Saturday, January 22, 2011

Masalah… masalah.. masalah.. tahu tak pa…

Cuaca hujung minggu ini sungguh baik,Alhamdulillah di awal-awal pagi lagi sinaran matahari sudah memancar dengan begitu indah nan garang. Penulis mengambil peluang ini untuk menjemur apa-apa yang boleh di jemur. Patutnya dan lagi boleh buat sekolah ganti cuti sempena tahun baru cina hari ini. Cuma GB kata nanti lepas tahun baru cina baru kita buat.

Kelmarin penulis cuba untuk menukarkan belian tekit fery 3hb feb 2011 ke masa yang seawalnya, malangnya penuh, sepenuh penuhnya. Nampak gayanya penulis kena beratur merasa semula untuk berwiting list. Jika teringin nak balik awal Perayaan tahun baru cina ini, macam semua orang mengambil peluang yang ada. Termasuklah syarikat fery ini.

Awalnya penulis tidak berapa faham kenapa ada pelanggan yang mengeluh ketika membeli tekit fery pada paginya. Kaunter yang mana penulis bertanyakan adanyakah kosong? Untuk sekitar 28 malam atau pagi 29hb januari Ingatkan pada penulis yang disuarakankannya. KALAU TAK MAHU NAIK TUNGGULAH KAMU FERY BARU ITU!!!! Ada juga kosong untuk jam 9.00 malam 30hb janurai 2011,tak jadilah penulis menukarkan nya buat masa ini.

Selapas mendengar cerita kawan-kawan dikantin kemudiannya, baharulah penulis memahami dan teringat bahawa pelanggan fery kaunter sebelah yang merungut tersebuat adalah mengeluh kerana tambang lori naik mendadak dari RM300.00 ke RM1000.00---.makin besar lori makinlah beribu tambangnya……. Uiiiiiii na nak sakap apa lagi… ni.

Dan dari cerita kawan-kawan juga kereta kancil yang dari RM40 ke RM70, Cuma penulis belum pastilah macam mana dengan yang seumpama penulis yang dah membeli tekit seawall sebulan yang lalu. Suasana baru RM70.00 Fery tambah RM14 pendaratan campur minyak, makan minum di jalanan, lumayan juga perbelanjaan balik kampong ini. demi kerana gelora nak balik kampong perbelanjaan semua tu fikir-fikir kemudian.
Penulis terkesan juga mungkin staf fery lama ini dah merasa bahang pemberhentian KERJA, tentu merisaukan semesta fikiran…. Adui naaaa.. duit belanja bah….tu hidup dan kesusahan..

Cuma kesian penulis dengan staf kaunter fery itu hilang bila dengar ungkapanya itu,,, biar tah kalau engkau anak pemilik feryKah? atau tuan ferykah? sekalipun memang tak layak cakap macam itu pun, semua yang naik dan menggunakan fery ini beberapa tahun tak ada yang free of charger, berbayar dengan duit titik peluh masing-masing . Dah lah tahap perkhidmatan macam zaman lumpur, fikirkan untung sahaja, tak terfikir nak up gred perkhidmatan ,berbanding dengan syarikat Fery Pulau Pinang rasanya fery Labuan ini 60 tahun pun tak akan terchelengger fery peneng.

Bukan staf Fery tu saja ada masalah, semua ada masalahnya Cuma dalam bentuk kerangka tersendiri, penulis dengan rakan-rakan sekerja pun adalah juga, ni yang nak dikongsi juga. oleh kerana ada pengupgredaan dalam jawatan maka Alhamdulillah penulis dengan rakan-rakan yang ada memiliki Sijil Pelajaran Malaysia pada masa itu, yang mana pada masa itu SPA membagi kelonggaran maka merasalah kami dengan pendapatan yang agak lumayan ini. Berbanding dengan mereka-meraka yang 20 tahun berkhidmat dengan tidak memiliki Sijil Pelajaran Pada Ketika itu.maka kekal mereka di tahap demikian.

Ambilah kamu SPM, ambilah kamu SPM, Ambilahlah Kamu SPM, sekarang apa sudah jadi, Bila kekal dalam jawatan yang lama mulailah muncul berbagai aneka perkara nak buat angkara pula, memang tak lain dan tak bukan benda SAYA TAK PUAS HATILAH. Ingat kamu ja tak puas hati kami pun tak puas hati bah… relex bro. bawa-bawa mengucap.
Bagi diri sayalah kan. Adalah amat susah bercerita dan memahamkan mereka-mereka yang telah LULUS DENGAN KEPUJIAN peringkat Sijil Pelajaran Malaysia pun, maka apa tah lagi dengan mereka-mereka yang tidak kepujian dengan Bahasa Melayu Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia . Dan Lebih-lebilah al-maklum lagi yang belum lulus Bahasa Melayu ini. Entah macam mana lagi nak kasi faham budak-budak ni…Tak faham-faham juga. Allahum iddina siratal mustaqiim… Allahum iddina siratal mustaqiim… Allahum iddina siratal mustaqiim…

Hebatnya Cerita ini konononya dengan perangsang seorang ketua kampong sehingga maklum oleh menteri maka mendapatlah semua satu ruang bersama KPPK untuk meluahkan segala rasa yang terpendam, malangnya semua olahan solan dalam persoalan tersebut menerbitkan dan menzahirakan semacam satu kekurangan kebijaksanaan dan kurangnya pengatahuan. Lebih kurang masih tahap masih jahil murakkab. Macamlah jabatan yang terhege-hege nakan orang bertugas denganya…

Dulu masa guru sandaran dengar dan masih ingat ayat power Penyelia Daerah Ranau EN Naut Patoh, Jabatan Pendidikan Sabah Bukan Tempat Untuk Mencari Kekayaan, Kalau Nak Kaya, Tidak Bersetujuh Dengan Dasar Jabatan Maka Silalah Letak Jawatan dan carilah kerja lain.

Penulis memakai cincin bermata warna merah jambu pemberian Saudara Asrul Jautin bermula seminggu sebelum menghadiri kursus di As-Salam Sg. Petani kedah awal December 2010. Dan memakai cincin ini memang menarik minat pandangan mereka-mereka yang mencintai seni memakai cincin. Penulis tidaklah mempunyai asas seni berkaitan pemilihan batuan mata cincin dan cara membuat cincin ini.
Semasa di as-salam ada juga rakan dari cawangan terangganu yang menyapa mengenai cincin yang penulis pakai, Cuma penulis dapat ceritakan, cincin ini pun dari terangganu mari, dibuat di sana dan penulis hanya memakainya atas pemberian kawan dengan harganya pun penulis tidak ketahui RM200.00 juga kot?. Dan masa di as-salam Penulis memang melihat agak ramai juga rakan-rakan yang memakai cincin yang lebih kelihatan menarik dengan harganya pun amat mengoda sekali.. utamanya penulis melihat cincin Ustaz Zainal Abidin Sintok dan Ustaz Zainuddin Osman rasanya dalam ribuan ringgit juga kosnya..

Dikhabarkan batuan yang akan dipilih sebagai mata cincin ini pun berbagai nama, khasiat dan harga pun boleh tahan.Selain daripada jenis batuan harga cincin ini juga akan berubah mengikut martabat jenis batuan mata yang hendak di jadikan mata cincin ini, sama ada ia ALAMI atau ISIAN.penulis hanya pandai pakai itu pun kalau ada orang yang hadiakan jadi Rujuklah mereka yang berkemahiran dalam bidang ini untuk pengatahuan mendalam. antikbertuah.itrademarket.com/group.../barang-alami-isian.htm - Cached
alamallah.blogspot.com/.../pati-raja-pengasih-dan-pelariskhasiat.html - Cache

Bila menyebut alami dan isian ini penulis lebih mengingati kebiasaan masyarakat Dusun yang menjadikan AJARAN MANDUR SARIF sebagai pendinding, maka rata-ratalah anak-anak mereka yang akan keluar dari lingkungan kampong akan dibekalkan oleh ibubapa penjaga mereka dengan sejenis benda yang di panggil (TINGGELIG) mungkin benda ini boleh dipanggil sama tahap dengan Azimat dalam masyarakat melayu.
Dengan iringan beberapa petua dan pantang larang yang patut di ikuti kalau tidak benda (Tinggelig) ini secara atomitik akan kembeli kepada pembuatnya dan terpaksa SURECHARGGE semula untuk mendapatkanya. Martabat Tinggelig ini pula kononnya akan berlainan mengikut harga dan warnanya pembalutnya. Tidak pula diketahui sama ada isian dalam balutan tersebut akan berlainan jika martabat dan harga dan tujuan mendapatkanya yang berlainan.

Penulis sendiri dalam pengalaman dibekalkanya dulu semasa zaman kanak-kanak lagi memang dah bermasalah,banyak kali dibuatkan,hilang memanjang sahaja, kalau tidak terlupa letaknya ,penulis akan tercicirkanya atau mungkin penulis buangkanya dimana-mana. Banyak kali penulis di marah kerana tak jaga dengan sungguh-sunguh, dah lah benda tu terlalu mahal pengerasnya. Buat Seminggu dah hilang balik..rasanya kan? benda tu tak setia dengan penulislah, tu lah lari dia mengadu dengan pembuatnya…
Akhirnya penulis membesar dengan tidak dibuatkan dan tidak dibekalkan sudah dengan benda tu. Rasanya masing-masing anak dusun ini ada pengalaman dalam pembawaan dan menyimpan benda ini. Seingat penulis, bila benda itu dibawa bermain bolasepak tidak pula pemakainya jadi superstar melainkan kelihatan seperti robot akan merasakan badanya amat berat untuk bergerak dan yang buruknya memang menimbulkan sifat pemarah yang tidak tentu asal.

Ada rakan sekerja penulis Gadis Manis Dusun yang berasal dari Keningau Sabah. Kelmarin ada terlepas cakap, katanya dari dahulu lagi ibunya setiap kali dia ke Papar atau ke Labuan akan dibekalkan oleh ibunya dengan benda tersebut dan tidaklah beliau ambil tahu apa isi kandungan bahan tersebuat.
Selain daripada eehemmmm… penulis ada juga hati padanya. Kah… kah.. kah.. dan kadang-kadang tu, penulis berani juga kata.. ini tahun keampat aku ngorat engkau tapi masih tak lut juga.. sapa boyfren ko? nanti saya pigi tumbuk dia. Dalam begitu penulis berani cakap.. kadang-kadang tu kecut juga hati perut ni tau.. lebih-lebih time kalau dia hot mata boleh membesar dan muka akan macam rasaksa mulut mesti leser punya pat….. pat… pat.. ted jak saundnya superwomen. Makin manis pula aku lihat. Tiaaah..

Demikian juga bila baru memiliki kenderaan pasti akan ada benda itu di bekalkan atau ibubapa / penjaga syorkan disamping dibuat sedikit upacara meraikan kenderaan tersebut, oleh kerana ada pengalaman, penulis membuang benda tu yang kebetulan ada saudara penulis letakan dalam angota badn amotosikal dan begitu juga pada kereta proton dari kawan, penulis menolak untuk diadakan upacara tersebuat . penulis kata biarlah saya akan buat dengan cara sendiri.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback