Thursday, March 1, 2012

DYMM Tuanku Sultan Badlishah Memerintah Di Zaman Darurat

Sebelum Berakhir Penguasaan Penjajahan Inggeris, Berlaku Pencerbohan Tentera Jepun Melalui Negeri Siam, sehingga Serta Berlaku Penalukan Tentera Jepun Ke Atas Sebahagian Tanah Melayu.

Peperangan terus Berlaku Sehingga Penyerahan kalah Tentera Jepun. Apabila dua bandaraya utamanya di bom oleh tentera bersekutu.

Setelah Itu Timbul Pula Tentera Komunis Menuntut Hak Perkongsian Atas Perjanjian Dengan Pihak Inggeris, Yang Mana Tentera Komunis Dijanjikan Keatas pemerintahan Sebahagian Tanah Melayu, jika mereka Berjaya mengalahkan tentera jepun. Pihak Komunis Berjaya Mengisytiharkan Berkuasa Melaksana Memerintah Dan Melarang Selama Tiga Hari di Tanah Melayu.

Pihak Kominis Berharap Dapat Menguasai Sepenuhnya Tanah Melayu Bila Mana Sultan Badlisah Ditangkap Atau Di Bunuh, pada Ketika DYMM Tuanku Sultan Badlisah Berada Bersama Dengan Tuan Guru Syeikh Yahya Toha. Kg. Pisang, Kupang. Kedah. Komunis Bertindak Menangkap Pak Tuan Syed Abu Bakar Dan Residentnya Tuan Adam.

Keduanya Di Bawa Ke Kem Komunis Di Kampong Dalam Wang. Bawah Gunung Baling. Pihak komunis Menggali Lubang Untuk Menanam Pak Tuan Syed Abu Bakar Dan Tuan Adam Hidup-Hidup Untuk Memaksa Baginda Tuanku Menyerah Diri. Baginda Memohon Pertolongan Tuan Guru Haji Yahya Untuk Menyelamatkan Baginda. Dan menyelamatkan tebusan tersebut,
Tuan Guru Syekh Yahya Toha Segera Menubuhkan Pasukan Penyelamat Seramai 125 Orang Diketuai Oleh Tuan Guru Sheikh Mahmood Nasir Othmani Lanai. Hanya Tiga Orang Sahaja Anggota Pasukan Penyelamat Yang Tiba Di Tempat Kejadian Untuk Menyelamatkan Pak Tuan Syed Abu Bakar.

Mengikut Riwayat Sebenar hanya Tiga Orang Dari Pasukan Penyelamat 125 orang ini Yang Tiba Di Tempat Kejadian tersebut iaitu:

1-Tuan Guru Sheikh Mahmood Nasir Othmani- Ketua
Sheikh Mahmud nasir othmani dilahirkan pada hari rabu 14hb julai 1898 kembali kerahmattulah pada rabu 16 januari 1980m
2- Tuan Haji Ahmad Bok Bak
3- Tuan Haji Daud Bongor

Semasa Tiba Di Kem Tersebut Pak Tuan Syed Abu Bakar Dan Tuan Adam Telah Diikat Badannya Dengan Tali Dan mereka berdua Sedang Di Seksa Di Dalam Lubang Kubur Oleh komunis.

Kira-Kira 600 Orang Tentera Komunis Yang Lengkap Dengan Senjata Moden Dan Canggih (Pada Masa Itu) Manakala Pasukan Penyelamat Itu Tiba Dengan Tangan Kosong.Mereka Segera Mengangkat Keluar Serta Membuka Tali Yang Diikat Pada Badan Pak Tuan Syed Abu Bakar Dan Tuan Adam. Seterusnya Pasukan Penyelamat Ini Memaklumkan Dan Meminta Izin Kepada Ketua Tentera Komunis Iaitu Cheng Ping Bahawa Mereka Akan Membawa Pulang Pak Tuan Syed Abu Bakar Dan Tuan Adam.

Cheng Ping Angguk Kepala, Maka Angota Penyelamat Pun Terus Beredar Pulang, Lebih Kurang 30 Meter Dari Lokasi Tersebut Baharulah Pihak Komunis Cuba Menembak pasukan penyelamat ini Dari Belakang Dan Tembakan Pihak Komunis Itu Berlaku Hampir Sejam Sehinggalah Pasukan Penyelamat itu Hilang Dari Pandangan mata Mereka.

Tiga Ahli Pasukan Penyelamat Yang Sampai Di Lokasi Dan Berjaya Membawa Pak Tuan Syed Abu Bakar Dan Tuan Adam Keluar Dari Kem Komunis Tersebut, Seterusnya tebusan Selamat dan Di Bawa Pulang Kemudian Dipersembahkan Dan Di Serahkan Kepada Baginda Kebawah DYMM Tuanku Sultan Badly Shah Dalam Keadaan Sihat Dan Afiat. (saya petik dari Sumber RISALAH WARGA MELAYU MS 36 )

Yang panjang lebernya ada di pautan
http://abjadmalaysia.blogspot.com/2008/09/ringkasan-penyebaran-dan-perkembangan.html

Nota nakal saya.

Tiga orang boleh merempuh masuk challenger 600 orang!!!!!! Kenapa tidak Tangkap dan ikat Cheng Peng masukan dalam karung dan bawa balik Sekali????? Siapa dan dari mana 600 0rang ini??????? Cuma saya rasa-rasa 600 orang ini semuanya orang pandai-pandai bah…

Banyak bahan cerita dan kisah yang berlaku prca dan pra merdeka tapi tidak tercatat dalam buku sejarah. Sehingga sukar dan penuh sensitviti untuk menyentuhnya…

Pengkisahan-pengkisahannya hanya di tutur dari mulut ke mulut dan berkemungkinan versinya telah berubah jika periwatnya memang tidak amanah. Seperti pembelot tali barut yang makan habuan dari pihak inggeris dan pembelot tali barut yang makan habuan dari pihak jepun…

# Jadi Siapakah? Dan tidak ada kah istemewanya Sheikh Mahmud Nasir Othmani Dan Tuan Haji Ahmad Bok Bak Serta Tuan Haji Daud Bongor Di Sisi DYMM Tuanku Sultan Badlishah (1943-1958) Selapas Peristiwa Ini?

# Dan tidak anakandanya Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah (1958- ) Tidak Melihat Atau Tidak Maklum Dengan Fatwa Yang Cuba Di Wartakan Pada Tahun 1976 itu?

Mengenai fatwa yang tidak sempat di wartakan itu, Tidak Kisalah Warta Itu Tetap Ada Dan Akan Ada Dan Akan Ada, Selagi Boleh Di Copy Dan Di Paste Di Mana-Mana. Pertubuhan Telah Maklumkan dan telah ada Penafian di Akhbar harian oleh YDP Pusat yang mana bahawa sah nya, pertubuhan Tiada Kaitan Langsung Dengan Amalan dan Fatwa Tersebut.

Tapi Masih Ada Individu Yang Galak Untuk Mempamerkan Pautan Tersebut dalam web mereka.. Di Serahkan Sepenuhnya Ke Hadrat Allah S.w.t Untuk Menjaga Segalanya. Seperti mana doa Abdul Muttalib menyerahkan keselamatan Baitullah Ka’bah ketika mana hendak di serang oleh tentera bergajah Pimpinan Raja Abrahah.

Setakat Ini Memang Dengan Kekuatan Budi Bicara Dan Ihsan Tuan Guru, Untuk Tidak Mengizinkan Pasukan Guaman Untuk Mengambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas Perlakuan Ini.

Kalaulah Saya… Jangankaan Saman Malu di Dunia Sepuluh Juta Ringgit, Cukup Pakai Ribu-Ribu Sahaja…. tujuh keturunan pun saya tidak mampu membayar, sedangkan Sepuluh Ribu……. Untuk Hantaran mahu Kawin …. Nasib pandai malu, Kalau Tidak , Saya sudah buka akaun bank Minta Bantuan Derma Orang Ooooooo……….

Seperti sepatutnya, Kerja Kita Adalah Melaksanakan Perintah Allah S.w.t, lagi pun, Semakin Hari Dan Hari Demi Hari Pertubuhan Makin Berkembang Luas Insyahallah khabarnya Telah pun Mencapai Sejuta Ahli Bai’ah.. hidayah Allah swt.

Anak-Anak Murid Syekh Mahmud, Anak-Anak Murid Tuan Haji Ahmad Dan Anak-Anak Murid Tuan Haji Daud Terus Di Permuafakatkan Dan Di Persaudarakan Oleh Tuan Guru Ustaz Mad Che Din.

Saya cuba-cuba meneka dan mencari-cari Anak-Anak Murid pewaris Tuan Haji Ahmad, Pakai Pertubuhan Silat Apa sekarang ? Begitu Juga Anak-Anak Murid pewaris Tuan Haji Daud. Duduk Pakai Pertubuhan Apa?

La Ni pula… Anak-Anak Murid Syekh Mahmud, Dibawah Pimpinan Ustaz Mad Che Din.Duduk Di Pertubuhan Seni Silat Abjad Asli Jabat Kilat Malaysia Yang Didaftarkan Di Negeri Perak.
http://abatasa2.blogspot.com/2010/11/amalan-khalifah-pusaka-wali.html

biar pun Anak-Anak Murid Syekh Mahmud Ramai ,….
Yang Mengaku Anak Murid Syekh Mahmud Pun Ramai,
Yang Mengaku Pernah Belajar Pun Ramai,
yang mendakwa amalannya dipelajari dari Syekh Mahmud pun ada,
mengaku murid pilihan pun ada,
mengaku murid terpilih pun ada,
mengaku murid tersayang pun ada,
mengaku murid yang paling rapat pun ada,
yang mengaku belajar dari murid syekh Mahmud macam saya pun ramai,
Cuma murid buangan dan derhaka sahaja yang tiada mengaku….

JADI DALAM RAMAI ITULAH SUSAH MEMILIH YANG MANA SATU?
ASLI TETAP ADA, JADI Pilihlah Yang ASLI.

Wasiat Tuan Guru

Sheikh Mahmud Nasir Othmani
Pesananku Jadikan Kepercayaan Dan Jaminan,
Jalan Segera Dekat Selamat,
Terima Dan Amal Rabitah Wasilah Barang Yang Seumpamaku,
Tidak Bicara Barang Mana Permainan Atau Aurad Lisan,
Jangan Menyimpang Dari Jalan,
Pasti Pangkat Yang Sama Atau Lebih Tinggi,
Hadir Majlis Pengajian Mahir Serta Beramal Ilmu Asas,
Mengaku Murid Bagi Muhiyiddin, Khidir Dan Rasulullah,
Tidak Perlu Takut Syak Zhon Waham, Walau Atas Barang Mana Alasan,
Yang Demikian Rabitah Wasilah A’la Kehadrat Allah,
Setiap Waktu Masa Berjalan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback