Saturday, December 11, 2010

catatan perjalanan ke sungai petani kedah ( hari pertama)

Hari ini khamis 9hb december 2010, bersamaan 3hb muharram1432. Mudah-mudahan hajat dan niat tahun baru yang ditulis dan di masukan dalam sampul telah sampai dan mendapat makbul dan reda dari Allah Swt Taalah.

Pagi ini jam 8.00 baru selesai penulis jirus kereta, lambat dari biasa.penulis Kena rajin kerana tak ada gerej. Sama sahaja seperti di Labuan pagi-pagi kena buang embun yang melekat dibadan kereta untuk cat lebih tahan lama sikit kata orang.

Penulis benarnya baru tiba dirumah lebih kurang jam 3.00pagi tadi. Di jemput dilapangan terbang oleh ahli jawatankuasa cawangan Abjad Sabah. Saudara Ridwan dan saudara waisin yang diAmanahkan sebagai pemandu kenderaan penulis dan saudara asrul yang menumpang kenderaan saudara Sadzri iaitu sebagai pemilik Pusat Tarbiah dan Gelanggang Padang Abjad Ranau sabah.

Penulis tiba dilapangan terbang kota kinabalu lebih kurang jam 10.40 malam. Penerbangan penulis dari lapangan terbang pulau pinang pada jam 7.40 petang tapi penulis telah berada di lapangan terbang tersebut sekitar jam 1.00 petang, ini dikerana melihatkan factor kesesekan jalan-jalan sekitar pulau pinang lagipun semua rakan di peneng bertugas pada hari tersebut maka penulis bersama Setiusaha dan jurulatih Padang mencari teksi untuk menuju ke destenasi masing-masing. Setiusaha Cawangan menuju semula ke Univesiti Sains Malaysia untuk meneruskan kuliah PJJ nya.

Oleh kerana merasa teramat lapar, penulis menyarankan menyinggah dimana-mana tempat yang boleh mendapatkan Makanan, destinasi pilihan adalah anjung selera teluk likas. Dalam kehulu kehilir akhirnya rombongan penulis memilih gerai pilihan saudara sodzri. Gerai siapakah yang bertuah ini? Dalam ramai-ramai penyambut pelanggan yang tak ada perayu pelanggan pula kami pilih. Rupanya gerai tersebut adalah milik Saudara Jalil Jantan dah besar-besar pula anak dara nya. Ehemmmmmm

Penulis mengenali saudara Jalil ini ketika percubaan beliau bertanding merebut ketua pemuda umno kinabalu menentang penyandangnya saudara junaidi Sahat. Tiga kali percubaan semuanya kalah. Lalu beliau cuba beralih angin ke kawasan di sebalah tawau cuba merebut Ketua Bahagian dari penyandangnya Dr Patawri Patwie.

Pada 3hb December 2010 yang lalu penulis bertolak dari ranau menuju ke Sungai Petani Kedah, di hantar oleh saudara Waisyin yang akan membawa pulang kembali kenderaan penulis. Saudara Asrol dan saudara dzili rupanya mengikut dari belakang. Rombongan kami Singgah makan di gerai di Tanjug Aru.

Pesawat Air Asia lambat bertolak kerana lambat tiba dari Macau, sepatutnya pesawat bertolak ke pada jam 4.30 petang. Penulis tiba di lapangan terbang pulau pinang lebih kurang jam 8.00 malam. Oleh kerana sedang dalam pengubah suaian pintu keluar yang lama ditutup berlakulah sedikit kesukaran untuk bertemu dengan penyambut Saudara Mazlan dan rakanya yang datang memandu kereta menjemput kami.

Setelah bertemu dan menaiki kenderan, pemandu tersebut memaklumkan bahawa inilah kali pertama beliau memandu kereta ke lapangan terbang, walaupun telah bertahun-tahun berada di peneng lagipun jarang sekali memandu kereta asyik memandu motosikal sahaja katanya. Kereta yang kami naiki ini pun pinjam dari kawan, itupun baru keluar dari workshop lepas solat jumaat.

Ketika berjalan menyusuri jambatan pulau pinang ee…ee…..dah tiga lorong rupanya. Sambil bersembang pemandu tersebuta akhirnya memperkanalkan dirinya Adalah Lan Alma dalam Rakan Feacbook. Banyak juga cerita yang disemabngkan dalam perjalanan ini.dalam perjalanan singah di satu tempat untuk makan, penulis tak ingat nama tempat tersebut, Cuma sebelumnya kami telah melintas lokasi mandi minyak peringkat Negara pada 11hb December 2010. Sungai Dua sebarang perai (utara ?)

Lebih kurang jam 10.00 malam rombongan penulis tiba di sg petani kedah, selapas bersalam-salaman dengan Tuan-tuan Guru, rakan-rakan yang dikenali rombongan penulis pun disuruh Ustaz Zainal mencari bilik penginapan yang telah di berikan. Letaklah barang dan turun bersembang kemudian. Lupa pula nama bilik kami, selain kami bertiga dari sabah ada seoarang dari Pahang dan ada tiga orang yang penulis tidak sempat berkenalan asal dari mana. kenapa bole jadi lagu tu? Semuanya kami ada tujuhlah kan? Keadaan bilik pun ialah buakan hotelkan? Bukan tak biasa.

Malam pertama, selasai acara menyemak bacaaan dalam buku panduan. sempat penulis mengikut membaca yasin Fadilat dari dalam buku panduan tersebut yang telah di bawakan oleh ustaz Haji idris (penulis tak pasti). Wah tunjuk bakat juga penulis.

Oleh kerana terasa penat, penulis mengambil keputusan untuk tidak lewat tidur.

No comments:

Post a Comment

DAFTAR AHLI ONLINE

PERTUBUHAN GERAK SENI SILAT ABJAD ASLI JABAT KILAT MALAYSIA  CAW. SABAH

Borang Permohonan Menjadi Ahli Online

Nama :
Umur :
Alamat Tempat Tinggal:
Pekerjaan :
Alamat Tempat Kerja :
No.Hp :
Email Address:
Catatan / komen / Pendapat

sila sediakan :

2 keping gambar ukuran pasport

2 Salinan My Kad depan belakang

Yuran Pendaftaran RM50.

 


This form powered by Freedback