Friday, June 10, 2011

Pada minggu kedua pada masa cuti sekolah saya kembali semula bertugas di ibu pejabat, dan pada hari pertamanya, saya sudah mengalami banya perkara yang baru untuk di pelajari, saya juga di pernampakan oleh Allah swt dengan penzahiran beberapa pengkisahan sama ada benda itu saya suka atau tidak saya suka, semuanya memerlukan saya pamerkan ketabahan yang sangat luar biasa, tabah, tabah, tabah dan teruskan ketabahan hati.

saya mengatahui dan saya menyedari bahawa adanya saya dipermudahkan oleh allah swt dengan beberapa perkara, maka saya pula di uji dengan beberapa perkara yang bukan dipermudahkan. Dan kadang saya di cabar dan sememangnya saya amat tercabar, kenapa yang saya ada kelebihan beberapa perkara ? kenapa tidak gunakan kelebih beberapa perkara tersebut untuk mengatasi kesulitan beberapa perkara itu?

Tiap-tiap sesuatu adalah anugerah allah swt, tak kan lah pula kuli memerintah Bos nya. Hak allah untuk mentdbir alam ini dengan kuasa kehendaknya, dan Tiap sesuatu ada asbabnya dan asbab itulah menafsirkan keberlakuan sesuatu.. pemilik asbablah yang patut di tujuh…

Saya tak boleh pula ni kalau lama-lama tak ada loptop, jadi hari ini konon-kononya saya jadikan sebagai menyambut hari kelahiran saya, dan untuk meraikanya saya pun berbelanja lebih lah sikit, sebenarnya semalam saya dah merayau menyemak harga-harga dipamer di kedai laptop, saya ada jumpa laptop berwarna pingk yang sangat memikat dan menarik minat saya, malangnya pada hari ini yang mana saya dah standbay duit banyak, benda tu dah diambil orang,,,,,,,, dan …. Dan… dan….. dan minda saya kata tentu orang yang membelinya adalah seorang lelaki yang membelinya untuk di hadiakan kepada seseorang yang istemewa pada hari kelahirannya… dan lebih menambah malang lagi teman istemewa tersebut itu adalah SI DIA …,ala laaaaa,…. Menangis tiada guna,,,,,

Tak apalah saya boleh pujuk hati ini sendiri dengan iringan dendangan lagu senandung yang telah saya beli beberapa tahun lalu, tapi baru sahaja saya terbaca.
Kalau dah memang Allah swt tak takdirkan benda itu bukan menjadi milik saya. Maka saya perlu redha.. redha…. Redha...

saya rasa dan saya sedar bahawa saya memang warasan dan saya memilih membeli jenama asus k43u pada harga RM1199.00, saya nampak benda inilah sahaja yang berharga paling murah dijual,warna pingk tu berharga RM1666.00, biarpun saya sebenarnya mampu membeli yang lebih berkuasa jika saya maksudkan gunakan untuk kegunaan sendiri. Terus terang ,,, saya membeli ini atas niat dan maksud yang telah lama saya fikrikan. Tapi tak apalah redha dengan ketentuan dan memang taqdir allah swt menjadikan demikian ceritanya.

Lalu dari lebihan penjimatan pembelian itu, saya juga membeli Nokia 1616 untuk persediakan sebagai kegunaan lampu kecamasan, dan saya juga membeli Nokia C3 yang sebenarnya pun saya dah niat untuk hadiahkan sempena sambutan hari jadi kepada sesorang. Namun saya tidak berani sudah. Saya tidak mahu menggangu gugat kegembiraan yang terpancar dari mereka, biarlah…. Saya sediakan untuk standbay , bila saya dah cakap maka saya perlu bertanggungjawab… insyahallah saya ikhlaskan kerana allah swt. Tiada udang di sebalik mee. Mintalah….. tak minta memang saya tak bagi.

Kelmarin dan hari ini sudah cukup untuk melukakan hati, kenangan-kenangan tentang kisah cinta tidak akan lenyap, ia akan tetap terbayang-bayang dan meninggalkan kesan yang lama sekalipun sumber rangsanganya telah lama berlalu.

Hal ini bukanlah suatu gejalah yang baru, setiap orang yang pernah dilanda oleh cinta yang murni,pasti mengatahui betapa besarnya kesan cinta itu tertanam dalam hati manusia. Kesan tersebut akan tetap bertahan lama, kerana cinta itu bersifat rohaniah.
Sesorang yang tidak dirangsang oleh cinta untuk mencapai sesuatu dalam hidup ini, adalah seorang manusia yang tidak mempunyai harapan lagi. Pada hakikatnya orang itu sudah mati, meskipun ia masih bernafas.

Cubalah melapangkan fikiran untuk kembali ke masa lampau yang penuh dengan kenangan indah tentang cinta. Pastinya kenangan yang indah itu akan melembutkan rasa sakitnya penderitaan dan kecemasan yang sekarang ini. Kita akan menghayati satu sumber pelarian dari kenyataan hidup yang tidak menyenangkan ini.

Siapa yang tahu bahawa kadang kala fikiran itu akan mencetuskan satu khayalan, gagasan atau rancangan yang boleh merubah seluruh status kehidupan kewangan mahupun rohani anda.

Kalau beranggapan bahawa anda telah bernasib malang, hanya kerana telah gagal mencapai cinta, buangkan pemikiran yang negatif itu. Sesorang yang benar-benar jatuh cinta tidak akan mengalami kegagalan. Cinta itu bersifat berdasarkan pembawaan sesorang.

Ia akan datang pada bila-bila masa ia suka, dan ia akan pergi tanpa sebarang peringatan. Oleh sebab itu terima dan nikmatilah cinta itu semantara ia masih ada. Namun tidaklah perlu bagi seseorang membuang masa dengan sia-sia untuk menangisi penolakan cinta itu. Kesedihan itu tidak akan memulihkan kembali cinta itu. Kesedihan hanya menyiksa diri sendiri.

Usah menyimpan harapan. Yang sudah, sudahlah agar kesedihan itu pantas berlalu pergi…., jika masih mengharap dan menyimpan harapan maka bersedialah untuk merasa bahangnya…..

Janganlah beranggapan bahawa cinta itu datang hanya sekali sahaja. Ia kan datang dan pergi pada bila-bila masa, tanpa diundang dan disuruh, entah berapa kali jumlahnya. Apa yang jelas ialah tidak ada dua pengalaman bercinta yang sama coraknya. Jadi banyak kalikan lah bercinta. Mana tahu dapat pangkat doctor cinta.

Memang tidak boleh disangkal lagi bahaw cinta itu merupakan pengalaman hidup terbesar bagi manusia. Ia boleh membawa seseorang berhubung dengan sumber kecerdasan yang tidak terbatas. Dan boleh jadi ia menganggu kewarasan seseorang.

Cinta adalah emosi dengan pelabagai segi, warna dan bayangan.

Apabila dipandukan dengan emosi romantisme dan …………… ia boleh membawa sesorang ke tahap usaha yang penuh kreativiti.

SELAMAT MAJU JAYA

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback