Friday, November 11, 2011

Angka 11.11.2011

Hari ini jumaat bersamaan 11.11.2011, satu nombor yang menarik,agak ramai juga rasanya yang menjadikan tarikh ini sebagai sejarah ingatan atau lebih canggihnya sebagai hari keramat. Dengan mengabdikan beberapa perkara menarik, contohnya pagi tadi saya melihat pasangan pengantin merakamkan upacara akad nikah di Masjid An- Nur wilayah persekutun Labuan. Mudah-mudahan keberkatan bagi mereka itu.

Secara peribadi saya juga telah merancang dan ingin mengabdikan tarikh ini sebagai hari yang diingati dihadapan hayat saya. Namun taqdir hadrat Allah swt. Telah tidak menjadikan hari ini untuk saya,kerana hari ini tidaklah jauh beznya dari hari-hari yang telah berlalu.

Sabtu, pagi bersamaan 1hb okteber saya gagal menjumpai dan gagal Ziarah Kubur Sharip Kedah.

Alhamdulillah Ahad 2hb okteber 2011, akhirnya dengan bantuan rakan jiran sebelah rumah, saya Berjaya juga mencari dan telah Berjaya menziarahi Kubur Sharip Kedah Dan Saya Juga dipermudahkan Allah Swt bertemu ziarah dan berbicara dengan Pak Alang Abas Di Perkampungan SG. Lada.

Dan esoknya pula isnin 3hb okteber, saya menghadiri taklimat penyambungan kontrek kerja, Alhamdulillah saya masih berkerja danterus bertugas untuk tempoh masa dua tahun lagi, sekarang saya telah bertugas di Labuan ini selama lapan tahun, jadi kalau sudah lapan tahun saya masih ada disini, maka tidak sesukar mana barangkali untuk saya terus bertahan sehingga dipenghujung kontrek baru ini.

Dalam penyenaraian senarai nama yang disambungkan kontrak, nama saya berada di senarai kedua di bawah. Apa yang peliknya? Betul atau tidak, senarai nama tiga orang dibawah adalah tidak mengikut susunan hurup Abjad, barangkali dalam kedudukan merbahaya, berpotensi untuk disingkirkan ke Divison liga kedua.

Alhamdulillah, nampaknya saya masih ada rezeki di labuan selama dalam dua tahun lagi dan mudah-mudahan rezeki itulah yang menemukan taqdir jodoh saya semasa di Labuan ini. Insyahallah, Amin. Setakat nanti kalau hantarannya RM10.000.00 tak lah susah-susah sangat untuk nak kumpul, mana tahu saya mimpi baik punya maka saya up lagi.... apa macam?

Ini asyik-asyik laptop sahaja saya beli, setelah laptop lama itu rosak, laptop yang sedang saya guna sekarang Jenama Acer 4830TG iaitu pembelian keempat saya di Boulevard Labuan. Biarpun syarikat itu tak bagi saya kemudahan apa-apa saya, tetapi saya tetap membeli di sana, setakat Labuan di situlah harga yang semampu-mempu ringan. Kalau kedai lain, sendirilah pigi lihat-lihat...

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback