Monday, January 3, 2011

Ucapan terbuka Memohon Maaf atas kelemahan capaian catatan pada pada artikel terdahulu

Subahanallah, wal hamdulillah wala ilaha ilal lah

Hari pertama persekolahan adoiiiiii awal pagi lagi dah betul-betul penat, angkat turun meja kerusi murid dari tingkat bawah naik ke tingkat atas yang di atas diturunkan kebawah, inilah rutin awal persekolahan, nak harapkan siapa lagi untuk buat semua kerja ini?

Siap semua susun,penulis tak jadi balik rumah untuk salin pakaian, pedulilah dengan baju kemeja berwangian peluh dan kenampakan ada bahan kotor, alaaaa aku tetap hendsom bah juga.

Belumpun bermula semua aktiviti program sekolah dan jabatan apa lagi untuk pertubuhan, penulis dah mulai memikul tekanan, mudah-mudahan masih ada kekuatan dan kewarasan dalam tingkah laku dan gaya pertuturan ini. amin

.Dan pada hari ini pun dah ada beberapa keadan yang mengujakan penulis, stressss dah aku dapat hari ini, mula dari mesej SAUDARA SETIUSAHA CAWANGAN masaaallah allahu akbar, pasal penulis kutip dan tulis DARUL SAKA padahal yang betul dan benarnya adalah yang di maksudkan oleh saudara Setiusaha itu ialah Facebook PERALIH SAKA SATU MELAYSIA,(profail gambarnya bersama Tok Mat) Allahu Akbar kenapa penulis tak perasan ini? Dan penulis belum berkesempatan untuk mencari capaian adanya dalam bentuk Blog, oleh itu Penulis dengan penuh takzim memohon maaf dan ampun atas kegelojohan lemahnya huraian dan capaian pada artikel usul pra masyuarat agung tersebut

Keduannya penulis menerima mesej dari seorang kenalan yang mana pernah penulis tuliskan namanya dalam salah satu artikel dalam blog ini,,sekali lagi penulis mohon ampun dan maaf, tiada niat untuk menerbitkannya untuk memalukan apa lagi sehingga menyentuh hati , luahan hati tersebut memang benar, Cuma memang penulis olahkan sedikit untuk memujuk hati sendiri. Dan penulis amat memikul tanggungjawap terhadap apa yang penulis telah nyatakan itu. Ya allah ya rahman berikanlah aku rahmat, dan aku rela merahmatinya juga amin (tak betul pula bacaan radar aku ya.. ada pendinding kot?)

Penulis pun bukan ada terbitan keakuan atas yang terbaik , nauzubillah untuk ada kemegahan diri, nauzubillah pada bertopengkan pada pangkat hiasan gelaran semata-mata, dengan sedar diri pada kelemahan dan kekurangan sendiri , cuma atas keinginan untuk mencari dan menabur kebajikan. Dan penulis amat-amat berharapan apalah sudilah memberi teguran dan curahkanlah sebarang dua nasihat mudah-mudahan apa yang di berikan itu mendorong dan membina penulis muncul seperti hiasan yang memukau pencinta kebajikan. kalau tidak siap lagi hendak menghias? nak harap saka keturunan payah dah aku nak layan?

Ketiganya hal sekolah terutamanya mereka-mereka yang mencampuri urusan, mengarah begitu untuk ini arah ini pula untuk begitu, kami ustaz ma…. Rosak lebel.. rosak respek ibubapa… inilah tanggungan orang bawahan kerana tak berani membantah? nasib aku bukan rasaksa

Sakitlah pula gigi ni….. wahai gigi aku tahu ko berlubang janganlah sakit lagi. jika ko masih sakit kepayahan pula aku nak makan dan minum kopi.

Nak pi main Fotsal kah tidak ni…

kucing ni pun nak cari pasal, bising-bising pula, aku rimas ni tau

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback