Monday, February 6, 2012

Jangan ada rasa bersalah di hatiiiiiiiiii

Sabtu Malam Di Penghujung Bercuti Tahun Baru Cina Di Kampong Halaman, Yang Esoknya, Pagi-Pagi lagi, Saya Akan Bertolak Kembali Ke Labuan,Malam Ini Saya Berkemas Dan Edarkan Mana-mana Stok Makanan Ringan Yang Belum Sempat Di Habiskan diberikan. Saya Tidak Bawa Banyak Pun. Cuma Saya Edar Sedikit Demi Sedikit Kepada Anak-Anak Buah Untuk Rasuah Mengurangkan Pergerakan Bermain Mereka.

Semasa Mengemas Dan Menyusun Barang-Barang, Saya Terkejut Melihat Kenapa Dua Bungkusan Ferrero Ini Ada? Lalu Saya Fikir-Fikir Saya Beli Untuk Siapa Aaahhhhh Benda Ini? Siapakah Yang Istemewa Sangat Ini…? Inilah Coklat Yang Paling Mahal Yang Pernah Saya Beli. Ada di iklankan di kaca TV, Harganya RM25.50 Sebuah.

Fikir Punya Fikir….. Oooooooooo Tidak Sempat Sudah Hendek Berikan Benda Ini Kerana Pagi-Pagi Esok, Saya Sudah Bertolak kembali Ke Labuan. Akhirnya Saya Mengambil Keputusan,Yang Satu Saya Beri Pada Ibu Dan Yang Satu Lagi Saya Nak Bawa Ke Pusat Tarbiah Sekejap Lagi.

Awal Saya Dapat Mengemaskan Dan Menyusun Barang-Barang, Bukan Banyak Pun Cuma Bersepah Dan Berselerak, awallah saya boleh ke Pusat Tarbiah,cuma Sebelum Menuju Ke Pusat Tarbiah, Terlebih Dahulu Saya Akan Singgah Di Rumah Si Orang Lama.

Sejak Beberapa Lama. terSangat Jarang Saya Dapat Berkominakasi Apatah Lagi Lepak-Lepak Di Rumah Si Orang Lama Ini. Dahulu Masa Saya Mula-Mula Berkenalan Dengan Si Orang Lama Ini oooooooh mahu hampir dua puluh tahun sudah. Rajin Jugalah Saya Berkunjung. Si Orang Lama Dahulu Tinggal Di Rumah Skim PPRT First Generasi. Rumah Dibina Dari Kayu Dan Hanya Ada Satu Bilik. Anak-Anaknya Pun Masa Tu Masih Kecil-Kecil Belaka.

Petang Ini Saya Datang pun bersebab, Kerana Ada Hajat Di Minta Tolong Di Uruskan….Saya Pula Yang Berhajat Kali Ini. Kami Bercerita Di Ruang Kecil Kaki Lima Ground Flour. Alamak…. Kain-Kain Masih Bersidai Macam Jualan Kain Bandel Kadai Anaknya Pula.. Al Maklumlah Di Kampong Dah Beberapa Hari Hujan Tak Henti-Henti Turun. Tidak Mengherankan Kalau Situasi Rumah-Rumah Kecil Demikian Rupa Jadinya.

Rumah Baru PPRT Si Orang Lama Ini, Entah Baru Kali Ke Berapa Saya Datang Ziarah? Genarasi Terbaru Rumah PPRT terkini Ada Dua Buah Bilik Dan Di Bina Dari Batu Bata. Anak-Anaknya Pun Dah Besar-Besar Bukan Lagi Panjang Tapi Dah Beranak-Pinak, Kesian Juga Saya Melihat Mereka Ini, Dah Terlalu Ramai. Rezekinya Memang Cukup… Cuma Mudah-Mudahan Ada Kelebihanlah Pula.

Si Orang Lamanya Dulunya Kerja Di Jabatan Air Kota Kinabalu, Bertemu Jodoh Dengan Orang Kami, Saudara Baru. Berhenti Kerja Pula Ikut Isterinya Balik Kampong Halaman. Jadilah Berkerja Styel Kampong. Saya Panggil Orang Lama. Sebab Inilah Generasi First Orang Yang Allah Hidayah Mencari Saya. Dan Tinggal Inilah Sahaja Yang Saya Ada.. Yang Lain-Lain Entah Lesap Ke Mana Sudah??? Biar Piiiii Kat Depa…. Laaa Ani Kebanyakannya Orang Muda-Muda Belaka Yang Mencari Saya. Inilah Yang Kita Cuba Gilap Dan Terapkan Sebagai Penyambung Untuk Berjuang Di Generasi Yang Akan Lebih Mencabar..

Pada Bab Hajat Orang, Masyarakat Lebih Memandang Pada Si Orang Lama Ini Dari Saya. Orang Tidak Nampak Apa-Apa Dari Saya. Yang Tak Percaya Pun Yang Saya Superman… Masih Ada… tak percaya saya ada kebolehan. tak kisalah....

Orang Lama Pula Ini Dah Berkelana Kerana Di Jemput Oleh Masyarakat Di Beberapa Tempat. Si Orang Lama Ini Dah Saya Perkenalkan Dalam Penulisan Yang Lepas Sebagai. Nak Di Kata Bomoh Tidak Serupa Bomoh, Nak Di Kata Ustaz Jauh Sekali Macam Dari Seperti Ustaz. Insyahallah Ada Keberkatan…

Dalam Memenuhi Hajat Orang Ini Tidak Menjamin Apa-Apa Pulangan Di Dunia. Kita Mengeluarkan Perbelanjaan Sendiri, Tenaga Dan Masa Pergi Dengan Begitu Sahaja. Dua Tiga Hari Berurusan Biarpun Menganggu Masa Mencari Perbelanjaan Kehidupan Seharian. Hanya Berbalas Dangan Ucapan Terima Kasih.Itu Pun Kalau Ada Di ucapkan, Yang Sedihnya Duit Tambang keluar sendiri…… terpikir nak Makan di kedai bayar sendirilah…. Begitulah Kesihan Mereka-mereka yang sangat ikhlas untuk membantu memberi khidmat. termasuk Si Orang Lama ani, sumbanganya kepada masyarakat terlalu banyak. tetapi Masyarakat tidak menyumbang kepadanya.. lumrah orang berjuang.

Dewasa Ini Pada Diri Sendiri Saya Tidaklah lagi Sangat Berkira, untuk saya seorang-seorang dah cukup lumayan. dah boleh berdikari, Cuma Untuk Menuntut Pertolongan Khidmat Saya Mungkin Boleh Mencapai Tahap Mustahil sudah, Kalau Berbaloi Mungkin Saya Pertimbangkan. Kalau Tidak… Kompom Silakanlah Mencari Orang Lain. Kalau dahulu Kebiasaan Si Orang Lama Lah Jadi arah tujuh. Jadilah si orang lama mangsa keadaan.

Cerita saya dengan Si orang Lama Petang Ini,memang banyak topiknya, utama hajat saya dahulu kemudian petunjuk terhadap anak-anak buah yang ada sekarang, tidak terkecuali pula Kiriman SMS tersebut. Saya tidak pernah pun mengandaikan siapa Pengirim tersebuat. biar piiii kat dia...

Si Orang Lama Ini Meluahkan rasa Keinginnya Untuk Menunaikan Pesanan Ustaz Zainol Abidin Sintok, Yang Pernah Menyuruhnya Mengaji Dan Belajar Lagi, Tapi Inilah Bila Berkeluarga, Adalah Masalah Keluarga Yang Akan Di Alami Terutamanya,Hal Perbelanjaan Harian. Saya Pun Tidak Boleh Kata Apa-Apa…. kerana Bab Inilah Yang Saya Amat Tidak Dapat Membantu… Mudah Mengalir Air Mata Kalau Sentuh Bab Ini.

Cuma bab belajar ini tidak boleh dipersampingkan,WAJIB kerana bab Syurga dan Neraka, orang yang pernah mengaji dan tidak ada asa pembelajaran ini seperti langit dan bumi. Orang-orang yang di kurniakan ilmu pengatahuan ini adalah tanda-tanda bagi merek-mereka yang di muliakan oleh Allah s.w.t.di dunia.

Allah S.W.T , Kurniakan Ilmu Pengatahuan Kepada Mereka-Mereka Yang Istiqama Hadir Dalam Majlis Ilmu. Tidak Pula Ada Yang Mashyur Ilmu Pengatahuannya Kerana Istiqama Dalam Mana-Mana Wirid Dan Jampian, Apa Tah Lagi Setalah Bertapa Berdamping Dengan Sang Pertapa Beberapa Purnama Di Dalam Gua. Kalau Ada Pun Mendakwa Demikian… Nauzubillah. Tidak Boleh Pakai. Walau SeSakti Mendra Guna Sekalipun.

