Awal haribulan bulan pertama tahun Masihi 2011. Tak boleh meraikannya kerana takut berkaitan dengan Akidah Islamiah, mengagunkan kelender Agama Masihi yang telah dimansukan oleh Kedatangan Agama Islam yang di Sampaikan oleh kekasih Allah lagi Junjungan mulia Rasul Dan Nabi Yang terakhir Muhammad Saw. Selawat dan salam keatasnya dan kepada para sahabat dan kepada umatnya.
Setelah dikhabarkan oleh Saudara Setiusaha bahawa pengasas Darul Saka(maaf sebenarnya Peralih saka semalaysia) adalah Jamaah Abjad Malaysia baharulah penulis terhege-hege MengAddnya dalam ruangan Facebook dan Alhamdulillah terima kasih kerana sudi menerima permintaan sesegeranya. pengelaman Bukan senang-senang orang menerima Add kita, contohnya ada beberapa nama dah penulis cuba-cuba Addkan Puih punyalah tak layan langsung sampai sekarang. Tak apalah siapalah aku didalam dirimu…..
Dua tiga manjak ari ini penulis rajin-rajin membaca artikel dalam laman darulsakablogspot dan hanya ada satu pautan dalam halaman youtube, menarik sekali semuanya memang bab saka dari tahap paling koman lekeh-lekeh hantu raya hinggalah tahap dewa saka.
Penulis teringat majalah ujang bila mana terbaca gaya penceritaan Tok Belagak memang berlagak sungguh,aku macam mana? ada macam aku juga. ha ha ha macam penulis apa kurangnya juga, suka hatilah rumah sendiri ? lagi pun dah pakai baju ukuran sendiri. Syabas darul saka. Slot Tabik respek sama lu semua… teruskan
Darul saka juga telah mengalami berbagai-bagai tomahan dan rintangan dalam memberi khidmat sosialnya kepada Masyarakat berkerja dengan Allah,atas pengalaman dan kemahiran mereka dengan ini penulis adalah amat berbesar hati untuk cuba akan mengimport Pengasas Darul Saka dan kru-krunya mendemotrasi kemahiran perkhidmatanya mereka untuk kita menafaatkan pelajari bersama. Jadi kalau ada orang yang berminat nak belajar. Kutip dan kumpul duit banyak-banyak, tekit kapal, penginapan ,makan minum dan hadiah adalah dalam beribu jumlahnya… juga. jadi mari ikhtiar bersama-sama jangan malukan aku semua nak free! Free! Free!. Ingat benda ini mudah macam ABC Kah? Ingat orang tak pakai modal kah masa mula-mula belajar ?
Pun jumlah yang dikehendaki tidaklah membebankan cukuplah atas makna keikhalasan kemampuan, lihatlah setengah aliran mengenakan RM250 untuk mula dan sehingga lulus, kalau tak lulus, bayar lagi. tak lulus-lulus sehinggalah lulus tahap pertama berapa dah yang habis. Nak naik pangkat lagi bayar RM1000.00 dan yang lebih tinggi lagi RM5000.00 bayarannya. itupun kamu ambik juga. hairan..Heren heran… heran
Aku tak minta sesen pun, malah keluar duit lagi ada, bilalah aku nak kaya? Depa semua dah pakai Volvo, Vigo, Honda,bini ada dua Masyahallah,aku…. bilalah boleh pakai Ninja King? Nak cari calon Bini pun kepayahan nak mengorat.., tak apalah kamu orang jangan Pedulikan Aku, kamu orang ikhtiar bayarkanlah saja untuk yuran keahlian tahunan pertubuhan RM50.00 dan pakat-pakatlah berilah sumbangan lebih sikit untuk kegunaan program sempena mesyuarat Agung, cuba-cubalah fikirkan nak beli sebiji Banglo Emas di syurga dengan orang gajinya amah-amah bidadari isssss… isssssssss… tak Mahu Juga?
Perancangan Jemputan Majlis Mandi Minyak peringkat Sabah sempena Kehadiran wakil Perasmi Jawatan kuasa Pusat ke Mesyuarat Agung Abjad Cawangan Sabah.(1.Ustaz Zainuddin Osman) 2. Pengasas Darul Saka(maaf sebenarnya Peralih saka semalaysia) demo dan Khidmat ceramah bab saka 3. Blogger Abjad Malaysia Tazjkirah Umum.
Sumbangan berbentuk idea dan keawangan adalah amat-amat diperlukan untuk cuba memenuhi slot dan aktiviti yang hendak di rancang. Seperti biasa kekuatan kami hanyalah pada tiga orang jemputan.
Jadi harapan kami ada lagi yang sudi menambahkan untuk yang mana-mana kerana kalau mampu yang Allamah Tuan Guru Ahmad Junaidin,Yang berbahagia Pesurujaya Warga Melayu Sabah, Yang Berbahagia Ketua Perhubungan Warga Melayu Sabah, seluruh Badal Abjad Malaysia dan sekelian ahli jawatan kuasa Pusat dan Cawangan adalah sama sekali kerana dengan segala hormatnya kecil tapak tangan tanah tumpah darah kami hamparkan di persilakan hadir. Marhaban marhaban Marhaban ahlan wa shalan bikum…
No comments:
Post a Comment