Ketika Sedang berbual dengan rakan,sewaktu balik dari berjaya menziarahi Kubur Sharip Kedah,Dalam Perbualan saya Dengan Rakan ini,entah macam mana boleh tersebut Nama Pak Alang Abas, mulalah rakan ini menceritakan Pasal Pak Lang Abas seperti yang pernah didengarnya.
atu tah Maka Niat Dan keinginan saya untuk mencari Pak Alang Abas makin membara di rasa,,,, tak boleh jadi ani.. dan Apa kiranya ada Salahkah? Saya mahu Singgah mencari rumah dan seterusnya menziarahi Pak Lang Abas, orang kata Di KG. Sg. Miri. betul kah?
saya Bertanya Kepada Rakan Jiran Ini. Adakah Kamu Tahu Di Mana itu Rumah Pak Alang Abas? rakan ini mengiyakan bahawa beliau pernah melakukan bancian siasatan permohonan dirumah Pak Lang Abas ini. Dalam penceritaan rakan ini juga, beliau pernah ditunjukan oleh seorang rakan sekerjanya dimana rumah tersebut dan rakan jiran ini pula pernah bertemu dan berbicara dengan Pak Alan Abas, pada suatu ketika dulu didalam lif, semasa Pak Alang Abas turun dari Tingkat Sembilan Ujana Kewangan Labuan.
Oleh Kerana Rakan Ini Mengakui Bahawa Beliau pernah ke rumah Tersebut, apa lagi... saya Sekali Lagi Memaksa Dan Mempelawa Rakan Ini Untuk memandu arah saya dan tunjukan pada saya Mana Rumah Pak Alang Abas Ini.? Walaupun Agak Ketara Kelihatan, serupa Macam Rakan Ini Agak Keberatan Memperkenankan permintaan saya itu.dan saya pula tidak ambil kisah dan Tetap membawa, lebih kurang mendesak dan Memaksa Meminta Rakan Ini Membantu Menunjukan Lokasi di mana Rumah Pak Alan Abas.?
Barangkali Oleh Kerana kenderaan yang digunakan adalah kereta saya dan saya juga Yang Memandu,maka beliau tidak ada pilihan lah, begitu bah selalu kami. kalau saya yang mengikut kenderaan rakan jiran ini.. pasrah lah saya... mengikutnya memang sungguh sengsara, selalu memandu lagak seperti di TV. dia tak apa ramai dah waris, saya ani belum ada pewaris..
Dan pernah berlaku daulu satu peristiwa mencemaskan,waktu awal pagi,memangnya rakan ini memandu dari Labuan tengah malam tadi lagi dan tak mahu di ganti,rakan ini masih mahu memandu hendak menghantar saya balik rumah, kami sempat berhenti di Pekan Kundasang tadinya.tiba di selekoh berhampiran Kuburan Orang-orang Kerstian bersebelahan Kg. Lukapen di ranau, astagfirullah... dalam kami sedang rancak bercerita bole-boleh rakan ini terlelap,.. Allahu Akbar... Allahu Akbar.. tayar hadapan sudah terbabas dari jalan raya. Alhamdulillah saya diberi kesempatan oleh Allah swt untuk cepat bertindak dan berjaya mengawal stering kereta agar kereta ini tidak terus menjunam ke dalam parit.
Ketika saya hendak menyambar stering kereta tadi, saya sempat menyiku badan rakan ini. untuk membangunkannya. Alhamdulillah.. bila terbangun tangan rakan ini yang memegang kuat stering terlepas dan begitu juga dengan kakinya,dengan sendiri dapat melepaskan pedel minyak dari terus di tekennya.
kenapa? kenapa? Kenapa?....................Astgfirullah minta maaf Jack, uuuuuuuuuuu minta maaf Jack,saya terlelap tadi katanya. kelihatan tubuh memang sangat mengeletar, tangannya ketara sangat mengeletar,suara pun mengelatar dan yang amat melucukan, adakah disuruhnya saya berhenti di tepi jalan, aikkkkkkkkkkkkkkkkk Sapa yang memandu ini?
walaupun di pandngan mata dan rasa di hati maut telah terbayang.. saya akan matiii... tapi pantang maut sebelum ajal....jangka masa dua saat, masih boleh difikirkan apa yang perlu di buat,,, dengan gema takbir yang terpancar dari mulut.. Alhamdulillah menyentak dan memberhentikan semuannya..
Apa pun,,,, Kenangan ini biarpun ini hanya kata orang martabat istidraj sahaja.saya bersyukur nikmat kehidupan ini, Alhamdulillah dalam berhadapan berbagai peristiwa.. hayat saya ini belum di penghujungnya, saya masih hidup dan dalam berpeluang-peluang hidup ini.. saya mendapat peluang untuk mengurat seseorang yang tidak pun ambil peduli hasrat saya. susah sungguh mengoratnya.
Saya memang ada sifat dan perangai yang sukar dijangka dan sukar diramal, (mungkin aniaya orang,,, Nauzubillah) contohnya tidak tetap pendirian, Cuma saya cuba sedaya upaya mengawal rasa dan sifat itu ketika berhadapan dengan sesiapa pun Terutama sangat Si Dia, saya harus jujur dalam mempamirkan nilai diri sendiri. inilah saya.. tidak perlu berlakon,,, saya tidak mudah tercabar. cuma sukar untuk saya merendah diri,,, bila saya dah bermula.. sesuatu yang mustahil untuk saya lepaskan begitu sahaja..
Jiran ini maklum dengan saya,.. bila melihatnya gelisahannya, Jadi Untuk Menyenangkan Hatinya, saya Nyatakan Kalau Nasib Kita Baik, Kita Pergi Lihat Dulu lah ahh... , Kalau Tak Ada Pengunjung Selain Dari Kita Yang Datang Berziarah, Maka Kita boleh Masuklah Rumahnya, Tapi Kalau Ada Banyak Orang Lain Juga Kita terus balik rumah Sajalah, Jadi Nanti Lain Kali Saya Bolah Datang Sendiri, Barulah Nampak Ada Sedikit Keceriaan Dan Kelegaan rakan ini.
Alhamdulillah Nasib Kami Memang Baik, Tidak Ada pun kelihatan kenderaan yang berpaking di halaman dan kawasan rumah ini, rakan ini pun kata ooooooo memang Nasib kita baik, tidak ada anak muridnya yang datang, selalunya kalau ikutkan banyak kereta yang berpaking di luar kawasan rumahnya ini terangnya dan saya tidak pun melihat kelibat walau Seorang Pun Pengunjung .
Hanya Kelihatan Ada Sebuah Sahaja Kenderaan Berpaking, Kata Rakan , Kereta Myvi Itu Memang Milik Pak Lang Abas. Saya berhentikan Kereta betul-betul Di Belakang Myvi Tersebut, saya Keluar Dari Kereta Dan Turun Mencari Pintu Utama Rumah, Rakan Saya Menunjukan Arah Pintu Rumah Sana.. Sana.. Macam Susah Nak Teka Mana Satu Pintu Utama? Menghadap Jalan Raya Atau Memang Yang Ada Di Belakang Ani, Tapi.. Tapi.. Tapi Inikan Macam Ada Kelihatan Seperti Kelengkapan Alatan Di Dapur....
Banyak Pengkisahan Cerita Orang ramai, Mengenai Pak Alang Abas ini, antara Yang Menarik Bagi Saya Untuk Kita Kongsikan Bersama ialah pasal Cerita Konon-Kononnya Pada Suatu Masa Dahulu Pernah Dikalangan Anak-Anak Murid Pak Alang Abas Ani, ada yang Pernah Melihat Bersama Pak Alang Abas Ini pun Sedang Menunaikan Ibadat Haji Di Kota Mekah, Sedangkan Pada Masa Yang Sama Seperti Di Ketahui orang ramai Pak Alang Abas Ini Masih Kelihatan Dan Tidak Kemana-Mana Dari Kampungnya Ini di Labuan.
Dan Yang Keduanya Pernah heboh Dan Dikhabarkan Juga, bahawa Biji Kurmah Yang Dibawanya Dari Kota Mekah,lalu Di Tanam Dan Tumbuhlah biji Kurma Itu Dengan Subur Di Kawasan Halaman Rumah Di Kerupang. Taqdir Dan Rahmat Allah Swt Setahun Kemudian Pokok Kurma Tersebut Pun Mula Mengkeluarkan Tandan Buah Dari Dalam Tanah,( Di Labuan Bah Ani) Bila Buah Kurma Ini Telah Masak, Dipetik Dan Pak Alang Abas Tidak Keberatan Yang Mana Orang Boleh Dan Dizinkan Untuk Mencuba Dan Menikmati Buah Kurma Tersebut. Rasa Dan Nikmatnya Serupa Dengan Kurma Mekah. Subahanallah..
Saya sudah Menghadap Kearah Pintu rumah Sambil Melaungkan Salam, Biarpun Saya Sedikit Kaget Kerana Kelihatan Dari Pintu Ini Mengambarkan Didalamnya Adalah Kawasan Dapur? Kalau Pintu Belakang? Tak Sopanlah Kan? Oleh Kerana Rakan Saya Itu Kata,Inilah Pintunya. mungkin inilah pintu masuk rumah?
Pintu sedia terbuka sebab itulah macam kelihatan ini memang dapurlah, tapi Saya tetap Memberi Salam dari arah ini, Assalamualaikum..... Assalamualikum .. Muncul Seorang Perempuan Yang Agak Sedikit Berusia Dari saya. Putih Kulitnya Seputih Tudung Yang Dipakainya. Oooooo ... kelihatan Macam Bukan Orang Semananjung Ni.... ,, eeeee Perempuan Ini Dah Menjawab Salam saya. Wa Alaikum Salam.. katanya Nak Cari Sapa? Saya Pun Berkata “Saya Nak Mencari Dan Ingin Berkenalan Dengan Ustaz Abas..” Perempuan Berumur Ini Pun Berkata. Ustaz Abas… Oooooooo Nanti Tunggu Sekejap Aaa.
Perempuan Tersebut segera Menerajah Keluar Dan Menuju Masuk Kearah Bangunan Kecil Disamping Bangunan Rumah Tersebut, Mungkin Tempat Pak Alan Abas Mengasingkan Diri??? Selang Beberapa Ketika Perempuan Itu Pun Memanggil Kami, Lelaki Yang Akan Saya Panggil Sebagai Pak Alang Abas berdiri di pintu sambil Mempersilakan Kami Masuk, Dua Tiga Kali Diulangnya Bah Masuk... Bah Masuk... Bah Masuk.... Sila Duduk. Kedengaran Suara Tersebut Amat Lembut Dan Sangat Mesra.. Sepertinya Kami Telah Lama Berkenalan.
seperti kebiasaan Saya, saya Salam Tanganya Nyaman Sejuk Dan Segar, Saya Cium Tangan Tersebut, Dan Saya Peluk Dan Cium Pipi Seumpama Selalu Saya Buat Dengan Sesiapa sahaja Sebagai Salam Kasih Sayang. dan selama ini saya berazam untuk berbuat yang demikian ini dengan orang tuannya Si Dia, itu pon jika Si Dia sudi hidangkan saya peluang berbuat demikian. Di kesempatan tersebut insyahallah saya tidak ada masalah.. Sayangnya.. suratan taqdir tidak menyebelahi saya. Si Dia semakin menjauhkan dirinya. mungkin hari pilihanya semakin hampir? apalah daya ku ini
Sambil Dipersilakan Duduk, saya dan rakan Mulai Memperkenalkan Diri masing-masing, kami ceritakan siapa majikan kerja kami, dan saya Hanya Memperkenalkan pemunnya nama diri yang Zahir Yang Seperti Yang biasa Dikenal Kawan Dan Masyarakat. Saya ada Nama Besar, ooooooooo saya ada nama besar kah pula???? tapi saya Tak Berani menyebutnya kerana Takut Riak Dan Ujub.
Sambil Berkenal-Kenalan Dan Sapa Menyapa, Pak Lang Abas Nyatakan keberuntung Kami, Nasib Pak Lang Tak Pii Mana-Mana, Biasanya Waktu Asar Begini Orang Selalu Ambil Pak Lang Katanya,Ini Pun Pak Lang Baru Sampai Dari Airport Menghantar Orang Pigi Haji (Baca Doa Orang Berangkat Menunaikan Haji).
Setelah bicara Berkenal-Kenalan,Soalan Awal yang Pak Alang Abas tanyakan, Kamu Dari Ranau ? Yang Sebalah Sini Memang Peletnya Bunyi Ranau, Tapi Yang Ini (Pak Lang Memandang Dan Memegang Paha saya) Bunyi Percakapan Macam Bukan Orang Dusun? dusun kah? Lantas saya Jawab, Saya Memang Orang Ranau Dan Saya Memang Boleh Bercakap bahasa Dusun.
Pak Lang Abas Bertnya Lagi, Yang Mana Jauh Labuan Dengan Ranau? Atau Labuan Dengan Keningau? Kami Pun Jawab, Jikalau Mengikut Jalan Ke Kota Kinabalu Maka Ranaulah Paling Dekat Dengan Labuan, Tapi Kalau Menuju Keningau Mengikut Jalan Kimanis Maka Keningaulah Paling Dekat pula, Cuma Jalanya Agak Berbukit, Curam Dan (Bergurau) Ada Kedai Di Tengah-Tengah Perjalanannya. Pak Lang Pun Cakap Oooooooo Sahaja, Dan Pak Lang Ada Juga Menyebut Kudat, Macam Mana Jauhkah kudat dari labuan? Kata Penulis Kudat Memang Jauh. (Penulis Masih Memikirkan Kudat, Apa hal Dengan Kudat ini pula?)
Alhamdulillah,, Persoalan dan Pertanyaan Yang Nampak Macam Sedikit Merapu Tadi Sebenarnya Telah Menjawab Soalan Yang Tidak Pun Penulis Kemukakan Kepada Pak Alang Abas. Tak lah penulis penat-penat bertanyakan soalan dan Tentunya Perbualan Biasa-biasa Bagi Rakan Bersama Saya ini Yang Gagah Mencela Masuk Dalam Penceritaan kami petang ini.
Pak Lang Terus Menduga Kami. Adakah Wahid Yang Suruh kamu Datang Jumpa Pak Lang? Dengan Tersipu-Sipu, saya Nyatakan, Minta Maaf Pak Lang Saya Sebenarnya Dah Lama Berniat Nak Jumpa dengan Pak Lang Tapi Tak Ada Modal Nak Cerita,,, Inilah Baru Tah Kuat Tergerak Hati Nak Jumpa Pak Lang. Ini Pun Kami Baru Dari Ziarah Kubur Sharif Kedah tiba di jalanan saya tergerak hati dan Seterusnya Saya Menuju Kemari Maka Inilah Kami Sampai.
ooooo dari Ziarh kubur Sarip Kedah? kata pak alang Abas.. Tak berani saya mememotong penceritaaan Pak lang Abas, Beberapa Lama Barulah Saya Berani Menambah Menyatakan Akan Antara Tujuan Kedatangan kami , Begini Pak Lang, Sebenarnya Beberapa Lama Yang Lalu Saya Dengan Kawan-Kawan Pii Makan Di Satu Gerai Di Lubuk Temiang, Bila Pemilik Gerai Itu Tahu Saya Ini Orang Dusun Dan Berasal Dari Ranau, Maka Berkata Pemilik Gerai Ini akan datang pada Suatu Hari Nanti Di Ranau Yang .....
Sambil Mendengar Penceritaan Penulis Pak Alang Abas Mencelah Oooo Wahid.. Wahid.... Wahid....Di Anjung Bakar Lubuk Temiang Kan? Ya Kata Saya, Pak Lang Pun Terus Cakap Wahid Ini Memang Selalu Dan Banyak Bercakap Hal Yang Pelik-Pelik Kepada Pengunjung Gerainya, Kalau Kamu Rajin Kesana, Ada Dan Banyaklah Lagi Cerita Peliknya Tu... Tak Apa.. Tak Apa... Kata Pak Lang Abas Lagi Wahid Ini Orang Masapol Kawin Dengan Orang Tanjung Aru Bila Bininya Ini Meninggal Dunia Beliau Kawin Lagi Dengan Kerabat Arwah Bininya Orang Lubuk Temiang...
Kata Saya kepada Pak Alang Abas, Oleh Kerana Abdul Wahid Dakwa percakapannya itu adalah perkataan yang didengarnya dan Bahawa Itu Asalnya Perkataan Dari Gurunya Sharif Kedah, tapi telah datang ragu dalam hati Saya Sepertinya Penilaian Penulis pada Umur Abdul Wahid Tidak Memandai Untuk Pernah Ketemu Dengan Sharif Kedah ani. (atau ada lagi bernama Sharif di Labuan Pada Masa Ini?)
Kata Pak Alang Abas Sharif Kedah (Habib Kedah) Bukan Orang Kedah Dan Tidak Ada Kaitan Langsung Dengan Kedah, Dipakainya Nama Sharif Kedah Untuk Tidak Diketahui Dan Tidak Di Kenali Oleh Pihak Yang Memburunya. Sharip Kedah Berasal Dari Pattani Siam, Telah Dihukum Buang Daerah Ke Indonasia Kerana Didapati bersalah kerana Menentang Kerajaan Inggeris Di Pettani Pada Masa Itu.
Semasa Dalam Buangan Di Indonasia, Sharip Kedah Telah Mempelajari Ilmu Karamat. Kata Pak Alang Abas Sharip Kedah Bukan Waliallah Tapi Beramal Dengan Ilmu Karamat. Kata Pak Alang Abas Di Labuan Ini Ada Dua Buah Kubur Pertama Keramat Sharip Kedah(Habib Kedah) Tanah Perkuburan Ranca-Ranca Darat Dan Satu Lagi Habib Noh Tanah Perkuburan Anjung Keramat di jalan Membidai.
Mengenai Kubur Habib Noh Ini Pak Lang Abas Kata Semasa Beliau Tiba Di Labuan Tahun 1973 Tanah Perkuburan Habib Noh Ini Telah Di Hakis Oleh Ombak Pantai, Menurut Pak Lang Abas, Beliau Sendiri Pun Tidak Sempat Melawatnya , Biodata Habib Noh Ini Pula Tidak Di Ketahuai Kerana Dikatakan Mati Dalam Kapal Pelayaran Dan Hanya Disinggahkan Untuk Dikebumikan Di Daratan.
Baru-Baru Ini Semasa Penulis Hadir Untuk Taklimat Temuduga Penyambungan Tauliah Mengajar.( Ehem.. Ehem Jangan Pandang Sebelah Mata Tau.. Penulis Juga Golongan Profosional, Ada Juga Bah... Saya Punya Tauliah Mengajar Kanak-Kanak Dan Dewasa. Pigi Mengajar Di Mana-Mana Saya Tidak Perlu Risau Kena Tangkap Dan Tidak Menyusahkan Sesiapa Yang Menjemput Saya.. Jadi Pesanan Saya Pada Rakan-Rakan Lain Kalau Minat Dalam Dakwah Dan Minat Memperkatakan Tentang Agama Islam, Maka Ringan-Ringankan Lah Hati Ambil Tauliah Mengajar. Tak Susah Pun, Nak Takut Apa? Gagal???
Kalau Tak Lulus Kompom Bawa Ajaran Meragukan..... Ala Inya Hanya Ujibakat. Jangan Dok Syok Sendiri Mengajar Tak Tentu Hala.... Jangan Hok Bagi Alasan Yang Kononya Tuuuu Zaman Nabi Muhammad Mana Ada Tauliah Mengajar. Itu Pun Dah Salah, Menuduh Nabi Muhammad Memilih Dan Mengutus Utusan Dakwahnya Dengan Tidak Memiliki Tauliah Mengajar. Nauzubillah.... Pada Hal Gambaran Kesempurnaan Islam Adalah Kemurniaan Akhlak Baginda Rasulallah Saw. )
Diantara Isi Taklimat Ketua Penolong Mufti. Katanya Seharusnya Kita Mengambil Berat Juga Tentang Kes Pemujaan Dan Binaan Diatas Kubur Sharif Kedah Di Tanah Perkuburan Ranca-Ranca Dan Satu Yang Menguja Penulis Ketua Penolong Mufti Menyentuh Dan Mengandaikan Juga Manalah Tahu.. Kubur Keramat Di Anjung Keramat(Habib Noh) Itu Adalah Kubur Syekh Daud Fatthani Yang Tidak Di Ketahui Di Mana Kuburnya.
Menurut Pak Lang Abas Sharip Kedah Datang Dari Indonasia Singgah Di Kucing Dan Menetap Beberapa Lama Di Sana Kemudian Pindah Ke Berunai, Kemudian Dari Berunai Diceritakan Dan Dikhabarkan Sharip Kedah Ini Menuju Labuan Dengan Menaiki Sebatang Kayu Balak. Begitulah Ilmu Karamat Yang Ada Dan Pernah Zahir Pada Diri Sharip Kedah Itu.
Di Labuan Mulanya Sharif Kedah Tinggal Menenatap (Pada Masa Kini) Di Kawsan Perkuburan Belakang Stesyen Shell Sekitar Jalan Raya Menuju Lapangan Antarabangsa Labuan. Kemudian Berkhawin Dan Menetap Di Perkampungan Kampong Ranca-Ranca Darat, Oleh Kerana Tidak Mempunyai Zuriat Sarif Kedah Telah Mengambil Anak Angkat Seramai Tiga Orang, Anak Angkat Yang Sulung Ini Bernama Hasbullah Dialah Yang Menjaga Tanah Kubur Sharif Kedah, Membersih Dan Mengutip Duit Yang Diletakan Oleh Penziarah Kubur Tersebut.
Dikhabarkan (Versi Lain)Juga Hasbullalah Yang Diamanah Untuk Menyimpan Beberapa Barangan Peninggalan Arwah Sharip Kedah Ini. Barangan Apakah Itu? Ayaaaaaa Ini Buat Gua Susah Ati Ooooooo Menimbulkan Minat Dan Menambah Kerja Penulis Untuk Ambil Tahu Tau...
Pak Alang Abas Juga Mengulas Mengenai Taraf Sharif Kedah Ini Bukan Wali,Sharif Kedah Ini Karamat Atau Habib Kerana Beramal Dengan Ilmu Karamat Yang Di Bangskan Kepada Khaadim (Khadam Jin).
Beza Antara Wali Dan Karamat. Ilmu Para Wali Adalah Anugerah Dari Allah Tidak Dapat Diajar Dan Tidak Dapat Diwariskan, Mana Kala Ilmu Para Karamat Adalah Pengamalan Yang Mana Boleh Diajarkan Dan Boleh Pula Di Wariskan Kepada Sesiapa Sahaja Terutama Untuk Anak-Anak Sendiri.
Penulis Baru Hendak Faham Dengan Kalimah Yang Sering Penulis Digunakan, Iaitu KAMU KENA BER ALIH DARI SINI DENGAN PESANAN WALI DAN KARAMAT, Nampaknya Setiap Wali Adalah Keramat, Tapi Setiap Keramat Tidak Semestinya Wali.
Pak Lang bertanya menyuruh saya ulang balik apa ayat yang dikatakan oleh Encik Wahid itu, Apa Yang Dicerita Oleh Abd Wahid Kepada Kamu.? Cuba Cerita Balik. Saya Pun Ceritalah Semula.. Nanti suatu masa......... Sahaja Penulis Tidak Akan Catatkan Ungkapan Tersebut secara ditil, Biarpun Telah Ada Beberapa Orang Rakan Telah Penulis Ceritakan Tentang Ungkapan dan pengkisahan Tersebut, Sebelum Penulis berkesempatan dan berniat Ketemu Dengan Pak Alang Abas.
SI DIA juga ada semasa pengkisahan riwayat ini, memang hadir sama, cuma sama ada SI DIA sudi Mendengar atau tidak cerita itu masa itu, wallahu ‘alam. dan saya pernah ulang balik cerita tersebut dan saya telah nyatakan dan saya ulas mengenai semua itu dan sesungguhnya saya berdoa dan sangat-sangat mengharap jika cerita itu benar maka itu adalah AKU DAN SI DIA.
Dan saya ada terfikir dan saya cuba mengumpul kekuatan untuk akan melefazkanya, tapi saya tidak pernah ada lagi kesempatan untuk melafzakan perkataan ini di hadapan Si Dia, saya amat selesa memperkatakan akan persoalan seperti ini sekiranya suasana tanpa ada orang lain yang mendengarnya, apa boleh buat, saya tidak Berjaya menyatakannya ayat ini hingga ke hari ini maka ayat ini saya terbitkannya di sini. Siapa menyangka peluang terakhir saya di sini?
Serasa saya juga Si Dia Mungkin menyangka ini semua adalah perangkap dan Skrip yang Saya sediakan. Demi Allah tidak!!! Wal laahi!!! Saya tidak pun mengenali periwayat dan pengkisah itu. Hingga menyebabkan Si Dia Tidak Ambil tahu, dan langsung peduli mengenai metos yang pernah didengarnya atau pun pura-pura Sehingga lupakannya metos itu begitu sahaja.
Dan sesungguhnya yang paling saya risaukan sekarang, saya mengandaikan metos itu adalah kami juga, telah bermula zahir dan di tambah dari kekecewaan dan kegagalan kisah ini.. saya tidak sebaik itu, dan saya tidak perlu sebaik itu dan saya tidak sekuat itu untuk melupakkanya begitu sahaja..... kerana itulah di hati saya, saya sampaikan yang betul kerana saya tidak akan menyambutnya dengan senyuman.
Buat apa cakap lain tapi tidak mampu melaksanakanya. Kerana tidak mustahil mula saat ini sehingga ke ke hari qiamat . seluruh kaum kerabat saya mengingati dan berterusan memusuhi kerabat Si Dia. Nauzubillah hanya taqdir Allah yang mampu merubahnya.
Peratus perdamaian lebih terjamin hanya sekiranya Saya Dan Si Dia ada Kejayaan,,, sepertinya saya sangat memaksa???? Paksa atau tidak?
saya akan berterusan ingin menghalang, jadi batu penghalang... saya berusaha untuk perdamaian, Si Dia Pula Tidak pernah ambil kisah. Saya melihat harga sebuah perdamaian adalah senilai satu pengorbanan.
saya merempat di halaman orang semata-mata mencari sesuatu.. jadi demikian itu pada pandangan saya. Pada pandangan saya........ Terpulanglah pada Si Dia Untuk memilihnya...... pada sedikit masa lagi... jangan kegairahan untuk itu melenyapkan pertimbangan... cuba luangkan beberapa saat lagi untuk memikirkannya kerana segala risiko keputusan bermula di tangan kamu???
Saya telah perjelaskan pendirian saya... kamu akan memulakanya? Kamu telah menolak perdamaian!!!!!!! Dan Jangan kamu cuba berdalih!!!! di tangan kamulah PENENTUNYA.. saya tidak pernah akan merasa rugi apa-apa, tentunya demikian juga kamu, dengan pilihan kamu sekarang secara langsungkan kamu telah memilih dan menyamai sengketa di dalam cerita mitos tersebut. Dan Sengketa kita tidak ada redahnya lagi.....
percaya atau tidak??????? kamu telah mencabar metos tersebut... bagi saya dan bagi sesiapa pun yang pernah mendengar dan mengatahui mitos ini, saya percaya di mana pun watak saya berada dalam cerita mitos tersebut, saya di pihak yang benar, inilah Jalan petunjuk yang Allah swt berikan Nikmat hidayah.....
Memang Pada Diri Sendiri saya amat Terkesan Dan Terleka Mendengar Semua Penceritaan Berbentuk Ilmiah Dengan Data Keterangan Penyata Dan Pengolahan Pengatahuan Oleh Encik Pemilik Gerai Tersebut, Hanya Allah Swt Sahaja Yang Maha Mengatahui. Alang-Alang Orang Yang Mendengar Ceritanya Mesti Dan Pasti Terjual, Sedangkan saya Hanya Di Kerana Nur Hidayah Allah Swt Sahaja Yang Mewas-Waskan Penulis Untuk Terus Mencari Kepastian Dan Tidaklah saya Follow Semua Sekali Segala Ungkapannya Itu.
Itu Pun Belum Ada Umpan Nya, Kalau Ada!!!! Tentu Tergangu- Gugat Pendirian dn tumpuan saya.
Pertamanya Pak Alang Abas Juga Telah Menjawab Bersahaja Apa Yang Perlu saya Ketahuai, Walau Rakan Yang Leka Mencelah Tidak Kepastian Apa Punca Penceritaan Pak Alang Abas dengan saya. Sesakali Pak Alang Abas menduga saya dengan Menyoal Adakah Kamu Merasa Ungkapan Itu Adalah Kamu? Eeeeehhh Tak Lah Juga Jawap saya Tersipu-Sipu. Ela... Siapa Pun Bole Agak Bah Kan. Subahananallah. Siapa makan lada dialah merasa bahangnya...
Berkaitan Dengan Ungkapan Yang Di Dakwa Oleh Abdul Wahid Adalah Percakapan Gurunya Sharif Kedah. Pak Alang Abas Mengulas Dengan Memulai Dengan Ungkapan Tidak Diterima Amal Seseorang Itu Selama 40 Hari Kerana Berkunjung Kepada Kahin(Tukang Tilik). Menurut Pak Alang Abas Ungkapan Abdul Wahid Itu Adalah Jenis Ramalan Masa Hadapan Entah Kan Akan Ada, Atau Mungkin Tidak Ada. Siapa Yang Boleh Meramalkan? Masa Hadapan Melainkan Tukang Tenung Dengan Bantuan Pendampingnya Iaitu Dari Jenis Jin.
“barang siapa yang datang kepada tukang ramal atau bomoh lalu percaya kepadanya dengan apa yang dikatakanya, maka ia benar-benar telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad S.a.w.” (hadis riwayat Ahmad)
Berkaitan Dengan Penatapan Bangsa Pada Ungkapan Itu Pula, Pak Alang Mengatakan Itu Adalah Ungkapan Jenis Perkauman. Mengagungkan Satu Bangsa “Tidak Akan Masuk Surga Mereka-Mereka Yang Asabiah”
Pada Ungkapan Memerangi, Kata Pak Alang Abas Perkatan Itu Seakan Mendukung Bahawa Agama Islam Ini Adalah Jenis Suka Buat Kacau Dengan Menyerang Dan Berperang. Itu tidak benar sama sekali, Pada Hal Orang Islam Di Suruh Mengangkat Senjata untuk Berperang bila Mempertahankan Diri sahaja. Dalam sejerah orang islam tidak pernah menyerang mana-mana pihak melainkan setelah di ancam atau diserang terlebih dahulu.
Sebagai Pelengkap kenyataannya Pak Alang Abas Menyatakan Lagi, Haram Dan Berdosa Orang Islam Menumpah Kan Arak Orang Bukan Islam Walaupun Arak Itu Haram Bagi Orang Islam. Kerana Arak Itu Adalah Hak Dan Sebagai Harta Bagi Orang Bukan Islam. Demikian Juga Kinzir Atau Anjing Walaupun Kedua Binatang Itu Adalah Najis Bagi Orang Islam, Adalah Haram Dan Berdosa Orang Islam Membunuhnya Kerana Kedua Binatang Tersebut Adalah Harta Dan Hak Milik Bagi Orang Bukan Islam.
Pada Ungkapan Umur, Pak Alang Abas Menyatakan Umur Muhammad Saw Ketika Dilantik Menjadi Rasul Adalah Empat Puluhan, itulah umur matang seseorang.
Saya belum puas bercerita dengan Pak Alang Abas,semakin seronok pula beliau melontarkan mutiara-mutiara ilmu, namun kewajiban solat asar perlu di tunaikan. Jam semakin menghampir jam enam petang. Saya dan rakan meminta diri dulu. Saya cium tangan dan saya peluk badan Pak alang Abas. Beliau menghantar kami sehingga ke muka pintu. Insyahallah kami akan datang lagi.
terima kasih juga dengan set minuman petang tersebut,rakan ini kata kenapa kita tidak hadiahkan seringgit dua tadi, saya jawab memang kebiasaan saya begitu tapi saya kurang yakin dengan carnya bagaimana melaksankanya.
ketika saya memandu tangan Pak Alang Abas menyentuh hidangan teh tidak bergula itu, rakan pula menirunya dengan memandu tangan pak Alang Abas untuk menyentuh hidangan yang ada. tapi ketika mencapai hidangan buah Anggur yang di hidangkan lebih lewat. Allahu Akbar, Pak Alang Abas dapat pula mencapainya dengan tepat. hampir terjerit tahu saya. eeeeeeeeeeee Pak Alang Tidak Buta puan. orang kata pak Lang Dah Buta.. tapi ini apa??????
syukur ...alhamdulillah..kalian dapat bertemunya... mmg betol pa yg diceritakan serba sedikit tentang paklang tu...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete