Saturday, July 30, 2011

Aku terus mengharap dan Aku cuba bertahan

Hari Ini Penulis Hadir Bergotong-Royong Membersihkan Tanah Perkuburan Lama Di Tanjung Karamat, Seingat Saya Ini Kali Ketiga Jabatan Menganjurkan Aktiviti Ini Sempena Sambutan Ramadhana Mubarak.Di Tempat Ini.

Macam ingat-ingat Penulis Dah Ada catatlah cerita perkuburan ini, tapi tak apa lah kan kita ulang dan tambah lagi. Lokasi tanah perkuburan ini lebih kurang lapan kilometer dari pusat Bandar,dari jalan Jumindar Buyung menuju ke Kem Tentera Udara Membidai, akan melalui beberapa kawasan, Interansional Schole, Jabatan Dermaga, rumah Sabah (bekas) padang Golf,perkuburan tugu peringatan perang dunia yang berhadapan dengan Hospital lama.

Penulis tak berapa mengatahui kisah tanah perkuburan ini, Cuma pernah Penulis mendengar cerita mulut Perkuburan Ini Antara Yang Terawal Dan Kononya Ada Antara Kubur Tersebut Di Miliki Oleh Para Maulana Penyeber Agama Islam. Mungkin Dari Tanah Arab Golongan Maulana SHARIF.

Perkara Ini Tak Sempat Penulis Pastikan Kerana Sebahagian Anjung Tanah Perkuburan Ini Telah Terhakis Oleh Lantunan Ombak,Kononya Telah Banyak Kubur-Kubur Yang Terhakis. Penulis Juga Telah Diceritakan Oleh Kaki-Kaki Pancing Dan Penyelam Menembak Ikan Di Batuan Di Tepian Anjung Bahawa Ada Banyak Tulang-Tulang Rangka Manusia Berselerakan Di Kawasan Laut Di Tanjung Ini, Tapi Kami Tak Kisah Kata Mereka. Lagipun Banyak Jenis Ikan Yang Diperolehi.

Dalam Jam Tujuh Lebih Pagi Penulis Dah Sampai Di Tapak Perkuburan, Penulis Paking Di Kawasan Perumahan RTM, Sangka Penulis Aja Sebab Lambang Itu Ada Terpampang Di Sana. Penulis berjalan kaki menuju Ke Tempat Pendaftaran, Penulis Cek Kehadiran Dan Tandatangan pada Nama.

Ketiga-tiga Penolong Pengarah Perempuan yang bertugas menjaga pendaftaran, rasanya semua bujang kan? Dua orang pakai cermin mata dan seorang lagi tidak,, dua orang pakai tudung labuh seorang lagi tidak, dua orang pakai baju labuh seorang lagi tidak, dua orang tak berani bergurau dengan penulis, seorang lagi boleh ramah dengan penulis, bah awas tah kamu…kalau di orang tak suka aku pun, aku tetap minat semua mereka ni… of jangan cemburu. Still for only one, it’s you in my heart, give me a chance

Penulis Ada Cek Juga Nama Si Dia, Kosong Tak Bertanda. Belum Datanglah Ini. dan memang tak akan datang. kan hari ini hari sabtu. Esok hari ahad, lusa puasa…. Tulat hari raya..

Lepas Tanda Nama Penulis Perkena Tapau Sarapan, Sambil Penulis Mengusik Mana-Mana Yang Penulis Rasa-Rasa Mesra, Penulis Juga Sengaja Mendahului Bertanya Ustazah Yang Selalu Si Dia Menumpag Pergi Dan Balik Ke Tempat Kerja. Penulis Kata Si Dia Tak Datang? Jawab Mereka Si Dia Tak Bagi Tahu Maka Tiadalah Itu. Penulis Tanya Dahulu Sebab Penulis Takut Ustazah Tu Akan Tanya Penulis Mana Perginya Sumandak Itu Tidak Datang Bergotong Royong.(penulis Agak-Agak macam tahulah hari ini SI Dia Pergi Mana, hal di orang kan)

Macam Tak Ada Rakan Lelaki Yang Datang Ini, Penulis Buat Kerja Seorang-Seoranglah Dahulu,kerja. Kerja…..kerja Banyak Juga Kubur Yang Penulis Dapat Bersihkan Biarpun Seorang-Seorang, Untuk Menyedapkan Hati Sendiri, Ketika Berkerja Penulis Anggap Kubur Yang Penulis Bersihkan Ini Macam Kubur Arwah Ayah, Kubur Arwah Nenek Dan Kubur Adik Beradik Kembar Yang Meninggal Waktu Kecil.

Tak ada orang pandang dan tak ada orang puji. Penulis tahu Allah sedang memandang penulis, Malaikat atid dan rakib sentiasa mencatat apa yang penulis terniat dan apa yang penulis buat.

Penulis orang kampong bah setakat merumput dan cabut-cabut rumput kecil ini tak payahlah pakai Jebat Besi, atau Jebat pedang cukup dengan Jabat 14 yang dah sebati….sory ahhh.

Tarik-tari dan cabut je rumput-rumput nampaklah bersih dan rasanya tak rugi juga jika mampu zikir Allah. Allah Allah sambil tarik dan cabut rumput tersebut.

alhamdulillah baru beberapa minit nampaknya penulis dah bersihkan lebih dari enam buah kubur. Nak rehat dulu.

Penulis duduk di sebuah kubur besar yang dibina diatasnya simen dan ditampal dengan batu marmar siramik mahal kemudian di hias dengan batu-batu yang berbagai warna. Terhalang dari pancaran matahari dan sejuknya duduk di atas batu-batu mar mar ini, tidak menidakan ingatan penulis yang adanya hukum haram membina satu bentuk kukuh di atas Kubur.

Catatan kubur ini macam menunjukan namanya sedikit berbunyi cina dan dari catatan itu penulis Anggap isi kubur ini seorang Gadis yang meninggal Dunia ketika Zaman Remajanya. Kalau bentuk kubur cantik tentu gadis ini pun cantik ataupun keluarganya memang orang yang berada. Berhayal untuk cuba berinteraksi dengan pemilik kubur melupakan pula Penulis untuk menghadiahkan Fatihah kepada ahli kubur ini.

Tak jadi persoalan pun lupa bagi hadiah, sebab menurut satu riwayat seorang penuntut ilmu agama jika melintas satu tempat perkuburan maka seksa kubur pada hari itu akan terhenti. Jadi jika setiap hari ada seorang pengunjung ke tanah perkuburan maka terhentilah siksa kubur pada hari tersebut, dan alangkah baiknya jika semua tanah perkuburan itu berhampiran dengan Masjid dan masjid itu pula sentiasa di kunjungi oleh para Jamaah.

Penulis Sebenarnya Teringin Mengikut Rakan Balik Kampong Hujung Minggu Ini, Rindu Dengan Ibu, Rindu Dengan Rumah, Rindu Dengan Rakan-Rakan,sudah lama aku tidak berkesempatan membersihkan kubur Arwah ayah Dan arwah Nenek.

Penulis juga Sangat Rindu Dengan Pusat Tarbiah,,, Penulis Dah terbiar dan Terabaikannya Kerena Mengejar Sesuatu Yang Tidak Pasti.. Maafkan Saya… bila Kepala melilau ekor semuanya bertabur nauzubillah..

Sengaja Penulis Tak Kompomkan Untuk Ikut Serta Balik kampong, Sebeb penulis ada dengar dan Syak Mendengar Khabar Itu Dan Ingin penulis Isikan Perkhabaran Itu Dengan Cerita penulis Pula. Sangat itulah saya berharap sudilah kiranya pertemukan dengan mereka… Tak Kisalah Kalau Tak Sudi Pun…saya tetap menunggu..

Saya Mahu Minta Restu Dan Kalau Tidak Di Restui Saya Mahu Memohon Maaf , Saya Dah Nyatakan Harapan Dan Saya Dah Hamparkan Maksud, Itu Secar Seikhlas Mungkin.. …Buat tambah dosa Saja pakai SMS Dan Telipon.. Demi Allah. Insyahallah Ini Seikhlasnya.

Biarpun Mengharap Aku Itu, Aku Sudah Tahu Sesuatu Yang Tidak Mungkin Di Perkenankan,,,,Aku Merayu Dan Aku Terus Mencuba … Suka Aku Nyatakan Bahawa Mudah-Mudahan Ini Pun Sudah membuktikan Yang Memang Aku Cuba Untuk Bersungguh-Sungguh, Cuma Itulah Kemampuan Aku, janganlah kau uji dan janganlah lagi kau cabar ….. Ini Bukan Satu Kepalsuan Dan Ini Bukan Untuk Cuba Mencuba Dan Ini Bukan Rekaan Dan Bukan Sekali-Kali Sebuah Skrip. Bersama kita memberi peluang pada diri.

Bermula Minggu Lepas Dan Semalam Sekali Lagi Penulis Bersiaran Dan Berinteraksi Dengan Para Pengunjung Pusat Tarbiah Secara Live Dan Individu.sambil bebelas doa dan restu, bertanyakan khabar berita. Dan permasalahan semasa.

Setelah Selasai bergilir Berbual Dengan Semua, Penulis Pun Berpesan Agar mencuba bertahan dijumlah Jabat 14 sehari lima kali kerana penulis juga mencuba bertahan di tahap itu

Akhirnya Pada Malam Ini dengan rendah hati, penulis Berterus Terang dan maklumkan Dengan Setiusaha Siapa Sebenarnya Dalam Penulisan Saya Ini. (dan pengunjung pusat tarbih malam ini mungkin sudah maklum akhirnya.)

Selama Ini Orang Berhajat Datang mengadu Kepada Penulis,
Orang Berniat Datang mengadu Menghadap Penulis.
Orang Bermasalah Datang mohon bicara Kepada Penulis.

Sekarang Penulis Sendiri pula Yang Berhadapan Dan Mengalami Masalah. jadi Kepada Siapa Tempat Penulis Mengadu?

Penulis masih Malu Maklumkan mengadu kepada Ayah Non.

Penulis tetap Malu Maklumkan mohon bicara Pada Ustaz Mat.

Allah Swt Yang Membina Ujian Ini Untuk Aku Tempuhi, Berkemungkin Aku Sudah Gagal Melepasinya Sewaras Dan Sebaik Sejujur yang Mungkin.. Ya Allah Berikanlah Aku Kekuatan Meredhai, mensyukuri , Menghadapi Apa Sahaja pengisian dan Penghujung Penceritaan Ini.. Amin

Aku Pohon Terimalah Aku Seumpama Sekelian Mereka Itu biarpun aku di beberapa banyak dosa dan kesalahan sekalipun.

Tuesday, July 26, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2011M 1432M

Selepas Menyiapkan Tulisan JAWAPAN PADA SATU PERSOALAN, Saya Mula Mengelamai Sukarnya Untuk Membina Tulisan Untuk Di Postkan.

Rupanya Kekuatan Penceritaan Saya Amat Berkait Rapat Dengan Hikayat Itu, Saya Pun Bersangka Itulah Tulisan Terakhir saya…,

Sepertinya Saya Kehilangan Arah… Tuju, Peristiwa ini Sangat Mengulit Jiwa Rasa.
Pada Hikayat Itu.. Mudah-Mudahan Dengan Restu Dan Doa Anda Semua Agar Penceritaan Itu Insyah Allah Taalah Masih Ada Kesinambungan,

Doakan Berikanlah Saya Dorongon Dan Berikanlah Saya Semangat Untuk Menghadapinya..
Dalam boring Mencari Idea Untuk Dicatat, Saya teringin Menyemak Balik Post 2 Aku Tahun Lepas .. Ada Rupanya Petikan Yang Saya Perlu Nak Bawa Kehadapan
Ini lah Petikannya.

Post25hbsept2010. Sebelum Berkenalan Dengan Abjad,Setiap Bulan Ramadhan Dan Pada Solat Sunat Tarwaih Itu Saya Ada Menyelitkan Mememohon Doa Secara Individu Kehadrat Illahi Tentang Satu Hajat
.Selapas 20 Tahun Saya Dalam Abjad.Doa Saya Belum Terzahirpun!!!

Adakah Masih Dalam Pertimbangan Allah Swt???

Ataupun Doa Saya Tidak Termakbul????

Rukun Iman Mewajibkan Kita Wajib Percaya Pada QADA DAN QADAR. Usah Terpedaya… Dengan Bisikan-Bisikan Itu

Ramadhan tinggal beberapa hari lagi, Bermakna jumlah tahun itu makin bertambah , dan tak salah rasanya untuk Saya terus dan refresh lagi hajat ini. insyah allah makin menghampiri makbulnya amin.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MUBARAK. 2011, 1432H

Ya Allah Berikanlah Dan Kurniakanlah Aku Taufik Dan Hidayah, Moga Dengan Nur Taufik Dan Hidayah Itu Dapat Aku Membimbing Diri Dan Dapatlah Aku Mendoakan Dan Memimpin Mereka-Mereka Yang Ada Disekelilingku Menuju Jalan Yang Engkau Redhai. Sesungguhnya Aku Tidaklah Mampu Memaksa Sesiapa Menuju Hidayah Mu Melainkan Telah Engkau Permudahkan Dan Telah Engkau Anugerah Kurnia Kearah Itu.

Nur Tuhan.

Nur Hidayah……

Nor Amani Hidayah.

Amin Ya Rabil Alamin.

Monday, July 18, 2011

SEGALA JENIS RAHSIA KEGEMARAN DAN KEBENCIAN RAJA IBLIS

Artikel ini saya copy dari Petikan dari Facebook Abjad Malaysia

Ringkasan kisah ini telah disesuaikan kembali oleh webmaster PGSSAJKM (dari website yang asal - 1998-2009 - geocities ) daripada penyusun asalnya Syaikh Muhammad bin Haji Mohd Said, Guru Madrasah Al-Sibyan, Singapura dan penerbit asalnya Hashim bin Haji Abdullah yang dicetak oleh Al-Ahmadiah Press (Pte) Ltd., Singapura.

Artikel ini telah mendapat sambutan yang sangat hebat dan telah dipetik kembali dalam banyak portal dan forum Islam.

Allah SWT telah menitahkan Malaikat untuk berjumpa raja iblis dan menyuruh raja iblis mengadap kehadhirat Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. bagi membuka segala jenis rahsia kegemaran dan kebencian raja iblis. Peristiwa ini juga membayangkan ketinggian darjat Baginda Rasulullah S.A.W. serta menjadi perisai dan peringatan kepada sekelian umat Baginda. Malaikat menyatakan Titah Allah SWT kepada raja iblis :

Hai iblis!! Bahawa Allah SWT Yang Maha Mulia lagi Maha Besar telah menitahkan engkau supaya mengadap kehadhirat Rasulullah S.A.W. dan hendaklah engkau membuka segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad S.A.W. hendaklah engkau menjawab dengan benar dan sekiranya engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala anggotamu dan uratmu serta engkau akan disiksa dengan azab yang amat keras

Mendengar sahaja perkataan Malaikat berkenaan, iblis terasa dahsyat dan amat gerun sekali. Dengan segera iblis datang mengadap Baginda Rasulullah S.A.W. dengan menyamar menjadi seorang tua yang buta sebelah matanya serta berjanggut putih sebanyak 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu. iblis memberikan salam dengan penuh hormat dan takzim sebanyak 3 kali yang tiada dijawab oleh Baginda Rasulullah S.A.W.. iblis pun bertanya :-

Yaa Rasulullah, mengapakah Tuan Hamba tidak menjawab akan salam hamba kerana bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah SWT?

Maka sabda Baginda S.A.W. :-

Hai aduwullah musuh Tuhan! Kepada akukah engkau menunjukkan helahmu? Patutkah engkau dengan urusanmu itu hendak menipu aku sebagaimana engkau menipu Nabi Allah Adam A.S. sehingga terkeluar dari syurga dan Habil mati teraniaya dibunuh oleh Qabil dengan sebab hasutan engkau serta Nabi Allah Ayub A.S. engkau tipu asap racun semasa baginda sujud di dalam solatnya hingga begitu lama baginda menanggung sengsara oleh perbuatan engkau. Dan Nabi Allah Daud A.S. dengan perempuan pahlawan Urya serta Nabi Allah Sulaiman A.S. meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya untuk melarikan cincin baginda; demikian juga beberapa Anbiya A.S.W.S serta para ulama yang telah menanggung kesengsaraan dan penganiayaan oleh perbuatan mu yang khianat. Hai iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia pada Tuhan Azza Wajalla. Hanya salam engkau sahaja aku tidak ingin menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Tuhan dan engkau ini terlaknat serta telah ditentukan kepada engkau kedalam neraka yang amat keras bagi menyiksa dirimu. Maka aku kenal sangat bahawa engkaulah iblis yang menjadi raja segala syaitan telah datang dalam bentuk penyamaran. Apakah tujuan engkau datang mengadapku ini?

Maka sembah iblis :

Ya Nabi Allah, janganlah Tuan Hamba murka. Demi sesungguhnya, Tuan Hambalah Nabi yang terakhir lagi mulia dan kekasih Allah S.W.T. maka dapatlah Tuan Hamba mengenali hamba. Ya Nabi Allah, tujuan kedatangan hamba ke mari ialah dengan keizinan Tuhan Azza Wajalla. Allah SWT telah mengutuskan malaikatNya dengan Titah supaya hamba datang mengadap ke hadhirat Tuan Hamba. Ini supaya Tuan Hamba dapat bertanyakan apa juga persoalan mengenai keadaan umat Tuan Hamba. Hamba sedia menkhabarkan secara terus-terang mengenai tipu daya hamba di atas sekelian manusia bermula daripada zaman Nabi Allah Adam A.S. sehinggalah kepada zaman yang akan datang selepas zaman Tuan Hamba. Mereka yang hamba goda kepada beberapa banyak simpang dan jalan yang sesat supaya mereka binasa dengan tipu daya hamba yang amat halus.

Ya Nabi Allah, setiap pertanyaan Tuan Hamba akan hamba jawab satu persatu dengan sebenar-benarnya tanpa sembunyi.

Maka raja iblis pun bersumpah dengan nama Tuhan dan berkata :

Ya Nabi Allah, sekiranya hamba berdusta barang sepatah kata sekalipun, nescaya hancur-leburlah diri hamba terbakar menjadi abu

Mendengarkan pengakuan Raja iblis dan sumpahnya, maka Rasulullah S.A.W. berasa sukacita dan merasakan inilah peluang keemasan untuk baginda menyiasat segala perbuatan raja iblis dengan disaksikan oleh sekelian sahabat yang hadir di majlis berkenaan. Ianya juga akan menjadi senjata atau perisai kepada sekelian umat hingga kemudian hari.

DIALOG

RASULULLAH S.A.W : Wahai iblis! Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?

raja iblis : Ya Nabi Allah, Tuan Hambalah musuh hamba yang paling besar daripada segala seteru hamba di muka bumi ini.

Maka Rasulullah S.A.W. merenung wajah raja iblis menyebabkan iblis menggeletar segenap tubuh badan serta anggotanya disebabkan terlalu gerun akan kebesaran Baginda.

raja iblis : Ya Nabi Allah, hamba mampu menyamar sebagai sesiapa juga termasuk haiwan bersekali dengan suara-suara yang tepat. Hamba ditegah Tuhan Azza Wajalla untuk menyamar sebagai Tuan Hamba kerana jika hamba melakukan yang demikian, nescaya terbakarlah hamba menjadi abu .

raja iblis : Hamba bersungguh-sungguh merentap iktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir ialah kerana Tuan Hamba bersungguh-sungguh menasihatkan mereka dengan memberikan pedoman kepada seluruh manusia supaya berpegang teguh kepada Islam. Begitulah juga kesungguhan hamba menarik mereka kepada kafir, murtad dan munafik. Hamba tarik sekelian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dan beralih kepada jalan yang sesat. Hamba berharap mereka akan mauk ke neraka bersama-sama dengan hamba serta kekal di dalamnya buat selama-lamanya

RASULULLAH S.A.W: Hai iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah SWT?

raja iblis : Ya Nabi Allah, hamba goda perempuan-perempuan supaya merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya hingga menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan solat dan leka dengan makan-minum dan berbuat kemungkaran. Sesetengahnya hamba lalaikan dengan harta-bendanya daripada emas, perak, rumah dan ladang dan hasilnya dibelanjakan ke atas segala pekerjaan yang haram. Telah banyak kaum lelaki dan perempuan terpesong imannya menerusi tentera jin, iblis dan syaitan yang hamba perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran. Kalau terdapat sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, maka hamba akan menggoda bersungguh-sungguh supaya mereka kehilangan maruah, meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya meminum arak sehingga hilang akal dan hilang rasa malu mereka. Lalu hamba hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar supaya mereka berhasad-dengki sehingga melakukan perzinaan. Apabila lelaki dan perempuan berkasih-kasihan, maka terpaksalah mereka mencari wang menerusi tipu daya serta mencuri. Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing-masing dan ingin bertaubat atau beramal-ibadat, hamba akan halang mereka sehingga mereka bertangguh dan bertempoh dalam berbuat kebajikan. Hamba juga akan menggoda dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang. Maka telah ramai umat Tuan Hamba telah hamba sesatkan dengan jalan ini dengan bantuan jin, syaitan dan iblis di mana hamba menyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh badannya. Apabila mereka digoda pada hati, maka mereka akan sentiasa riak dan takabbur, ujub serta melengah-lengahkan amalnya dan berlaku sombong. Apabila mereka digoda pada lidah, maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain. Demikianlah hamba menghasut mereka semasa siang, malam, pagi dan petang.

RASULULLAH S.A.W: Hai iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan berpenat-penatan untuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang faedah kepada dirimu bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta engkau akan ditimpakan sebesar-besar siksaan di dalam neraka yang paling bawah sekali?

RASULULLAH S.A.W: Hai laknatuLlah! Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang melanjutkan usia engkau? Siapakah yang menerangkan mata engkau? Siapakah yang memberikan pendengaran telinga engkau? Siapakah yang memberikan kekuatan kepada anggota engkau?

raja iblis : Adalah sekeliannya itu adalah anugerah daripada Allah SWT yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur serta khianat telah menyebabkan hamba melakukan sebesar-besar kejahatan. Tuan Hamba juga sedia maklum bahawa hamba pernah menjadi ketua segala malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan hamba telah dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Hamba pun mendiami tempat hamba dengan beribadat bersama-sama malaikat serta berkhidmat kepada Tuhan Azza Wajalla dalam tempoh yang begitu lama.

Tiba-tiba datang Firman Allah SWT kepada hamba sekeliannya mengenai dijadikanNya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka hamba membantah kerana tidak suka berkhalifah. Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikan seorang lelaki dan dititahkan hamba dan sekelian Malaikat memberikan penghormatan kepada Adam kecuali hamba seorang enggan bersujud dan hamba telah mengingkari hukumNya. Maka hamba dimurkai Tuhan Azza Wajalla serta dilaknatiNya hamba sehingga Hari Qiamat. Wajah hamba yang selama ini bercahaya dan cantik telah dihapuskan oleh wajah yang hodoh dan keji. Hamba sakit hati dan begitu berdendam kepada Adam. Kemudian Adam diangkat oleh Tuhan Azza Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakan seorang isteri untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segala bidadari. Sentiasalah mereka dalam kesukaan dan kesenangan. Hasad-dengki hamba menjadi-jadi kepada kedua mereka dan merancang untuk mengkhianati mereka. Akhirnya hamba telah menipu Siti Hawa supaya meminta Adam memakan buah khuldi larangan Tuhan Azza Wajalla. Maka kerana perempuan itulah, Adam termakan buah larangan berkenaan sehingga mereka dihalau dari syurga dan diturunkan ke dunia secara terpisah kedua suami-isteri beberapa lama sehinggalah dipertemukan kembali oleh Tuhan Azza Wajalla dengan selamatnya sehingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehingga mati. Itupun hamba masih tidak berpuas hati sehingga hamba dapat melakukan pelbagai tipu-daya ke atas sekelian anak-cucunya hinggalah ke Hari Qiamat. Tetapi Tuan Hamba telah menghalang pekerjaan hamba dengan menarik mereka supaya memeluk Islam. Ada pun sebelum Tuan Hamba diputerakan ke dalam dunia ini, hamba bersama-sama bala tentera hamba mampu naik ke langit dengan mudahnya mencuri rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat dan mendapat pahala serta syurga. Demikian juga bagi mereka yang beribadat malam akan mendapat setinggi-tinggi pahala. Apabila hamba turun ke dunia, maka hamba khabarkan kepada mereka itu dengan jalan yang sesat melalui pelbagai tipu daya sehingga mereka berpegang kepada kitab-kitab bidaah dan karut. Tetapi apabila Tuan Hamba zahir ke alam dunia ini, maka hamba tidak dizinkan Allah SWT untuk naik ke langit dan hamba tiadalah lagi mendapat apa-apa rahsia umat Tuan Hamba. Ramai malaikat yang menjaga di pintu tiap-tiap lapisan langit dan jika hamba berdegil untuk naik ke langit, nescaya malaikat akan melontar anak panah api yang bernyala-nyala. Telah ramai bala tentera hamba daripada golongan jin, iblis dan syaitan terkena lontaran malaikat sehingga badan mereka terbakar menjadi abu. Hamba dan bala tentera hamba amat susah hati dalam usaha menjalankan hasutan ditambah pula Tuan Hamba dapat menzahirkan mukjizat-mukjizat yang amat hebat di hadapan sekelian raja-raja dan di khalayak ramai.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?"

raja iblis : Pertama, hamba palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka kepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka. Namun jika mereka gagal hamba pesongkan, hamba akan berusaha menarik mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?"

raja iblis : "Itulah sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah seluruh badan hamba dan lemahlah tulang sendi hamba, maka pada waktu itu, hamba menyuruh puluhan syaitan iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam solatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya. Sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya ia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. (Maka) tidaklah tetap hatinya serta hilanglah kusyuknya. Sesetengah iblis memasuki telinga orang yang bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian dan sebagainya - yang sia-sia belaka. Sesetengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Di dalam hatinya sering bekehendakkan agar solatnya segera tamat dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika sekelian iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya mereka akan hamba hukum seberat-beratnya.

RASULULLAH S.A.W: "Jika umatku membaca Al-Qur an kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

raja iblis : "Jika mereka membaca Al-Qur an kerana Allah, maka terbakarlah tubuh hamba serta putus-putus segala urat hamba, maka larilah hamba dari mereka.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

raja iblis : "Telah binasalah diri hamba dan gugurlah tulang hamba kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

raja iblis : "Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap hamba kerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlah nur Arasy dan Kursiy serta segala Malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah SWT yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta Malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa. Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umat Tuan Hamba berpuasa, datanglah segala bala tentera Malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap hamba dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tentera hamba iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas - dan dirantainya hamba sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat Tuan Hamba, baharulah hamba dilepaskan supaya hamba tidak boleh mengganggu mereka. Dan umat Tuan Hamba sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam yang lain

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Bagaimanakah halnya para sahabatku kepada engkau?

raja iblis : "Ya Nabi Allah, Adalah sekelian para sahabat Tuan Hamba adalah sebesar-besar seteru kepada hamba, kerana tiada upaya hamba melawan mereka dan tidak ada satu pun tipudaya hamba dapat memasuki mereka, kerana Tuan Hamba pernah berkata Sekelian para Sahabatku adalah umpama bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk Ya Nabi Allah, sekelian para sahabat Tuan Hamba sangat taat mengerjakan perintah Tuan Hamba lagi setia serta bersungguh-sungguh menyiar dan menghebahkan syariat Tuan Hamba kepada sekelian manusia menerusi Al-Qur an dan Al-Hadis. Ada pun Sayyidina Abu Bakar As Siddiq bin Abi Qahafah R.A. itu semasa sebelum beliau bersama Tuan Hamba pun, hamba gagal menghampirinya apalagi sekarang beliau telah mendampingi Tuan Hamba. Beliau amat kuat bersaksi di atas kebenaran Tuan Hamba sehingga beliau telah menjadi wazirul a zam dan Tuan Hamba telah berkata bahawa kiranya ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekelian isi dunia ini, nescaya lebih beratlah kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula, beliau telah menjadi bapa mertua Tuan Hamba dengan mengahwinkan puterinya Sayyidatina Aishah R.A yang sangat hafiz Hadis-Hadis Tuan Hamba. Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Umar Al-Khattab R.A., hamba tidak berani memandang wajahnya kerana beliau sangat tegas dalam menjalankan hukum syariat Tuan Hamba. Jika hamba terpandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana tersangat takut kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi Tuan Hamba pernah bersabda, Jikalaulah ada lagi Nabi selepas aku, nescaya Umar boleh menggantikannya kerana harapan besar Tuan Hamba ke atasnya. Beliau juga mampu membezakan iman dan kafir sehingga beliau mendapat gelaran Umar Al-Faruk . Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Osman Al-Affan itu lebih-lebih lagi tidak dapat hamba hampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Qur an, siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang yang sabar dan penghulu segala syuhada dan menjadi menantu Tuan Hamba sebanyak 2 kali. Kerana ketaatannya, beliau dikunjungi oleh para Malaikat dengan penuh hormat kerana sangat malunya Malaikat kepada beliau. Tuan Hamba telah berkata, Barangsiapa menulis BismillaahirRahmaanirRahiim pada kitab-kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala baginya seperti pahala syahid Sayyidina Osman. Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Ali bin Abi Talib R.A., hamba sangat takut kepadanya kerana kehebatan kelakuannya serta kedahsyatan melihat keperkasaannya di medan peperangan merempuh segala musuhnya. Maka apabila iblis, syaitan dan jin memandang wajah Sayyidina Ali, nescaya terbakar kedua biji mata mereka kerana beliau sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan serta beliau adalah julung-julungnya kanak-kanak yang memeluk Islam serta enggan menundukkan kepala kepada sebarang berhala, sebab itulah beliau digelar Ali KarimahullahuWajhah dan Harimau Allah . Tuan Hamba pernah bersabda, Akulah negeri segala ilmu dan Ali adalah pintunya . Tambahan pula, beliau telah menjadi menantu tuan hamba, maka terlebihlah ngeri hamba kepadanya.

RASULULLAH S.A.W: "Bagaimanakah tipudaya engkau terhadap umatku?

raja iblis : "Adalah umat Tuan Hamba ada tiga golongan (1) Seperti air hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala tegahanNya dan kata (Malaikat) Jibril A.S., Adapun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat (2) Umat Tuan Hamba itu seperti tanah iaitu orang (yang) sabar, bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramal soleh dan bertawakkal kepada Allah dan banyak berbuat kebajikan, dan (3) Umat Tuan Hamba itu keadannya seperti Fir aun yang terlampau tamak dengan harta dunia (dan) dihilangkan amal (perbuatan) akhirat. Maka (dengan) sukacitalah hamba kepada mereka (umat ke 3) lalu hamba masuk ke dalam tubuh mereka, hamba putarkan hati mereka menuju ke lautan derhaka. Apabila telah kekal atas jalan kejahatan, hamba tarik ke mana (sahaja) sesuka hati hamba, jadi sentiasalah mereka bimbangkan dunia dan tidak suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidak mengeluarkan zakat hartanya dan sesetengah (golongan) yang miskin (yang) hendak beribadat, hamba goda mereka (supaya) meminta kekayaan terlebih dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan hajatnya untuk mendapatkan kesenangan, maka (hamba) lupakan mereka dari beramal, tidak mahu mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun dengan mahligainya dan diri mereka serta harta benda mreka habis terbenam ke dalam bumi kerana mereka tidak mahu membelanjakan (harta mereka) pada jalan-jalan kebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, mereka sentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah dari mereka yang kaya asyik dengan perebutan dunia, bercakap besar kepada sesama Islam dan benci dan menghina golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan harta mereka kepada jalan-jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempat judi dan (majlis) tarian.

RASULULLAH S.A.W: "Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?

raja iblis : "Orang-orang yang meringankan syari at Tuan Hamba dan membenci orang-orang yang mempelajari Islam.

RASULULLAH S.A.W: "Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?

raja iblis : "Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji.

RASULULLAH S.A.W: "Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?

raja iblis : "Jika seorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas), jika tidak membaca doa kepada Allah SWT untuk mohon perlindungan daripada syaitan, nescaya hamba lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari.

(Inilah doanya sebelum sampai ke tandas - Bismillahi AllaHomma Innii a uu dzubikaminal khubusi wal khobaa is jika masuk ke tandas, dahulukanlah kaki kiri dan jika keluar dari tandas dahulukan pula kaki kanan dan apabila jauh empat-lima langkah daripada tandas, dibaca di dalam hati GhufraanakalhamdulillaaHilladzii azHaba annil azaa wa aafinii dan apabila selesai bersuci dibacakan doa AllaaHumma ToHHir Qalbii minnifaaqi wahaSSin farjii minal fawaa hi shi )

Maka jika dibacakan doa-doa tersebut, larilah hamba daripadanya

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?

raja iblis : "Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, (dan) jika dia membaca : A uu dzubillaaHiminassyaitaanirrajiim, AllaHumma jannibnaa minassyaitaani wajannibissyaitaan maa razaqtanaa maka larilah hamba daripadanya. Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut, (maka) hambalah yang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak (hasil pergaulannya), maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta malas berbuat (baik) atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian ibubapanya. Demikian juga jika mereka makan atau minum dengan tidak membaca BismillaahirRahmaaniRahiim maka, hambalah yang terlebih dahulu makan dan minum sebelum mereka, maka walaupun mereka makan, tetapi mereka tidak kenyang.

RASULULLAH S.A.W: "Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipudayamu?

raja iblis : "Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk, nescaya padamlah kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaat sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Tuhan kerana dia telah bertaubat. Inilah doanya : Ilaahii lasta lil firdausi ahlan, walaa aq waa a laa naaril jahiim, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka ghaafirudzzanbil aziim

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?

raja iblis : "Apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau menggunting bulu di ari-arinya selama 40 hari, maka hamba akan tinggal mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga, (menjadi) tempat hamba bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak mencukurnya atau mencabutnya

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah saudaramu?

raja iblis : "Orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka hamba akan mengulitnya sehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, asar dan maghrib, hamba (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat.

(Apabila hendak tidur, bacalah BismillaahirRahmaanirRahiim sebanyak 21 X)

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Dengan jalan manakah yang boleh membinasakanmu?

raja iblis : "Orang yang banyak menyebut nama Allah dan banyak memberikan sedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat, memperbanyakkan tadarrus Al-Qur an serta solat di waktu malam.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?

raja iblis : "Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah

(lafaz niat iktikaf Nawaitul I tikaaf fii Haa dzal masjidi sunnatan lilLaahiTa aala )

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah lagi yang memecahkan penglihatan engkau?

raja iblis : "Orang yang taat kepada (kedua) ibubapanya serta membantu (menjaga) makan dan minum serta pakaian mereka kerana Tuan Hamba telah bersabda Bermula syurga itu adalah di bawah (tapak) kaki ibubapa

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apa pula yang merantai engkau?

raja iblis : "Penjual (peniaga) yang betul timbangan (dan) sukatannya, ukuran dan tukarannya.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis : "Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam (Assalaamu alaikum waroh matulLaaHiwabaa rakaatuh) dan dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dada hamba, maka hamba pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan- dia dan saudaranya - apabila berpisah keduanya

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?

raja iblis : "Orang yang minum arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu atau ganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana kemerbahayaannya telah nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan perceraian

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah pula yang bersekutu dan sekedudukan dengan engkau?

raja iblis : "Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan wajahnya (perempuan) dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati serta apabila terpandang belakang (perempuan), maka terpandanglah lehernya (perempuan) yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yang membangkitkan nafsunya (lelaki) serta manakala terpandang hadapannya (perempuan), hamba hiaskan dadanya (perempuan) supaya bergetaran serta hamba panah tepat pada jantung hati keduanya (lelaki dan perempuan) atau salah satu daripadanya sehingga tergerak syahwatnya. Orang yang tiada memelihara hatinya, nescaya tidak terpelihara farajnya dan apabila tidak memelihara farajnya, maka tidak terpeliharalah imannya.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Di manakah kediamanmu?

raja iblis : "(hamba tinggal) Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya (bahan pujaan) Apabila mereka menyembah (berhala, batu, kayu, tembaga dan sebagainya), maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah-tambah keyakinannya terhadap pekerjaan mereka (menyembah berhala) yang syirik itu. Betapa ramainya umat Tuan Hamba telah hamba pesongkan sehingga memasuki rumah berhala Majusi dan Hindu yang menunjukkan betapa nipisnya iman mereka.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Di manakah tempat perhimpunanmu?

raja iblis : "Pada rumah wayang dan tempat majlis tarian dan seumpamanya seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas)

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Aku lihat engkau mengintai-ngintai di dalam masjid, apakah yang hendak engkau lakukan?

raja iblis : "Hamba hendak mengganggu orang yang sedang bersolat di situ.

RASULULLAH S.A.W: "Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat dan bermunajat dengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang yang sedang tidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu (mungkin) dalam keadaan lalai

raja iblis : "Adapun orang yang sedang bersolat itu amat jahil sekali, (maka) mudahlah untuk hamba merosakkan (melalaikan) solatnya, tetapi orang yang sedang tidur itu (sebenarnya) alim. Maka apabila hamba menggoda dan cuba merosakkan solatnya, hamba takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari tidurnya lalu menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu

(Sabda Rasulullah S.A.W. Na umul aliimi khairun min ibaadatil jahiil yang bermaksud Tidur orang yang alim lebih baik daripada ibadat orang yang jahil seperti 1000 orang beribadat dengan tidak berilmu agama, sangat senanglah syaitan mengganggunya, teapi seorang pelajar ilmu feqah itu, sangat susah bagi syaitan hendak menggodanya)

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah kata-kata pujian bagimu?

raja iblis : "Suara orang yang bernyanyi dan berpantun-seloka serta suara bunyi-bunyian kecuali orang yang bernyanyi, berpantu, bernazam memuji Tuhan, bernasyid serta berselawat di atas Nabi

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?

raja iblis : "Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim serta memakan riba

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?

raja iblis : "Mereka yang makan dan minum dengan (punca) mata pencarian yang haram kerana mereka buta dalam mencari harta yang halal serta mereka banyak tidur sehingga matahari tinggi dan meninggalkan solat subuh serta memenuhi perutnya dengan kenyang sekali

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?

raja iblis : "Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat untuk hamba Allah yang dhaif, malah zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWT serta orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama dengan hamba.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?

raja iblis : "Orang yang berhasad dengki dan orang yang tidak mempelajari hukum Islam serta semua perempuan yang jahat dan perempuan yang merosakkan dirinya serta perempuan yang menjual maruahnya

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika seorang ulama meninggal dunia, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis : "Telah subur dan bertunaslah hasutan hamba dan pekerjaan hamba.

(Sabda Rasullullah S.A.W. - yang bermaksud Barangsiapa yang berdukacita di atas kematian seorang ulama , maka dituliskan Allah SWT pahala baginya seribu ulama dan seribu syuhada , Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Akan datang atas umatku yang melarikan diri dari ulama atau mereka yang membenci golongan yang mengajar agama, maka diberikan Allah SWT 3 jenis bala ke atas mereka (yang membenci atau melarikan diri dari ulama dan seumpamanya) (1) Dihilangkan keberkatan dalam pencariannya (rezki), (2) Didatangkan Allah SWT ke atas mereka seorang ketua yang zalim atau raja yang zalim, dan (3) dikeluarkan (dimatikan) mereka daripada dunia dengan tidak beriman Na uu dzubillaaHimin dzaalik kita berlindung dengan nama Allah SWT )

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku bersolat jemaah, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis : "Sesungguhnya segala simpulan (tali pengikat) tipudaya hamba telah mereka leraikan

(Maka sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud Barangsiapa solat 5 waktu, maka dia akan mendapat 5 perkara (1) Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran (kemiskinan), (2) Diangkatkan darinya siksa kubur oleh Allah S.W.T., (3) Dianugerahi orang itu dengan kitab tulisannya (perbuatan di dunia) pada sebelah kanan (pihak yang selamat), (4) Melalui titian (Siraatal Mustaqiim) di atas neraka sepantas kilat, (5) Dimasukkannya Allah SWT ke dalam syurga tanpa sebarang hisab dan tanpa sebarang siksaan. Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud Solat lelaki berjemaah lebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri dan solat berjemaah itu mendapat 27 darjat - serta solat berjemaah di rumahnya bersama anak (anak) dan isterinya akan mendapat pahala haji dan umrah )

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berselawat ke atas ku, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis : "Mereka telah membelah muka hamba disebabkan ingatan kuat terhadap Tuan Hamba

(Maka sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud Barangsiapa berselawat ke atasku, maka para Mailaikat akan memohon diampunkan (segala dosanya) dia dan dia adalah sebahagian daripada isi syurga

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku bersolat Hari Raya di masjid, bagaimanakah keadaanmu? Kerana Tuhanku yang Maha Besar telah berfirman - Hai sekelian Malaikat! Saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan sekelian dosa umat Muhammad, lelaki dan wanita/perempuan, Maka apabila telah selesai dari solat dan khutbah dibacakan, maka Firman Allah SWT Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan Aku telah gantikan dosamu itu dengan kebajikan!

raja iblis : "Ya Rasulullah! Apabila umat Tuan Hamba pergi (untuk) bersolat Hari Raya, maka hamba sangat berdukacita dan kesal. Maka hamba pun menjerit sehingga datang sekelian bala tentera hamba dan (mereka) bertanya Hai raja kami! Siapakah yang engkau marah? Adakah ianya (puncanya) dari langit atau dari bumi? Perintahkanlah kami sekelian pergi membinasakan barang di langit dan di bumi. Maka hamba menjawab Hai bala tenteraku! Apa yang menyebabkan aku berdukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Wahai sekelian bala tenteraku! Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah SWT telah memberkati puasa umat Muhammad? Dan Tuhan amat mengasihi dan mengasihani mereka dengan penuh rahmat serta diperkenankan segala doa mereka dan diampunkan segala kesalahan mereka? Wahai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya malas beramal ibadat dan resah dengan berjalan ke sana dan kemari serta asyik berjudi serta bersukaria memuaskan nafsu dengan mengerjakan maksiat supaya datang kemurkaan Tuhan ke atas mereka itu dan ditimpakan bala ke atas mereka kerana dengan demikian, akan membawa kesenangan di dalam hatiku. Maka berangkatlah sekelian bala tentera iblis syaitan untuk mengganggu umat Muhammad

RASULULLAH S.A.W: "Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis : "Telah bersusah payah hamba menggoda mereka sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa (yang hanya) mengambil masa yang sedikit, maka lemahlah hamba lalu hamba menyapu dengan tanah (dan berkata), aduhai, celaka betapa malang dan celaka diriku dengan kerugian, maka hamba pun berpaling (dan) pergi

(Doa Hujung Tahun AllaaHomma maa amiltu min amalin fii HaaziHissanati mimmaa nahaitanii anHu, walam tar Dhahu walam tan sahu, wahamilta alaiyya ba da qud rotika alaa, uquubatii, wada autanii ilattaubati ba da jur aatii alaa ma Siatika, fainnii astaghfiruka faghfirlii waHablii min amalin tarDhahu, wa wa datanii alaihitsawwaab )

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah keadaanmu?

raja iblis : "Ya NabiyUllah! Putuslah harapan hamba, kerana barangsiapa membaca doa awal tahun, (maka) Tuhan memerintahkan dua Malaikat supaya membakar buku kesalahan hambanya dan dituliskan kebajikan di dalam (buku kebajikan) disebabkan orang yang membaca doa ini .

(Doa Awal Tahun AllaaHomma antal abdiyyulQadiim,waHaaziHi sanatu jadiidatun, as aluka fiihal iSmata minassyaiTooni wa au liyaa ihi. Wal au na alaa Haa dzihiinnafsil ammaarati bissuu wal ish ti ghaala bisaa yuQorribunii ilaika yaa Kariim )

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang menyokong engkau?

raja iblis : "Orang yang tidak bertaubat atas dosanya dan suka ketawa ketika berbuat dosa berkenaan. Ya NabiyyUllaah! Telah hamba binasakan ramai manusia dengan (menggoda mereka) mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai (jenis) maksiat, maka hamba gembria. Tiba-tiba, mereka mengucapkan kalimah-kalimah Laa ilaa Ha illAllaah dan istighfar, maka binasalah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia (dulu), hamba mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis syaitan, tetapi orang yang azan itu adalah penghalau iblis syaitan, kerana para Malaikat akan hadir bersolat bersama-sama dengan mereka .

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Sekarang apalah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kufur kepada iman, daripada gelap gelita kepada terang benderang?!

Maka iblis pun mengangkat kepalanya ke hadhirat Tuhan dan berkata Yaa Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh pada menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama ada nyawa di tubuh mereka, hamba jadikan pemuda dan wanita bercampur dan berkenalan, supaya hamba dapat mencelah di dalamnya.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT :

Hai mala un, Demi Kebesaran dan KetinggianKu, bahawa Aku sentiasa bersedia untuk mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu memohon ampun kepadaKu

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?

raja iblis : "Ya Rasulullah! Bahawasanya hamba sangat ajaib (hairan) melihat dua macam hal sekelian hamba Allah SWT iaitu (1) Mereka itu mengaku kasihkan Tuhan, walhal mereka itu taatkan hamba dan berbuat maksiat, (2) Mereka itu sangat marah kepada hamba, tetapi mereka menurut hasutan hamba.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT:

Hai mala un! Demi Kemuliaan dan KebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad (dengan) 2 kebahagiaan : (1) Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana tipudayamu, dan (2) Kemarahan mereka kepadamu Aku jadikan kifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka kepadaKu

Maka iblis tercengang-cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihi Tuhan GhafuururRahiim yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani hambanya dengan limpah rahmatNya.

Setelah selesai baginda Rasulullah S.A.W. berdialog dengan raja Iblis, maka baginda menghalau iblis dengan sabdanya : Wahai laknatullah! Nyahlah engkau dari hadapanku ini maka iblis pun keluar dengan perasaan yang amat dukacita.

Maka hairanlah para sahabat yang hadir dalam majlis berkenaan mendengar tipudaya iblis yang menyelubungi seluruh umat manusia.

Sabda Nabi S.A.W.: Hai para sahabatku! Ketahuilah olehmu bahawa iblis telah membuat kesalahan atas beberapa sebab : (1) ia engkar dan membantah perintah Tuhan, (2) ia takbur dan besar diri (3) ia berhasad dengki dengan Nabi Adam a.s. (4) Ia menghasut dan mengkhianati (manusia) (dari) seorang kepada seorang (yang lain) seperti yang telah ia ajarkan kepada Qabil dengan tipudayanya sehingga berani Qabil melakukan pembunuhan ke atas saudaranya Habil yang disayangi oleh Nabi Allah Adam a.s.

Sabda Nabi S.A.W.: Bahawa pada suatu hari, Iblis mengadap Nabi Musa bin Imran a.s. dan berkata : Yaa NabiyuLLaah! Apabila Tuan Hamba bermunajat kepada Allah S.W.T di Bukit Tursina, hamba hendak bertaubat kepada Allah SWT, adakah (taubat) hamba diterimanya?

Maka sukacitalah Nabi Musa a.s. mendengarkan iblis yang hendak bertaubat itu lalu baginda menyanggupi permintaan iblis. Setelah tiba di Bukit Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka datanglah Firman Allah S.W.T. : Wahai Musa, kesalahan iblis boleh Ku ampunkan dengan syarat hendaklah ia (iblis) bersujud pada kubur Nabi Adam Maka Nabi Musa a.s. pun menyampaikan firman Allah S.W.T. kepada iblis. iblis mengeluh dan berkata Wahai Nabi Musa! Semasa Adam masih hidup pun hamba tidak sudi bersujud kepadanya, inikan pula, Adam telah mati Maka iblis pun beredar.

Sabda Nabi : Bermula (tegaknya) tiang dunia ini dengan 4 perkara : (1) Dengan ilmu para ulama, (2) Dengan adilnya sekelian raja-raja, (2) Dengan kemurahan (hati) orang-orang kaya, (4) Dengan doa sekelian fakir miskin.

Maka sekiranya tidak ada ulama, nescaya binasalah sekelian orang yang jahil dan sekiranya raja-raja tidak adil, nescaya (segolongan) manusia (ibarat) memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimau menghambat dan memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan (hati) orang-orang kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dan sekiranya tidak ada doa fakir miskin, nescaya runtuhlah langit dan bumi.

KISAH NABI IDRIS A.S. MENIKAM MATA iblis

Pada suatu hari, sedang Nabi Idris a.s. duduk menjahit bajunya, tiba-tiba berdiri di hadapan pintu rumahnya seorang lelaki memegang sebiji telur di tangannya. Katanya Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?

Maka Nabi Idris a.s. memandang lelaki berkenaan dan baginda terus mengecam lelaki berkenaan sebagai iblis laknatullah.

Nabi Idris A.S. bersabda: Marilah ke sini dekat denganku, tanyalah apa yang engkau kehendaki. Maka raja iblis itu pun mendekati baginda sambil mengulangi pertanyaannya : Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?

Sahut Nabi Allah Idris A.S. : Jangankan memasukkan dunia ini ke dalam telur sebesar ini, bahkan ke dalam jarumku yang sekecil inipun, Tuhanku Maha Berkuasa memasukkan dunia ke dalamnya Lalu dengan pantas Nabi Allah Idris A.S. pun menikam mata raja iblis dengan jarum. iblis pun terperanjat dan kesakitan lalu melarikan diri setelah menerima tandatangan Nabi Allah Idris A.S. yang telah menyebabkan ia buta sebelah matanya sehinggalah zaman kebangkitan Junjungan kita dan kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.
Suka • • Kongsi

Friday, July 15, 2011

MUNAJAT KU

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

YA ALLAH Kurniakanlah Aku Rahmat.

YA ALLAH Kurniakan Aku Petunjuk

YA ALLAH Kurniakanlah Aku Hidayah,

YA ALLAH Kurniakanlah Aku Dengan Pengatahuan Yang Mendalam.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
YA ALLAH Ampunkanlah Segala Dosa-Dosa Ku Sama Yang Baru Atau Lama, Sama Ada Secara Sengaja Atau Tanpa Aku Sedari, Sama Ada Aku Lalai Atau Aku Terleka. Tunjukan aku jalan kebenaran yang engkau redhai

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
YA ALLAH Jauhkanlah dan lindungi Aku Dari Tipu Daya Diri Sendiri Dan Dari Bisikan-Bisikan Yang Meragukan, ya allah Zohirkanlah Padaku Kemaksiatan Agar Mudah Aku Kembali Kepada Ketaatan.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
YA ALLAH Segera Palingkan Aku Dari Sesuatu Yang Merugikan Diriku, Datangkan Kepada Ku Penawar Bagi Segala Kedukaan Yang Mendatang.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
YA ALLAH Berikanlah Aku Anugerah Kecedrasan Dan Kepintaran Dalam Melaksana Tangung Jawab Yang Di Amanahkan, Tabah Dan Gembirkanlah Aku Bila Berhadapan Dengan Segala Bentuk Ujian Pancaroba badai Yang Melanda.

YA ALLLAH YA RAHMAN YA RAHIM
YA ALLAH Berikan Aku Anugerah Berkelebihan Mutlak Bagi mengalahkan, Melemah , Melumpuh , menyingkir Serta Memusnahkan Musuh-Musuh Yang sedang Nyata atau sedang bersembunyi, yang sudah mendatang atau sudah hendak menjauh, terutama Yang Berada Di Sekeliling ku.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
YA ALLAH Tunjukan aku kepada akhlak yang paling baik,hiaskanlah aku dengan penyantun, berikanlah kepada kami pasangan sekufu dankurniakanlah kami keturunan yang sedap dipandang mata.

YA ALLAH ampunkanlah aku dan kedua orang tua ku, dan sayangilah keduannya sebagimana keduannya menyayangi aku di waktu kecil.

Amin, amin, amin Ya Rabil Alamin

Tuesday, July 12, 2011

Menerima kunjungan Saudara Faizal

Pagi sabtu 9hb julai 2011, Ketika sedang asyik memurnikan penulisan bertajuk JAWAPAN PADA SATU PERSOALAN, penulis dikejutkan oleh panggilan talipon dari saudara faizal. Ooooohhh penulis terkajut (astagfirullah ) penulis baru teringat tidak membalas mesej yang telah di hantar nya beberapa hari lalu.

Keasyikan mengulang baca dan memurnikan penulisan JAWAPAN PADA SATU PERSOALAN membuatkan penulis terlepas banyak perkara. persoalan dan terjemahan rasa yang mana daya rasa itu sentiasa berubah menyebabkan penceritaan dan luahan rasa hati pada penulis itu berubah 80 peratus dari yang asal di saat akhir penerbitan Post.

Sepertinya ada dua versi yang berbeza, penulis suka seperti yang telah di postkan biarpun lebih kepada merapu.

Penulisan itu sebenarnya penulis cuba masih kekalkan pada bentuk sedikit ringan tapi rupanya menjadi ada lebih kekasaran dari kebiasaannya. bila ditambah rasa begitula mungkin, perlu sedikit kepada pendedahan diri. Itu baru permulaan kerana ada pada babnya memang Ustaz Rahipin mungkin menunjukan ketegasannya. agar tidak ada penyesal di kemudian hari kerana menyasal pada masa itu sudah tidak berguna lagi.

Pada hujung minggu yang lepas sebenarnya penulis dan Saudara Faizal dari kota kinabalu ini, telah ada temu janji namun nampakanya pada minggu tersebut kami tidak ada rezeki jodoh pertemuan. Ada beberapa rintangan menghalang kata saudara Faizal.

Alhamdulillah akhirnya pada hujung minggu ini penulis ada direzekikan pertemuan dengan saudara faizal. Dan Saudara Faizal pula tidak datang berseorangan Dan lagi sesungguhnya penulis langsung tidak menyangka yang Saudar Faizal akan datang bersama Isteri dan Anak perempuan kecil mereka. Lupa lagi aku namanya.. Irrah Kot?

Alhamdulilah antara kami tidak kekok dalam bercerita, perbualan kami sepertinya kami dah lama berkenalan.

tapi kena carikan hotel untuk menginap Maklumlah sajalah keadaan rumah bujang penulis tidak dapat mengizinkan penulis menyambut dan menerima tetamu yang berkeluarga, setakat cita rasa orang bujang, barangkali tidak menimbulakan kekok, jadi boleh lah datang melepak bila-bila masa di rumah sewa penulis ini. Kecil tapak tangan ruang tamu rumah sewa boleh saya hamparkan..

Mencari Pertemuan pertama di Terminal Fery Penumpang Labuan tidaklah merumitkan sangat. Zaman sekarang semua dah ada HP sebagai asas keperluan seharian jadi tekan nombor saja. pandailah dia melaung-laung memanggil.

Sangkaan penulis saudara Faizal datang dengan kawan lelaki. Oleh kerana bawa keluarga terpaksalah carikan hotel untuk penginapan. Hotel pertama yang penulis Tanya di Melati IN rom kecil tandas luar RM50 ringgit. Saudara Faizal tak ambil. Penyambut itu interdius penulis cuba ke One Hotel sana banyak bilik dan jarang penuh kata mereka.

Penulis pun baru hari ini dengar nama Hotel ini, tapi taka pa bah. Labuan ini kecik aja untuk mencarinya, kalau pasar ikan itu penulis tahu sangat. Tapi hotel di sebelahnya penulis tak pasti lagi.

Dalam perjalanan ketika melintas restoran JJ coner yang penulis setiap petang melipak rupanya boleh Nampak mercu tanda Hotel ini. Jadi agak mudah juga mencarinya. ketika penulis Tanya berpelayan tu, penulis di Tanya nak macam mana bilik? Odoi…… mana aku tahu nama-namanya pelik penulis dengar, jadi penulis kata yang paling murah punya. Senyum mengejek pelayan ini, macam tau2 baru kali pertama Tanya penginapan. Pelayan tu kata RM98.00.lah yang paling murah.

Saudar Faizal setujuh dengan nilaian bilik ini. Dan Ketika menunggu mereka bersiap. Penulis berlegar-legar di sekitar bangunanya hotel sudah agak .lama benar penulis tidak melintas kawasan ini. Antara yang menarik perhatian Dari tepian ini, ialah boleh kelihatan beberapa tempat terutama perkampungan perumahan atas air Patau-patau Satu. Dan Di tepian ini jugalah para penduduk kampong menunggu teksi laut untuk ke perkampungan mereka. Tepian ini juga adalah tempat para nalayan melabuhkan kapal untuk mudah menurunkan tangkapan mereka kea rah pasar ikan.

Setelah saudara Faizal selasai bersiap penulis bawakan mereka singgah makan di Ujung Pasir sudah tentulah penulis perkenalkan kepada mereka Restoran EFFA ( ala la nama mu masih bertaktha di hati rupanya) tak ada menu istemewa bah pula di sini ini. Cuma inilah sahaja tempat yang mudah mencari parking kereta.

Sebelum menuju ke rumah, saudar Faizal ingin singgah membeli sedikit barang di Utama Jaya supermarket.

Penulis sengaja bawakan mereka balik ke rumah sewa dahulu ,sambil-2 penulis dapat meperlihatkan keadaan rumah bujang penulis, mulanya penulis cadang nak gunakan baiah talqin syahadahtain versi lama sahaja. Tapi bila mendengar cerita dari saudara Faizal dan melihat situasi keadaan maka penulis merasakan adalah lebih baik dan mudah baginya menggunakan talqin Sahadatain Versi Kabangsaan. Oleh kerana tak hafal skrip maka kena baca menghadap skrip lah ini. skrip ada di rumah. Kena balik rumah juga lah ini.

Saudara Faizal ada tayangkan kepada penulis beberapa peralatan yang datang sendiri kepada keluarga mereka untuk di mandikan, wuuuui banyaknya benda ada cincin, ada batu delima , ada keris, ada pedang semuanya dalam bentuk tradisi.

Ada keseronokan melihat anak perempuan saudara Faizal bermain sesuka hati, di dalam rumah penulis, di situ ada rasa rindu.. insyahallah.. amin

Kepada saudara Faizal sekeluarga maafkan saya, kerana saya hanya mempu melayan sekadar orang bujang.

Saudara Faizal bertanya kenapa Abjad tak sangat Mewar-warkan kepentingan Shadatain ini? pada penulis selain daripada tidak memiliki hujah yang mantap. Penulis lebih berpegang kepada bila mana Allah Swt bukakan gerak hatinya maka mudahlah penulis menghadapinya, tapi Berhujah macam mana pun kalau bukan hidayah Allah swt. Hanya memBuang masa dan menimbulkan kemarahan berpihak sahaja.

Kerana demikian jadinya keadaan. adanya yang begitu lama beria-ria nak terima talqin syahada, itu ini semua siap dah ditanya ,kata nak datang dah, Allah Swt masih belum digerekan untuk di bukakan hatinya bertemu penulis.

Kita di dalam abjad sangat berbangga kerana talqin Syahadatain ini dalam bentuk kaedah dan majlisnya sendiri,mempunyai rabitah, sanad dan wasilah yang tidak terputus hinggalah kepada Rasulallah Muhammad saw Insyhallah.

Lekeh dan merapu macam mana pun penulis, tidak melemahkan rabitah sanad dan wasilah yang dipegang. Malah rabitah, sanad dan wasilah inilah yang menjadi antara penyebab pembantu ke arah menuju jalan yang di redhai Allah Swt. Tanpanya amalan kita ada lemahnya.

TALQIN (satu upacara majlis)

SHADATAIN ( dua kalimah syahadah)

Kalimah syahada pertama ASYAHADU AL LA ILAHA ILA LALLAH ( aku bersaksi tidak ada tuhan yang disembah melainkan ALLAH).

Kalimah syahada kedua WASSYAHADU AN NA MUHAMMMADAR RASULALLAH (dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan ALLAH)

•Turunnya al quran memansukan(menggantikan/menexpired) tiga kitab yang lain. Orang islam percaya yang adanya kitab2 selain Al quran yang pernah di wahyukan, seperti mana orang islam yakin dan percaya Al quran memansukan ajaran agama wahyu yang terdahulu iaitu taurat zabur injil.

Sering penulis ketemukan ada orang kata kalimah sahadatain ini adalah KALIMAH SAKTI juga, betulkah begitu?

Yang betul-betul penulis tahu teristemewanya kalimah ini adalah kalimah ini berguna sebagai KUNCI PINTU SYURGA. Tidak akan masuk surga orang yang tidak melafazkan kalimah ini.

Nabi2 As sebelum Junjungan Muhammad Saw sangat mencemburui umat Nabi Muhammad kerana kalimah ini. dengan kalimah ini menyebabkan umat Muhammada mendahului masuk ke dalam pintu syurga AMIN.

Selasai berbaiah shadatain dengan penulis Saudara Faizal dan Isteri. Tugas Penulis pula bayayangkan dan perkenalkan tenteng sedikit tentang JABAT 14 VERSI PENULIS, maaf kerana penulis kurang faham dengan versi kebangsaan( apa itu jabat 14?)

dan sebagai buah tangan juga penulis persembahkan JABAT POTONG. (Apa itu jabat potong)? Orang malas pun boleh buat benda ini, sangat2 simple dan tak payah guna zikir atau apa2 mentera. Dan tak ada pantang larangnya langsung, rasa nak buat, buatlah, dan kalau malas peduli apa tak buat pun, ianya Sebuah gerekan senaman yang boleh mencerkaskan otak dan badan,,,, rugi kalau tak bersenam bah..

Saudara Faizal ada juga bertanyakan penulis. adakah Ustaz pun jadi seorang perawat? Jawapan penulis “Oh… tidak, saya tak dikenali pun di sini, biarlah.. sebab kalau orang ada tahu nanti, jadi sibuklah pula saya.

Saturday, July 9, 2011

JAWAPAN PADA SATU PERSOALAN

Rejab yang mulia telah berlalu, datang pula Bulan Sya’ban penuh keberkatan,menandakan bulan Ramadhan mubarak pula akan menjelang.Eeee la la Puasa, puasa, puasa, maka Hari Haya aidil Fitri pula akan menjelma,wah syooook nya… tapi raya tak syok uda,,,,,,,, angan-angan aku dah mampus….

Hari Raya budak-budak ja yang sakan merayakan Aidil fitri ini, macamlah dunia di orang punya.Maka Ini pesanan Ikhlas aku untuk mereka-mereka itu, no maaf bagi kamu dunia akhirat,lagi pun Aidil Fitri ini tidak ada kena mengena dengan kamu bah…

Rakan –rakan sekerja perempuan dua tiga hari ini memang hebo-hebo pasal berpuasa, mula dah kot berlatih,sebab suara hok hak mereka pun tak berapa kedengaran lagi melanda, aman tenteram dunia ini.

Penulis pula yang makin tak aman, wuuuuuuuuuuu sungguh tidddddddddak Aman. Si Dia dan rakannya akan bertukar ke sekolah lain tinggal menanti surat arahan penempatan baru, Allah subahan Allah… dan semestinya kewarsan penulis sekali sekala sangat mudah terganggu. aku Fireeeeeee karang.

Si Dia pula penulis lihat,sangat bersemangat untuk berpindah,tak sabar-sabar nampaknya,ialah kan akan terjauh dari ganguan hero jahat ini. Moga Aman tenteramlah kamu di Sana. Amin

Kesian juga penulis melihat rakan-rakan yang diura-urakan berpindah tempat,bukan mereka saja yang terjejas emosi mengajar, penulis yang belum ada dalam senarai pun, mula gelabah ikut-ikut Bad Mood, kacau betul lah….

Kalau untuk kenaikan pangkat tentu semuanya seronok, tapi ini hanya menyusakan pengurusan dan pentadbiran, baru setahun lalu rombakan besar-besaran dibuat, ini tahun kedua buat hal lagi.. wui!! ingat rombakan dulu tidak melumpuh organasasi dan menganggu pelan pembangunan yang di rancang dan baru di mulakan di sekolah-sekolah?

Entah akal apa di pakai? Famular apa di guna? Bulan sepetember ini murid tahun enam ada UPSRA dan Murid tahun Lima UPKK. Semua ini tak menganggu kah? Rasiona lah, kenapa nak buat juga semua ini sekarang? Nak gelumur kah? Rata-rata banyak staf yang terganggu.

Aku pula lebih berat beban tanggungan,dengan sedikit kekuatan Aku telah tanya dan Aku cuba pastikan supaya Si Dia agar nyatakan dan sebutkan pada Aku,bahawa aku mahu dengar dari mulutnya Sendiri .USAH MENGHARAP DAN JANGAN GANGGU AKU LAGI, KERANA SEKARANG AKU TUNANG ORANG, tapi Aku rasa memang Si Dia sangat tertekan aku suruh lafaz ayat yang aku sangat-sangat aku mahu dengar ini, "kenapalah? ustaz ini tak pandai-pandai Faham!!! aku dah kata dari dulu lagi jangan mengharap,aku dah ada pilihan, saya pun tidak tahu, pening dah aku nak cakap apa lagi dengan ustaz ini" luah Si Dia,tapi aku terus memaksa tolong plese ulang-ulang ayat ini beberapa kali agar aku dapat masukan makna ayat itu dalam hatiku.. dan aku bersedia untuk menangis.. mengalirkan Air mata

Aku yang tak faham? Atau Si Dia yang tak faham ? Akulah bah yang tak faham kan???????, memang aku tak perlu faham apa-apa pun,aku tak mengharap pun, memujuk pun aku tidak, yang aku buat Cuma merayu-rayuuuuuuu . Biar pun hidung memang mancung, pipi yang makin nipis. Aku terlalu tua untuknya…

Si Dia dah pun bertunang kenapa rahsia-rahsia lagi? Takut menyakiti hatiku? Bukan aku seorang ja sakit hati uda eeee Ramai yang sakit hati,, , Aku cuma serbah salah, sakit hati uda lama ini tambah lagi sebab telah menganggu bini orang … bukan tunang orang, Bini orang be tu tapi tak mengaku..

maafkan saya. Sebab aku pun tidak akan suka jika in isteri ku di ngorat di usik dek orang, pantang…. Pantang,,,, pantang sangat,,,, tapi tak lah sampailah bab pukul memukul seperti dalam cerita wayang gambar kot?. Ketik jari ja aku tau… berteberan anak-anak buah aku siap sedia menerima arahan.. tapi sebelum tu hero jahat kena bagi warning dulu lah hero star tu, awas lo!!! kalau sekali lagi gua nampak lo mengampiri isteri gua nahas lu,,, kan ku kerja in lu sampai patah-patahkan tulang, sukad ransum nak aku hantar ni tau kalau ko degil juga. Pi main jauh-jauh,,, apa? Apa? Apa? Isteri ? adu den kanapa tidak di kasi tahu awal,,, uda lemabt dee ada aku kisah.. ful mak lagi la mantap, oooo oooooo tak sama cerita di TV ...

Cuma sebenarnya aku juga tidak alah oleh hati,seperti kamu juga yang menutup hati kerana berpegangan kuat, engkau buat semua ini untuk menutup laluan ku kan? maka awal-awal lagi aku dah tak janji tau,,, untuk aku lepaskan begitu saja tidak mungkin,,,, aku silap jumpa ko dan engkau memang silap jumpa aku,,, aku tidak diajar langkah mundur ke belakang, jadi memeng aku tak reti menyimpang apatalah lagi gostan ke belakang, maju terus mara maju ke hadapan.

aku lebih berpandukan pada rasa dan gerak. Kadang-kadang kopius(kompius) juga rasa ada gerak tak ada, kadang-kadang gerak saja rasa tak ada pun, kadang-kadang rasa saja memanjang Cuma takut pula rasa itu lintasan iblis.

Semakin ego kah aku? atau aku ini semakin tercabar? hilang sudah kelembutan hati… aliran air mata tidak menggugat lagi, aku sangat-sangat rindu pada kelembutan dan ketabahan ustaz rahipin pada masa muda nya. Kenapa? apa sudah jadi dengannya?

Aku bukan tak kisah semua bait bicara dan SMS dari SI DIA , Tidak ada harapan, dan Jangan mengharap. Aku bukan tidak percaya, memang dari dulu pun aku tiada harapan. memang inilah asas aku, Siapalah aku? Semua yang aku mampu lakukan selama ini pun adalah curahan sisa-sisa kesungguhan pada tanggung jawab dan amanah. yang mana kesudahanya dalam kertas pun memang dalam jangkaan keputusannya. Ala kompom kalah bah.

Tapi Mudah-mudahan Insyahallah taalah, apa yang berlaku ini bukan penyebab yang akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Kerana berhenti kerja ini aku dah fikirkan dan telah perkatakan dari awal…

Allah swt benci dengan mereka yang berputus harapan. Maka dengan itu aku bertekad akan meruskan(meneruskan) juga semuanya seadanya sambil merafa’ dan mengharap redha dan rahmat Alllah swt. sifat mustahil milik Allah, hanya Bila aku digerakan berhadapan dengan sesuatu ketentuannya, maka rasa itu aku beri nama satu ujian.

Adakah aku perlu menggunakan kelebihan yang ada untuk mencapainya? Kalau ada pasti aku akan menggunakannya, nasiblah aku tidak pandai… kerana aku juga sangat yakin sangat mudah bagi Allah Swt memalingkan si Dia ke sisiku seperti mana Mudahnya Allah Swt memalingkan Si Dia Dari Sisiku.. dan aku juga tersangat yakin kemakbulkan semuanya itu adalah ketentuan sejak azalinya.

Allah swt yang maha pandai dapat mengatur segalanya dengan mudah, dan dengan kurnia izinnya juga dengan daya kurniaannya juga, Aku dipinjamkan kekuatan untuk terus cuba bertahan diposisiku sedapatnya.. aku merayu… Biar pun Kata orang, pada tahap mustahil bah ko bole dapat? Perlukah aku malu kerana gagal memiliki Si Dia? Secara sembang sebagai lelaki semestinya aku memang tercabar. Oleh kerana hikayat ini bukan setakat cerita sebagai lelaki, tetapi cerita lebih kepada diri topik sebagai seorang Ustaz. Jadi penceritaan hikayat ini akan berterusan selagi hayat masih ada.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupun akhirnya pada suatu hari, aku alah, aku bukannya tewas atau aku mengaku kalah, kerana apa yang aku buat ini pun sudah satu kemenangan. Aku bersyukur kerana Allah Swt pilih aku dari sekalian makhuluknya untuk digerakan melakukan semua ini, ini satu kemenangan bagi diriku, macam mana pula ada kemenangan?

Cuma aku mahu menambah lagi dengan satu pangkat kejayaan, kemenangan aku tadi sebagai bentuk yang boleh aku dinikmati di akhirat kelak, sekarang ini hadiah di dunia inilah yang aku terkejar-kejar gila pula. Aku Tak dapat pun bukannya aku rugi apa-apa, tapi kalau aku merayu-rayu juga tiba-tiba satu keajaiban menjelma jadi kesemuanya aku dapat, maka berganda-ganda keuntung besar aku, dunia dapat akhirat pun dapat. Fuuuuu yu Amin

Yang pastinya Allah swt ada menyembunyikan beberapa hikmah di sebalik semua ini,Nur Hidayah itu di milik Allah Swt, aku diilhamkan merayu-rayu sebagai menjadi penyebabnya kerana sesiapa yang allah Swt berikan hidayahnya pasti tidak ada kesesetan menghalang lagi baginya, dan sesiapa yang allah Swt sesetkan maka Allah Swt tidak berikan baginya hidayah. Merayu-rayu atau Buatlah ikhtiarlah macam mana sekali pun tetap begitu juga kiranya allah Swt tak bagi hidayah.nauzubillah hi min zalika

Suatu keyakinan, tiap sesuatu ada sebabnya musabbabnya , pasti suatu masa akan ada sesuatu,,, bersebabakan hikayat yang berlaku ini, maka akan muncul pula adika hikayat lain berdasarkan atau kesinambungan hikayat yang berlaku pada hari ini, biarpun hero heroin sudah orang lain tapi perkaitan topic hikayatnya pada asas yang sama, Insyahallah…

Demikain juga Berjaya atau gagal sesuatu usaha ikhtiar adalah ketentuan Allah Swt, maka Dengan kesedihan dan kelukaan sedikit ini aku memohon kehadrat Allah Swt untuk aku menikmati keuntungan bentuk di dunia dan keuntungan bentuk di akhirat, aku juga memohon supaya aku dapat berlepas diri dari tanggungan dan tanggungjawab mengenai persoalan topic hikayat ini di dunia dan di akhirat nanti. Amin

Ya allah ya rahman tenangkanlah hati kami ini, mudakanlah dan ringankanlah bagi kami segala bentuk ujian mu ini. Tunjukanlah kepada kami jalan kebenaran yang lurus yang engkau redhai, bukan jalan yang engkau sesatkan. Angkat dan palingkanlah rasa iri hati dan hasad dengki mereka yang tidak senang dengan keadaan kami. Ya allah Aku kembalikan hal hikayat ku ini kepada mu dan aku mohon pada mu ya allah tuhan semesta alam, agar engkau angkatlah persoalan dan ketentuan mu ini agar mudah berlalu pergi dari sisiku Amin ya rabil alamin.

Monday, July 4, 2011

BUKAN LAGI RAMBUT TERPACAK DAN TIDAK LAGI MENYARUNGKAN CINCIN BERMATA BATU PINK.

Ruam gatal di dahi kiri penulis membentuk Kesan parut hitam, ada juga rakan yang berseloroh kan sapa suruh makan kicap? Hitamlah parutnya, penulis pula kata, tak apalah…. Kicap kan penambah rasa dan sangat-sangat sukar untuk di tinggalakan..

Parut bekas ruam yang sangat gatal di dahi kiri penulis kini menunjukan seakan-akan satu bentuk chop gigitan manusia, pada parut yang agak kelihatan besar adalah seperti kesan gigitan gigi kacip dan kesan kecil yang nampak lebih dalam adalah serupa bekas gigitan gigi taring.

Wuuuuuuuu Bila penulis Perhati betul-betul di hadapan di cermin timbul pula rasa seram, kena gigit hantu,,, kalau beginilah gigitan nyamuk pantai di Daerah Pitas siapa lagi yang mahu datang kesana.

Ketika penulis menulis artikel ini, parut ini masih pada masa-masa tertentu kegatalan luarbiasanya akan muncul, mengakibatkan penulis akan menggarunya sehingga mengelupas semula. Bilalah nak sembuh??

Kesan ruam ini tidak bertindak balas dengan sebarang jenis makanan, lagi pun Penulis tak alah dengan sebarang jenis makanan, apa yang ada sapu aja tolak batu dan kayu.

Cuma di awal-awalnya munculnya ruam ini, penulis akan terasa sangat gatalnya pada waktu senja terutama ketika penulis melintas di air laut yang sedang pasang.

Oooo ya Tadi, baru penulis pergi minta potong rambut gaya petak pula,… ala ala sting lah konon. Makin jelas kelihatan lah ini parut, bila orang tanya ini parut Cacar? Penulis jawab ooooo ini bukan parut cacar tapi Gigitan hantu… jawab mereka eeeeeee ada- adalah saja ustaz ani.

Biasanya potongan petak , orang Army aja yang suka gaya begini, penulis pula sekali pandang macam potongan begini tak padan lah dengan jangut penulis, bolehkah penulis potong abis janggut ni?

Ala esok pagi ja Test repay dulu kalau tak micing pun anggaplah micing, segan sangat lah penulis kalau tiba-tiba hilang janggut ni…. Lama benor dah tak cukur… hak aku jadi ustaz. Karang heboh satu malaya.

Gaya petak ini memang fesyen kegemaran penulis dari zaman sekolah, tapi lama penulis tak buat, dulu asal balik kampong penulis tidak lupa akan berkunjung di kedai gunting kenalan untuk gunting rambut style ini,semenjak dia menghilang diri penulis pun mula berjinak-jinak di kedai gunting Ezzy Buber ini.

Masa di kampung halaman masih ada kadai gunting, fesyen inilah penulis selalu minta, time tu lah penulis baru tahu rupanya sikat rambut pun ada sukat pakai level Air, bukan tukang rumah saja pakai level Air tau. Kawan ini memang kemas sungguh kerjanya, Cuma masalah rambut gaya petak ini, awal balik masuk kedai gunting setiap dua minggu. cepat kaya lah depa.

Penulis tak sangka pula yang kedai EZZY BUBER boleh buat rambut penulis jadi gaya petak, biasanya penulis biarkan sahaja apa reka bentuk yang akan di buatnya, kebetulan time penulis menunggu, orang yang sedang di operasinya penulis sangka minta ini tentu gaya sting, yang penulis pula ikut kata ustazah tu,. bos potong gaya petak aahhhhh….

Bos Ezzy pun kata kan bila dia nampak gaya rambut kamu ini, dia pun mengikut, kalau tak memang biasa dia ini tak memilih gaya potongan Rambut,lah… lagu ni pula potong gaya petak no.

Berlaku sedikit kekeliruan, rupanya penulis terpotong barisan, Bos Ezzy minta penulis memberi laluan kepada pelanggan yang lebih dahulu menunggu dari penulis.
Pelanggan ini mempunyai beberapa corak di tangan dan bahunya, pelanggan ini memilih gaya potongan rambut No satu. Polis kot? Bila di tanya minuman kah? oleh Bos Ezzy , pelanggan ini menerangkan bahawa beliau memang dari dulu tak pernah minum Arak, kalau masuk Pup ikut kawan-kawan pun hanya memilih oder minuman cola. ( oder minuman ini boleh, tapi jangan minum, cola yang ada dalam club pup 100 peratus tidak sama dengan cola yang di jual di kedai-kedai biasa)

Alasan pertama, sebarang minuman halal jika disimpan bersama dengan minuman tidak halal dalam satu tempat Frezer, maka wap sejuk dalam frezer itu akan mencampurkan dan memindahkan dan menukarkan isi dalam bekas-bekas minuman tersebut. Peluh yang mengalir di bekas tersebut adalah sebenarnya adalah berasal dari isi bekas tersebut.
Seperti mana juga air panas dalam jag yang cuba disejukan dengan cuba meletakkan nya dalam sebuah bekas berisi air sejuk. Apa jadinya? Akhirnya Air yang sejuk didalam jag, adalah air yang berasal dari pertukaran air sejuk dalam bekas tersebut. Air panas itu ke mana? Air panas itu telah beralih di luar jag. Allah hu akbar

Alasan kedua, terutama gadis, banyak mangsa yang menceritakan tadi masa minum saya hanya oder cola, tapi boleh mabuk sampai ampai ampai, kenapa boleh mabuk padahal minum cola aja? Di campur ubat itu perkara lain, sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan encik dan cik, hidangan awam pun jika di sediakan atau di anjurkan oleh mereka yang gemar meminum arak. maka sangat berpontesi air oren, air limau atau apa-apa pun airnya telah di campur dengan arak, sebab itulah kirannya air yang di hidang itu dirasanya sangat lazat sehingga menuang untuk beberapa cawan lagi sebenarnya dia sudah mula mabuk-mabuk. nauzubillah

Kedai Ezzy buber pekerjanya terdiri daripada warga Filipina dan semuanya lelaki.penulis tak tanya pla paspot atau penduduk tetap. Satu-satunya kedai gunting yang bukan di usahakan oleh orang India di wilayah labuan ini. Bosnya lah yang sangat penulis suka bergunting, pernah dibuatnya entah gaya apa tu… potong tepi saja..

Bos Ezzy boleh berseloroh dengan penulis, hari ini katanya bos potongan rabut macam ini adalah kerja bonzer di pup, jadi malam ini bertugas Di Mana? Minum dua tiga tin cukup .,coleteh Bos Ezzy memang tak pandai lekang, Bos Ezzy tahu penulis ni Ustaz ,kerana anaknya bersekolah di tempat penulis bertugas. Tapi tak pernah pun penulis dapat diskaun. Tetap RM5.00.

Bos Ezzy penulis pernah lihat diganggu oleh pihak-pihak yang berkenaan tapi masih bertahan, sehingga kini penulis masih lihat di jari kanan Bos Ezzy tersarung Dua biji cincin bermata hijau. Tangkainya besar dan penulis pasti memang dibuat dari emas tulin, Bos ezzy juga memakai rantai tebal emas tulin. Lupa pula penulis lihat anting-antingnya. Tentunya semua yang di pakainya bernilai dalam ribuan Ringgit.

Penulis pula semanjak timbul rasa ragu-ragu dan was-was. Penulis tidak lagi menyarungkan Cincin bermata Pink itu. Kadang-kadang teringin nak pakai juga, sebab fikir apalah sangat dengan Cincin murah ini, apakah benda yang dok ada dalam benda remeh-temeh cam ni? Percaya dengan yang bukan-bukan pula, penulis tak menang hati juga.

Bila penulis dah menyarung cincin tu, penulis memang ada rasa pula macam ada sesuatu yang tidak dapat penulis nyatakan bentuknya, ini yang buat penulis sangat-sangat compius. Kalau benar ada isinya tidak kah penulis boleh tundukan? Jadi baik pada sementara bertenang ini, penulis simpankan lah dahulu.

Pada pengalaman penulis, jangan suka meminta-minta sesuatu pada orang dan berhati-hatilah juga kalau diberi sesuatu oleh seseorang. Saka baka bolah berpindah tuan dengan akad yang paling simple lihatlah yang ditunjukan pada sigmen Maharaja lawak oleh kumpulan JAMBU.

Berpindah milik tuan adalah simple, untuk merawat dan memulihkannya pula memerlukan kesabaran dan pengorbanan dari pemilik, pewaris dan perawat. Seorang perawat yang berkobolehan pula sangat sukar untuk di cari yang ada pun menentukan kadar fidyah yang agak merisaukan.

Terdapat juga pewaris yang telah berulang kali mengalihkanya tetapi benda itu masih bersertanya. Ada juga pewarisnya yang langsung tidak menyedarinya kerana memang ia bergelumung dalam kefasikan. Jadi saka itu tak menganggu.

Saka baka ini hanya memberi masalah kepada mereka yang hendak menuju ke jalan yang tepat, dan di redhai Allah swt. Bagi mereka yang tetap alfa, lalai Allah swt tak buka hatinya maka tidak merasakan masalahnya. Nauzubilah

Jauhkanlah aliran yang bernama dan berjasa sekaipun, jika jelas sandanya tidak sampai kepada Rasulallah saw. Agak menduka citakan orangnya yang menyuruh orang lain bertaqrub, pada hal jalan pilihan dirinya sendiri berlandasan jalan yang tidak jelas sanadnya. Nauzubillah.

Firasat dan petua yang sangat mudah bagi penulis, ini berdasarkan pengalaman tesmoni penulis sendiri . orang yang mempunyai sintom tidak boleh duduk senang berhadap dengan penulis kemudian jadi sesak-sesak nafas atau mereka -mereka yang merasa terbakor, bakor, bakor.. kehangat berpeluh-peluh apabila mendengar keterangan dari penulis, dengan ini adalah mereka –mereka yang bersintom demikin itu boleh di suspek sebagai berpontesi bersaka. Nauzubillah.

Penulis baru teringat, ketika bertugas di ibu pejabat semasa cuti sekolah di Bangunan Ujana Kewangan Labuan, satu hari penulis dipelawa turun makan tengahari bersama seorang dan seorang Penolong Pengurus Sebuah Agensi Agama (S48). Antara yang Penulis panggil nya Sebagai Bos.

Oleh kerana penulis yang di suruh memilih lokasi kegemaran, penulis pun kata gerai di luar iaitu, Meden Salera Labuan, bersebelahan dengan Hotel DERSOT dulu namanya Hotel Sherton. Bos kata ini tempat biasa . Tak dok kah tompat la in ? Penulis pun jawab, ala Bos saya pun baru kemarin tahu tempat ini, depa la yang bawa aku mari sini.

Sambil menikmati makanan Penolong Pengurus ini tanya lagi soalan yang sering ditanya kepada penulis, nak tahu apa? Ini solannya cepu emas tulin. Jack! Jack! Bilalah ko nak kawin ini? Dulu hang kata tak ada duit, sekarang gaji ko dua ribu, ha… hang nak bagi alasan apa lagi? Aku risaulah engkau ini mengamal ilmu tak boleh Kawin kot? Tak betul Jack? astagafirullah hal aznim

Hang kalau cari sendiri memang tak boleh, payah, hang habaq kat kami mahu pilih sapa2 yang haq guru-guru SRAI sana ramai, yang haq kat pejabat pun ramai . si anu si anu si anu…..

Malu penulis berhadap dengan penolong pengurus ini, semua satu persatu nama-nama dalam ingatannya di sebutnya, sehingga penulis tertunggu-tunggu mana tahu nama seseorang itu terlafaz juga. Kalau nama orang itu di sebut juga penulis Kompom kata setujuh. Yes kalau dia boleh,,, malangnya tidak tersebutlah pula. Bos tak ingat kot?
Last sekali penolong pengurus ini pesan, Jack kalau susah sangat, ko suruhlah ibu di kampong pilih mana yang di sukanya, penulis pun memang fikir itulah yang terbaik, sekadar memberi alasan penulis jawab kepada penolong pengurus ini, buat sementara ini orang kampong sedikit tak boleh terima aku sebab budaya aku seperti orang semananjung dan aku berkawan dengan ramai orang semenanjung.

Penolong pengurus ini tanya penulis, hang ini sebenarnya orang sabah atau Orang semananjung? Penulis jawab Bos saya memang loceliti Sabahan, Cuma mendewasa di tanah seberang. Dan penulis mengaku bukan saudara Baru seperti mana rakan-rakan yang telah di sebutnya.

Dan masih dalam ingatan penulis Bahawa suatu waktu dahulu penolong pengurus ini pernah menjanjikan akan menyediakan cincin pertunangan. Tapi mesti terus pigi rumah perempuan tu, jangan tanya itu perempuan,, jadi Adakah mungkin penulis masih berpeluang untuk menuntutnya?

Dengan semua itu penulis tiba di fikirkan,,,, Jangan tah marahkan daku ani, aku ani pun bersaka jua. Berabis tah aku ani membuangnya tapi tetap jua ikut kemari. Sakanya bernama SAKA PERALIH JODOH. Patutlah payah bertemu Jodoh.. Paaaaaaa lis- palis.

Uda lama kawin tapi belum dapat anak,….. mungkin GANGUAN SAKA PERALIH JANIN

Nak tahu bersaka atau tidak? Jom kemari boleh kita try cuba scan bah.. fidyah pormosi RM50.00.

Nak lanjutkan lagi pengatahuan.
IKHTIAR RAWATAN SELANJUTNYA oleh (Peralih Saka)
1. Tekit Kapal Terbang Pergi Balik (RM1200.00)
2. Penginapan (RM600)
3. Makan Minum (RM600)
4. Peralatan ( RM100/individu)
* sama ada berikhtiar secara perseorangan atau secara berkumpulan Fidyahnya memang pada jumlah yang sama juga . pm dengan setiusaha Cawangan jika berminat

Saturday, July 2, 2011

Ajaibnya perasaan pada Usia 40 tahun

Alhamdulillah hirabil alamin, hari dan minggu yang hadir dihadapi dan dilalui dengan penuh redha dan sangat tabah,sewaras dan setenang yang mampu, Cuma perangai aku ini yang perlu di cuba-cuba di setting sikit, dengan gaya rambut tepacak meradak halangan yang ada, oooooooo ada sapa2 yang mahir setting perangai ni? Boleh lah settingkan perangai aku? harga bolah runding bah.

Lelaki Dan Wanita akan mencapai Usia Baliq dua kali. Pertama kali dari alam kanak-kanak ke alam remaja dan kali kedua dari alam dewasa ke alam senja. Kira-kira dari usia 12 hingga 15 tahun dan sekali lagi antara 40 hingga 50 tahun.

Pada usia melapasi 40 dan menghampiri 50 akan sekali lagi mengalami perubahan yang ketara kali ini tentang peribadi,sikap, cara perfikir dan susuk tubuh. Perubahan ini menyebabkan “kegatalan” akan kembali memuncak, tentu biasa di dengar, “wah, makin hari aku tengok engkau makin cantik pula”

Tarikh tamat kontrak perkhidmatan semakin hampir dan perkhabaran adanya pertukaran dan penampatan baru pula sedang hangat di bicarakan, sebelum-sebelumnya Penulis tak kisah sangat kalau pun ditamatkan kontrak,penulis boleh balik kampong bah.

Dan penulis juga tak kisah dimana pun akan di tempatkan, kerana penulis berkeyakinan di mana pun akan di letakkan, penulis bisa hidup dengan keadaan lingkungan dan persekitaran yang ada.

Keadaan sekarang sudah berubah, kedua-dua situasi itu akan sangat-sangat mempengarahui kewarasan, keadaan dan gaya hidup penulis,terutamanya buat masa ini penulis tersangat risau jika akhirnya akan berjauhan dengan Si Dia. Tiada kerja yang penulis buat melainkan ada bersangkutan dengan Si Dia,hingga SI Dia pun kata Ustaz mana boleh Main paksa-paksa...

Penulis pula kata ahhhhhhhhh tidak, tidak, tidak. sama ada setujuh atau tidak setujuh, mesti jawab setujuh, kalau tidak saya pugai (pengasih) ma, Nauzubillah.

Untuk renungan dan ingatan penulis sendiri, dan moga penulis dikuatkan iman, seperti penulis tulis pada artikel sekitar Julai-oges 2010, perjodohan terdedah kepada tiga.

1. Jodoh Jin.

Jodoh ini berlaku dikerana dan bersebabkan berdasarkan oleh pengaruh atenatif lain seperti pengunaan pemujaan dan alatan pengasih yang seumpamanya.

2. Jodoh Iblis.

Perjodohan ini berlaku dikeranakan dan bersebabkan kerana sudah terlanjur.

3. Jodoh Allah swt.

Perjodohan ini berlaku bukan dikeranakan dan bukan bersebabkan seperti dua di atas. Insyahallah.

Sebelum penulis menerima perintah arahan bertukar ke sekolah sekarang, sebenarnya penulis dah pun menyimpan sebuah anganan yang akan berada di sekolah ini dan pernah penulis nyatakan keinginan tersebut kepada rakan-rakan, dan pernah juga penulis berseloroh dengan Guru Besarnya untuk pindah ke Mari.

Penulis juga semakin tertarik bila mana pernah mendengar cerita dan berita dari rakan bahawa adanya seseorang yang bernama Si Dia yang baru di tempatkan di sekolah ini, hebat tu tau…. mendengar cerita ringkas itu lahirlah bunga-bunga hati penulis, mungkin kerja tambahan ini boleh aku cuba-cuba. dan mana lah tahu….. rezeki penulis di situ.

Kali pertama penulis bersua dengan Si Dia,masih kah ko ingat? time tu ko sedang menjual Pen tulisan Khat di M JAN,kursus time tu memang gila-gila banyaknya, oh ya Si Dia tingginya separas penulis, memakai cermin mata, dan bertahi lalat…. Putih, ini rupanya Si Dia,ada getaran di hati penulis,puh.. semangat.

aku uszer…… tak layan la bro… senyum pun enda. Masam je muka, mungkin Aku yang sombong kot? Kalau Si Dia melihat senyum manisku. Semanis kurma ini. Tentu tergelak punya. Never men, tak kenal aku lagi …

Kali kedua penulis bersua denganya, masih kah kau ingat? ala la Si Dia di arah menganti bertugas di sekolah lama penulis, dan penulislah mangsa pertamanya pada hari pertama kehadirannya, garis merah tau kehadiran penulis hari ini, penulis memang awal sampai tapi terus buat kerja sebab penulis takut sekejap lagi kalau semua rakan-rakan kerja uda sampai jadinya jem berebut-rebut nak siapkan kerja masing-masing pula, penulis memang tak pernah datang lewat, rumah sewa penulis dengan sekolah tak jauh pun, jalan kaki pun dapat Cuma konon bila ada kemudahan pakailah kan.

Tak sangka pula yang datang hari ini,Adalah Si Dia boleh tahan ciut tau ini orang i like this girl, hari ini Heboh staf gabungan dua sekolah , mungkin ramai yang bergaris merah kalau begini, memang penulis uszer je dari tadi time Si Dia Mula-mula masuk pejabat, penulis perasan Si Dia melilau matanya mengira-ngira jumlah makhluk yang ada, Cuma tak apalah biar tah aku ni, aku tahu sengaja Si Dia mengaris merah untuk Tahu gerangan siapakah nama lelaki hendsom yang sedang merenungnya?

penulis nak menikmati pemandangan yang sangat indah pada hari ini dan mungkin untuk beberapa hari. Penulis sangat gembira dan penulis sempat berdoa Semoga aku ada peluang.

Hujung dan awal bulan berlalu Sim kad tunetalk baru yang kedua penulis dapat jual, macam memang penulis tak ada bakat jadi juru jual, susah nak jadi jutawan Tunetalk kalau begini,kawan-kawan asyik minta penulis sponserlah dulu, bisenas baru nak mula, utang tak settel lagi iiiiiiiiii macam manalah penulis mendahului jadi kaya, kamu lemparkan penulis ke lembah kayawan barulah penulis dapat menyediakan kamu tempat di lembah kekayan ini.

Kena mencari ilmu meniaga juga tau ini.

Lain lah kalau Si Dia, memang penulis bagi special punya tawaran, dan tawaran penulis ini memang tak ada tarikh lupusnya, Cuma otamatik batal kalau adanya yang lain bertaktha di hatinya..

Sibuk kami minggu ini, rindu pula penulis dengan Si Dia, Belum Masuk kerja.seminggu udah tak jumpa. Cemburu aku tak reda-reda. Bila masuk kerja rupa-rupanya si Dia masih sakit dan memang dalam seminggu bercuti itu sakit. Cian dilo, aku pula tak ambil tahu apa-apa. Macam mana nak jadi suami mithalai kalau begini?

Bila Si Dia masuk kerja juga,biarpun masih kurang sihat, Tengah2 penulis mengayat Si Dia, penulis kena tanya soalan cepu emas tulin pula, wuuuuu…… bole tolong jawab ?

Katanya so…. Saya nak tahu apa sangat yang membuat Ustaz (ala la panggil ustaz lagi.… pangil abang bah..) kenapa ustaz tertarik dan memilih saya sedangkan ramai lagi ustazah di sekolah ini dan di sekolah lain ustaz pilih lah mereka?

Setahun lalu penulis ada post dalam Fc susah rupanya mengurat, setahun kemudian penulis postkan nada yang sama juga, bermakna Penulis tak pernah bercinta, penulis tak pernah berjaya mengurat, termengorat adalah kot?

Macam mana nak jawab? Adakah memang perempuan selalunya tanya soalan yang sama begini? Dan bolehkah tak payah jawab soalan yang begini? Atau memang wajib jawab agar lahir rasa kepercayaan dan keyakinan pada empunya diri? Sebenarnya Nak penulis jawab takut jawapan menipu pulak, tak penulis jawab risau pula dikata tak bersungguh-sungguh...

Nak tak nak, kena mengayat juga ni tau... Oh cinta ku pandang pertama.kali pertama aku terpandang wajah mu,,,,, Kan.. kan… kan.. terkedu seketika si Dia. “ Ustaz….. adakah lagi cinta begitu?”

Antara keserasian penulis dan Si Dia,ilah cita rasa boleh memilih menu makanan yang sama, dan yang penting sekali penulis dan Si Dia dapat bergaul dan beramah dengan orang-orang dari semenanjung, biar penulis ni Ori orang sabah, penulis ni macam orang semananjung . Ber Abang Adik dan ber Ayahkan orang semenanjung juga..

Dan penulis menjangkakan, dengan kelembutan dan gaya penampilan Si Dia yang tersendiri tidak masalah berkominakasi dengan adik beradik penulis, tak bising-bising bercerita dan mereka semuanya sama berkulit cerah. Entah mengapa dan kenapa penulis pula berkulit lebih cantik.

Si Dia mahu jawapan dalam jumlah enam ratus perkatan, satu cabaran…. insyahallah penulis terima dan kalau dalam bentuk kertas lambat sikitlah penulis siap, kalau ko sudi keluar makan dengan penulis, maka penulis bole top up lagi dengan lebih seribu patah perkataan akan penulis berikan, apa macam setujuh?

Dan Banyak lagi penulis nak cerita tapi ruang masa dan kerahsiaan isi penceritaan yang sangat membataskan suasana.

Mungkin Ustaz Rahipin akan menjawab soalan itu dengan tepat dan ringkas, katanya Demi dan Kerana ALLAH Swt.saya memilih mu insyahallah taalah.

Dan Pada pembukaan kata Ustaz Jack tadi pula, CINTA PANDANG PERTAMA. Dan Dari Pendengaran Pertama. Tak terungkai oleh kata, tak terkata oleh bicara, tak terbicara oleh percakapan,nak cakap pun tak terungkap. Bila dirangka dengan perkataan maka demikianlah jadinya.

Mudah-mudahan jawapan penulis mengenai Ustazah di Sekolah ini dapatlah juga menjawab pasal ustazah di sekolah lain, penulis masih ingat, dan penulis sangat pasti kamu masih simpan dihati kamu akan peristiwa itu. Maafkan saya sebab saya pernah melafazkan I Love you kepada seseorang di hadapan kamu. Itu antara kelemahan diri penulis, gagal mengawal tutur kata sehingga ayat seperti itu boleh terlepas bersahaja. walaupun penulis tidak bermaksudkan apa-apa, akibatnya memang dah terjadi. penulis bukan milik siapa-sapa,dan penulis tidak berusaha memiliki siapa-sapa sebelum ini.

Penulis ani bukannya tak Hendsom, memang hendsom pun dan penulis suka mudah mesra dengan sesiapa pun dan penulis akan berkata apa yang boleh penulis kata sebab penulis tahu. Tidak ada sesiapa yang teristimewa terasa hati akan kata-kata penulis, tidak perlu menjaga hati sesiapa pun, terutama ketika di serang, penulis perlu mengelak dan berdalih, kalau tidak, merah muka sendiri… dan saya amat berharap kamu lebih memahaminya. Antara Kita pun sering serang menyerang bila ada peluang.

Ketika pada masa si Kawan yang masih rajin mengambilmu, biarpun penulis bersahaja tetapi itulah hatiku. Biarpun kamu tidak pernah endahkan penulis, tidak pernah penulis berkecil hati, akan ku cuba lagi,Kalaulah penulis tahu antara kamu memang tidak ada apa-apa pada ketika itu…

Sedar tidak sedar udah berlalu setahun kita bertugas di tempat yang sama, April kita telah bermula, mei sarat dengan cabaran, jun yang agak ceria, kini masuk julai penulisan penulis masih tertumpu kearah kamu. Moga kita Berjaya. Amin

Bukanya penulis tak perasan apa yang berlaku di sekeliling penulis, yang penulis dapat jawab hanyalah penulis belum di izinkan untuk memikirkan ke arah itu sebelumnya…

pada situasi sekarang penulis sering menumpang atas Nama kamu bila di serang dan di Usik oleh mereka-mereka itu. Penulis minta izin pada mereka, Biarkan kami, doakan lah kami, restuilah kami

dan sekarang ani saya perlu belajar untuk minta izin dari kamu dan penulis kata kepada mereka Usah di sakiti hatinya lagi. hari itu telah bermula tapi begini jadinya… Kelak saya yang lebih merana…

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback