Saturday, January 8, 2011

Angan-angan boleh jadi reliti, nak kaya pililah jalan yang sesuai

Cuti hujung minggu pertama pada minggu pertama persekolahan sesi 2011, tak ada apa di buat? Hanya mengqada tidur . Rasa boring bila tak membuat apa-apa. Serasa macam bertahun tak balik kampong, Ingatan ke Kampong terus memberi Inspirasi untuk menghayal, kalau di kampong nak buat Itu nak buat ini. … tak pernah pun perancangan jadual balik kampong terlaksana, ada-ada sahaja penghalang dan goadaanya.

Masuk empat tahun penulis tak menjenguk kebunan lalang, entah ada atau tiada pokok lain yang tumbuh selain pokok lalang. Penulis telah menganggap hanya lalang yang tumbuh tampa halangan, biarkan.. biarkan biarkan…. Modal sudah habis,Semangat untuk berkebun pun dah tak semerak, badan pun tak larat buat acara lasak berkebun lagi.. lagipun mereka-mereka Yang sezaman dengan penulis bertanaman dah lama makan hasil tanaman sendiri. Terutamanya kebun durian Lohantopsped@yahoo.com. 2 tahun lebih sahaja masa di ambil untuk berbuah.memang segalanya top dan sped Dengan batangnya sebesar lengan, ranting yang mengeluarkan buah sebesar jari. Subahanallah.hampir tak percayaaaaaaaaa? sekilo pada harga borong Rm12.00 - rm22.00 puuuuuhh tak jadi kaya kah?

Seingat penulis kebun saudara Wasif Jefry ini dah mengeluarkan hasil sejak tahun 2008, pada hal hanya ditanam pada sekitar 2004-2005. Dengan sokongan kekuatan modal dan pengatahuan ilmu, semua pokok adalah klon import dari Mardi Serdang Selangor, bukan setakat ikut-ikutan orang untuk memulakan kerjaya. Oleh kerana penulis pada musim buah durian tidak berada di Kg. halaman belumlah berpeluang merasa lazatnya makan buah durian terpilih ini. Hanya mendengar cerita dari rakan-rakan yang setiap musim dapat makan freee…. Tudu bangat lapas puhun.

Penulis pun ada Bahagian Hadiah Free Makan durian ini. Hadiah menang meneka Gambar Lama. Ha.. ha.. ha.. siapa tak kenal ayah sendiri? Penulis dah jadikannya Gambar Profil Facebook. Tak sangka Saudara Wasif ada Menyimpan sesalianan Gambar-gambar keluarga lama tersebut. AL-Fatihah untuk keluarga yang telah mendahalui kita. Terutama ayah tercinta. Biarpun penulis bukannya anak yang terbaik, mudah-mudahan doa yang di pohon memberi manafaat ke atasnaya di alam sana. Amin

Minggu pertama persekolahan memang amat menyibukan, dengan tugasan pengurusannya dan pentadbirannya tambah pula dengan penggunaan sukatan dan buku teks yang terbaru. Kesana kemari bertugas sebagai Setiusaha SPBT Zon 7 Labuan.

Sesibuk pun penulis taklah sesibuk dan sekesihan Penyelia Pelajaran Yang hendel bahagian SPBT ini. Banyak lagi tugasan yang menanti beliau sebenarnya, perempuan ni bos saya di bahagian di SPBT dan menjadi Setiusaha di Ahli jawatan kuasa kecil bahagian prtokol sambutan Maulidul rasul 2011(1432h). Bermakna juga ini tahun kedua penulis berada di jawatan kuasa kecil bahagian protocol mana-mana majlis yang dilaksanakan oleh pihak jabatan.

Seronok berada di bahagian protocol ni, Cuma terpaksa ikhtiar untuk mengenal, mana orang awam, mana VIP dan yang amat penting ialah VVIP. Cuma di wilayah Labuan ini antara yang berpangaruah dan kadang-kadang perlu di beri perhatain lebih dari kekananannya dalam haraki protocol adalah Ketua Kampung. Jaga-jaga ooooooohh Silap haribulan boleh mendatangkan masalah pada jawatan.

Penulis sebenarnya pada sambuatan yang lebih besar seperti Maulidul Rasul peringkat Labuan ini, inilah pertama kali berada di bahagian protocol, dan dari maklumat awal mesyuarat perjumpaan taklimat oleh pengerusi bahagian protocol ini, ustaz Najib Imam besar Masjid an-nur Labuan. Respon dari orang lama, Memang setiap tahun bahagian ini menerima banyak aduan terutama oleh VVIP. Apa tidaknya semua ahli jawatan kuasa kecilnya adalah kakitangan bawahan tahap elaun sahaja. Mana pernah berurusan dengan mereka-mereka yang berada gred41 hingga gred 54 di Agensi kerajaaan atau Jabatan-jabatan. Apa lagi hendak berurusan dengan mana-mana VVIP tak ada peluang, jadi manalah masa nak kenal-kenal ni.

Awal tahun ini juga Pengusaha Kantin sekolah pun dah bertukar, pengusaha tahun lepas macam dah tak minat nak sambung kot?, ada kelegaan pada penulis bila pengusaha kantin bertukar, Cuma pengusaha kantin yang baru ini tak bagi diskaunlah harga minuman atau makanan. Tak apalah asal makanan dan minum penulis rasa ada berseleralah .

Penulis ni saja-saja kadang-kadang bila tak ada kerja rajinlah mencari bahan untuk di olah. Penulis melalui kerajinan terperasan dan asik melihat pengusaha kantin lama. Pada beberapa kelaziman. antaranya pegusaha kantin lama bila selasai menyapu atau apa-apa pada waktu pagi akan meletakkan duit siling di hadapan pintu kantin atau di sekitar hadapan kantin. Cuba letak RM10 kah atau RM50 hari-hari penulis kutip oooooooo , ini setakat banyak 5 sen 10 sen budak-budak pun malu kutip..
Penulis juga melihat pengusaha kantin lama akan meletakan duit kertas pertama kedalam kehalaman semacam kitab al-quran atau terjemahannya rasanya. Nauzubillah. Dan pengusaha kantin lama ini tidak akan menukar duit baki dengan wang sendiri. Pasti berhabisan Tanya orang untuk duit kecil penukar baki tersebut. Payah juga petua berniaga semacam begini. Asal jadi kaya kot?

Pada juadah pengusaha kantin lama pada menunya memang kebanyakannya adalah kesukaan penulis . Cuma banyak kalilah juga, bila penulis jamah dan masukkan makanan atau air kedalam mulut penulis tiba-tiba boleh hilang selera atau rasa mahu muntah pun ada. Untuk mengelak termuntah balik mkanan yang dioder yang di telan ini. Dan dari pengalaman jadilah Penulis akan tunggu ketahap tangan terketar dan perut mulas-mulas kelaparan tahap dewa baru ke kantin mencari makanan. Pada makanan mesti dimakan cepat-cepat tak pun bawalah ke bilik guru nanti boleh buang ke tong sampah.

Pengusaha kantin yang baru ini, tidak pula ada awek cantik cun yang menolong-nolong buat kerja, tak ada seri lah pula. Tak dapat menyekat-nyekat mengorat mengayat ni.Yang ada pun alahai….. senyum pun mahal, pun tak semanis nescape.. macam marah kat aku lah pula. kah…. kah …. Kah biar betul ni muka, macam pernah aku jumpa tapi di mana ya? Stedy lah…. aku buat bodoh sombong saja, takut nanti perasan diorang bahawa aku teperasan sesuatu… dah la budak tu memangil mami.. mami.. mami.. anaknya kali?

Pada Menu pengusaha kantin baru ni pun aku kalah , ayam, ayam, ayam, daging ada pula, sayur memang adalah tapi itu bukan aku punya kesukaan, mata aku tetap mencari awek, awek, awek… ala ikan bah.. lauk kata orang sini tak kiralah masak apa pun, janji ikan(lauk). Ikan(lauk). Ikan(lauk) kalau lauk masin lagilah nyaman menyelerakan biarpun buakan awek yang menjual. Pengusaha kantin baru ini tukang masaknya adalah lelaki. Tabik lu.. Hebat.. hebat hebat. Bole saing cef wan kot?

Saudara Setiusaha Cikgu Mazlan baru sahaja telipon mengkhabarkan pada penulis bahawa Yang berbahagia Setiusaha Pusat Ustaz Zainuddin Othman dah bagi Green Light untuk hadir merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan yang kira-kiara akan di Langsungkan pada sekitar antara 4hb, 5hb dan 6hb Febuari 2011.

Jadi sekali lagi penulis mewar-warkan akan keperluan sumbangan dari mereka-mereka yang berkelebihan untuk menyumbangkan pada perbelanjaan aktiviti yang telah dirancang untuk di adakan pada masa tersebut.terutamanya Makan minum serta penginapan peserta hari tersebut.

Selebernya memang berkehendak menjemput kesemuanya. Sama ada,mereka yang dah ada dalam pertubuhan ini,atau yang berminat untuk mengenali atau sengaja hadir untuk ambil tahu, mahupun mereka yang hadir kerana menghantar kawan lapangkanlah masa bersama kami kerana semua dipersilakan untuk berada bersama kami pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback