Monday, December 13, 2010

hari pertama Kursus di As-Salam Sg. Petani Kedah

4hb December 2010(sabtu)
Lupa pula penulis siapa Imam Solat Fardu Subuh, selasai solat subuh kuliah subuh pula di sampaikan oleh Ustaz Harun Yahya dari putrajaya. Berkisar pada sifat duapuluh ketuhanan. Tajuk ini rupanya tidak habis disini sahaja kerana telah mengambil slot seterusnya pada hari ini.

Kupasan bersahaja dari Ustaz Harun ini memang menajubkan. Alhamdulillah Oleh kerana penulis pun dah lupa-lupa ingat pelajaran ini maka timbul minat dan memaksa diri untuk cuba memahami apa sebenarnya kehendak dan maksud yang hendak disampaikan oleh Ustaz Harun. Barangkali bagi awami dan mereka yang belum terdedah bagi kupasan demikin menerbitkan pening kepala, kesukaran dan keboringan.

Lepas kuliah subuh penulis pun cuba merayau-rayau sekitar as-salam, ada beberapa gerai berasingan dah mula beroperasi untuk sesi pagi, dan yang petangnya nanti lain pula yang beroperasi., rasa penulis pengusaha warong ini kebanyakanya mamak, memang dan roti kosong dan teh tarik……. Dan ada lagi mee penulis tak ingat apa namanya?

Penulis sendiri mengidamkan akan memiliki tapak warong suatu masa nanti, insyahallah. Bukanlah untuk jadi kayawan cukuplah untuk mudah menempuhi kehidupan ini,kalau Allah Swt permudahkan untuk jadi jutawan Alhamdulillah.

Lepak di warong tepi as-salam ini dapat melihat aliran trafik menuju ke utara (Ipoh).boleh tahan sibuknya jalan ini dengan setiap hari banyak kali kedengaran bunyi ambulan meminta laluan.

Melihat warong-warong ini penulis rasa boleh sarapan diluar pula ni. Penulis pun kembali ke bilik untuk menjemput rakan untuk bersarapan, bersua dengan rombongan dan Badal dari Serawak Saudara Alias yang memang hendak menuju ke warong mempelawa untuk minum bersama.

Penulis pun menjemput rakan sabah dan menuju ke warong yang telah di pilih oleh rombongan dan Badal dari serawak. Rombongan dari serawak memang telah biasa dengan keadaan as-salam. Saudara Alias sendiri bermula dan pada tahun 2005 sahaja lebih lima kali hadir ke as-salam, berbanding dengan penulis yang ini baru kali kedua.

As-salam mengandalikan kuliah mingguan Tuan guru Ahmad Junaidin dengan dibantu oleh petugas as-salam termasuk penyelarasnya Tuan Guru Haji Idris. Kuliah Mingguan ini diadakan setiap selasa Malam Rabu jam 9.00 malam dan boleh di ikuti secara oneline atau rakamanya.

Sarapan pagi ini telah dibayar oleh saudara Alias Badal dari Serawak. Penulis lebih mula mengenali Saudara Alias ini di facebook( Ali Asma). Dan tiba sahaja di As-Salam malamnya Saudara Alias antara yang mula-mula dikenali dapat bertegur sapa dan berama mesra dengan penulis. Saudara Alias ini dulu bertugas sebagai Tentera di kota baharu Kelantan dan di akhir kontraknya mendapat hidayah dan dipertemukan dengan Abjad melalui ustaz Faris yang mana memperkenalkan dengan ustaz Gazali (Badal Melaka sekarang) yang membawa saudara alias ke Selama Perak berBai’ah dengan Ustaz Mat Janggut( ustaz Ahmad Junaidin).

Oleh kerana sangat berminat dengan ilmuan dunia ini dan memiliki cincin yang berasal dari indonosia pada ketika itu, Kata Ali Asma habis sahaja kontrak dengan Tentera ini beliau berniat dan berhajat untuk pergi ke Indonosia untuk menuntut ilmu-ilmu dunia sepuas-puasnya. Sehinggalah hadir petunjuk kemana sepatutnya beliau patut menuju. Alhamdulillah,Sangat menarik asal ceritanya Cuma sengaja penulis tidak paparkan kerana tidak sesuai untuk perbincangan umum lagi pun tidak ada izin darinya.

Selasai sarapan,kami kembali semula ke perkarangan as-salam,bersembang dengan sapa-sapa yang menghampir, agak malang bagi penulis kerana tidak mengenali mereka-mereka yang datang bercerita, tidak ada tanda nama pengenalan dan agak kekok bertanyakan nama, dah Tanya nama tak pula kuat ingat mengingat nama-nama tersebut.

Penulis lebih terarah bersembang dan berkolompok dengan Abjad cawangan Serawak dan Cawangan Taiping. Mereka seperti dah biasa dengan penggunaan bahasa melayu sabah yang kami tuturkan, Penulis sudah tidak mahir berbahasa menggunakan loghat utara. Penggunaaan bahasa Ini membataskan pergaulan sesama.

