Saturday, July 2, 2011

Ajaibnya perasaan pada Usia 40 tahun

Alhamdulillah hirabil alamin, hari dan minggu yang hadir dihadapi dan dilalui dengan penuh redha dan sangat tabah,sewaras dan setenang yang mampu, Cuma perangai aku ini yang perlu di cuba-cuba di setting sikit, dengan gaya rambut tepacak meradak halangan yang ada, oooooooo ada sapa2 yang mahir setting perangai ni? Boleh lah settingkan perangai aku? harga bolah runding bah.

Lelaki Dan Wanita akan mencapai Usia Baliq dua kali. Pertama kali dari alam kanak-kanak ke alam remaja dan kali kedua dari alam dewasa ke alam senja. Kira-kira dari usia 12 hingga 15 tahun dan sekali lagi antara 40 hingga 50 tahun.

Pada usia melapasi 40 dan menghampiri 50 akan sekali lagi mengalami perubahan yang ketara kali ini tentang peribadi,sikap, cara perfikir dan susuk tubuh. Perubahan ini menyebabkan “kegatalan” akan kembali memuncak, tentu biasa di dengar, “wah, makin hari aku tengok engkau makin cantik pula”

Tarikh tamat kontrak perkhidmatan semakin hampir dan perkhabaran adanya pertukaran dan penampatan baru pula sedang hangat di bicarakan, sebelum-sebelumnya Penulis tak kisah sangat kalau pun ditamatkan kontrak,penulis boleh balik kampong bah.

Dan penulis juga tak kisah dimana pun akan di tempatkan, kerana penulis berkeyakinan di mana pun akan di letakkan, penulis bisa hidup dengan keadaan lingkungan dan persekitaran yang ada.

Keadaan sekarang sudah berubah, kedua-dua situasi itu akan sangat-sangat mempengarahui kewarasan, keadaan dan gaya hidup penulis,terutamanya buat masa ini penulis tersangat risau jika akhirnya akan berjauhan dengan Si Dia. Tiada kerja yang penulis buat melainkan ada bersangkutan dengan Si Dia,hingga SI Dia pun kata Ustaz mana boleh Main paksa-paksa...

Penulis pula kata ahhhhhhhhh tidak, tidak, tidak. sama ada setujuh atau tidak setujuh, mesti jawab setujuh, kalau tidak saya pugai (pengasih) ma, Nauzubillah.

Untuk renungan dan ingatan penulis sendiri, dan moga penulis dikuatkan iman, seperti penulis tulis pada artikel sekitar Julai-oges 2010, perjodohan terdedah kepada tiga.

1. Jodoh Jin.

Jodoh ini berlaku dikerana dan bersebabkan berdasarkan oleh pengaruh atenatif lain seperti pengunaan pemujaan dan alatan pengasih yang seumpamanya.

2. Jodoh Iblis.

Perjodohan ini berlaku dikeranakan dan bersebabkan kerana sudah terlanjur.

3. Jodoh Allah swt.

Perjodohan ini berlaku bukan dikeranakan dan bukan bersebabkan seperti dua di atas. Insyahallah.

Sebelum penulis menerima perintah arahan bertukar ke sekolah sekarang, sebenarnya penulis dah pun menyimpan sebuah anganan yang akan berada di sekolah ini dan pernah penulis nyatakan keinginan tersebut kepada rakan-rakan, dan pernah juga penulis berseloroh dengan Guru Besarnya untuk pindah ke Mari.

Penulis juga semakin tertarik bila mana pernah mendengar cerita dan berita dari rakan bahawa adanya seseorang yang bernama Si Dia yang baru di tempatkan di sekolah ini, hebat tu tau…. mendengar cerita ringkas itu lahirlah bunga-bunga hati penulis, mungkin kerja tambahan ini boleh aku cuba-cuba. dan mana lah tahu….. rezeki penulis di situ.

Kali pertama penulis bersua dengan Si Dia,masih kah ko ingat? time tu ko sedang menjual Pen tulisan Khat di M JAN,kursus time tu memang gila-gila banyaknya, oh ya Si Dia tingginya separas penulis, memakai cermin mata, dan bertahi lalat…. Putih, ini rupanya Si Dia,ada getaran di hati penulis,puh.. semangat.

aku uszer…… tak layan la bro… senyum pun enda. Masam je muka, mungkin Aku yang sombong kot? Kalau Si Dia melihat senyum manisku. Semanis kurma ini. Tentu tergelak punya. Never men, tak kenal aku lagi …

Kali kedua penulis bersua denganya, masih kah kau ingat? ala la Si Dia di arah menganti bertugas di sekolah lama penulis, dan penulislah mangsa pertamanya pada hari pertama kehadirannya, garis merah tau kehadiran penulis hari ini, penulis memang awal sampai tapi terus buat kerja sebab penulis takut sekejap lagi kalau semua rakan-rakan kerja uda sampai jadinya jem berebut-rebut nak siapkan kerja masing-masing pula, penulis memang tak pernah datang lewat, rumah sewa penulis dengan sekolah tak jauh pun, jalan kaki pun dapat Cuma konon bila ada kemudahan pakailah kan.

Tak sangka pula yang datang hari ini,Adalah Si Dia boleh tahan ciut tau ini orang i like this girl, hari ini Heboh staf gabungan dua sekolah , mungkin ramai yang bergaris merah kalau begini, memang penulis uszer je dari tadi time Si Dia Mula-mula masuk pejabat, penulis perasan Si Dia melilau matanya mengira-ngira jumlah makhluk yang ada, Cuma tak apalah biar tah aku ni, aku tahu sengaja Si Dia mengaris merah untuk Tahu gerangan siapakah nama lelaki hendsom yang sedang merenungnya?

penulis nak menikmati pemandangan yang sangat indah pada hari ini dan mungkin untuk beberapa hari. Penulis sangat gembira dan penulis sempat berdoa Semoga aku ada peluang.

Hujung dan awal bulan berlalu Sim kad tunetalk baru yang kedua penulis dapat jual, macam memang penulis tak ada bakat jadi juru jual, susah nak jadi jutawan Tunetalk kalau begini,kawan-kawan asyik minta penulis sponserlah dulu, bisenas baru nak mula, utang tak settel lagi iiiiiiiiii macam manalah penulis mendahului jadi kaya, kamu lemparkan penulis ke lembah kayawan barulah penulis dapat menyediakan kamu tempat di lembah kekayan ini.

Kena mencari ilmu meniaga juga tau ini.

Lain lah kalau Si Dia, memang penulis bagi special punya tawaran, dan tawaran penulis ini memang tak ada tarikh lupusnya, Cuma otamatik batal kalau adanya yang lain bertaktha di hatinya..

Sibuk kami minggu ini, rindu pula penulis dengan Si Dia, Belum Masuk kerja.seminggu udah tak jumpa. Cemburu aku tak reda-reda. Bila masuk kerja rupa-rupanya si Dia masih sakit dan memang dalam seminggu bercuti itu sakit. Cian dilo, aku pula tak ambil tahu apa-apa. Macam mana nak jadi suami mithalai kalau begini?

Bila Si Dia masuk kerja juga,biarpun masih kurang sihat, Tengah2 penulis mengayat Si Dia, penulis kena tanya soalan cepu emas tulin pula, wuuuuu…… bole tolong jawab ?

Katanya so…. Saya nak tahu apa sangat yang membuat Ustaz (ala la panggil ustaz lagi.… pangil abang bah..) kenapa ustaz tertarik dan memilih saya sedangkan ramai lagi ustazah di sekolah ini dan di sekolah lain ustaz pilih lah mereka?

Setahun lalu penulis ada post dalam Fc susah rupanya mengurat, setahun kemudian penulis postkan nada yang sama juga, bermakna Penulis tak pernah bercinta, penulis tak pernah berjaya mengurat, termengorat adalah kot?

Macam mana nak jawab? Adakah memang perempuan selalunya tanya soalan yang sama begini? Dan bolehkah tak payah jawab soalan yang begini? Atau memang wajib jawab agar lahir rasa kepercayaan dan keyakinan pada empunya diri? Sebenarnya Nak penulis jawab takut jawapan menipu pulak, tak penulis jawab risau pula dikata tak bersungguh-sungguh...

Nak tak nak, kena mengayat juga ni tau... Oh cinta ku pandang pertama.kali pertama aku terpandang wajah mu,,,,, Kan.. kan… kan.. terkedu seketika si Dia. “ Ustaz….. adakah lagi cinta begitu?”

Antara keserasian penulis dan Si Dia,ilah cita rasa boleh memilih menu makanan yang sama, dan yang penting sekali penulis dan Si Dia dapat bergaul dan beramah dengan orang-orang dari semenanjung, biar penulis ni Ori orang sabah, penulis ni macam orang semananjung . Ber Abang Adik dan ber Ayahkan orang semenanjung juga..

Dan penulis menjangkakan, dengan kelembutan dan gaya penampilan Si Dia yang tersendiri tidak masalah berkominakasi dengan adik beradik penulis, tak bising-bising bercerita dan mereka semuanya sama berkulit cerah. Entah mengapa dan kenapa penulis pula berkulit lebih cantik.

Si Dia mahu jawapan dalam jumlah enam ratus perkatan, satu cabaran…. insyahallah penulis terima dan kalau dalam bentuk kertas lambat sikitlah penulis siap, kalau ko sudi keluar makan dengan penulis, maka penulis bole top up lagi dengan lebih seribu patah perkataan akan penulis berikan, apa macam setujuh?

Dan Banyak lagi penulis nak cerita tapi ruang masa dan kerahsiaan isi penceritaan yang sangat membataskan suasana.

Mungkin Ustaz Rahipin akan menjawab soalan itu dengan tepat dan ringkas, katanya Demi dan Kerana ALLAH Swt.saya memilih mu insyahallah taalah.

Dan Pada pembukaan kata Ustaz Jack tadi pula, CINTA PANDANG PERTAMA. Dan Dari Pendengaran Pertama. Tak terungkai oleh kata, tak terkata oleh bicara, tak terbicara oleh percakapan,nak cakap pun tak terungkap. Bila dirangka dengan perkataan maka demikianlah jadinya.

Mudah-mudahan jawapan penulis mengenai Ustazah di Sekolah ini dapatlah juga menjawab pasal ustazah di sekolah lain, penulis masih ingat, dan penulis sangat pasti kamu masih simpan dihati kamu akan peristiwa itu. Maafkan saya sebab saya pernah melafazkan I Love you kepada seseorang di hadapan kamu. Itu antara kelemahan diri penulis, gagal mengawal tutur kata sehingga ayat seperti itu boleh terlepas bersahaja. walaupun penulis tidak bermaksudkan apa-apa, akibatnya memang dah terjadi. penulis bukan milik siapa-sapa,dan penulis tidak berusaha memiliki siapa-sapa sebelum ini.

Penulis ani bukannya tak Hendsom, memang hendsom pun dan penulis suka mudah mesra dengan sesiapa pun dan penulis akan berkata apa yang boleh penulis kata sebab penulis tahu. Tidak ada sesiapa yang teristimewa terasa hati akan kata-kata penulis, tidak perlu menjaga hati sesiapa pun, terutama ketika di serang, penulis perlu mengelak dan berdalih, kalau tidak, merah muka sendiri… dan saya amat berharap kamu lebih memahaminya. Antara Kita pun sering serang menyerang bila ada peluang.

Ketika pada masa si Kawan yang masih rajin mengambilmu, biarpun penulis bersahaja tetapi itulah hatiku. Biarpun kamu tidak pernah endahkan penulis, tidak pernah penulis berkecil hati, akan ku cuba lagi,Kalaulah penulis tahu antara kamu memang tidak ada apa-apa pada ketika itu…

Sedar tidak sedar udah berlalu setahun kita bertugas di tempat yang sama, April kita telah bermula, mei sarat dengan cabaran, jun yang agak ceria, kini masuk julai penulisan penulis masih tertumpu kearah kamu. Moga kita Berjaya. Amin

Bukanya penulis tak perasan apa yang berlaku di sekeliling penulis, yang penulis dapat jawab hanyalah penulis belum di izinkan untuk memikirkan ke arah itu sebelumnya…

pada situasi sekarang penulis sering menumpang atas Nama kamu bila di serang dan di Usik oleh mereka-mereka itu. Penulis minta izin pada mereka, Biarkan kami, doakan lah kami, restuilah kami

dan sekarang ani saya perlu belajar untuk minta izin dari kamu dan penulis kata kepada mereka Usah di sakiti hatinya lagi. hari itu telah bermula tapi begini jadinya… Kelak saya yang lebih merana…

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback