dah ramai tokoh dan pakar rujuk untuk semua bidang Cuma berusahalah mencari dan menemui mereka. Tak kanlah bab-bab antarabangsa nak Tanya dan dengar cerita saya juga?

Seperti dalam cerita lambakan komik- komik , Biarkanlah mereka, bukankah? Komplik akan lebih bermula bila semua pendekar keluar dari pengasingan diri. Jangan biarkan mereka-mereka keluar dari pengasingan diri. Jangan ada yang cuba mencabar mereka keluar dari dunia pilihan mereka, Jumlah mereka sangat ramai, bukan satu dua tiga orang.Pengasingan mereka itu bukanlah bermakna tidak ambil tahu, tapi mereka menjalankan tanggungjawab mereka mengikut ijtihad mereka sendiri insyahallah

Seluruh Malaysia pada kebiasaannya Tuan Guru Tok Mat melantik BADAL SEMANTARA berjumlah tidak kurang dari empat puluh orang, jadi BADAL SABAH ini adalah lebihan dari jumlah tersebut. Kalau sukad bola sepak setakat pemain simpanan hanya kerana Atas maksud keperluan di Negri Sabah dan Labuan. Pada masa dan ketika ini, Dalam jumlah seramai ini tidak mustahil mereka-mereka mempunyai anugerah Allah swt, contohnya kelebihan dan keistemewaan masing-masing. Jadi kalau terasa nak komen pasal saya tak kisahlah juga.

Cuma ada lebih baiknya pergilah berguru dengan empat puluh orang badal itu atau sekurang-kurangnya ciumlah tangan dan peluklah badan mereka. Insyahallah ada keberkatan, Kerana sekelian mereka itu berkat. kemudian Barulah fikir-fikir pasal saya.

Dan dari saya sendiri yang terbaik ialah berguru dengan guru empat puluh orang badal tersebut.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback