25hb December 2010, Malam ini penulis tidak meneruskan rutin kehadiran ke Pondok Terbiah Abjad Sabah Di Kg.Lohan Ranau Sabah Malam ini penulis berhajat untuk nak rehat awal,agar mampu bertenaga pada paginya sebelum subuh akan bertolak kembali meneruskan tugasan-tugasan khusus yang di terima Amanah di Wilayah Persekutuan Labuan.
Dengan adanya kemudahan pusat Tarbiah ini memudahkan untuk berkumpul dan mengadakan aktiviti yang mampu di laksanakan oleh ahli cawangan.Dengan Rasminya telah diistiharkan bersama nama cawangan Abjad Sabah sempena Kehadiran Tuan Guru Haji Ideris Bin Haji Mohamad Nasir Bersama Tuan Guru Haji Zainal Abidin Bin Harun.awal julai 2010.
Atas Taknikal Baharulah balik dari Sg. Petani Baru-baru ini. Penulis baru dapat melaksanakan kaedah, petua kawalan penjagaan pusat Tarbiah dan tapak latihan Pedang. Dan jangan Terkejut bila mana kira ada yang berminat ingin berkongsi atau ingin mendapatkan kaedah itu Penulis minta ganti Tambang kapal terbang dan segala Perbelanjaan ke Sg. Petani sebagai pertukarannya pecah rahsia lebih kurang dengan Tunai RM3000.00. hutang tak mainlah dan Kalau kawan-kawan bayar pendahuluan 50% dan yang lebihnya boleh bayar ansur-ansur (ccm).
Alhamdulillah Biasanya pada kesempatan malam-malam cuti sekolah seperti ini dan pada kali ini penulis telah beri kekuatan dan hidayah oleh yang maha Esa untuk dapat hadir ke Pondok Tarbiah pada malam-malamnya untuk mengetuai Qatam Quran dan sekiaranya masa menizinkan dapatlah melontarkan beberapa kalimah untuk renungan dan perkongsian pengalaman bersama.
Penulis ada juga merasakan dan berfikiran,Bayangkanlah pada setiap jam pada malam-malam itu pada kelayakan Biasa penulis RM75/jam =……..+ tekit kapal terbang + Belanja Makan minum subahanallah memang lumayan, walau belum selumayan pendapatan ahli penel Farum Perdana Hal Ehwal Islam, dengar cerita dulu masa Forum Perdana mereka dibayar sebanyak RM5000.00 sejam. dua tiga kali dijemput boleh clear belanja kawin oooooooo…berebut anak dara mengurat, Empat lima kali dapat sebijik Rumah Banglo, ovetime sikit ha dapat lagi Volvo sebiji. Tidak salah kita mengimpikan yang demikin itu, tidak ada yang marah kiranya adanya cita-cita kita yang demikin itu. Asasnya itu bukan matlamat dan destinasi
Cuma demikianlah bagi penulis jangan jadikan perbandingan, kerana nampak gayanya penulis belum berkesempatan mendapatkan semua itu sebagai hadiah di Dunia ini. Ya allah terimalah aku dan diriku sebagai sebagai kebajikan di dunia dan di akhirat biarpun aku didalam bebarapa banyak dosa dan kesalahan sekalipun, aku pohon terimalah aku jadi murid bagi mereka selama-lamanya.
Begitu juga penulis pada malam-malam itu adanya berkesempatan dapatlah membacakan Teks Kitab yang telah di bekalkan ketika hadir berkursus di Sungai Petani Kedah tempoh hari,dan demikin melihat kepada Pengisian Kitab tersebut dan penerbitanya maka penulis mendapat saranan dan cabaran dari saudara Setiusaha Cawangan Abjad Sabah Saudara Cikgu Mazlan apakah tidakanya bagi Badal Sabah untuk tempoh setahun agar dapat menyiapkan demikian tersebut moduel khas untuk terbitan dan kegunaan Abjad Sabah.Allahu Akbar
Pada cabaran tersebut ia pun tidak, mengelak pun tidak, pantang pendekar berbunga buah sumbang. ketara tak berseni bertuah janji menyumbang . Insyahallah taalah, Apa dihajat mohon izin,mohon kurnia mohon taufik dan mohon hidayah dari yang berhak atas maksud dan kehendak pada cahaya ilmu pengatahuan.mudah-mudahan segala hajat yang terasa di hati. Amin ya rabil alamin.
Saudara Setiusaha juga telah mengkhabarkan adanya blog yang seratus peratus copypast salah satu dari artikel Blog Abjad Sabah ini.itu sudah bagus. kerana demi untuk permasalahan ummah, Saudara Setiusaha telah linkkan Artikel tersebut kembali ke Blog Abjad Sabah. Sekiranya niat itu baik maka berterusan lah ia dalam blog tersebut , jika niat atas maksud muslihat pula maka secara sendirinya ia akan memadamkannya.
Seadanya kamu menolak kami adakah kami tidak menarik kamu? Pada serangan kamu adakah kami pernah Menyerang? Adakah pernah kami Mengusik Kamu?
Wakil pada diri penulis sendiri, Tetap menghulurkan Talisilatulrahim. Sesungguhnya Muslim Itu Bersaudara, Bas belum pergi jauh… naiklah, Aku Tahu sapa kamu? Kerana Aku Tahu sejarah,kerana Aku kenal warisan ini, kerana Aku Faham Siapa Pemandu Bas. Kerana Aku akui adanya Jenama Bas ini,kebetulan ramai pula kenamaan aku Kenal Penumpang dalam Bas ini.
Allahuma Ihdina siratal Mustaqim. Allahuma Ihdina Siratal mustaqim,allahuma ihdina siratal mustaqim Bagiku dan Bagi Kalian Hidayah dan Taqdir Allah swt. maka adanya Aku Salah seorang dan hanyalah kondaktornya Bas itu. Berhajat dan ingin juga aku cuba merai sebanyak- banyak penumpang . bagi kamu juga dipersilakan… Maaf.. Jangan disentap tangan yang dijulur jika tak suka tak sudi, kerana gerak itu boleh mencederakan.
Penulis berkongsi juga akan keraguan rakan-rakan atas cubaan perkongsian ilmu melalui System Forum Internit di keranakan pada tahap kadar penguasaan kita pada bidang IT ini masih terlampau jauh. Jadi seharusnya kita cuba berusaha untuk meningkatkan tahap kebolehan bersaingan kita dalam bidang IT ini.
Penulis sendiri tidak berkemahiran dalam Aplikasi Blog ini. Sedari mula Setakat menulis dan postkan sahaja, sedar tak sedar penulis dah berkecimpung dalam penulisan Blog ini genap setahun rupanya. Tepukan untuk diri sendiri dengan hidayah allah swt menerbitkan dalam diri berusaha untuk mempelajari dunia IT. Dan dikeranakan di luar sana masih ramai yang lebih merasa kesukaran dan takut dalam berkecimpung dalam arena IT ini, Akuilah selagi tak mencuba selagi itulah tidak merasa dunia ini tidak berkesempadan. Seronok bah mengambara dalam dunia IT ini. Sikit-sikit nanti akan jadi banyak.
Tidaklah untuk sehingga seperti Pemilik Facebook yang menciptanya ketika umurnya baru 19 tahun kerana keboringan semasa belajar di pusat pengajian. Kini ketika ketika umurnya 26 tahun sudah jadi kaya sekayanya. Dan baru-baru ini beliau diiktiraf sebagai tokoh yang dapat mempengaruhi gaya kehidupan berbilion manusia di seluruh dunia tidak kira Agama dan Bangsanya. Subahanallah satu cabaran kepada umat Islam kerana hanya mampu menjadi penggunanya sahaja.
Sedar tak sedar sudah tiba masanya kita perlu mengadakan Mesyuarat Agong cawangan Abjad Sabah sebelum Mac, Kerana Pada Bulan Mac atau kehadapan akan berlangsungnya pula Mesyuarat Agong bagi Jawatankuasa Pusat (Malaysia).
Kita amat memerlukan selain dari sumbangan berupa material kita juga amat memerlukan kerjasama semua ahli untuk memperlengkapkan dan melancarakan semana apa-apa program yang termampu kita dapat adakan bersamaan dengan hari tersebut.
No comments:
Post a Comment