Pagi sabtu 9hb julai 2011, Ketika sedang asyik memurnikan penulisan bertajuk JAWAPAN PADA SATU PERSOALAN, penulis dikejutkan oleh panggilan talipon dari saudara faizal. Ooooohhh penulis terkajut (astagfirullah ) penulis baru teringat tidak membalas mesej yang telah di hantar nya beberapa hari lalu.
Keasyikan mengulang baca dan memurnikan penulisan JAWAPAN PADA SATU PERSOALAN membuatkan penulis terlepas banyak perkara. persoalan dan terjemahan rasa yang mana daya rasa itu sentiasa berubah menyebabkan penceritaan dan luahan rasa hati pada penulis itu berubah 80 peratus dari yang asal di saat akhir penerbitan Post.
Sepertinya ada dua versi yang berbeza, penulis suka seperti yang telah di postkan biarpun lebih kepada merapu.
Penulisan itu sebenarnya penulis cuba masih kekalkan pada bentuk sedikit ringan tapi rupanya menjadi ada lebih kekasaran dari kebiasaannya. bila ditambah rasa begitula mungkin, perlu sedikit kepada pendedahan diri. Itu baru permulaan kerana ada pada babnya memang Ustaz Rahipin mungkin menunjukan ketegasannya. agar tidak ada penyesal di kemudian hari kerana menyasal pada masa itu sudah tidak berguna lagi.
Pada hujung minggu yang lepas sebenarnya penulis dan Saudara Faizal dari kota kinabalu ini, telah ada temu janji namun nampakanya pada minggu tersebut kami tidak ada rezeki jodoh pertemuan. Ada beberapa rintangan menghalang kata saudara Faizal.
Alhamdulillah akhirnya pada hujung minggu ini penulis ada direzekikan pertemuan dengan saudara faizal. Dan Saudara Faizal pula tidak datang berseorangan Dan lagi sesungguhnya penulis langsung tidak menyangka yang Saudar Faizal akan datang bersama Isteri dan Anak perempuan kecil mereka. Lupa lagi aku namanya.. Irrah Kot?
Alhamdulilah antara kami tidak kekok dalam bercerita, perbualan kami sepertinya kami dah lama berkenalan.
tapi kena carikan hotel untuk menginap Maklumlah sajalah keadaan rumah bujang penulis tidak dapat mengizinkan penulis menyambut dan menerima tetamu yang berkeluarga, setakat cita rasa orang bujang, barangkali tidak menimbulakan kekok, jadi boleh lah datang melepak bila-bila masa di rumah sewa penulis ini. Kecil tapak tangan ruang tamu rumah sewa boleh saya hamparkan..
Mencari Pertemuan pertama di Terminal Fery Penumpang Labuan tidaklah merumitkan sangat. Zaman sekarang semua dah ada HP sebagai asas keperluan seharian jadi tekan nombor saja. pandailah dia melaung-laung memanggil.
Sangkaan penulis saudara Faizal datang dengan kawan lelaki. Oleh kerana bawa keluarga terpaksalah carikan hotel untuk penginapan. Hotel pertama yang penulis Tanya di Melati IN rom kecil tandas luar RM50 ringgit. Saudara Faizal tak ambil. Penyambut itu interdius penulis cuba ke One Hotel sana banyak bilik dan jarang penuh kata mereka.
Penulis pun baru hari ini dengar nama Hotel ini, tapi taka pa bah. Labuan ini kecik aja untuk mencarinya, kalau pasar ikan itu penulis tahu sangat. Tapi hotel di sebelahnya penulis tak pasti lagi.
Dalam perjalanan ketika melintas restoran JJ coner yang penulis setiap petang melipak rupanya boleh Nampak mercu tanda Hotel ini. Jadi agak mudah juga mencarinya. ketika penulis Tanya berpelayan tu, penulis di Tanya nak macam mana bilik? Odoi…… mana aku tahu nama-namanya pelik penulis dengar, jadi penulis kata yang paling murah punya. Senyum mengejek pelayan ini, macam tau2 baru kali pertama Tanya penginapan. Pelayan tu kata RM98.00.lah yang paling murah.
Saudar Faizal setujuh dengan nilaian bilik ini. Dan Ketika menunggu mereka bersiap. Penulis berlegar-legar di sekitar bangunanya hotel sudah agak .lama benar penulis tidak melintas kawasan ini. Antara yang menarik perhatian Dari tepian ini, ialah boleh kelihatan beberapa tempat terutama perkampungan perumahan atas air Patau-patau Satu. Dan Di tepian ini jugalah para penduduk kampong menunggu teksi laut untuk ke perkampungan mereka. Tepian ini juga adalah tempat para nalayan melabuhkan kapal untuk mudah menurunkan tangkapan mereka kea rah pasar ikan.
Setelah saudara Faizal selasai bersiap penulis bawakan mereka singgah makan di Ujung Pasir sudah tentulah penulis perkenalkan kepada mereka Restoran EFFA ( ala la nama mu masih bertaktha di hati rupanya) tak ada menu istemewa bah pula di sini ini. Cuma inilah sahaja tempat yang mudah mencari parking kereta.
Sebelum menuju ke rumah, saudar Faizal ingin singgah membeli sedikit barang di Utama Jaya supermarket.
Penulis sengaja bawakan mereka balik ke rumah sewa dahulu ,sambil-2 penulis dapat meperlihatkan keadaan rumah bujang penulis, mulanya penulis cadang nak gunakan baiah talqin syahadahtain versi lama sahaja. Tapi bila mendengar cerita dari saudara Faizal dan melihat situasi keadaan maka penulis merasakan adalah lebih baik dan mudah baginya menggunakan talqin Sahadatain Versi Kabangsaan. Oleh kerana tak hafal skrip maka kena baca menghadap skrip lah ini. skrip ada di rumah. Kena balik rumah juga lah ini.
Saudara Faizal ada tayangkan kepada penulis beberapa peralatan yang datang sendiri kepada keluarga mereka untuk di mandikan, wuuuui banyaknya benda ada cincin, ada batu delima , ada keris, ada pedang semuanya dalam bentuk tradisi.
Ada keseronokan melihat anak perempuan saudara Faizal bermain sesuka hati, di dalam rumah penulis, di situ ada rasa rindu.. insyahallah.. amin
Kepada saudara Faizal sekeluarga maafkan saya, kerana saya hanya mempu melayan sekadar orang bujang.
Saudara Faizal bertanya kenapa Abjad tak sangat Mewar-warkan kepentingan Shadatain ini? pada penulis selain daripada tidak memiliki hujah yang mantap. Penulis lebih berpegang kepada bila mana Allah Swt bukakan gerak hatinya maka mudahlah penulis menghadapinya, tapi Berhujah macam mana pun kalau bukan hidayah Allah swt. Hanya memBuang masa dan menimbulkan kemarahan berpihak sahaja.
Kerana demikian jadinya keadaan. adanya yang begitu lama beria-ria nak terima talqin syahada, itu ini semua siap dah ditanya ,kata nak datang dah, Allah Swt masih belum digerekan untuk di bukakan hatinya bertemu penulis.
Kita di dalam abjad sangat berbangga kerana talqin Syahadatain ini dalam bentuk kaedah dan majlisnya sendiri,mempunyai rabitah, sanad dan wasilah yang tidak terputus hinggalah kepada Rasulallah Muhammad saw Insyhallah.
Lekeh dan merapu macam mana pun penulis, tidak melemahkan rabitah sanad dan wasilah yang dipegang. Malah rabitah, sanad dan wasilah inilah yang menjadi antara penyebab pembantu ke arah menuju jalan yang di redhai Allah Swt. Tanpanya amalan kita ada lemahnya.
TALQIN (satu upacara majlis)
SHADATAIN ( dua kalimah syahadah)
Kalimah syahada pertama ASYAHADU AL LA ILAHA ILA LALLAH ( aku bersaksi tidak ada tuhan yang disembah melainkan ALLAH).
Kalimah syahada kedua WASSYAHADU AN NA MUHAMMMADAR RASULALLAH (dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan ALLAH)
•Turunnya al quran memansukan(menggantikan/menexpired) tiga kitab yang lain. Orang islam percaya yang adanya kitab2 selain Al quran yang pernah di wahyukan, seperti mana orang islam yakin dan percaya Al quran memansukan ajaran agama wahyu yang terdahulu iaitu taurat zabur injil.
Sering penulis ketemukan ada orang kata kalimah sahadatain ini adalah KALIMAH SAKTI juga, betulkah begitu?
Yang betul-betul penulis tahu teristemewanya kalimah ini adalah kalimah ini berguna sebagai KUNCI PINTU SYURGA. Tidak akan masuk surga orang yang tidak melafazkan kalimah ini.
Nabi2 As sebelum Junjungan Muhammad Saw sangat mencemburui umat Nabi Muhammad kerana kalimah ini. dengan kalimah ini menyebabkan umat Muhammada mendahului masuk ke dalam pintu syurga AMIN.
Selasai berbaiah shadatain dengan penulis Saudara Faizal dan Isteri. Tugas Penulis pula bayayangkan dan perkenalkan tenteng sedikit tentang JABAT 14 VERSI PENULIS, maaf kerana penulis kurang faham dengan versi kebangsaan( apa itu jabat 14?)
dan sebagai buah tangan juga penulis persembahkan JABAT POTONG. (Apa itu jabat potong)? Orang malas pun boleh buat benda ini, sangat2 simple dan tak payah guna zikir atau apa2 mentera. Dan tak ada pantang larangnya langsung, rasa nak buat, buatlah, dan kalau malas peduli apa tak buat pun, ianya Sebuah gerekan senaman yang boleh mencerkaskan otak dan badan,,,, rugi kalau tak bersenam bah..
Saudara Faizal ada juga bertanyakan penulis. adakah Ustaz pun jadi seorang perawat? Jawapan penulis “Oh… tidak, saya tak dikenali pun di sini, biarlah.. sebab kalau orang ada tahu nanti, jadi sibuklah pula saya.
No comments:
Post a Comment