Sunday, February 26, 2012

ORANG THAILAND

Sabtu Minggu Yang Lalu Saya Menghadiri IJTIMAK PARA PEMEGANG TAULIAH & PRA PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2012M.. Bertempat Di Dewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Wilayah Persekutuanlabuan.

Para Pesertanya Ramainya Memang Saya Dah Biasa Melihat Dan Bertegur Sapa.. Sedari Dahulu Lagi, Melainkan Yang Baru Dapat Tauliah Setahun Dua Ini. Seingat Saya Banyak Kali Sudah Hadir Program Seperti Ini, Saya Mula Memiliki Tauliah Mengajar Sekitar Tahun 2005, Dan Pada Masa Itu Taulih Mengajar Saya Hanya Tahap Kanak-Kanak.

Hujung Tahun Lepas Yang Kali Ke Empat Rasanya Saya Menyambung Tauliah Mengajar Ini. Dan Masuk Tahun Keampat Pula Saya Memiliki Tauliah Untuk Mengajar Orang Dewasa. Tapi Nama Sahaja Ada Tauliah Mengajar Untuk Orang Dewasa Belum Lah Pula Saya Ada Kelas Untuk Mengajar Orang Dewasa. Bukan Tidak Berani… Tapi Masih Ada Yang Menghalangnya.

Niat Dan Hajat Untuk Lebih Advenc Mengajar Ini Memang Ada, Cuma Yang Paling Saya Risau. Bukan Membanggakan Diri Ani. Sebab Rata-Rata Saya Kenali Latar Belakang Ini Para Pemilik Tauliah Mengajar, Dulunya Umpama Tali Tidak Ada Maka Rotan Pun Jadilah.. Layak Tak Layak Belakang Kira Janji Ada Minat Dan Ada Yang Mampu Di Ajarnya. Nauzubilah Tapi Kini Telah Muncul Di Hati Mereka Ketaksuban Macam Diri Mereka Lebih Tahu Dan Alim Dari Orang Lain. Kesihan Sungguh.

Beberapa Hari Lalu, Dalam Satu Program Perhimpunan Anjuran Persatuan Kebajikan Jabatan Kami, Telah Di Jemputlah Seorang Penceramah Untuk Menyampaikan Tazkirah.

Penceramah Ini Antara Orang Lama,Yang Mana Pernah Juga Berkhidmat Di Jabatan Kami Begitu Lama.Tapi Tidak Di Ketahui Kenapa Beralih Bidang, Namanya Dan Bangsanya Memang Sudah Lama Saya Mendengarnya. Kemasyhuran Namanya Lebih kePada Kepandainya Dan Kebolehannya Dalam bidang Perubatan Terutama Pada Bab Kerasukan. cerita orang lah. saya tidak pernah lihat pun..

Tidak Bersangka Pula Saya Orang Seperti Ini Yang Di Jemput Oleh Jawatankuasa Program Untuk Memberi Kuliah Kepada Kami pada Hari Ini, Kerana Orang Yang Lebih Dikenali Pandai Mengubat, Seorang Penceramah Bebes Juga Rupanya. Namun Saya Betul-Betul Dah Ada Rasa Curiga. Belum Pun Penceramah Ini Di Jemput Naik Ke Atas Podium, Dalam Hati Saya Telah Berhimpun Beberapa Lombokan Dosa-Dosa Lintasan Hati. susah juga jadi orang pandai ini...

Tidak Saya Salahkan Bangsanya Dan Tidak Saya Salahkan Lahzah Bunyi Bahasanya. Namun Sedikit Malang Penceramah Dalam Penelitian Saya. Kerana Lafaz Ayat Bahasa Arab Yang Di Baca Dalam Pembuka Bicara nya Adalah Ayat Yang Saya Suka Dan Kebiasaan Ayat Itulah Yang Sering Saya Gunakan Juga.

Lahzah Arabnya Boleh Di Maafkan Kerana Kita Semua Orang Amie Belaka. Cuma Andai Seseorang Yang Sering Dan Telah Lama Berkencimpung Dalam Dunia Tazkirah, Terutama Pula Sering Menggunakan Ayat Al-Quran Dan Hadis Sunah Nabi Sebagai Bawaan Dalam Tazkirah Dan Ceramahnya. Sungguh Saya Tidak Boleh Menerima Landing Bacaan Hurup Akhir Setiap Kalimah Sama Ada Yang Di Sambung Atau Berhenti Tidak Dibunyikan Dengan Terang Dan Jelas.( nanti saya tuduh tidak mahir baca pula)

Kenapa Di Tapuk-Tapuk Itu Bunyi? Apa bah Baris Itu Hurup? wakaf pun tidak sambung pun tidak ... hilang bunyinya. contoh di kalimah ini...

اصدق الحديث كتب الله
خيرالهدى هدى


Salahkah Demikian Itu? Persoalan Ini Nampak Macam Kecil Lagi Remeh Namun Dalam Bab Ayat Al-Quran Dan Hadis Yang Di Baca, Saya Beranggapan Itu Satu Kemestian, Kerana Bila Membaca Pun Tidak Mahir Apa Tah Lagi Dalam Huraiannya Kelak.



Seterusnya Penceramah Ini Ada Berkata Pada Kebiasaan Nya Ceramahnya Berlangsung Paling Kurang Selama Dua Jam. Kalau Di Petronas Mesti Dua Jam Katanya. Jadi Di Sini Pun Dua Jam Lah Mana Cukup Satu Jam Katanya. Ooooo Ooooooo Walaupun Semacam Ini Hanya Gurauan Semata-Mata Tapi Saya Dah Pun Mula Terbayang Dalam Fikiran Satu Pandangan Sangat Negatif... Penceramah Ini Mata Duitan Laa..

Penceramah Ini Juga Maklumkan Kepada Hadirin Adanya Capaian Internit Yang Mana Beliaulah Pengasasnya, Didalamnya Pula Beliau Telah Isi Beberapa Hadis Yang Di Kutip Dari Bacaanya Sebanyak, 40 Hadis Berkaitan Salafi.

Antara Benda Yang Belum Sangat Menjadi Tumpuan Saya Bab SALAFI, Sengaja Saya Tulis Persepsi Saya Ini Di Sini Sebelum Saya Mencari Pautan Tersebut, Sebab Bila Sebut SALAFI Ini Saya Rasa Macam Lain Macam Sahaja.. Lagi-Lagi Bila Ustaz Membahagikan Capaian Ilmu Tauhid Ini Seperti Yang Saya Sangat Ragu-Ragu. Tauhid Uluhiah, Tauhid Ubudiah Lupa Pula Saya Yang Satu Lagi.

Saya Amat Ternanti-Nanti Penceramah Ini Mengumumkan Dan Menyatakan Menggunakan Kitab Apa Dalam Pengajian Akidah Yang Dikendalikanya Kerana Katanya Sampai Sehingga Ke Kini Baru Bab Tauhid Uluhiah Yang Di Ajarnya. Teruja Juga Saya Dengan Penceramah Ini Kerana Dapat Menghurai Topic Dan Tajuk Yang Sedemikian Rupa Berat. Saya Belum Tentu Boleh Mengupasnya Sebaik Yang Mungkin. ( Sama Ada Rujukan Itu Bertulis Tulisan ROM Atau Tulisan Arab).

SEMASA BERSEKOLAH DI PONDOK, SERING DI TEKANKAN DAN DI INGATKAN KEPADA PARA PELAJAR, SEKURANG-KURANGNYA KELUAR DARI SEKOLAH MESTI PANDAI BACA KITAB. SEBAB INILAH PENANDA ARAS KEBOLEHAN SERTA KELULUSAN SESEORANG PELAJAR PONDOK.DI NILAI DARI KEUPAYAANYA MEMBACA KITAB. OOOOOOOOOOOO MUDAH SANGATKAH? KAH…..KAH…. KAH….. AMBILAH MANA-MANA KITAB KUNING YANG MELAYU DAN CUBALAH MEMBACANYA.

KALAU ITU PEMBACANYA BOLEH JUMPA NOKTA (.) DAN TANDA KOMA (,) SEMASA MEMBACA AYATNYA, MAKA SAYA SUDAH KASI LULUS PEMBACANYA UNTUK BOLEH MENGAJAR. DAN KALAU PAKAI KITAB KUNING ARAB PULA, KALAU SI PEMBACANYA BOLEH TANDA BARISNYA, SAYA SUDAH KASI LULUS BOLEH MENGAJAR. DAN SAYA TABIK HORMAT…..

Perbahasan Akidah Yang Di Bahagi Tiga, Saya Tidak Mahir Sangat, Apa Pun Pastikan Dan Tanyalah Tuan Guru Masing-Masing Kerana Macam Adanya Pertikaian Tentang Asal Usul Adanya Pembahagian Perbahasan Akidah Seperti Yang Tersebut Di Atas Itu. Di Terap Oleh Aliran Yang Tidak Di Terima Di Malaysia.

Makin Lama Saya Mendengar Ceramah Penceramah Ini, Makin Banyak Pula Dosa dalam hati Saya. Lebih Baik Saya Keluar Dewan Lah dulu. Macam Ini Tidak Fight Dengan Saya, Langsung Tidak Ada Saingan Lah Pula, Bertambah-Tambah Hasad Dengki Dan Fitnah Pula Yang Akan Melanda Saya.baik saya bagi dia jalan...

Bila Berjumpa Orang-Orang Seperti Begini Sangat Lah Memanggil Jiwa Ini Untuk Mempamirkan Diri, Sampai Bilalah Masyarakat Menerima Pendedahan Pengatahuan Hanya Yang Sebegini Rupa. Cuma Sering Saya Alah Oleh Bisikan Hati….. Awak Nak Jadi Terkenal? Nak Bangga Diri Lebih Mahir Dari Orang Lain? Tidakah Rasa Itu Adalah Riak Dan Takkabur. Nauzubillah.

Bukan Apa Bah…. Orang Kita Ani… Bila Dah Langkah Terkehadapan Sedikit Dari Orang Lain, Mula Lah Di Tolak-Tolak Orang Ke Hadapan. Yang Takut Nya Jua. Di Tolaknya Kehadapan Terlalu Kuat Terpalanting.. Taa Ia Jua. Tersungkur…. Di Beri Ketawa Pula Bukan Di Dorongi Bangun. Payah Ta Jua Atu.

Kita sambung Pasal Ijtjimak ini, Pembentang Pertama Kertas Kerja,di Ijtimak ini ialah Ustaz Shahrom Dari JAIS Dengan Tajuk: KESALAHAN-KESALAHAN MENGAJAR TANPA KEBENARAN DI BAWA AKTA 559. Dah Lah Saya Tidak Cukup Tidur, Ceramah Pertama Ini Pun Membuai Rasa Kemengantukan Saya, Tapi Tidaklah Menjadikan Saya Boleh Terlena. Adab Kena Jaga Juga. Walau Keculuparan Mulut Kadang-Kadang Terkeluar Juga Menyampuk.

Bertahan Tidak Terlena Sehingga Masa Rehat Tiba, Berduyun-Duyun Kami Ke Dewan Makan, Macam Sambutan Perarakan Maulidul Rasul Pula. Yang Menariknya Semasa Jamuan Ringan Rehat Ini, Seorang Kenalan Lama. Sekaum Dan Orang Rumahnya Ada Juga Unsur-Unsur Kekeluargaan Dari Kami. Dalam Sembang-Sembang Kami Ini. Di Ceritakan Nya Katanya Sebentar Tadi Masa Di Dewan Ada Orang Duduk Di Sebelahnya, Bercerita Dan Bertanya Arahnya. “Adakah Ustaz (Saya) Itu Orang Thailand”?

Aaaa Haa….. Haaa….. Haaaa Haaaaa…. Jack Kamu Orang Tahiland!!!!!!
Laaaaaaa Saya Orang Thailand!!!!!!!!

Sesama Semeja Kami Tentulah Menjadi Lucu Kan? Cepat Saya Berfikir, Saya Boleh Terima, Secara Logik.. Tentu Orang Tersebut Ada Asas Bersangka Bahawa Saya Orang Thai? Satunya Mungkin Pernah Melawat Kesana ? Keduanya Ada Rakan-Rakan Kenalan Dari Sana? Atau Pernah Melihat Saya Di Sana….?????

Cuma Saya Terus Lupa Topic Ini, Dan Perbualan Kami Serta Gurauan Perbincangan Kami Setakat Di Meja Sahaja.

Selasai Menikmati Juadah. Perjalanan Saya Menuju Ke Dewan Kuliah Di Sekat Oleh Beberapa Cek Point. Dengan Perlu Menjawab Soalan Yang Di Ajukan…. Soalan Dan Pertanyaan Yang Serupa. Cuba Teka Apakah Bentuk Dan Nama Soalan Itu? Uhuk…. Uhuk….. Uhuk….. Hadiah Tidak Adalah…

Semestinya Saya Amat Di Senangi Dan Disayangi Oleh Semua….. Perkembangan Semasa Sentiasa Ditanya… Artislah.Katakan, Namun Tidak Rugi Jugalah Orang Yang Berpeluang Untuk Mengikat Saya Tapi Sanggup Membiarkan Peluang Itu Berlalu Begitu Sahaja. Kerana Ciri-Ciri Lelaki Idaman Tidak Ada Pada Saya.

Saya Faham Dan Saya Sentiasa Ingat Itu, Yang Mana Kata Orang Tua-Tua, Lelaki Yang Ramai Kawan Perempuan Tidak Sesuai Untuk Di Jadikan Bapa Kepada Anak-Anak, Demikian Juga Perempuan Yang Ramai Kawan Lelaki Tidak Sesuai Untuk Dijadikan Ibu Kepada Anak-Anak. Setakat Suami Isteri Pun Banyak Lagi Hal Nya Nanti.

Kumpulan Kamilah Yang Paling Lambat Kembali Ke Dewan Kuliah, Saya Diapit Oleh Rakan Dan Suku Sakat Keluarga Yang Baru Di Temui Susur Galurnya, Sambil Mengambil Kesempatan Bercerita Sepatah Dua Terutama Pasal Itu…. Dan … Bla …. Bla ….. Bla…… Bla ….. Wahabi,,,,, Syiah……. Qadiani… Bahai….. Ajaran Sesat ……. Jawi …


Ceramah Kedua Bertajuk : PERANAN PEMAGANG TAULIAH KEPADA MASYARAKAT Oleh Y.Bhg Ustaz Ali Mantan Imam Masjid Wilayah. Suasana Dewan Lebih Hidup.

Ceramah Ketiga Bertajuk : Masjid & Diriku, Antara Tugas Dan Tanggungjawab Oleh Y.Bhg Ustaz Ahmad Shahrizal Dari PPZ Labuan. Yang Ani Memang Power Gila. Dapat Buat Slang Bunyi Bahasa Tempatan, Dan Sedang Laris Di Pasaran Sehingga Penat Gila Tidak Cukup Masa…

Beberapa Malam Yang Sudah, Macam Tiada Idea Saya Untuk Membuat Apa-Apa Catatan Minggu Ini, Maka Saya Meronda-Ronda Segala Documents Yang Ada Dalam Laptop Ini, Tidak Ada Draf Cerita Untuk Di Sambung, Saya Melihat Adanya Video Yang Bertajuk Yamada The Samurai In Ayothaya. Maka Saya Cuba Untuk Menontonya. Basi Tersimpan Entah Sejak Bila Video Ini Ada, Saya Belum-Belum Tertonton Pun. Saya Tekan Enter Maka Play Lah Ia…….

Astaga... Melihat Bentuk Misai Dan Rambut Yang Terpacak, Terus Saya Perasan Para Hero Ini, Adalah Serupa Dan Mirip Macam Saya. Ehemmmmmmm Em… Em Kembang Pula Lubang Hidung Saya. Macam Serupa Sahaja Semua Muka Para Pelatih Pahlawan Ini, Berlatih Dan Tersembunyi Di Rumah-Rumah Suci.

Tersimpan Satu Aliran Seni Mempertahkan Diri Bermain Macam Versi Gaya Tomoi Tapi Duduk Di Bawah…. Meng Elak Menyerang Macam Versi Gaya Siku…. Sangat Serasi Dan Mudah Di Pasang Dengan Versi Gaya Bermain Pedang Samurai…

Pagi Esoknya Saya Cerita Kisah Masa Di Itjimak Itu Dan Wayang Ini, Kepada Rakan Sekerja. Rakan Sekerja Saya Ini Pernah Menuntut Belajar Di Kelantan. Apa Katanya Pula.Pada Pandangan Pertamanya. Melihat Dan Berjumpa Dengan Saya, Kononya Dilihatnya, Macam “Saya Tidak Percaya Yang Kamu Berasal Dari Ranau Jelasnya”. “Jarang Melihat Orang Ranau Yang Gelap Kulitnya.Macam Kamu ’ Kelihatan Kamu Memang Mirip Orang Sebelah Pattani Thailand.

Katanya Lagi” Tapi Orang Pattani Pandai-Pandai Belaka Memasak”. Mereka Ada Resepi Masakan Keluarga Yang Akan Diwarisi Turun Temurun, Jack Pandaikah Kamu Memasak?

Al Laaa Laaaa Mestikah Saya Pandai Memasak Bahru Lah Layak Berasal Dari Pattani… Kalau Raja, Mesti Ada Tukang Masaknya Sahaja Kan??? Atau Sekurang-Kurangnya Di Tubuh Saya Mengalir Darah Keturunan Ulama Nusantara Yang Mengambara Berasal Dari Pattani..

Dapatlah Juga Saya Membina Penulisan ini Untuk Minggu Ini Dan saya Merangka Satu Lagi Gossip Baru, TAJUK untuk Peringkat Phd. lah.... Mungkinkah.. tidak mustahil Juga yang mana Dalam Masyarakat Kami Ada Yang Memiliki Salasilah Keluarga Dari Pattani???? eeeewaaaaaaahhhhh....

Usaha Mencari Dan Mengenal Asal Muasal Keluarga…. Masih Di Teruskan,..

dan Mana Tahu Keturunan Itu Juga, Adalah Darah Keturunan Legenda Raja Pemilik Penampatan Persinggahan NUNUK RAGANG LONG REST HOUSE Pada Suatu Masa Dahulu Kala…. ASAL DARI PERGUNUNGAN KEMBALI KE PERGUNUNGAN

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback