Wednesday, June 8, 2011

catatan perjalanan ekspres ke Pitas Sabah

Memang penulis ada dikhabarkan lebih awal oleh cikgu Mazlan yang mana berkaitan dangan cadangan dari ahli Abjad Selangor untuk membuat program penerangan di Kota Merudu Sabah. Berbetulan pula cadangan yang dirancang itu akan berlaku pada masa cuti persekolahan, kebetulan penulis pula di saat- saat akhir menerima arahan untuk datang bertugas pada minggu kedua persekolahan tersebut,jadi penulis tidak mengharapkan sangat untuk dapat menghadiri program tersebut.

Balik bercuti itu penulis memang tak ada haluan, segala palan awal memang sengaja di musnahkan, cuti beberapa hari sahaja tidak berbaloi.dan Kebanyakanya penulis hanya ada duduk di rumah, menikmati rasa penat yang agak melampau sehingga dua tiga hari baru lega rasa badan.

Pada tengahari hari rabu 1hb jun penulis mendapat panggilan telipon dari cikgu Mazlan yang mana beliau baru di khabarkan oleh rakan di kota merudu, bahawa yang mana progrem tersebut mungkin akan diadakan juga pada hari Jumaat,iaitu pada sebelah malamnya.

Biarpun agak merasa mungkin penulis akan mengalami kepanatan yang amat bersangatan kerana kiranya pada hari jumaat bertolah ke Kota Merudu, esoknya kembali semula ke ranau kemudian lusanya akan meneruskan perjalanan menuju ke Labuan. Tidak ada kesempatan untuk penulis merihatkan badan, tapi ini Mungkin kehendak dan anugerah Allah taalah bahawa penulis pada demikian masanya akan berada di Kota Merudu,, hingga dengan mudah penulis insyahallah bersetujuh untuk cuba hadir sama dalam majlis tersebut.

Esoknya hari khamis Tengahari 2hb penulis menerima pesanan SMS dari pengerusi Gelangang yang mana katanya Saudara Asrul menjemput rakan-rakan untuk buat majlis Qatam al-quran di rumah Mentua mereka pada malam tersebut. Penulis pun sebenarnya tergerak untuk membuat majlis yang serupa atas niat hati yang makin berkobar-kobar ini. Namun oleh kerana merasa malu untuk menyatakan hajat tersebut maka penulis ketepikan lintasan hati tersebut. Biarpun ia akan berlalu pergi Semuga satu hari nanti ada keberanian.

Pada malamnya sengaja penulis berlambat-lambat untuk hadir ke rumah mentua saudara Asrul,Setiba di rumah mereka penulis juga amat terkejut dengan permintaan saudara Asrul yang menyampaikan hajat serumah bahawa sudilah kiranya Ustaz membai’ah mereka seisi keluarga pada malam tersebut.

Walaupun sedikit agak merasa keberatan pada tangungan, siapalah saya ini? namun penulis usahakan juga mudah- mudahan hajat demikian di makbulkan oleh yang maha kuasa.

Pada malam tersebut juga,pada kesempatan berkumpul dengan anak-anak buah yang rajin hadir, penulis buka cerita dan dengan banganya mewar-warkan akan kemungkinan akan bertolak ke Kota Merudu Pada pagi besok. mahu ikut? Alhamdulillah ada rakan-rakan yang berbesar hati untuk ikut serta.

Seawal pagi saya sudah mendapat pesanan SMS untuk bertanyakan jam berapa masa bertolak ke kota Merudu, ulamak….. memang berkobar-kobar sungguh semangat mereka ini. Penulis memaklumkan mereka Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh cikgu mazlan tengah malam semalam. Progrem itu belum kompom, maka kalau jadi maka kami akan bertolak selapas mendirikan solat jumaat.

Sebenarnya Pada situasi ini, penulis dah tak ada mood untuk jalan, penulis yakin tentu penulis terlalu kepenatan nanti, sehingga terlintas di hati bahawa alangkah baiknya lagi kalau progrem ini tidak jadi. Di usia penulis begini rasa kepanatan makin mudah dirasa, bagi orang muda tentu tidak bermasalah untuk melakukannya.malahan keseronokan adalah.

Selasai sahaja menunaikan solat jumaat saudara mazlan terus mengkhabarkan progrem itu akhirnya jadi dan kita kena bertolak dari sekarang katanya. Distinasi pun bertukar Daerah Pitas Sabah. Bukanya Kota Merudu … Waaah lebih tambah jauh lagi ini. Penulis tidak mengambila masa lama untuk bersiap kerana memang dah redy dari awal. Packing untuk barang ke labuan juga.

Itu ini lebih kurang jam dua lebih baru kami dapat bertolak, saudara asrul susah sangat dapat pelepasan dari isterinya. Begitu isteri menyayangi suami? Penulis no komenlah …. Pedulilah tak berani campur urusan laki bini ini.atau Begini rupanya bila beristeri.

Ketika singgah di pekan ranau untuk mengisi minyak, kelihatan semua stesyen minyak panjang barisan kenderaannya beratur menunggu giliran, penulis membuat pusingan untuk turun menuju ke stesyen minyak shell, sebenarnya stesyen minyak ini mempunyai riputasi yang agak buruk pada masa lampau. Bukan terdesak Cuma Sangka baik sahajalah.

Penulis memilih untuk memandu sendiri dahulu, penulis memandu melalui jalan lintas ranau ke kota belud pertama kali dalam hidup penulis melalui jalan ini, dulu jalan kampung sekarang bentuk jalan raya yang memang agak baik, semuanya dah dalam bentuk tar, dan mempunyai selekoh-selekoh yang amat mengujakan untuk mencuba membuat drif. Cuba-cubalah…

Pemanduan penulis hanya setakat sampai di mesjid Pekan Kota Belud, tiba disana, pada masa lebih kurang jam empat lebih petang, tempat ini masih dalam minda penulis, walaupun kali terakhir penulis singgah di sini hampir mencapai lima belas tahun lalu.

Setelah menunaikan solat asar qasar, rombongan penulis meneruskan perjalanan, saudara mazlan tetap menjadi pemandu kenderaannya, saudara mazlan tidak asing dengan pejalanan ini kerana Ibu mertuanya berasal dari Kota Merudu. Dan sering berada di sana.

penulis pun sebenarnya ada hajat dan menyimpan angan-angan di wilayah kota merudu ini,ialah kita hanya merancang taqdir allah yang di zahirkan nya. selagi ada waktu amin.

Penulis pula pada kali ini adalah perjalanan kali kedua menyusuri jalan menuju ke kota Merudu ini,Penulis pula hanya jadi penumpang, pakai driver impot. Walaupun penulis agak rasa kesian dengan kenderaan yang dibelasa teruk oleh pemandu impot ini, kerana beliau langsung tak ada timbang rasa dengan kenderaan ini, tibai semacam aja, jalan raya yang berombak-ombak ini di belasah seperti berjalan dijalanan yang rata. Tak tahu lagi penulis nak cakap apa. Sama-sama kita berdoa Ninja King akan jadi kenderaan utama nanti insyahallah…..

Kami tiba di penginapan Pekan pitas baru sekitar jam tujuh petang. Saudara Hambali sedang menunggu kami, saudara mazlan terus berurusan dengan pemilik penginapan orcid, rupanya pemilik ini berasal dari kundasang ranau. Alamak RM68.00 sebilik oleh kerana pemilik tidak membenarkan kami tinggal dalam satu bilik maka terpaksalah sudara Riduan tambah rm dari cikgu mazlan untuk mendapatkan satu bilik lagi. Jumlah keseluruhan kos penginapan kami ialah RM136.00. insyahallah ada tempat disisi allah taala.

Selasai bersiap kami meneruskan perjalanan ke lokasi sebenar, penulis gagal mengingati nama tempat ini, rumah tersebut berhampiran dengan masjid. Setiba di perkarangan rumah tersebut, terdetik dalam hati penulis, saya kelihatan agak tarlalu muda tidakkah mereka akan cuba try test saya?
Bismilallah saya bertawak dan berserah kepadanya.

Penulis menaiki anak tangga dengan berhati-hati kemudian bersalam-salaman dengan hadirin yang penulis nampak pada pangkat pakcik-pakcik dan bapa-bapa. Bila penulis meliht saudara Boy picsyili (mus) terasa macam ada iras-iras Ali Asma Serawak. Cuma Saudara boy ini lebih berisi sikit.

Selain dari saudara boy ada lagi saudara zam. Sekali lagi saudara Mazlan yang jadi Impomer, saya kurang ingat dengan rakan-rakan dalam talian Facebook.

Menurut saudara Boy progrem pada malam ini memang tidak dirancang, beliau Cuma menjemput seluruh keluarganya untuk hadir pada malam tersebut, ada yang dari kudat, kota merudu, kota kinabalu. Susur galur keturunan saudara Boy dengan saudara hambali memang unik. Barangkali ada kaitan dengan sultan sulu dan abu sayap.

Keluarga-keluarga saudara boy ini memang cukup dikenali dan di kagumi oleh masyarakat Pitas, dengan ilmu dunia yang sangat Ampuh dan itulah juga yang sangat menganggu rasa hati Saudara Boy,, saka baka keturunan katanya. penulis lebih lah lagi risau

Dan mereka rupanya melewatkan solat isyak semata-mata menunggu kami untuk berjamaah, astaga,,, kan kami ini di mudahkan untuk menunaikan solat fardu secara Jamak, mahu tidak mahu demi menghormati tuan rumah kami bersama juga mendirikan solat fardu isyak secara berjamaah.

Selasai mendirikan solat fardu isyak secara berjamaah, saudara Boy meminta penulis pula untuk mengimamkan Solat sunat taubat untuk memohon ampun atas sekelian doasa yang telah dilakukan, seterusnya juga mengimamkan solat sunat hajat mudah-mudahan mudah segala hajat dan sekalian hati mudah menerima petunjuk dan hidayah dari allah Swt.

Majlis diteruskan dengan penulis sekali lagi mengetuai untuk majlis Bacaan Qatam quran.

Selasai majlis qatam quran hidangan mula di hidangkan, masakan kari kambing versi selangor dan Assalam Sungai Petani, sesuatu yang sangat sukar untuk di lepaskan.
Alhamdulillah malam ini masih ada insan pilihan, termasuk dengan saudara zam , saudara Jo dan Saudara Lid ada lagi tiga rakan mereka berbai’ah dengan penulis pada malam tersebut.

Sembang kami berlarutan sehingga melewati jam dua belas tengah malam, penulis dah tak larat memohon diri untuk beredar ke tempat penginapan. Sampai di penginapan satu ketidak selesaan melanda, penulis dan saudara Mazlan sehingga menjelang terbit matahari gagal melelapkan mata, pada tahap kepenatan yang demikian rupa apakah lagi yang menghalang kami untuk lena? Sedangkan salah seorang rakan dalam bilik kami masih dapat melelepkan matanya. Betapa cemburunya kami.

Sekembalinya saudara mazlan dari bersiar-siar memahat potret dalam kemeranya. Mengundang penulis untuk bersiap dan akan mencari tempat bersarapan, perut uda berbunyi-bunyi ini. Sambil menunggu rakan lain untuk bersiap penulis bersiar-siar sekitar dua deret bangunan kedai sedco ini, penulis melihat hanya ada dua restoran yang ada, tak ada pilihan,restoran yang kami pilih untuk melepak memang tidak meyakinkan penulis.

beberapa langkah dari penginapan itulah RESTORAN MUHIBBAH hanya tulisan kaligrafi dalam bentuk tulisan khat yang bergantung di dinding sedikit melembutkan hati penulis. Dan yang penting sekali Bung-bunganya memang sedang mekar sekali, menganggu pandangan mata dan penumpuan topik cerita.

Cuma bunga-bunga ini perlu di rapi dibalut dengan indah agar seger pada pandangan mata dunia dan kehidupan di dunia sana… JANGAN AMBIL HATI KAMI. Jangan biarkan bunga-bunga ini di curi peminat bunga… hadiahkan bunga-bunga ini kepada mereka yang mahir menjaga bunga. Alangkah indahnya kiranya haruman bunga ini di pamerkan hanya kepada pemiliknya sahaja.

Selasai penulis menghadap sarapan barulah saudara boy dan saudara Jo tiba menyertai kami, menyambung cerita semalam yang belum dimulakan oleh saudara Mazlan. Plan perniagaan Sim Kad TUNE TALK .Bila saudara Boy membeli sim kad pertama , maka mudah mengalir dalam sepuluh keping sim Kad tersebut beredar milik . Maka tertampunglah sebahagian perbelanjaan kami hadir ke daerah Pitas ini.

Penulis pun sedang berkira-kira untuk menyertai plan pernaiagaan Sim Kad Ini, dengan langkahan permulaan penulis sudah mula mengikut plan Topup reold dari saudara mazlan. Beli relod dengan aku tau…..

Penulis membawa kenangan indah dari Daerah Pitas ini, jangan lah ini pertemuan pertama kita, Salam perkenalan ..jangan pertikai wang ringgit yang di belanjakan demi jalan ini… ini bahagian kita, biarpun penulis membawa bekalan satu kerisauan yang mana di dahi sebalah kiri penulis, tumbuh seperti kesan ruam yang sangat luar biasa gatalnya,lebamnya makin membentuk, luar biasa bentuknya dan ia semakin meleber kerana di garu, mata kiri penulis kenampakan ada kesannya,, penulis macam pernah mengalaminya dan kini ia bergabung dengan yang lama, ia semakin merimaskan penulis, bila di garu makin enak… adui na … eeeeeeeeeeeeee gatal sungguh.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback