Hari ini hari jumaat kami tak datang kerja, dapat off day bercuti awallah, nasiblah saya sempat membeli tekit untuk hari ini, petang nanti selapas solat jumaat.
Macam kesal juga beli tekit ini, Sebab pertengahan minggu depannya saya dapat arahan untuk hadir berkursus dua hari, kalaulah bukan atas tajuk yang secara peribadi suatu hari nanti saya wajib akan melalui juga kursus seperti ini mengikut syarat-syarat di Malaysia, tak lulus permohonan kalau tidak ada sijil kursus ini. Jadi kena berikhtiar juga nak datang.
Di penghujung minggunya pula saya ada arahan untuk akan bertugas sebagai penyambut tetamu VIP sempena program sambutan tahun baru Hijrah 1433 di dewan kolej Matrikolasi Labuan. Saya sebenarnya tahun hijrah ini bersama rakan-rakan ada juga niat dan berhajat untuk hadir ke As-salam untuk menyertai sambutan seperti ini seperti mana yang saya, setiusaha dan penyelaras gelanggang pernah hadiri tahun lepas. Tapi macam senyap sahaja tahun ini.
Sepanjang minggu terakhir bertugas, mungkin oleh kerana susun atur meja semakin kondusif dan bersangatan sesuai untuk berhadapan pelanggan, apa tidaknnya saya mudah menerima pelanggan tetapi saya pula yang perlu di kaunsolingkan oleh pelanggan saya. Ya … saya terima semua nya seadanya.
Salah seorang Ustazah Pirhatin ini, Ustaz…… Kenapa dengan ustaz ini, macam mana dengan Si Dia itu? Saya pun jawab, Ustazah…. Si Dia ada bagi tahu saya yang sememangnya di hatinya ada sesorang jadi saya nak buat macam mana ini?. Saya bukan siapa-siapa pun ani ustazah. Ustazah ani jawab Ustaz ini jangan berburuk sangka, jikalau dia ada kata begitu pigi cabar tunggu depan rumahnya. .. Minta maaf ustazah saya tidak akan memalukanya sebab dah saya pernah lakukan yang demikian itu dulu.
Lagipun saya mana suka dia bah, saya mana suka dia, saya tidak suka, saya tidak suka, saya tidak suka. Apa kata Ustazah ini, kan? Kan? Kan? Ini bukitnya ustaz kecewa, bersangka baiklah… pergi bawa dia makan-makan…. Alah ustazah mana budak tu mahu datang kalau saya yang pelawa..
Ustazah ini bertanya lagi, Makanya…. Ustaz itu. Bila lagi? Fikirkan diri itu…. Ustaz…… Saya dengar-dengar macam ada cerita yang ustaz ini suka sama itu………………. sana,Betulkah? sebab sebalah lelaki sana ada khabar-khabar sudah? Saya pun jawab Ustazah….. saya faham apa yang ustazah tahu itu dan ada yang saya tahu tapi ustazah tidak faham…. yang cerita ini saya tak tahu Ustazah…. Betul-betul saya tidak tahu Dan ini memang sangat mengejutkan saya,…. ela la la mulalah saya nak membela diri …. Astagfirullah.
Ustazah kumpulan kedua pula ini micinglah satu besar dan satu lagi nipis dikit, tapi yang ani saya yang offer turunkan ilmu memikat, yang ustazah nipis ini dah angkat saya jadi Abang, saya risau juga bab nanti takutnya lakinya akan cemburu, bukan tidak pernah saya lalui peristiwa begitu.
Ustazah nipis ini memang mudah interaksi dengan saya, lagipun pernah dicakapnya Ustaz silap bah.. Ustaz tidak pandai mengurat, Ustaz terlalu memaksa, perempuan mana suka paksa-paksa, berkenal-kenal dulu dan kalau serasi baru ada perasaan, ini ustaz terus-terus sahaja.. jadi saya selalu pelawa turunkan ilmu kepada abang.
Saya perlawa sekawan ini duduk dihadapan saya dan ustazah sekawan ini bertanya macam mana bah pilihan Ustaz ini? Berkerja? Tidak berkerja? Tinggi? Kurus? saya ceritakan apa yang patut saya ceritakan, taklah sekawan ini terlopong. Tapi kata mereka oooooooooooooooo begitu, saya ingatkan Ustaz ini terlalu memilih,sebab menurut pandangan kami Ustaz ini Pekej ada, cirri-ciri ada kenapa tak kawin-kawin lagi????
Saya cuba berdalih siapalah yang suka dengan saya ini???? Tanpa segan silu Ustazah Nipis ini kata saya suka dengan Ustaz,,, Ustazah Besar itupun cakap saya pun suka dengan Ustaz….. sambil kedua-duanya berpandang Mata, astgffirullah.. nah…… Ustaz dah ada dua yang suka dengan Ustaz…. Cuba Tanya yang lain? Ustazah Nipis ni kata tapi mungkin memang Ustaz ini kena Azimat bah????? saya pun menjawab secara teorinya saya mengakuinya. Begitu mudah saya direjec dari senarai waitinglist.
Sebelum mereka beredar, sempat mereka lafazkan kalau ada berita gembira jangan lupa SMSkan kami Yah.. saya pun jawab alahhhhh Ustazah mana lagi ada peluang Si Dia itu akan …… cuti ini, ustazah Nipis itu berpaling lalu bertanya, betulkah ustaz? Dari mana Ustaz tahu? Ala jangan begitu bah ustaz.. janji kirim SMS tau kalau ada berita baik. Allahu akbar napalah mereka ni tak faham-faham.
Jam empat petang saya bertolak dari rumah sewa, sempatlah saya menyinggah di mana-mana, pum tayar dulu, lebih kurang empat dua puluh saya sudah melalui pemeriksaan kastam, pegawai tu bagi salam. Assalamualaikum. Selamat petang. TV ini baru kah Lama? Saya jawab Tv ini dah rosak nak bawa untuk cuba di baiki kalau tidak jadi sampalah.. Bah Jalanlah kata pegawai Kastam tersebut. Memang Tv ini bangkai, saya minta dengan kawan konon saya cuba baiki tapi penyakitnya bertambah pula, ada yang meletup. Skrunya pun saya malas pasang membuang masa aja..
Lebih kurang hampir jam tujuh petang saya singgah solat qasar serta jamak Magrib dan Isyak di Masjid Menumbuk, mudah-mudahan selamat dalam perjalanan dan tak fikir tertinggal solat Fardu nanti.
menghampiri persimpangan antara menuju Jalan Lintas dan jalan terus masuk ke Bandar kota kinabalu, saya menghubungi rakan dimana mereka menunggu saya? Astaga.. mereka baru di papar. Saya ingatkan oleh kerena tadi mereka ikut speed Boot sepatutnya mereka ada satu jam di hadapan saya, macam menyesal pula saya tidak hubungi mereka lebih awal, saya mana arif dengan jalan Bandar ini, jadi saya offer mereka saya tunggu tempat biasa di Indah permai sajalah.
Tiba di tempat biasa di indah permai, mahu sejam lebih saya menunggu odei.. hampir saya mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Dah janji kena ditepatilah. Jam sepuluh setangah barulah kawan ini muncul minta maaf kami singgah di Gaint's lagi membeli barangan kata mereka.
Sambil menunggu mereka habiskan makanan, berceritalah kami hal diperjalanan tadi. Kata mereka saya mungkin memandu lebih dari kebiasaan? Saya pun menjawab kalau seratus duapuluh rasanya macam lambat betul ini kereta. Rakan ini pun kata jack……… jack… jack…… , kamu rasa seratus duapuluh pun tidak cukup, seratus dua puluh tidak sukup… ala la ambilah ko kereta lebih besar, baru boleh pandu seratus empat puluh atau dua ratus kah..
Saya pun mengira-gira seratus tujuh puluh kilometer, mula jam tujuh di menumbuk sampai di kk jam Sembilan. Ooooooooo satu rekod Baru tercipta… tiada yang boleh dibanggakan dengan memandu laju-laju ini. Tidak da pun hemper hadiah di perolehi, Ingatlah orang yang tersayang. Tidak pun sayangilah diri Anda.
Tadi pun di kilometer empat belas dari Menumbuk, selekoh dan kawasan tanah runtuh, yang entah berapa kali sudah dibaiki masih lagi menghadapi mendepan tanah jalannya, saya nyaris merempuh belakang sebuah Unser yang tiba-tiba berhenti selekoh tersebut. Allahu akbar… nnnyyyyyyyyyyyyttttttttttttttttttttttttttttttttttt dalam jarak sepuluh kaki jugalah saya cuba untuk membrek.. bunyi tayar tersangat kuat kedengaran mengalahkan bunyi exzosnya…
tak mahu berhenti mungkin tak sempat berhenti dah ini. buntut Unser itu makin dihampiri, kenapa kenderaan dihadapan ini tak juga bergerak-gerak, kalau saya rempuh belakang Unser ini sahaja boleh bayar lagi….. tapi lain hal kalau ada penumpang lagiiiii dan mat….. tak boleh (allah…allah … allah) saya masih sempat memulas stering mengarah sisi jalan… allah akbar ada lagi, berhadapan pula dengan pagar penghadang jurang,.. allahu akbar tak sempat sampai rumah ini… terbayang semua…………… telah tiba masanya ASY HADU ALLAH ILAHA IL LALLAH WA ASYHADU ANNA MUHAMMAD AR-RASUL ALLAH....
Tadi saya sebenarnya mengikut unser ini dan sebuah lagi proton wira memotong sebuah kenderaan. Tak sangka kami pula di hadapan ada sebuah kenderanaan sedang berhenti untuk masuk ke satu simpang , adakah susur simpang di kawasan ini?
Saya sampai di rumah menghampir jam satu pagi. Petang tadi saya memandu melebihi dari pemanduan sebelum-sebelumnya. Walaupun belum sehari saya postkan kisah saya dan rakan dalam satu pengalaman pemanduan.
Saya sememangnya akan mengikut masuk mengikut pintu belakang, kedatangan saya pagi ini dikesan oleh ibu, saya tak suka membangunkan ibu time-time begini biarpun selalu dipesannya, kalau saya sampai ibu minta saya bangunkan untuk membuka pintu masuk dan agar ibu dapat memberi kunci pintu bilik saya. Dan selalunya saya akan tidur di kerusi sahaja.
Saya solat subuh di awal waktu, dan saya cuba untuk melabuhkan badan tapi tidak Berjaya, saya merasakan macam ibu telah bersiap-siap untuk keluar, saya menuju ke bangsal candawan. Alhamdulillah macam ada juga mahu di petik, cepat-cepat saya ambil kesemuanya. Lalu saya Tanya ibu kenapa tak bawa ini? Ibu jawab kelmarin petang sudah saya kutip, tidak sangka pula pagi ini pun masih ada katanya.
Jam enam setangah saya hantar ibu ke tapak tamu hari sabtu di ranau, lama benar saya tak menghantar ibu ke sini, saya pakingkan kenderaan di tepi jalan dan saya terus menolong ibu angkat barang-barangnya sampai ke tapak menjual, saya lihat suku sakat ibu,,,, bila ibu bertanya di mana kamu letak saya? Sekali lagi saya yang di pandang mereka… SIAPA INI????? PUTERA RAJA… Lalu satu demi satu saya salam dan cium tangan mereka, cepat-cepat saya minta diri, sebab kakak itu dah bertanya Mana di yang kamu bawa? Alahai kena lagi tei saya… saya jawab insyahallah dan dengan cepatnya saya melarikan diri.
Sewaktu balik saya cuba singgahkan bangkai TV itu tapi pagar pintu masih berrantai dan Close masih terpampar. Ooooooo lupa pula hari ini hari sabtu selalunya dia Off day. Lalu saya terus balik ke rumah.
Sampai di rumah, cadang nak sambung tidur… tapi sebelum tu saya mencuba nasib lagi…
Bila mata tak mahu juga terlelap, saya tergerak dan terfikir untuk cuba lagi menghantar bangkai TV tersebut dan seterusnya singgah di tempat membasuh kereta. Bengkel TV sudah berbuka, orang yang menjaga tak tahulah saya sama ada kenal dengan saya atau tidak.
Selasai menghantar bangkai TV tersebut saya terus menuju tempat membasuh kereta,
Selasai kereta di basuh, saya pun mencari tempat melepak, distinasi gerai ipin tepi padang bola sepak lohan, sebelahnya ada gerai yang tak pernah beroperasi, sebenarnya saya pun ada kepentingan di gerai ini, saya hanya mengurus untuk memperolehi tapak ini semasa ayah saya masih hidup, idea saya banyak tapi macam mana nak berjalan saya pun tidak ada modal.
Ketika saya bersalam-salaman dengan kawan-kawan, saya melihat lagi seorang sepupu ibu yang sedang mengatur jualan sayurnya di ruang sudut gerai minum ini, lantas saya menuju dan memberi salam dan mencium tangganya, kemudian meninggalkanya dan saya mengambil tempat duduk sambil berbual-bual dengan pengunjung yang lain. Saya tiada mood untuk oder minuman, selang beberapa kemudian saya mengesan seorang yang meninggalkan gerai itu di sekat oleh sepupu ibu itu, ditanyanya siapa itu? Allahu akbar saya tidak dikenalinya…..
Ketika saya pun mula mahu meninggalkan tempat tersebut, sepupu ibu ini lantas menahan Saya, sepupu ibu ini bertanya kamu sakitkah? Eeeee kamu sakitkah? Saya menjawab sambil terus menuju ke kereta saya sihat-sihat sahaja, sepupu ibu ini tidak puas hati juga, betulkah kamu Sihat? Saya Nampak kamu semakin kurus? Kamu tidak sakitkah?
Seketika saya amat terpegun dan tergugah,ingatan saya terarah pada seorang rakan kerja yang pernah bertanya. Jack ko ada penyakit TB kah? Macam saya tengok kamu memang kurang sihat.. ada apa penyakit kamu?
Sepupu ibu cuba menahan saya juga, tapi saya sudah di dalam kereta, sepupu ibu kata mari sini saya bagi kamu sayur ini, saya jawab tak payalah tadi saya sudah menghantar mama di tamu tentu ada dibawanya nanti kalau pulang. Sepupu ibu ini pun kata saya pun dari sana tadi saya ada jumpa dengan mereka. Saya sebetulnya tak dapat mengagak saya sangka sepupu ibu yang ini adalah sepupu yang duduk di tamu tadi, saya tahu juga sepupu ibu ini kembar tapi saya tidak dapat mengenal yang mana satu yang di hadapan saya.
Sepupu ibu ini menghulurkan kepada saya sebungkus sayur campur dan sebungkus sayur daun, sambil berkata saya tidak pernah bagi kamu apa-apa. Bila saya terima sepupu ibu terus merapat dan mememgang kepala saya. Betul kah kamu sihat? Kamu makin berumur.. gigi dah nak habis.. bila lagi kamu nak kawin ini?
Kalau kamu ada duit dan kamu ada terpikir sapa-sapa cakap dengan ibu kamu nanti kami bincang saya berani juga pigi urus, lalu diceritanya pasal anaknya yang hendak merisik anak orang yang tidak seagama dengan kami. Anaknya pernah bertanya tidak takutkah ibu dengan meraka nanti, mana tahu ibu kena penggal, sepupu ibu itu kata sampai sekarang belum pernah berlaku juga be begitu…
Sepupu ibu meneruskan kuliahnya, kamu memang tidak pernah bercerita atau minta tolong, kami ini masih saudara yang rapat dengan bapa dan ibu kamu, jangan urus hanya dengan semua lelaki, bincang dengan kami biar kami yang uruskan, kamu sahaja yang tidak mahu berbincang.
Kalau kamu ada duit, cakap sahaja siapa? tapi Jangan pilih yang gansau (kuat jalan), jangan pilih sempegunan (orang asing) dan jangan pilih yang jauh sangat. Bla…. Bla …. Bla….
Begitupun di podium awam berhadapan dengan kawan-kawan, saya tidak segen menyapu airmata yang cuba meleleh, untuk sedikit menenengkan situasi saya kata ibu…. pernah dulu saya ceritakan oleh kerana jawapan keluarga itu yang mereka telah berpunya maka tidak jadilah,,, sepupu ibu ini berhabis mengorek rahsia siapakah itu… mungkin ibu tidak ceritakan hal ini kepada sepupunya sebelumnya. Oh ya yang ini yang kedua gagal….. Alamak siaplah ibu nanti di kerjakan oleh mereka.. astagfirullah
Hampir saya alah oleh sepupu ibu ini hari, pada ketika ini saya masih dapat berdalih, tapi esok-esoknya saya mungkin tidak sanggup lagi, cuti yang teramat panjang ini memungkinkan saya akan menghadapi suasana dan situasi ini,, Cuma harapan saya mudah-mudahan saya tidak mengecilkan hati mereka-mereka ini. Syurga di bawah tapak kaki ibu.
Sampai di rumah sayur campur itu terus saya masak, memang perut dah lapar, ketika sedang makan saya ceritakan pada ibu mengenai sayur tersebut, Cuma saya tidak berani bercerita tentang hal yang lain itu, biarlah kalau sepupu ibu itu mengungkitnya lainlah hal cara saya untuk hendelnya pula.
No comments:
Post a Comment