Slot pada hari hari ini berkisar pada Perbincangan Akidah yang telah dikelolakan Oleh Ustaz Harun Yahya yang kononnya baharu semalam berbai’ah dengan Tuan Guru Ahmad Junaidin. Penulis kurang mendapat maklumat mengenai Ustaz Harun ini, melainkan sedikit pengkaisahan dari rakan Abjad Dari Melaka tak ingat namanya, pernah melawat serawak bersama rombongan ust Mat Janggut dan dua hari lepas ada datang melawat penulis ketika dalam perjalanan balik dari Air Panas Poring Ranau ketika melawat anaknya di sepangar kota kinabalau sabtu 11hb Dec 2010.

Menurut rakan tersebut ustaz Harun ini dari aliran Tarikat Ahmadiah( tak berapa ingat) dan mempunyai ramai pengikut di Selangor utamanya sekitar putrajaya. Berpengalaman membahaskan masalah akidah ini lebih 20 tahun.

Petang ini sepatutnya dalam jadual acara ada bengkel satu, oleh kerana saranan ustaz din dan sokongan ramai bagi memberi ruang untuk berihat kepada peserta-peserta yang hadir. Bagi penulis biarpun dari sabah untuk hadir ke sungai petani tidaklah mengambil masa yang lama Cuma perlu lebih sikit berbelanja. Berbanding dengan cawangan Abjad Johor Yang menempuhi jarak perjalanan yang mengambil masa 12 jam untuk sampai . Abjad cawangan Johorlah juga yang paling ramai peserta hadir. 20 orang.

Manakala Abjad Pahang pula yang paling ramai Badal tujuh orang rasanya.penulis hanya mengenali Abd kadir Sulaiman(kemahang Pahang) orang lama masa Di Sg,Bakap Peneng dan Salah seorang badalnya rakan Facebook Fajar dari Gua Hantu.belum ada kaisah penulis dengar mengenai beliau, hanya kelihatan suka memakai seluar Jeans dan balut serban tanpa kopiah.

Dikahabarkan pula pada program ini. Cawangan Abjad yang berhampiran tidak digalakan datang kerana memberi laluan kepada Abjad dari cawangan yang jauh-jauh(seluruh Malaysia). Ruang untuk selesa dewan surau As-ssalam hanya sekitar kurang 150 0rang.

Slot untuk bengkel petang ini di isi dengan berihat dan sekali lagi rombongan penulis duduk semeja dengan rombongan Abjad Serawak minum petang di warung sekitar as-salam. Warung sebelah waktu pagi tu sudah tutup, melihat kepada situasi warung ini kemungkinan warung ini akan beroperasi hingga malam. Agak sibuk juga pekerja warung ini ada 5 orang kesemuanya. Penulis melihat ramai juga pelenggan yang singgah membeli lauk pauk sahaja.

Saudara Ali Asma Juga yang berkupayaan untuk menyelasaikan pembayaran jumlah pesanan petang ini. Ada tiga kelompok meja yang menerima khidmatnya. Moga Allah tambahkan rezeki.

Lepas solat magrib dan taqarub lepas solat, kuliah seterusnya di sampaikan oleh Tuan Guru Junaidin dan Tuan Guru Haji Ideris. Banyak menyentuh kepada cabaran akidah dan penguasaan Asas Fardu Ain.

Selasai makan dan Solat Fardu Isyak satu sesi taqarub menggunakan buku panduan amalan. Tak terbayang pula rasanya bila dapat bertaqrub sama berserta tuan-tuan Guru dan Seluruh Badal Malaysia. Subahanallah.

Malam ini penulis mengambil peluang untuk mencuri masa Tuan Guru Ayah Non dan Haji Ideris kerana memang ada beberapa yang perlu dan hendak di pertanyakan. Haji ideris menceritakan dari Haji Mian Ali katanya telah menceritakan bahawa Amalan Mandur Sarif yang di warisi oleh Bapa Ali ini memiliki 17 martabat ilmu.

Manakala Dabus penjaga pampang batu besar di Kg. Ratau memiliki 44 martabat ilmu. Setalah memeluk Islam Bapa Ali tidak berani lagi menghampiri batu tersebut kerana takut mendapat musibah dari penjaga batu tersebut. Bapa Ali mengambil Jalan jauh 3 kilometer untuk mengelak dari melalui batu tersebut. Dengan kuasa dan taqdir Allah Swt batu tersebut masih batu itu pula yang menerima musibah meletup dan pecah dua keluarlah air dari pecahan batu dan Hilanglah juga penjaga batu tersebut.

Menurut Haji ideris 44 mertabat ilmu Dabus ini, hanya di buang oleh Bapa Ali ketika Menetap di Kg.Lohan Ranau Sabah di sebuah sungai pada asalnya tidak berbatu dikeranakan pembuangan itu munculah batu-batuan didasar sungai tersebut.wallahu a'lam

Malam ini Ustaz Ideris menyambung lagi dengan cerita warga melayu pula habis tiga orang bertukar-tukar sambung membaca draf buku. Penulis tidak tahan menahan mengantuk meminta diri untuk masuk tidur. Jam 3 pagi lebih kurang.

1 comment:

  1. wah..hebat..abjad sabah dtg kursus kat sg petani..saya yang dekat ni pun pergi sari dua je..
    tahniah abjad sabah..

    ReplyDelete

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback