Tinggal lagi Teks kitab AL-QURAN tahun 4,5 dan 6 penulis hendak susun untuk di agihan ke sekolah-Sekolah Rendah Agama Islam Seluruh Labuan, kalau siap esok maka hari rabu bolelah sekolah-sekolah itu mula mengambilnya.sebagai Setiusaha Pusat Operasi SPBT BOSZZ 7 labuan tak ada boleh buat tuntutan pun untuk segala kerja-kerja ini. Jadi Teruji juga kerdibiliti.
bila ramai kawan ini kadang kala ada merumitkan, hendel dan berurusan dengan sekolah sendiri Alhamdulillah tabik hormat betul penulis, depa kedepan juga tolong bantuh mana-mana yang boleh, kesian kot depa lihat aku?
Apa-apa pun untuk sekoalah lain tu yang mana-mana rasa tidak menyusakan orang lain, teruskanlah usaha dan perangai anda dan istimewa kepada mereka-mereka yang telah amat memberangsangkan kerjasama dan kesabaran anda maka insyahallah taalah mudah-mudahan kita semua mendapat keredaan darinya dan beroleh kebajikan. Amin
Penulis seperti biasa ada beberapa lakarkan beberapa artikel tapi semuanya tak kemana, sampai saja 20 ke 30 patah perkatan dah tak boleh jalan. Jem… Merangka pun tak dapat, patssss pasangkan dapur masak air perkena maggi kari dengan nescape uuuuuuui na……. tak Nampak dah telingaku ini…
Penulis ada teperasan beberapa topic menarik dalam perbualan Fecbook sesuai untuk ikut serta menambah kusut perbincangan tersebut,tapi bila masa agak terhad dan bahan rujukan pun terhad, lagipun fecebook bukan medan yang sesuai untuk percambahan ilmu, susah menyampaikan maksud dan teknik gaya penceritaan sebenarnya. utamanya berhadapan dengan para panglima yang sedang hangat darahnya, telah lengkap perguruan laksananya,menebas menerja ke sana ke mari dengan pedang bersangka emas permata, tak sedar langkah masih sumbang. sungguh sumbang memalukan bagi guru-guru yang membimbingnya, tak sedar dengan siapa berhadapan, laksana kerasukan geranganya… nauzubillah….
Lawanan kita yang sebenar adalah mereka yang MULHID iaitu syubaha ahli bidaah yang berusaha hendak menolak dalil-dalil kita dan berusaha mendatangkan SYUBAHA.
Alhamdulillah Guru-Guru Tidak Pernah Menyimpan Kecik Hatinya Terhadap Murid-Muridnya, Tabah Mereka Mentarbiah, Mencurah Bakti Agar Semua Murid Terbimbing Dan Dihidayahkan Dan Mudah-Mudahan Dengan Izin Dan Doa Restu Guru-Guru Jadilah Kita Ini Murid-Murid Pewaris Dan Penjunjung Yang Teruji Untuk Penerus Salasilah Seterusnya. Amin.
Kelmarin Siang Penulis Koboringan Hujan Rahmat Sepanjangan Hari, Maka Cubalah Menilik Balik Kitab Akidatun Najin Fi Ilmu Usulddin Karangan Al-‘Aalama Syekh Zainal Abiding Bin Muhammad Al-Fatani. Dalam Berbelit-Belit Memahami Gaya Bahasanya Penulis Rasanya Mengerti Juga Berhadapan Denganya.
Adapun kata pengarang mukadimah ilmu itu iaitu mubadi yang SEPULUH PERKARA, maka tak dapat tidak daripada orang yang hendak masuk belajar sesuatu ilmu atasnya wajah yang akmal(sempurna) itu hendaklah ia mengatahui mubadi yang sepuluh iaitu.maka hendaklah ia mengatahui mubadi ilmu itu iaitu sepuluh perkara. Iaitu yang dinazom oleh setangah mereka itu dengan katanya;
INNA MUBAADI KULLI FANNI ‘ASYARAH Ω ALHADU WALMAUDHUU’ TSHMA ASTSAMARAH
WAFADHLUHU WANISBATU WAL-WAADHI’A Ω WAL-ISMU AL-ISTMDAADU HUKMU AS-SYAARA’U
MASAAILU WALBA’DHU BILBA’DHI AKTAFAA Ω WA MAN DARAA AL-JAMII’A HAAZA AS-SYARAFA
BAHAWASANYA MUBADI TIAP-TIAP ILMU ITU SEPULUH PERKARA
1. Had ilmu
2. Tampat hantaran ilmu
3. Faedahnya
4. Kelebihanya
5. Nisbahnya
6. Orang yang menghantar akan dia
7. namanya
8. Tampat ambilan ilmu
9. Hukum syarak
10. Masalah
Seperti AHLI BIDAAH seorang Dahri yang di hikayatkan dalam muka surat tujuh, baris lima terakhir KITAB AKIDATUN NAJIN. Di hikaytakan bahawa ada ada satu Dahri yang datang ia(dahri) pada zaman HIMAD ( iaitu ) guru (kepada ) Imam Abu Hanifah dan menuntut ia (dahri) akan segala ulama hendak berhujah ia(dahri) dengan katanya (dahri) kata kamu ALLAH itu ada, manakala ada betapa tiada tempatnya (ALLAH) maka tiada ada suatu yang maujud melainkan ada tempatnya?
maka beberapa mereka itu(ulama-ulama) yang sudah dialahkan oleh Dahri, maka bertanya ia(dahri) kepada manusia(orang ramai) adakah lagi tinggal daripada Ulama kamu seorang? Maka sahut orang banyak ada lagi iaitu HIMAD, maka berkata Dahri wahai Khalifah hadirkan oleh mu akan dia (himad) pada ku, supaya berhujah ia(himad) serta ku, maka menyeruh Khalifah akan Himad maka berkata Himad beri tangguh olehmu (khalifah) akan daku malam ini.
Maka tatakala berpagi-pagi datang Abu Hanifah dan adalah ia(abu hanifah) lagi kecil maka melihat ia(abu hanifah) akan GURUNYA yang bernama HIMAD itu didalam duka cita yang sangat, maka bertanya Abu Hanifah akan dia(himad) apa sebab daripada percitaan ini? Maka berkata ia(himad) betapa aku tidak duka cita dan telah menyeruh oleh Khalifah akan daku berhujah serta Dahri dan telah menghimpunkan Segala Ulama dan aku bermimpi semalam didalam tidurku akan suatu pelihatan yang sangat mungkar.
maka berkata Abu Hanifah apa ia(mimpi)? Katanya(himad) aku lihat akan satu dusun yang sangat luas lagi sangat berhiasan dan ada padanya(dusun) satu pohon kayu yang berbuah maka keluar daripada satu penjuru kampong itu babi maka memakan ia(babi) akan buah kayu itu hingga habis dengan daunnya dan cawangannya(ranting) hingga tinggal batang semata-mata. Maka keluar daripada pohon kayu itu satu harimau maka ditangkapnya(harimau) itu akan babi itu lalu mati babi itu.
Maka berkata Abu Hanifah bahawa Allah Taalah mengajar ia(allah) akan daku ilmu ta’bir mimpi maka mimpi itu baik bagi kita. Dan jahat bagi seteru kita, maka jikalau engkau izinkan bagi ku kepada ta’bir akan dia(mimpi) nescaya aku ta’bir akan dia(mimpi) maka berkata Himad ta’birkan oleh mu ya NU’MAAN ertinya(mimpi) nama Abu Hanifah itu Nu’maan maka berkata ia(abu hanifah) bermula dusun yang luas lagi berhiasan itu AGAMA ISLAM dan pohon kayu yang berbuah itu ULAMA dan asalnya(pokok) yang tinggal itu engkau dan babi itu Dahri dan Harimau Yang Membunuhkan Babi Itu Aku.
Maka berjalanlah engkau dan aku serta engkau maka dengan BERKAT HEMAH engkau dan BERKAT HADRAT engkau aku berkata-kata sertanya(dahri) dan aku lazimkan hujjahnya(dahri) maka sukalah HIMAD itu dan berdiri keduanya ketika itu juga kepada Masjid Jamik maka datang Khalifah dan berhimpunlah segala manusia pada Majlis Himad itu yakni Majlis Himad yang hadir itu dan berdiri Abu Hanifah dihadapan gurunya (himad) dibawah sarirnya (labuh jubah himad) memegang ia ( abu hanifah) akan kaus (kasut) gurunya( himad) dan kaus(kasut) dirinya.
Maka datang Dahri dan naik ia(dahri) atas mimbar dan berkata ia(dahri) siapa yang menjawab akan soalan aku ini? Maka sahut Abu Hanifah apa perkataan kamu itu? Nyatakan oleh mu? Maka orang orang yang mengatahui dijawabnya(orang yang mengatahui) akan pertanyaan kamu itu. Maka bertanya Dahri siapa engakau? Hai kanak-kanak engkau berkata-kata serta aku beberapa orang yang memepunyai kemegahan dan orang yang tuha-tuha dan serban besar-besar dan yang mempunyai kain yang kemegahan dan tangan baju yang luas-luas lemah mereka itu daripadaku maka betapa engkau? Berkata serta aku pada hal kecil umur engkau dan hina diri kamu?
Maka berkata Abu Hanifah tiada menaruh oleh ALLAH TAALA akan ketinggian dan kebesaran itu kepada orang yang mempunyai serban yang besar-besar dan kain yang kemegahan dan tangan baju yang luas tetapi ditaruh akan dia(ilmu) bagi ulama seperti Firmanya Allah Taala (wallazina uutul ilma darajat )dan segala mereka itu yang datang bagi mereka itu akan ilmu itu beberapa darajat.
Maka berkata Dahri itu engkau yang menjawab akan soalanku? Maka jawab Abu Hanifah bahkan aku jawab akan soalan engkau dengan Taufik Allah Taala, maka berkata ia(dahri) adakah ALLAH itu maujud? Maka jawab Abu Hanifah bahkan. Berkata ia(dahri) dimanakah ia(allah)? Kata Abu Hanifah tiada ada baginya(allah) tempat. Kata Dahri betapa ada MAUJUD tiada ia(maujud) bertampat baginya(maujud)? Kata Abu Hanifah bagi ini dalil pada diri kamu, katanya( dahri) di mana ia (dalil pada diri) dalilnya( maujud tidak bertampat)? Kata ia(abu hanifah) iaitu tiadakah pada diri kamu Nyawa? Maka katanya(dahri) bahkan. Kata Abu Hanifah dimana tempat RUH kamu itu? Dikepala kamukah? Atau diperut kamukah? Atau dikaki kamukah? Maka tercengan ia(dahri). Maka menyeru oleh Abu Hanifah akan air susu buat dalil yang lain pula.
Dan berkata ia (abu hanifah) tiadakah pada air susu ini minyaknya? Kata dari bahkan, kata abu hanifah dimana tempatnya (minyak)? Diataskah? Atau dibawahkah? Maka tercengang pula Dahri. Maka kata Abu Hanifah seperti tiada dapat bagi RUH itu tempat pada tubuh dan tiada pula bagi minyak itu tempat pada air susu itu demikian lagi TIADA DAPAT pula bagi Allah Taala itu didalam kaun (alam) ini tempatnya. (sehingga akhir hikayat)
Nampak lagi bersulu dalam hikayat ini Kemuliaan Anugerah Allah Taalah,ternafilah sangkaan dan maksud seseorang kerana tidaklah mesti kepada orang kanan Guru, dan tidak pula mesti kepada orang kiri guru,dan tidaklah orang yang selalu berdamping dan bergaul dengan guru itu yang akan menerima nikmat kelebihan dan warisan rahsia yang banyaknya dari gurunya.
Murid menerima tarbiah dan didikan dari guru mengikut keperluan murid, hidayah dan petunjuk Allah Taalah, kepada mereka-mereka yang akan menerima tingkatan martabat ilmu dan kepada mereka yang berdakwah dan pencaroba halangan di halaman masing-masing.
apa lagi dengan keadaan seperti Serawak Dan Sabah nun jauh di Lombok Indonosia. Insyahallah taalah para guru telah iringkan dengan doa dan restu mudah-mudahan mudah segala hajat, terbuka segala pintu ijabah dan mudah segala rahsia bagi rasa.
Abu Hanifah sengaja digambarkan sebagai pembawa kasus gurunya dan dirinya. Dalam adab belajar ilmu yang lagi berkat dengan kemuliaaanya adanya berkhidmat tertentu dengan guru umpamanya pembawa kasut adalah keberkatan dan kemuliaan dari guru, apatah lagi yang bertungkus-lumus menyediakan santapan Tuan Guru? Tidakah ada padanya kemuliaaan dan keberkatan yang berlebih-lebihan?
Maka pilihah oleh kita? Manakah? manakala mereka yang ada rasa berlebihan merasakan hina yang demikian itu.
No comments:
Post a Comment