Isnin pagi saya bertolak dari kampong menuju ke Labuan, penat memandu balik kampong malam sabtu belum sempat hilang, apa-apa pun memang tidak ada pilihan, kalau nak naik bas lagilah kalut , untuk turun bas kemudian naik bas lagi dan kemudian turun lagi dan naik lagi..
Memang berat hati untuk menuju ke Labuan Cuma terfikirkan ada keperluan menghadiri dan memiliki sijil seumpama kursus yang akan di adakan esok itu. Saya juga bermaksud jika saya hadir untuk berkursus esok hari maka saya ada pilihan untuk duduk di Labuan menunggu hari bertugas sambutan maal hijrah 1433/ 2011 peringkat wilayah persekutuan Labuan.
Perjalanan saya hari ini sedikit merimaskan pergerakan kenderaan sangat perlahan pada ketika-ketika peluang tertentu sahaja saya dapat memotong dan meningkatkan kelajuan, sekitar jalan di loji penapis telibong tuaran pergerakaan kenderaan makin perlahan. Saya ingatkan ada kemalangan rupanya road block pasukan Trafik polis.
Menghampir trafik light inanam jalan lintas, baru saya menyedari ada bunyi pelik kedengaran bila pedel brek di tekan, brek tak mencengkam adoi…. Mesti pad brek dah tinggal besi, saya paksa memandu sehinggalah sampai di petagas, sembarang sahaja saya masuk pusing sehinggalah seseorang menahan saya, ala mekinik kan tahu suda ada mangsnya.. saya pun terus bagi mekinik itu peluang untuk berkerja, wauuuuu RM78.00 tak apalah HALAL.
Sekitar jam tiga petang saya sudah sampai di menumbuk, naik teksi laut, saya tak bawa kenderaan menyeberang. simpan sahaja di sini RM5.00 semalam, manalah tahu hari rabu tu kursus lebih awal tamat boleh chau pulang.
Sekitar jam empat petang saya sudah di rumah sewa di Labuan. Janggal tah jua menaiki bas ini. Ingatkan kalau awal sampai dapatlah berihat, tak jadi pula jiran sebelah pun ada di rumah apa lagi terus berceritalah kami, sambil menonton Live Bola sukan Sea Viatnam VS Mymar.
Esoknya hari selasa 22/11/2011 saya hadir berkursus Modul Bersapadu Kursus Pra- Prekhawinan Islam (MBKPI). Lucu juga macam pula saya mahu khawin kan? Taaaaaaaaaaaak saya hadir Kursus ini sebagai Bakal Pencermah MBKPI. Tambah lagi sebijik taulih mengajar saya dan saya tak perlu hadir kursus ini jika dah sampai saya nak nikah nanti AMIN.
Lebih mengembirakan saya taulih mengajar MBKPI ini SAH di gunakan di seluruh Malaysia, maka mata saya telah memandang sesuatu $$$$$$$$$$$$$$$$$ RM100.00 bah sejam. Kursus ini mengandungi sebalas modul. Serasa saya semua modul termasuk satu untuk kesihatan mampu untuk saya bawakan, insyahallah ada perancangan masa hadapan.
Dan lebih mengembirakan kursus ini tamat lebih awal, sekitar jam tiga petang hari rabu tersebut saya sudah di terminal Fery Labuan. Saya menumpang dan dihantar oleh Bos lama saya yang kini sedang bertugas di ibupejabat. Kami sama-sama hadir berkursus. Ooooooohhhhhh Bos lama saya ada bercerita ada beberapa rakan yang mengambil cuti agak panjang untuk berkhawin dan ............
Sekitar jam empat petang, saya kembali memandu untuk pulang kampong. Ada suasana menarik di perjalanan,............... biasnya topik utama saya,tetapi saya tak endahkan,biarkanlah...... saya biarkan lah itu sepertimana yang saya akan membiarakan segala yang berlaku di tahun 1432 berlalu dengan seindahnya.
indah di tutup dan di ikat secantiknya dengan sulaman bunga-bunga nan indah kemudian di selitkan di rak fail yang tersedia untuk dinantikan satu hari di mana fail-fail ini akan dikemukakan kembali.
Saya tidak teringin menempuh tahun baru 1433 ini di wilayah Labuan. Saya perlu kembali ke halaman sediri..
Memang Ada suasana yang tidak mengembirakan saya untuk bertahan menunggu sambutan maal hijrah 1433 di Labuan. Saya mula berfikir dan merasakan ada sesuatu yang perlu untuk di lakukan dihalaman sendiri.
Sekembali di halaman sendiri saya mulai mesti mula memasarkan sendiri hasil candawan. pasaran saya dengan pasaran Saudara Cikgu Mazlan. saya pada Pagi khamis cuma ada empat bungkus, pagi jumaat yang mulia saya dapat menjual enam bungkus . Dan pagi jumaat ini saya tergugah lagi dan tiada alasan bagi saya untuk membela diri.. bismillah
Hari sabtu petang Saudara Setiusaha bertanyakan saya macam mana sambutan tahun baru, ALLAHU AKBAR saya amat terlalai. Padahal tika dan saat ini adalah akhir tahun 1432……
Mudah-mudahan di hijrah tahun awal 1433 saya memohon sampul lama yang hilang tetap saya poskan untuk doa dan hajat saya di tahun 1433. Kini saya mengharap pada penetapan dan penzahirannya AMIN.
Selamat berhijrah dari pada amat baik kepada teramat baik, dari sedikit ibadat kepada seronok beribadat, dari sedikit pengorbanan kepada gemar kepada memberi khidmat sumbangan. Mudah dan berhasil segala hajat. Amin.
No comments:
Post a Comment