Berkaitan Dengan Keadaan Rumah Si Orang Lama Ini, Saya Cuma Dapat Berpesan Mulalah Dengan Menanam Dan Dirikanlah Dahulu Satu Tiang Cuma, Ikhtiarlah Satu Tiang Ini Dahulu. Insyahallah Yang Lain-Lainya Ada Kemudahan Permudah Jalannya.

Sebelum Beredar Minta Diri Menuju Pusat Tarbiah, Saya Habiskan Dahulu Meminum Secawan Kopi O,( Minuman Yang Sering Kami Minum Dulu-Dulu) Saya Letakan Belanja Urusan, Belanja Pengurusan Belum Adalah, Mudah-Mudahan Allah S.w.t. Gerakan Ada Hati-Hati Yang Ikhlas Menukarkanya Dengan Hadiah Duniawi. insyahalllah amin.

Hujan Turun Makin Lebat, saya baharu beredar dari rumah Si Orang Lama. Cikgu Mazlan Sudah Hantar SMS Sama Ada Saya Jadi Datang Atau Tidak Ke Pusat Tariah Malam Ini. Saya Jawab On Way Sudah Ini.

Tiba Di Pusat Tarbiah….. Allahu Akbar, Baru Berempat Kami, Tidak Ada Kejutan Pun, Inilah Lumrahnya. Mungkin Kalau Hujan Tak Berapa Lebat Yang Bermotor Boleh Juga Meredahnya. Sebelum Bersalaman Saya Letakan Dahulu Ferrero Di Lantai, Cukup Menarik Perhatian Rupanya Benda Ini. Sehingga Mencetuskan Beberapa Topic Perbicaraan Menarik Malam Ini.

Sedikit Amat Melucukan, Yang Gurunya Belajar Untuk Mendapatkan Seseorang Cuma, Yang Murid Sedang Membina Planning Untuk Pasang Yang NO Kedua. Semestinya Situasinya ini Adalah Gurauan Semata-Mata, DON'T Try IS IT HOME Melainkan Telah Ada Dalam Ketentuan Yang Maha Esa.

Lalu saya cuba Komenterkan Asas Pengatahuan Saya Berkaitan dengan berkenaan pasang NO dua(Poligami ) Ini. Saya Sudah Begitu Lama Berkeingginan Cuba Untuk Menulisnya Dalam Satu Penulisan Khas, Namun Sehingga Kini Tidak Kesempaian….., Belum Serunya Barangkali....

Jadi Atas Ada Rasa Terpanggil oleh perbincangan malam ini maka saya cuba Untuk Sedikit Menyentuh Pasal Ini Di Tajuk Ini Kerana Pada Dewasa Ini Saya Nampak Konsep Dan Perlaksanaanya Telah Jauh Dari Perlakuan Dan Amalan Rasulallah S.A.W. sendiri Sehingga Menimbulkan Salah Faham Dan Pandangan Serong Sesetangah Pihak. Sehingga Hampir Tidak Ada Wanita, Perempuan, Gadis , Anak Dara , Mahu Pun Seorang Janda Untuk Menghormati perkataan ini,, Apatah Lagi Untuk Mencintainya. Benci Dan Menolaknya Mentah-Mentah Adalah… Sungguh Sangat Kasihan Mereka.

Kenapa Tidak? Perkataan Nya Pun Dah Naik Minyak, mata terbeliak memandang Bila Disebut Dan Didengarnya perkataan ini Bila Di Sebut Orang. Hingga Sanggup Membantah Dan Membidas Dan Berhujah-Hujah Panjang Berjela-Jela Walaupun Sangat Bodoh Dan Sangat-Sangat Berdosa Besar. Pun Mana Di Ambil Kira Lagi Oooooooo. Jadi Ini Kita Tolong Bagi Introlah….. Mudah-Mudahan Ada Pengatahuan dan lembutlah hati-hati mereka.

Faham Kita Kisah Rasulallah Beristeri Sampai Tiga Belas Orang, Sebenarnya Benda Ini jumlah tiga belas ini Bukan Berlaku Dan Tersimpan Pada Satu-Satu Masa. Catatan Itu Sebenarnya Bermaksud menerengkan dan Menunjukan bahawa Rasulallah S.A.W ,Telah Berkhawin Sebanyak Tiga Belas Kali.

Patut di ketahui Hanya Selapas Kewafatan Siti Khadijah r.a. Baharulah Rasulallah S.A.W. Berkhawin Dengan Siti Aisyah r.a. Dan Kita Kena Maklum Juga Budaya Orang Arab Quraish Menemukan Jodah Anak-Anak Mereka Sedari Mereka Mula Lahir, Mungkin Demikian Jugalah berlaku Dengan Siti Aisyah r.a… Dan Adakah Sepantas Hiasan Akhlak Dan Budi Seperti Siti Aisyah r.a. Ini Layak Untuk Mana-Mana Lelaki Quraish Pada Ketika Itu??? Siti Aisyah r.a. Hanya Layak Dan Pantas Untuk di miliki oleh Lelaki Seperti Muhammad S.A.W. insan pilihan Ini Sahaja.

Dan Harus Diingat, Kecintaan Rasulallah S.a.w. Terhadap Siti Khadijah r.a. Tiada Taranya, Tidak Sanggup Rasulallah S.a.w .Menduakanya… Semasa Hidup Ataupun Selapas Kewafatannya.. Tapi Adakah Luntur Jugalah Kecintaan Rasulallah S.A.W .Terhadapnya Selapas Beberapa Lama Menduda?

Sifat Harus Kemanusaiaan Rasulallah S.A.W Tetap Ada. Dan Rasa Sebagai Seorang Manusia Inilah Di Kala Rasulallah S.A.W. Menduda, Dan Kewafatan Siti Khadijah r.a. Ini Pula Sangat-Sangat Mempengaruhi Kehidupan Rasulallah S.A.W. Sehingga Dicatat Dalam Sirah Bahawa Peristiwa Ini Sebagai Antara Peristiwa Yang Menimpa Rasulallah S.A.W. Dalam Tahun Duka Cita .

Adakah Ada Sesiapa Umatnya Atau Lebih-Lebih Dari Para Sahabatnya R.A Azmain???? Sanggup Membiarkan Rasulallah S.A.W. berseorangan (Menduda)? Siapakah Yang Akan Menguruskan Hal Di Rumah Rasulallah S.A.W.? tidakah kesibukan Rasulallah saw di rumah akan menyebabkan aktiviti dakwah Rasulallah saw akan terganggu? Dan Kalau Di Jodohkan? Siapakah Yang Secocok Dan Padan Mengantikan Tempat Siti Khadijah r.a. Tersebut? Siti Aisyah lah Insan Terpilih.

Wajib Di Ingat Rasulallah S.A.W. Berkhawin Dengan Isteri-Isteri r.a. Yang Lain Dengan Bersebab Dan Maslahah. Bukan Pasal Remeh-Temeh. Bukan Hal Nasfu Semata-Mata Dan Tidak Ada Pun Isteri-Isteri r.a. Kemudian Ini Lebih Muda Umurnya Dari Isteri Pertama ( Siti Aisyah r.a.) , Bukan Pula Anak Dara kerana hanyalah Siti Aisyah r.a. yang bujang di khawini oleh Rasulallah diKerana Rata-Rata Isteri Yang Menjadi Madu Siti Aisyah r.a. adalah janda dan ada yang Memiliki Anak Yang Ramai Dan kemudian Sudah Tua-Tua Pula Wanita Ini.

Jadik….. Fikir-Fikirlah Mana-Mana Lelaki Yang Dah Tambah Isteri Tapi Umur Isteri Kedua Lebih Muda Dari Isteri Pertama. Anak Dara pula tu Dan Kemudian Pula Isteri Kedua Belum Pun Ada Tanggungjawab Anak-Anak? Beranikah Kamu Menjawab Poligami Kamu Adalah Mengikut Sunah Nabi Muhammad S.A.W.?

Barang Siapa Berkhawin Lebih Dari Satu Kerana Mendakwa Itu Sunah Nabi Muhammad Adalah Kekeliruan yang nyata. Barang siapa mengkhawini wanita kerana tanggungjawab maslaha wanita tersebut maka itu antara sunah perkhawinan Rasulallah s.a.w., wallahu A'lam

Cerita Percintaan Anak-Anak Buah Malam Ini, Semuanya Amat Menarik Minat Saya Untuk Di Utarakan Cuma Saya Tidak Mampu Mengolahnya Dalam Bentuk Penulisan Yang Menarik Untuk Di Baca. Saya Ambil Sepintas Lalu. Ada Percintaan Yang Bermula Di Bangku Sekolah Berterusan Sehingga Ke Jinjang Perlamin, Ada Pula Yang Terpaksa Mengurat Ibu Gadis Tersebut Sebelum Berjaya Menambat Hati Si Yang Di Hajat. Dan Ada Pula Atas Percaturan Kawan-Kawan Maka Jadinya Berkenan Dan Hingga Ke Perlaminan. dan ada pula yang dah berhempas pulas mengorat berjodoh tidak juga.

Pada Malam Ini, Kami Amat Sepakat Dalam Satu Perkara, Sebagai Seorang Lelaki Jika Berhajat Dan Berminat Pada Seseorang Maka Jangan Malu Dan Jangan Segan, Silakanlah Teruskan Sahaja Merisik Jangan Tungggu Lama-Lama Nanti Di Ambil Orang. Dia Mahu Kah? Tidak Mahukah? No Hal Janji Kita Dah Offer Dia. Yang Kita Nak Hantar Wakil Merisik.. So belum cuba belum tahu.

Tapi Bagi Taulahhhh Orang itu Kalau Nak Merisik... Jangan Tiba-Tiba Ja Datang Rumah Orang Tanpa Ketahuan Empunya Diri. Dan AWAS Jangan Pada Dah Ditanda Orang Dan Tunangan Orang. HARAM

Pengatahuan Asas Bantu Untuk Merisik.

1. Dah Impom Orang Yang Di Target Kita Nak Mari Nak Merisik.

2. Orang Yang Di Kirim Ini Ada Pengalaman Buat Ini Kerja. Kalau Boleh Orang Yang Di Segani Supaya Orang Tuanya Segan Nak Menolak.

3. Rm Kena Adalah...., Untuk Belanja Minum-Minum masa Kita Mari Hari Itu Kita Sendiri Sponserlah Dan Sebagai Wang Penanda Tanda RM100.00. Kalau Mahu Lagi Mewah Ada Cincinnya Dan Ada Kain Batik Sehalai, Atau Lebih Mahal Dikit Sebab Kalau Dah Digunakan Susah Mahu Kembalikan Dan Kalau Boleh Lamakan Dikit Tempohnya Agar Si Dia Dah Guna Pakai Pemberian Tersebut. ada percaturan

Ferrero Dilantai Ini Semestinya Amat Mempangaruhi Seseorang Yang Tiba Lebih Lewat... Ooooohh... Ustaz kenapa Coklat ini ada di sini? kasi singgah bah besok?? nanti saya Sudi juga Untuk Menghantar Coklat Ini… Saya Ia Kan Segala Pernyataannya, Saya Juga Telah Jawab Sesungguhnya Yang Sudah Itu Kita Sudahkan, Telah Ada Peluang Baginya, Dan Peluang Orang Lain Pula. Seperti Kamu Lihat Pagi Tadi…. Biarlah Itu Pula Peluang Baginya..

Untuk NO Dua Barangkali Boleh lah Itupun Kalau ada keSudian…… Tentu Ada Nada Sendu Senda Dalam Perkataan Saya malam ini, mungkin membantu deruan hujan yang tidak mahu berhenti turun Menganggu Pembicaraan Kami Malam Ini,Memalukan Saya…. Apakan Daya Ia Bukan Rahsia Pun.

Akhir Coklat ini di buka juga pembalutnya. (tudu bangat lepas puhun lah itu orang)Sambil Mereka Menikmati Coklat Tersebut, Saya Akun Juga Yang Saya Memang Amat-Amat Dan Saya Sangat Sungguh-Sungguh pada itu. Tapi Itulah….. saya sangat bodoh dan Saya Terlalu Lurus, Saya Tahu Ungkapanya Sangat Berselindung, tapi saya ikut yang saya dengar….. Dan sebenarnya Kita Tidak Memahaminya Dan Kamu Pula Tidak Melaksanakan Permintaan Saya…. Tentu Kamu Ada Rasa Serbah Salah Kan? Kan? Kan? Kamu yang kenalkan kami tapi kamu tidak usahakan kami berjodoh….

Ustaz Masih Boleh Bah Itu….. Kita Mula Balik…. Atau Kita Terus Pergi Meminang?.

Sehinggalah Masa Bersurai Beredar Tentunya Saudara Asrul Tetap Jadi Sandaran Cerita, Selalu Menerima Usikan Dan Pada Malam Ini… Kalau Kamu Dapat NO Dua Maka Kami Pun Ada Peluanglah……. Apa Tidaknya Memiliki Sang Singa Di Rumah. nak minta izin datang ke pusat tarbiah pun dah kepayahan. No dua ani... wallahu a'alam.

Sebelum Perpisah Sempat Lagi Saya Mengusik … Jangan Ada Rasa Bersalah Di Hati … Aaaaaaaaaa….

2 comments:

  1. ba sya oper juru gambar Free of cas laaaaa.... asrol mu tetap....... ha ha

    ReplyDelete

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback