Thursday, June 23, 2011

Awak saudara Baru (Mualaf) ?

SELAMAT HARI LAHIR

Mungkin pernah dan mungkin tidak pernah saya tutur dan lafazkan,bahawa Insyahallah taqdir jodoh kita maka anak pertama kita,kiranya serikandi mungkin kita boleh letak penanda dengan nama Nora dan andainya pula seorang panglima maka penanda namanya ialah Rani.

Saya dengan rendah hati merakamkan berbanyak-banyak terima kasih terutama khas untuk SI DIA,kerana saya baru hari ini dimaklumkan bahawa sahnya SI Dia sering melawat dan membaca segala tulisan luahan hati saya dalam Blog ini. Alhamdulillah...terima kasih daun keladi. Mungkin ada antara komen dalam blog itu adalah dari SI DIA.

Kebanggan itu milik yang maha kuasa,Pun Ada rasa malu di hati,beberapa hari ini SI DIA sedang Bercuti tidaklah saya dapat untuk bertanya akan kebenarannya

Dan berkemungkinan SI DIA sedang bersama dengan keluarga yang tersayang Insyahallah Mudah-Mudahan sihat dan gembira.

namun pada rasa kelegaan dan terbitan kegembiraan dalam hati. Biasanya Muncul juga rasa cemburu di hati ini kerana saya bersangka SI DIA balik jumpa dengan BF nya lah tu. Mungkin membincangkan dan mempercepatkan perkara ke arah itu.......... adoi... ma dege. ingat-ingatlah saya di sini.

Kenapa saya tidak perasan? sedangkan si Dia banyak mengulang dailog dalam penulisan ini,terima kasih sekali lagi.. maafkan saya, ayat-ayat yang saya lafazkan bila berhadapan dengan kamu bukanlah Skrip buatan tapi adalah lintasan hati pada masa dan ketika itu.

Saya teringin nak cakap Cik ....... sampaikan salam saya kepada kedua ibubapa kamu, namun saya akui saya ini tidaklah se Gentelmen seperti BF nya. Banyak sampadan dan batasan untuk saya berhadapan dengan angota Masyarakat, terutamanya pada penambahan gelaran di awal nama saya.

Bila orang dengar, Secara atomitik saya mesti berwatak seperti itu, cubalah panggil Abang Jack, ini Ustaz Jack juga dipanggil macam manalah nak mengayat. Tapi saya amat bersyukur dan tak marah pun bila di sebut pun nama gelaran tersebut kerana ia adalah penghormatan.

Ustaz adalah pangkat peguam dunia dan akhirat, ya selama ini saya pun tidak menghormati gelaran ini, kerana langsung tidak berminat. Saya kecewa keran tidak bersekolah sampai mendapat degree peguam, Akhirnya alhamdulillah saya dah diperlihat sesuatu sebenarnya cita-cita saya sedari kecil untuk menjadi peguam tidak gagal. Saya sebenarnya seorang peguam yang tidak kurang hebatnya.

Seminggu lalu Saya dah tanya SI DIA bila nak bawa saya jumpa kedua ibubapa kamu? Untuk apa kamu nak jumpa kedua ibubapa saya? Katanya,jadi saya menjawab.Saya nak datang untuk merisik? Ahhhhhhh janganlah Ust. Nanti malu kena tolak... Kenapa saya tak tanya kenapa pula risikan saya akan ditolak? Rupanya dah ada BF pun.

Oleh kerana saya dah tekad langkah mayatku dulu, Saya pula nyatakan bila mana risikan saya di tolak, batalion yang saya bawa akan memusnahkan seluruh perkampungan kamu.....

Gelaran dan bergelar wajib di jaga. ialahkan kalau dah Ustaz nak kemana pun tetap orang sebut Ustaz juga. Buat apakan menyorok-nyorok. bila tidak suka dengan kepalsuan dan dan kepura-puraan kenapakan lagi mencuba berpalsu-palsuan.

Pada bulan jun ini saya di hujani dengan pertanyaan.adakah saya ini dari kalangan saudara Baru (muallaf)? Iaitu Baru memeluk agama Islam. dan yang Terbaru SI DIA pula yang bertanya, sedangkan itu adalah antara Satu pertanyaan yang saya anggap antara yang paling sukar di jawab. Kalau saya menjawab bukan, saya bukan saudara baru, saya takut jawapan saya itu adalah salah, dan sekiarnya saya menjawab ya, saya seorang saudara baru pun saya takut jawapan itu juga nanti salah.

Jadi segala huraian jawapan saya untuk persoalan tersebut telah dinilai dengan markah oleh SI DIA dengan jika per sepuluh, maka saya hanya dapat lima sahaja. Kerana kononya jawapan yang saya berikan tidak menepati soalan yang di ajukan.

Cuma di sini saya dapat bercerita bilamana saya telah dipanggil ustaz maka saya telah memeluk dan beramal dan menyebarkan ajaran agama islam. Dan untuk sedikit perkongsian cerita bersama sewaktu zaman remaja, saya juga berambut amat panjang seperti rambut perempuan dan kesan lubang anting-anting masih ada kelihatan di telinga,satu demi satu lubang tersebut menghilang tapi bekasnya masih ada kelihatan.

Sewaktu bersekolah menengah atas,pernah saya beberapa kali terlupa menanggalkan subang yang di pakai,sehinggalah memasuki perkarangan sekolah. saya di tegur oleh seorang Guru,walaupun saya telah melanggar peraturan barangkali atas ehsan guru tersebut saya hanya di suruh menanggalkanya dan subang itu tidak di rampas.

Dan ketika bertugas sebagai Guru Sandaran Agama pun pernah saya terlupa menanggalkan subang emas di telinga itu, sehinggalah ditegur oleh rakan kerja Non Muslim, aiiii Ustaz Memakai subang? Saya pun cepat-cepat menanggalkanya agar jangan ramai lagi rakan yang menyedarinya.

Sehinggalah pada Satu ketika. ada rakan membawa saya untuk memburu dan sambil itu boleh menangkap ikan katanya. Saya amat tertarik dan saya memeng gemar dengan aktiviti seperti ini. Saya sedari kecil kalau meneber jala dengan bentuk lapan memang sangat-sangat mahir. Kebetulan pada masa itu teberlah Jala tersebut dengan bentuk dan gaya macam mana sekalipun pun kompom ada ikan yang tersangkut . jadi tak siapalah yang marah-marah biar setakat belajar pun.

Satu ketika konon-kononya saya dah ada sedikit kemahiran jadi nak mencubalah di liwatung (lubuk) yang agak dalam sikit, kerana kebiasaannya kawasan seperti itu tempat berhimpun ikanan yang bersaiz lebih basar.

Dengan bangganya saya cuba menebarkan jala seleber dan sebulat yang mungkin, sedikit tidak bernasib baik, jala itu singgah menyangkut pada butang leher baju pagoda yang saya pakai dan bila butang baju itu tercabut, rupanya saya terlupa juga menanggalkan subang telinga, Allahu akbar subang itu juga tersangkut dan terus ditarik oleh jala tersebut masuk ke dalam Air.

saya bersangka telinga saya mungkin dah mengalami kecedraan, saya menunggu titisan panas, saya tidak berani menyentuh cuping telinga ini, agak lama oleh kerana tidak terasa titisan panas menitik saya memberanikan untuk menyentuh cuping telinga, alhamdulilla hanya subang emas itu saja yang tertanggal dan hilang di tarik oleh jala masuk ke dalam air.

Saya tidak menceritakan peristiwa tersebut kepada rakan-rakan kerana takut di heboh-hebohkan, walaupun mereka menyedari tidak ada lagi subang di telinga, saya amat terbayang jikalau la subang itu tidak tertanggal maka dengan sebab subang itulah saya di tarik oleh jala masuk ke dalam Air, dah lah saya tidak pandai beranang, tak ada orang yang memerhatikanya. Tentu jadinya tak sempat bertemu SI DIA...

Saya hanya mulai dari itu saya tidak lagi memakai subang, begitu lama tindikan itu terbiar tanda-tandanya masih jelas kelihatan, satu, dua , tiga, empat, lima. Enam, tujuh, eeeeeeeee banyaknya bekas lubang anting-anting.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback