Monday, November 7, 2011

Catatan Balik bercuti... Raya korban

Alhamdulillah,dapat juga saya masuk untuk postkan penulisan ini setelah beberapa lama disekat,terima kasih kepada webmaster. yang telah berusaha beberapa hari untuk memulihkan keadaan,Dan Baru sebentar tadi juga Cikgu Mazlan SMS kan kata kunci yang baharu ini.

Teknologi lawan teknologi,Dan pernah timbul dalam perbualan kosong kami, boleh kah? dapatkah? membangunkan industeri Filter lenc kemera yang berformat. yang mana diantara fungsi filter ini adalah dapat memerangkap pergerakan luar biasa contohnya gelap di sebalik cahaya. dan terang di sebalik gelap.

Awal bulan November ini,Ketika penulis berhajat menerbitkan sambungan penulisan mengenai Sharif Kedah bertajuk catatan FASA KEDUA PENCARIAN KUBUR SHARIF KEDAH, penulis mengalami masalah untuk tanda masuk, berkali-kali penulis mencuba memasukan kata kuncinya, semua percubaan penulis gagal. Keluar sudah benda dan arahan lain, bah.... apa sudah jadi ini. penulis kasi biarlah dulu. Mungkin ini hanya ganguan line internit.

Esoknya penulis mencuba lagi,isi tanda masuk,isi kata kunci,nampaknya keadaan masih serupa. mungkin macam penulis telah lupa akan paswordnya kalau begini kan?, lagipun bab no pin atau password ini penulis agak lemah dan bermasalah untuk menyimpan dan mengingatnya. tapi seingat penulis selama dua tahun keluar masuk post dan edit post tidak pernah pula penulis menghadapi keadaan situasi begini.

Ataupun sangkaan penulis memang tuan webmaster telah buat kemas kini, termasuk kata kuncinya sekali telah diubah. Ala... nantilah.. ada masa baru Penulis impom dengan webmaster. Sebab jumpa juga nanti lagipun cuti raya haji ini penulis cadang memang nak balik juga ke kampong.

Balik kampong oooh ooooh balik kampong hati riang.

Jadi inilah post yang mendahului post sambungan pencarian fasa kedua kubur Sharif Kedah, dan ada satu lagi sambungan untuk fasa kedua ini, penulis ada dua stok penulisan tau.. tunggu dan nantikan deberannya.

Sebenarnya baru dua minggu penulis tak balik kampong di ranau sabah, selagi ada peluang dan ada orang yang sudi tumpangkan penulis dan walau penatnya pergi dan balik itu hanya tuhan yang tahu. Baliklah juga penulis,,,

tak ada sesiapa pun yang lebih sangat istimewa untuk penulis rajin balik kampong ani, selain menatap wajah dan mencium tangan ibu, ayah dah lama pergi meninggalkan kami,,, kesihan ibu seorang-orang di rumah.. walaupun sebenarnya penulis pun agak jarang-jarang berbicara dengan ibu ketika berada di rumah, takut be saya kana soal terutama pasal Si Dia.

Cuti raya ini rakan SI DIA Ustazah tu ada buat cadang nak rancangan nak pii makan-makan, Allahu Akbar. Eeeeeeeh macam mana ni???

Penulis kata alaaaaa saya nak balik kampunglah..... boleh buat hari lain lah...., walaupun dalam hati penulis kata alamak.........melepas... melepas.. melepas.. lah lagi, terlepas peluang hadir makan-makan dan keluar makan sama Si Dia.

Apa kata rakan Si Dia Ustazah tu.... Ustaz ini asyik-asyik balik kampong. Balik kampong,. Balik kammmmmmmm pong... Macam balik jumpa biiiii ni... ustaz ini memang dah berbini??

eeeeeeee eeeeeeeee eeeeeeeeeeeeee
Penulis memang sangat kaget menghadapi suasana ini.Penulis lihat Si Dia hanya asyik tersenyum dan tergelak terutama bila rakan Ustazah ini menyebut ayat tadi dan menyampok“ ya kan ustazah juga yang suruh ustaz ini kawin?”

chisssssssss asyik penulis saja yang kena,senyumannya memang beracun dan telah meracun hatiku, penulis hanya mampu tunduk melihat soto ayam yang macam susah untuk di habiskan.. estdeya bah... control hendsom, hendsom, aku memang hendddddddddd som. tak ku pedulikan orang sekelling yang mendengar perbualan kami.

Jadinya jumaat petang penulis balik kampong juga. Penulis mohon kebenaran pentadbir untuk keluar awal dan minta seorang kawan tolong hantarkan ke terminal baru Fery. Nak naik teksi laut. Sesak juga penulis berbaris untuk membeli tiket, hampir sejam baru selasai, bukan pasal ramainya orang berbaris tapi menunggu persetujuan dari pengusaha bot di menumbuk sama ada boleh datang mengambil penumpang di Labuan ani.

Pembeli tiket sepuluh orang sahaja, muatan bot yang di benarkan sepuluh orang, yang ada dalam bot dua belas orang. Macam mana bole jadi begini? Semua nak mudah, semua nak cepat, semua nak lebih.. sehingga tidak memperdulikan orang lain. Dengan RM10 telah membahayakan nyawa 14 orang lain, dengan lima minit sahaja telah mengadaikan nyawa 14 orang lain.

lebih kurang dalam 35 minit perjalanan dari labuan Sampailah ke menumbuk,dulu-dulu memang penulis merasa sangat takut bila menaiki binatang ini,satu takut mabuk laut keduanya ingau macam bot ini nak terpecah bunyinya, sekarang kena biasa-biasakan kerana terpaksa untuk mudah, tidak rugi masa dan lebih cepat sampai, biarpun tiga kali ganda mahal tambangnya dari fery besar itu. Rm15 seorang sekali perjalanan dan kadang-kadang pada suasana biasa tambangnya akan mencecah jadi luar biasa.

Rakan yang akan mengambil telah lama menunggu, cadang nak minum dulu baru nak teruskan perjalanan,oleh kerana kedai yang kami cuba nak masuk ini sudah kelihatan telah mula menyusun kerusi mejanya, kami patah balik dan teruskan sahaja perjalanan, nanti dimana-mana diperjalanan berhentilah cari makanan.

Berhentilah kami pada suatu tempat, ala la la lupa lagi nak ingat nama kedainya. selamat datang ke restoran sri coto makasar,Oder dua sup daging dengan dua nasi kosong, dan dua mee goring ayam, intem secawan, nescape panas satu, milo ais satu, entah apa lagi satu di minum.

semasa menunggu ketibaan oder di siapkan, kami dapat melihat di sebelah bangunan kedai ini sedang kelihatan sekumpulan perempuan sedang mengusahakan membuat dan menyiapkan benda seperti yang sedang tersedia di atas meja kami,(memang penulis tak tahu namanya, bentuknya dibalut dengan daun pisang dan di ikat dengan tali rapia) lalu penulis bertanya rakan lain "setelah kamu melihat cara membuat dan menyediakan makanan ini adakah lagi kamu sudi memakannya?" semuannya menggelengkan kepala? sedangkan penulis telah menghabiskan sehidangan benda ini ketika menunggu oder disiapkan ketika berhenti bersarapan di Kota Belud semasa berziarah ke apitas.

semua oder kami penulis bayar hanya RM17.00.. mahal kah? ooooooo OOOOOOO Sangat murah berbanding di Labuan kerana pada anggaran penulis nilaian harganya di Labuan, baru itu makan sahaja sudah Rm19.00.

Baru dibuang seorang di perumahan Tanjung Aru tadi, singgah mengambil lagi seorang di Asrama Masterskill, sudah ambul kami singgah lagi untuk minum, penulis baru bole cam orangnya, gayannya macam mungkin anak buah pada pemilik kenderaan,pindik-pindik tegap kata orang sabah,putih kulitnya, biarpun kelihatan agak besar tapi sangat linca, suaranya juga besar, dan suka ketawa terbahak-bahak,suka juga mencubit nasib penulis tak berani di cubitnya, cubalah kalau berani!!!!

orangnya Nampak masih sangat muda dan sangat periang,, suaranya ehem.... ehem.. garang,, merdu tapi taklah berapa mengoda seperti susun kata dan lengok Si Dia,gadis ini penuntut bidang kejururawatan,bulan December ini tamat dan tahun depan konvo mungkin di KL.

Perempuan ini termasuk dalam seramai 30 orang yang ditawarkan untuk memasuki sector pekerjaan di hospitaly kerajaan, mungkin akan dapat di Hospital Tawau katanya, rupanya budak ini pelajar pintar lah kan dapat flat 4.0, mantap oooooohhhh,Syabas... kos perbelanjaan semuanya Rm60.000.00. dan yang penulis sangat respek.. bapanya hanya berkerja sebagai seorang pemandu lori.

Mana lebih utama cantik atau perkerjaan? Dewasa ini memang tidak janggal perempuan memilih pasangannya yang tidak berkerja tetap, Alasannya demi cinta, dan tidaklah juga janggalnya perempuan memilih pasanganya yang kononya lebih tinggi standard dari perempuan. Masing-masing punya pilihan gaya hidup. Kebiasaannya perempuan berkerja amat cerewet tentang pemilihan pasanganya..

tunggulah semestinya lelaki akan jatuh cinta dan mengorat perkerjaan anda bukan mengenai diri anda.. no komen

Adakah pula lelaki berkerja cenderung memilih pasangan yang cantik? Bukan kah Akan ada lebih baik bila lelaki dan perempuan sama-sama berkerja? no komen

Tiba-tiba handphone penulis berbunyi, pangilan telepon dari saudara hafiz, mereka berlima tersekat di perhantian bas Inanam, rupanya tiket basnya untuk petang besoknya bukan malam ini ... Allahu akbar,, dah lah penulis pun menumpang, kereta ini kancil, kami dah ada empat orang, nak simpan di mana lagi mereka? Cabaran untuk saudara hafiz yang bercadang untuk berhari raya di Sandakan, Sabah.

Ketika penulis mendapat panggilan kedua dari saudara hafiz, kenderaan yang penulis naiki meluncur dan telah menghampiri kawasan politeknik, pemilik kenderaan berhajat untuk melalui jalan Sulaman menuju Tuaran.

Tiba di persingahan Restoran Rahman lebih kurang 30 km lagi Pekan Ranau, kami singgah lagi. Tengah malam-malam perkena Soto Ayam dan minum minuman Intim panas, semua oder menu yang sama, yang ini penulis tak tahu harganya orang lain pula yang bayar.

Penulis dihantar dan sampai di perkarangan rumah sekitar jam dua pagi. Semuanya telah lena. Oleh kerana rumah keluarga ini buah tangan penulis yang belum-belum siap, tahulah macam mana nak masuk tanpa membangunkan sesiapa. Tak payah baca jampi panjang-panjang,, rumah ku juga.

kunci bilik tergantung di tempat biasa, macam mak tahu sahaja, yang penulis akan tiba pagi ini juga...

Biarpun tersangat penat dan mengantuk, kewajipan Fardu perlu di tunaikan, Solat magrib dan isyak, penulis buat cara Qasar serta Jamak. Inilah susah kalau ikut kenderaan orang, kadang-kadang segan minta orang tu singahkan di mesjid walau seketika.

Tika Pagi mula memancarkan suria, walau agak penat penulis masih dapat bangun awal,dan terus masuk melawat dan merawat bongkah candawan,kecewa betul penulis, telah banyak bongkah yang di serang oleh lumut,tak balik modal ni kalau cam ni,,,

subahanallah cobaan, cobaaan,, cobaaaaaan dan pelajaran,jadi yang rosak perlu di asingkan dan di buang agar tidak merebak dan menjangkiti yang lain. Seusai membuat kerja-kerja, penulis masuk kedalam rumah berihat, duduk di samping ibu yang sedang bersarapan,,, astaga.. sarapan ibu ala kadar. kenapa? aku pun tak sempat beli apa-apa.

Berbual dan berbincang mengenai sesuatu yang menimpa ibu,ooooooooo ibu kehilangan duit lagi, penulis Tanya berapa dan di mana simpan? Ibu jawab sikit sahaja, simpan dalam beg yang selalu dibawa pergi membeli... mungkin penulis agak kasar menjawab...penulis kata apa boleh buat inilah nasib kita..... nak kata apa lagi,,,, inilah nasib kita...

penulis Teringat pada seseorang... kenapa tidak penulis cuba perkenalkan dan perbualkan mama dengan Si Dia. Mana tahu terhibur dan senang hati ibu melayan Si Dia.

L) oooh kebetulan... saya sedang sarapan dan bercerita dengan mama. Tq. X nak kirim salam?

P) Blh ba...tp ni siapa?

L) Oo.. x apalah, saya tersalah nombor tq

Melihat ibu yang sudah hendak melangkah untuk keluar, cepat-cepat penulis mengambil dan menghulurkan kepingan kertas berharga pada nilai berganda dari yang hilang itu. Biarpun sebenarnya dua minggu sudah penulis dah hulurkan seperbelanjaan. Tapi selalunya ibu tetap akan kata untuk apa ini ? dan selalunya ibu akan kata saya ada juga bah duit belanja makan, untuk apa lagi ini? penulis tidak lah akan kata ibu berbohong, penulis anak ibu,tentu ibu telah kenal penulis sedari kecil hingga sekarang. Penulis hanya kenal ibu setelah penulis mulai pandai berfikir.

Ya Allah berkatilah ibu kami

Wahai Ibu berkatilah anak-anak mu

Doakanlah kebahagian anak-anak cucu mu.

Amin

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback