Wednesday, February 15, 2012

POHON GERAK antara kamu kata pemasuk atau saya kata Penzohir.....

Fatwa: Risalah Gerak Kilat (SILAT ABJAD) *al-ahkam.net/.../index.php?...gerak...
tolong padam nama SILAT ABJAD ini kerana keduanya Tidak berkaitan langsung Harap maklum


SOLAH SYUBRAWI: GERAK SENI SILAT ABJAD (ASLI)
solah-syubrawi.blogspot.com/.../gerak-kilat-abjad...
tolong padamkanlah nama GERAK SENI SILAT SILAT ABJAD (ASLI) ini kerana keduanya Tidak berkaitan langsung Harap maklum


5. Muka surat 10
Cara-cara pemasuk gerak silat Abjad.
- Bismillahirrahmanirrahim - 7 kali
- Selawat atas nabi - 7 kali
- Fatihah - 1 kali
- Qulhuwallah - 3 kali
- Bismillahirrahmanirrahim - 3 kali

Penyusun tidak dapat memberi apa-apa alasan tentang hubungan gerak Silat Abjad dengan membaca perkara-perkara yang tersebut.

Pendapat Jawatankuasa :
Bahawa di atas apa-apa alasan sekalipun tiadalah munasabah bahkan tiada harus pada syarak menggunakan ayat-ayat Quran dan Selawat ke atas nabi untuk permainan-permainan seperti seni silat abjad dan lain-lain kerana yang demikian itu bererti menggunakan ayat-ayat suci bukan pada tempatnya dan tiada menurut tujuan yang diturunkan ayat itu dan lebih merupakan perbuatan memperalatkan ayat-ayat suci bagi satu-satu tujuan duniawi semata-mata atau memperolok-olokkan kesucian dan kebesarannya.
Sumber:
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1524

Sengaja dan bersahaja saya dahulukan petikan dan alamat pautan diatas itu untuk membayangkan tajuk dan sedikit menyentuh berhubung kait dengan permasalahan tersebut.

Pertamanya Seingat Saya , Seperti Yang Tertulis Dan Di Pesan Semasa Menerima Bai’ah. Bahawa Antara yang Di Sarankan ialah Meninggalkan Dan Menentang Semua Jenis Bangsa Upacara Dan Jenis Cara-Cara Pemasuk Dalam Mana-Mana Keadaan Sekalipun. Apatlah Lagi Dalam Langkahan Jenis Gerak Silat…. Jadi Pertuduhan Tersebut Adalah Sangat Keliru Dan Tersasar

PERSOALAN DARI SAYA “KENAPA PENYUSUN TIDAK MEMBERI APA-APA ALASAN???” KALAU PERLU PANGGIL LAH PENGARANGNYA ATAU PENULISNYA PULA!!!!!!

Saya sendiri jawablah. jadi jawapan saya begini “Penyusunya bukan berada di sini pun. Dan Pengarang atau penulisnya pula Antara Ulama Besar Nusantara. Yang ingin memanggilnya pula siapa??????? Mufti? atau Sultan? Daulat Tuanku. Izinkan patik pacal yang hina ini berbicara…

Mungkin penyusun tidak sekata atau setujuh dengan hujah saya ini. Sengaja saya untuk menunjuk bakat, bukan untuk memandai-mandai… saya tidak pandai pun.. tapi tidak lah ternafi yang saya masih ada memiliki bakat tersendiri... saya masih meneruskan gaya kenakalan yang saya miliki.. seperti menjawap pautan hamba allah itu.

Contohnya Sebab Kalau lah saya sendiri yang berhadapan dengan jawatankuasa Fatwa ini. Bodoh sangatlah saya rasa untuk memberi apa-apa alasan tentang hubungan Gerak Silat Abjad dengan membaca perkara-perkara tersebut, kenapa tidak???????

Jawatankuasa Sudah tahu tidak ada hubungan dengan apa-apa membaca perkara-perkara tersebut. kenapa nak Tanya Juga????? Tentu bodoh macam saya juga. Memang tidak ada hubungan pun.

JADI KENAPA DAN MENGAPA MEMBACA PERKARA-PERKARA YANG TERSEBUT ITU?????
Is… is…. Isssssss…. tidak membaca pun tidak apa-apa, benda ini bukan wajib, bukan sunat, bukan harus, bukan makruh dan jauh sekali ada haramnya. Jit Lee pun boleh berpancak silat biarpun tidak membaca perkara-perkara tersebut itu.

Seperti yang selalu saya ceritakan, POHON GERAK tanpa membaca perkara-perkara tersebut telah saya testmoni kan pada kanak-kanak dan NON Muslim, sebagai set untuk Motivasi. Tentu kehairanan merasai pergerakan tersebut…. jadi... tapi memang ada kurangnya.

Tapi Kalau ada pun membaca perkara-perkara yang tersebut itu, sekurang-kurangnya dapatlah jua sebutir dua nilai kebajikan….. satu huruf pun dah ada pahalanya inikan pula terdiri dari beberapa kalimah dan beberapa surah…. tak begitu?

Penyusunnya lebih tahu dan faham mengapa sesuai untuk membaca perkara-perkara tersebut itu. Petua dan fadilat semata-mata bukan termasuk hukum buat maka jadilah ia…. Seharusnya diingati dan difahami Perkara ini Tidak lah perlu diheboh-hebohkan, kerana berpegang keyakinan dengan ayat wirid dan jampian pun adalah antara yang di larang.

Prinsip dan falsafah saya dalam bidang pembelajaran dan pengajaran ini seperti berikut. Jika saya di ajar dengan sepuluh tapak insyahallah saya akan mengajar dengan duapuluh tapak, jika saya melihat satu pengalaman saya akan mengajar dengan sepuluh gaya. Jika saya diajar dengan sepuluh gaya. Insyahallah saya akan mengajar duapuluh gaya. Demikianlah seterusnya…… tidak akan ada yang saya kurangkan atau sembunyikan dari Asalnya. insyahallah semakin bertambah adalah.

Demikian gaya POHON GERAK yang tercatat dan diedar dipasaran terlebih awal. Tidak mungkin dan tidak ada sesiapa dapat menukil gaya dan perlakuan pohon gerak tersebut secara ditil sempurna, sama ada yang masih kekal Asli atau kemudiannya ada perubahan pada versi dan gayanya ke dalam bentuk ilmiah yang akliah, apa tah lagi dalam bentuk tulisan begini.

Sesungguhnya kerahsiaan POHON GERAK tersebut masih kekal terpelihara sehingga ke hari ini, harta dan permata sebagai sumber kekuatan penyebar-penyebar Agama ISLAM dan ia amat-amat rahsia kerana di bangsakan sebagai fadilat dan bentuk petua semata-mata. Dan semestinya ia bukan bermula dan bukan reka-rekaan ulama di Alam nusantara sahaja. Tak kenal maka tak cinta.

Dalam pembacaan saya, menemukan saya dengan keterangan-keterangan yang menyatakan bukan hanya di Silat Abjad ada amalan bernama POHON GERAK ini, mungkin hanya di bezakan dengan bentuk dan ayat bacaan sahaja pada zahirnya. Pada pemandangan biasa.
Silat Abjad #4 [Arkib] - Forum BDN
bincang.net › ... › Misteri dan Pelik

Pohon gerak versi Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad Malaysia yang diperkenalkan dan di ajarkan kepada ahli-ahlinya adalah bersumberkan dari Guru-Guru yang sahih sanadnya hingga Rasulallah saw, ditambah dengan penunjuk praktikal dan latih tubi dari para pembimbing.

sebelum menyentuh bab ini saya pertuturkan tiga rangkaian nama di bawah.. ceritanya dan sejerahnya kena ambil tahu....

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA


Yang ini saya tak ingat


GERAK KILAT



RISALAH GERAK KILAT (saya sendiri tidak memiliki risalah ini, jadi saya tidak pasti kenapa macam mana Nama GERAK KILAT ini ada? sedangkan yang ada di bawah tertulis JABAT KILAT )

GERAK SENI SILAT ABJAD MALAYSIA

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA

Jarang juga topic POHON GERAK ini di bahas secara terbuka. Atau memang kejarangan ketemu orang yang di ilhamkan bertanyakan konsep sebenar POHON GERAK ini kepada tuan guru.

Apa yang mampu saya bawakan dan persembahkan ini adalah pembayang semata-mata rujuklah dengan tuan guru. Pengolahan saya dalam bentuk penulisan ini tidak tersimpang dari beberapa kesilapan keterangan dan pemahaman penerimaan. Tidak boleh dijadikan sebagai penyanggah dan sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai amalan dan pegangan.

Sering kita di ketemukan dengan bahan bahawa barang siapa beramal dengan amalan pohon gerak ini maka dapatlah mempersembahkan beberapa langkah tari silat yang pernah atau tidak pernah dipelajari pun…

Kemudian kita di ketemukan juga dengan bahan yang barang siapa yang beramal dengan amalan pohon gerak ini maka dapatlah akan ada waktunya menjadi perawat dan dapat pula menyembuhkan beberapa penyakit..

Maka setakat pemahaman itu sahaja yang berleger-legar dalam pembicaraan, sehingga semata-mata itulah tujuan untuk beramal dan menuntut gaya pohon gerak tersebut… itu pun ok bah juga.

Kejarangan orang bertanyakan adanya ralat. Risiko dan permasalahan berkaitan amalan latihan pohon gerak ini… adakah begitu????? Siapa kata tidak ada?????? Antara keperluan untuk lebih memahami maksud pohon gerak ini perlu jugalah lah ada asas pengatahuan perkara-perkara begini..

Supaya tidak akan ada perlakuan bila melakukan amalan latihan pohon gerak ini, bila dilepaskan maka melangkah tari lah dalam bentuk tak ketahuan, tak tentu hala macam kerasukan hilangan kawalan dan pertimbangan Akal dan rasa. ( barang siapa mengizinkan tubuh jasadnya menjadi tumpangan Iblis maka berdosalah ia… sesungguhnya haram hukumnya pemasuk sesuatu ke dalam tubuh jasad walau sebesar Jarum sekalipun)

Baru-baru ini saya dikhabarkan pula dengan berita begini. Semasa beramal dengan latihan pohon gerak ini tiba-tiba dirasanya dan terbayang olehnya satu bayang putih berpakaian lengkap keluar dari hutan berhampiran, kemudian duduk berhampiran dengan pengamal, kononya pengamal berusaha menghilangkan bayangan tersebut tapi bayangan tersebut semakin teguh.

Sebenarnya terlalu banyak pengalaman yang saya temui di bawakan anak-anak buah saya berkaitan dengan keadaan dan kelakuan yang dirasa dan menimpa pengamal semasa berlatih beramal dengan pohon gerak ini. Setakat ini tidak ada satu pun yang dapat menguja dan menemukan dan menghampirkan daya rasa saya dengan kehendak mesej sebenar latihan pohon gerak tersebut.

Untuk membincang dan menyentuh bab latihan pohon gerak ini sebenarnya memerlukan kekuatan dan pengatahuan penguasaan ilmu tauhid yang jitu lagi mampan sepatutnya juga pengupas telah mengelami beberapa perujian peningkatan pengembaran kerohanian dan faham mengerti dalam ilmu kesufian….

Sembang Akliah secara awami memang tidak ada harapan untuk mengertikan dan mengimeg perlakuan dan kehendak hala tuju untuk maksud latihan pohon gerak yang sebenarnya. kompom Tidak Nampak jalan..

Selalu saya bawakan pemikiran akaliah dalam penghuraian untuk memudah dan membolehkan sesiapa pun dapat membahas dan boleh menyanggahnya, dalil nakliah hanya akan saya persembahkan kepada mereka-mereka yang saya rasa mahir dalam babnya untuk percambahan ilmiah untuk iktiqad.

Perkataan POHON dan Gerak adalah dua perkataan yang mempunyai banyak erti dan maksudnya. Pada kata biasa kata POHON tersebut boleh di ertikan dengan doa atau permintaan.

Gerak pula pergerakanlah kan? Dapat dan boleh juga di ertikan dan bermaksud berubah, dapat beralih, dapat berpindah dll.

Dalam kata lain POHON GERAK dapat memberi maksud POHON adalah se pokok kayu, GERAK yang ada perubahannya, indahnya perkataan ini bila di bahaskan dalam bahasa hukum Fizik malangnya saya tidak berkemampuan dalam bidang tersebut.

Pemahaman saya sabagai tahap martabat kesederhana. POHON GERAK adalah salah satu system latihan sebagai pendispilinan untuk membina kometmen dan kesungguhan seseorang.

Perlakuan dan pengisian bentuk POHON GERAK tersebut Bagi memudahkan seseorang itu berhadapan dengan sebuah bentuk penumpuan meditasi (kosongkan diri) memperhilangkan keakuan diri melainkan yang wujud hanya zat Allah.s.w.t ( ini mungkin hanya dapat dimengertikan dan boleh di huraikan oleh mereka yang mahir pada babnya dan telah pula melewatinya)

ZAHIRNYA HIKMAH yang dihajat dalam latihan POHON GERAK. Tidaklah sesuatu yang diluar kebiasaan bagi mereka yang memahaminya.. jadi terbatalah sudah segalah yang ada rasa-rasa di badannya ada sesuatu dan tersanggahlah yang terbayang-bayang akan kehadiran sesuatu bila berlatih dengannya…. Benda masuk-masuk ini tidak ada lah…

Sangka saya sebenarnya sejak Azali lagi kita dah tahu segalanya, Cuma kelupaan…. Jadi perlulah belajar untuk mengingatinya kembali, tinggal kita nak zahirkanya….

Langkahan tari mengikut gerak yang dirasa menunjukan dan membuktikan pergerakan kita di muka bumi laksana kereta elektrik di sebuah fun fair. Dengan izin Allah s.w.t.

1 comment:

  1. Benar.gerak rasa menuju yang Maha Esa ibarat tinggal jasad tiada,hanya rasa ,nampak dimata,namun lembut jantung asalnya.

    ReplyDelete

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback